Monday, October 7, 2013

Dunkin' Donuts & Halfest 2013

Assalamualaikum.

3-4 October 2013.
Kali ini, kami ke area Kuala Lumpur pula ;) First time tahu keluar buat lawatan under fakulti dengan coursemates. Kesian gilaa kan, budak first year pun dah jalan ke sana ke mari lol. Kitorang bertolak Khamis malam, sampai KL jumaat pagi. Solat dan mandi di Masjid Negara. Sarapan pulak dalam bas je :P

Lepastu bertolak ke kilang Dunkin' Donuts !

located at ulu Kelang Industrial Estate, Selangor


Thankyou for welcoming us haha


Breakfast! boleh pilih sukahati nak donut perisa apa. Tapi tak sempat
nak ambik gamba dah ngapp. Gambar atas kanan tu adalah sunny eggs. sedapp,
roti+telur+cheese. okay baru tahu dunkin donuts ada jugak menu lain
selain donut macam sandwiches, beverages, cookies. Tapi quite pricey bila
aku tertengok menu. haha now i know why hanya donut yang popular :P

Taklimat oleh Encik Rahim. Apa yang aku sempat ingat, ada 25 outlets di semenanjung.
6 outlets di sabah sarawak dan beberapa lagi outlets di Singapore, since 1987.
Pernah menerima Brand Laurete Award beberapa tahun berturut turut under foods and
beverages category. dan blablabla...hahaha malas dan tak ingat.
Tips : sila catat/ingat/pay attention untuk taklimat ini.


Kami dibawa pula ke bahagian pembuatan donut. Ohh ya, kat sini ada 2 orang ex students unisza.Diorang baru je tamat pengajian haritu and now jadi pegawai eksekutif dunkin donuts.hahaha untunglah kann dah kerja. Grad je terus kerja ! Hope sangat kami ni pun akan senang jugak dapat kerja macam seniors. aminn.

Katanya takde resipi khusus, cuma menggunakan flour je lol. Tapi
cara diorang kekalkan kelembutan donut ialah dengan mengekalkan temperature time buat doh. Tak silap aku ada range temperature, 80-87 degree celcius kot. betulkan kalau silap. so kalau doh tu terlebih/terkurang dari range yg ditetapkan diorang akan buang bahagian tu. 
Gambar mesin atas kanan tu fungsinya ialah untuk lekatkan gula kat donut. Masukkan donut lepastu donut tu golek2 dalam mesin tu. so gula akan terus remain pada donut. Taktau apa nama machine tu, mesin gula kot wkwkwkw.


satu hari diorang akan buat 25,000 biji donut, kalau weekdays. Kalau weekend, 40,000 biji donuts.Then donuts tu akan dihantar pada outlets sekitar KL. Depends pada berapa biji donuts yang outlets tu mintak lah. Maknanya kalau kitchen kat Melaka, akan hantar pada
outlets di Melaka lah. Kalau kitchen kat Johor, hantar di Johor jelah.so kalau rasa nak donut fresh lembut gebu gituu cari lah outlets yang ada kitchen.That means diorang buat on the spot terus jual. Bukan delivery dari tempat lain.tapi yang takde kitchen pun gebus jugakk.

Apa pun aku rasa tempat ni main kitchen kat KL sebab ada lebih kurang 10 tempat yang diorang akan hantar sekitar KL. Mesin pun besar2 belaka hoho.


make your own donuts ! ini paling best sebab kita boleh decorate donut kita sendiri.
tapi seriously dah kenyang dan sengkak ( bak kata member utagha :P ). Tak larat aihh nak
makan. Tapi bila teringat balik rasa menyesal tak buat bebanyak kan? hahaha.


Byebye dunkin donuts. Terima kasihh atas layanan baik yang kami terima. Saya pasti akan terus sokong dunkin donuts even i'm on diet hikkkhokk. Ohh ya me got tshirt from dunkin donuts! comel sangat !sebabnya aku dengan skema mencatat beberapa info time presentation then dapat jawab soalan kuiz!hahaha tak sia-sia den catat :P so juniors lepas ni sila catat kalo engkorang pergi dunkin donut lol

Next destination, Halfest @ Mines. Sampai sana pukul 1 tengahari. Dan kitorang diberi masa sampai pukul 8 malam untuk do whatever we want ! wahhaha. so of course lah jenjalan dulu kat halfest.



600 booth wehh. engko mampu nak jalan ? haha. so jalan separuh je. tak sampai separuh pun actually haha.sebab dah malas, kitorang keluar akhirnya. Ingatkan produk makanan je, tapi rupanya produk2 kesihatan/kecantikan/baju etc semuaa ada. Dan kebanyakkannya dijual lebih murah dari harga pasaran. Yang malasnya, bila promoter
duk paksa beli barang diorang. Pastu calit2 produk diorang kat tangan kita. waddeheck laa rimas gilaa. Pondan pun ada, nak spray penyegar mata kat aku. kahkah.
cepat2 lari lah jawabnya. disebabkan takut kena tarik lagi, ktorg malas nak jalan lagi.Dahlah ramai manusia pelik haha. Beli barang tak sampai rm10 pon kat situ, tapi banyak tester. Test rasa dahlah,takpayah beli kekeke.

Heliza Helmi! @ coolblog booth. comey sangatt. kitorang berdiri betul2 depan dia. Gambar ni takde zoom2. kahkah.Tapi kalau nak bergambar dengan Heliza haruslah beli coolblog dulu, amboi strategi sangatt kan.

Okay lepas zuhur/asar merayau-rayau plak di mines. Ingatkan nak pergi KL tapi takut tak sempat.Bayangkanlah kitorang turun naik turun naik mines cari barang. Kekonon nak barang yang boleh meniggalkan nostalgia. Kononn lah kan.Kaki sampai sakit2 jalan tak berhenti.
Aku rasa adalah dalam 5 jam. hahaha. Last2 nasib baik grab jugak sorang sehelai baju.
Ciss kalau tak beli apa2 memang masa terbuang macamtu jehh tauu.

foodtecheroes !
nak balik dahh, sedihnyew :(
Lain kali kita pergi jalan lagi tauuu hahaha ;P

9 Malam, bertolak balik Ganu. First time aku rasa tidur nyenyak dalam bas.
Siap mimpi indah lagi tu ! haha. Agaknya sebab biasanya naik bas ramai orang
yang tak kenal kena careful so agak tak nyenyak tidur. Tapi kali ni pergi dengan
coursemates, bantai jelah terbongkang sekalipun.budak kelas je punn hahaha.

Okay itu saja update dari saya, xoxo !

No comments:

Post a Comment