Tuesday, October 29, 2013

celebrate besday piya @ Tanjung Demong, Besut

Assalamualaikum.

Tahukah anda pizza hut ada promosi take away sekarang ini ? Murahh gila hahaha. Itu lah sebabnya kitorang nak makan pizza hut tepi pantai lol. Dan kebetulan pulak besday piya hari Isnin 29 October dan kitorang ada masa weekend je nak celebrate besday piya. Kiranya kitorang sambut becoming besday laa.

Kitorang picnic di Tanjung Demong, Besut. Best pantai ni. Haritu nak pergi tapi tak jadi pastu pergi Bukit Keluang je. Best sebab landai. Boleh jalan sampai tengah. Tapi kitorang tak jalan sampai tengah pon. Sini sunyi je, takde orang pun. 

Ada Tanjung Demong Beach Resort jugak. Tapi sunyi jugak. Agaknya time cuti sekolah baru ramai orang kot.



kemain picnic. Nasib baik tak bawak bakul bagai hahaha

besday prank ! Tolak piya masuk air lalu piya tergolek seperti buah oren hahaha. kitorang awal2 dah pesan suruh piya bawak baju kekonon kitorang nak mandi sekali hihi.

sweet moment konon ? haha

sebelum balik singgah lagi kat sini, Bukit Keluang. Ramai gak orang picnic kat sini.

So harini baru betul2 besday Piya. 
meh aku nak nyanyi ntok kau.

Awan Berarak Ceria Tiada Titisan Hujan
Pohon MelambaiTanda Sokongan

Kususuri Perjalanan Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu Sahabatku

Dedaun Berguguran Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku Sekadar Ucapan

Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya Atas Nikmat Usia

Sahabatku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir

Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup Haruman Syurgawi

Romantik jugak aku nih kahkahkah.


Rasanya asyik update pasal jenjalan jeh. Seriously duit dah kering. Buat bisnes pun tak jalan (hahahaha ini paling lawakk) tapi still berbelanja 
sana sini.
Tapi usia muda hanya sekali, takkan nak di sia-sia kan. sementara mampu berjalan lah puas2. Tak gitu ? :P

Next trip untuk midsem break minggu ni inshaallah nak ke Kelantan pulak hihi.
anyone nak pesan pinggan mangkuk yang murah2 dari pengkalan kubur ? lol.



1 comment: