Tuesday, May 3, 2011

kplspm interview=)



aku nak citer pengalaman aku gi interview tesl for kplspm
(kursus perguruan lepasan spm)
overall,memang best tapi aku tak berharap pun untuk dapat.persaingan kann banyak.
Aku ni sapelah kan.hanya seorang melayu yg cuba untuk mencelupkan lidah cakap omputih.haha=)
mula-mula sekali pemakaian.Mestila pakai baju kurung dan bertudung.sopan la kann.kasut kasi ade tumit dan bertutup.Baru bergaya.haha.pakaila nametag gak.Berangan kejap jadi cikgu..bawak fail,pakai handbag.style ala-ala cikgu dlm drama gud morning cikgu.haha.berangan sudahh.

aku sampai setengah jam sebelum interview start.mestila datang awal.Penting tuh.kalo lambat,dapat markah lebih.Markah lebih untuk kena reject.Aku tengok senarai nama,ade 16 orang dan hanya 2 orang lelaki.Dahsyat,kan?Nampaknya bidang perguruan hanya dimonopoli oleh kaum wanita.Itu yang aku terfikir time tu.Interview ntok pukul 8 pagi tu ade 8 orang.Dan lagi dahsyat,sorang lelaki dan 7 perempuan.Kesian sungguh aku tengok si lelaki yang mungkin betul2 minat untuk jadi cikgu walaupun tak hensem.
Apa kaitan dengan hensem?haha=)

Kitorang masuk dalam tu,sorang lecture perempuan melayu yg baik hati
suruh kitorg susun dokumen2.Semua orang speaking beb!Tak dengar
langsung penggunaan bahasa melayu.ape ni??kata bahasa jiwa bangsa.haha.
semua orang dalam tu amek tesl,maka terbelitlah lidah aku.
Lecture yang sampai sekarang aku tak tau namanya tuh memang
baik and ade laa gurau2 sikit.Lega aku,butterfly dalam perut hilang seketika.
ehh,,perosak bahasa betul.Gelabah,gementar or whateva hilanglah kejapp.

Pastu temuduga dijalankan dalam 4 peringkat:

1)essay
ni ntok tesl saje yer adik2.Kalo subjek lain,3 peringkat saje.Kitorg diberi 3 tajuk
dan aku pilih tajuk ''My expectations if i am qualified as a teacher''.
Memang best tajuk ni dan aku pon merepek dan mencarut selama
setengah jam.Idea mengarut macam air mencurah-curah.hua3.
Takla,ekceli penyataan hasrat aku in english.So i just recall da contents.
semuanya aku tulis.Yang paling merepek,,
''as a good teacher i will bring my students to da eye of world''.
oke,aku tau itu hiperbola.melampau betul semangat aku ni.haha.

2)ujian INSAK
Ni ujian yang memerlukan kejujuran utk menguji keperibadian kita.135 soalan
dalam masa setengah jam.ada 2 jerk pilihan jawapan.Tapi,
takkanlah aku nak jawab jujur plak kan.Kelentong habis laa.
Alah aku sure takde sape yg 100% jawab jujur.for example,

saya ketawa apabila mendengar lawak berusur lucah
(A)Ya
(B)Tidak

Jawapan jujur,mestilah A.kan?Tapi takkanlah aku nak jawab camtu plak.
Maka dengan hati yang bajet mulia suci bersih tanpe otak kuning
aku jawab B.hahaha.

3)Grouping interview
Then,interview berkumpulan.Buat separuh bulatan.Kitorang diberi tajuk,
''Discuss about ur fav teacher and how that particular teacher
help u to excel in studies''.
Menarik tu.Kat sini,penilaian dibuat mengikut saper yg banyak cakap,
idea bernas,keyakinan diri.Kitorang diberi masa setengah jam.Time ni buat2 tak nampakla
lecture yg tengah memantau tu kann.Anggap je mcm buat discussion group
masa klas CB.haha.Aku ape lagi,dengan muke penuh yakin even
broken english pon lantakla.Yang penting konfiden.Aku citer pasal teacher Lila.
sebab aku amek english kann .

Aku geram ngan cina sorang tuh.Dia aje nak bercakap.So,da conclusion here is
we need to grab da chance,jgn kasi org lain bercakap.Agak kejam.haha.
kene banyak bersabar di sini,haha.Dan jgn pedulikkan speking yang berterabur.

4)individual interview
Ni lagi best dari grouping.Baru aku bole cakap puas2.Aku time ni
dah tak rase takut sebab lecture tu baik even agak strict sikit.
Ada 2 orang yg interview aku,sorang laki and lagi sorang lecture tadi laa.
Dengan bismillah,ketuk pintu and duduk sopan.ceewahh.
Bertubi-tubi soalan ntok aku.So far so good.Alhamdulillah aku bole jawab.
Aku membebel pasal National Service..
meleret-leret cerita aku.Tak puas rasa nak cerita.haha.
berbelit-belit gak lidah aku.

Tapi kantoi time die tnye psl current issues.Aku cakap psl tsunami in Japan.
Aku telah menunjukkan bangang aku di situ bila aku cakap
tsunami=big and high wave.Aku tawu la salah,kan.Aku ckp
psl radioactive tu ponn main hentam je.Dan tanpa
sengaja aku tersebut ''explosive'' .Yang sepatutnya
''explosion''.Tapi even salah,cakap aje yg penting
konfiden.Isu pendidikan plak,aku semangat nk citer pasal ppsmi.
Die ckp,''ppsmi was a long time ago issue.Another issue?
what about ppip?pipp?''
kantoi.pelan induk blablabla.waduhh.Dengan muke bajet nye kan
aku cakap,
''ohh,i know about that issue.But i don't
know how to explain more.For me that issue too complicated,blablabla''.
kahkah.Padahal aku tak tau pon.Tak nak laa tunjuk bodo sgt.
So die tanye plak isu pendidikan lain yg aku tau.Maka,

aku cerita pasal murid gemuk,guru kene make sure murid nye
BMI stabil.Aku pon dah lupa ayat mcm mane aku
gune.Yg aku tau,aku explain cmne kire BMI dan ape BMI yg stabil.

Tu jela kot experience aku.So sesaper yg
nak pegi interview tu,get ready laa.amek tau pasal isu semasa.
Aku terkilan gak tak dapat explain panjang lebar
sebab aku just amek tau tapi tak mendalami dan menghayati.hua3.
kesimpulannya,best gile experience ni.Tapi
aku tak berharap pon ntok dapat.Bagi aku,kalau tak dapat yang ni
maybe ade yg lebih baik ntok aku.
ciao~


8 comments: