Tuesday, January 15, 2019

Family Holiday 2019: Sarawak

Assalamualaikum.

Its beean a looongggg time i didnt update anything on my blog. So aku di sini untuk membersihkan sawang2 di blog ini.


Kuching, Sarawak.
Few pictures might be unclear sebab malas nak edit haha.

So this trip was the first trip in 2019, sama mcm tahun lepas. Refer to my Pulau Langkawi post. Family kitorg bukan senang nak berkumpul bercuti sama2, ini pun Aid tak ikut sebab bukan cuti sekolah(tapi tak kesian pun kat dia sebab dia dpt gi Turki haha) Nunun dah ada family sendiri so nah tinggal yg bujang ini lah. Mulanya Liah tak ikut sebab ada exam, tapi tawakkal je beli tiket dia, luckily waktu bercuti ni tak clash dengan exam dia. Amer pon ikut last minit.
Soo here we goo!

Maka dgn terjejaknya kaki di Sarawak maka complete lah satu Malaysia aku dah jejak yeay! Entry Sabah will up soon, dah buat separuh, tapi tak siap2 haha. Mulanya plan nak pergi Pekan Baru Indon, tapi rasa mcm takde apa situ, so we just decide pergi Sarawak laa. Aku memang target kali ni tak nak membazir duit beli souvenirs yg merapu, aku target nak beli kek lapis je. Macam kat Sabah, souvenirs merapu je aku beli hahaha so i dah berjaya di Sarawak, aku cuma beli sehelai baju tidur dgn beg kecik tulisan sarawak utk kenangan. Itu pun utk aku letak brg mekap(reti mekap ke ko). 
Keychain2 jadah tu not my type anymore. Cuba korg fikir, member2 korg pergi berjalan, bagi keychain. Korg guna ke keychain tu??? So membazir bagi org keychain, end up diorg akan buang atau simpan je. Macam aku, ada satu beg yg penuh dengan keychain org bagi, aku simpan dlm laci bilik aku. Bersawang dah kot ke dah reput dlm laci tu, siapa bagi pon aku tak ingat hahaha.

Ada member tanya bajet ke sini, honestly aku tak boleh nak bagi details sangat, sebab duit ibu ayah HAHAHAH. Tapi aku boleh beri details mcm entrance fee dan few yg aku tahu. Aku akan include kan sekali expenses, kira sendiri lah, 
maka teruskan membaca. ceh. We are not using any tour guide.

Tapi itinerary aku yg plan, Alhamdulillah we managed to follow it yeay! Sebabkan Sarawak ni besar, tempat die jauh2, ktorg stay kat Kuching, dont want to waste time. Aku buat iti yang simple2 je dan disesuaikan dengan aktiviti with family. Contohnya, aku nak pergi Taman negara Bako, ada lah jungle trekking sikit2, jalan dlm hutan bagai tapi ibu tak setuju, ibu ckp kalau nak pergi ko gi ngan kwn2 bukan ngan ibu hahaha. So ubah plan.

First day.
We chose AirAsia, now everyone can fly katanya. Tiket flight pergi balik lebih kurang RM300. Takde meals. Perjalanan adalah sejauh 1h35m mengikut katanyaa lah. Tapi actually sejam dah sampai, wahh dekat je gituu.


Upon arrival, akan dapat permit ini, sama mcm kat Sabah itu hari. Kena simpan, nanti nak balik kena pulangkan semula. Tak sure kalau hilang kena denda kot atau mungkin kena tinggal kat Sarawak terus hahaha. Aku berharap Amal ngan liah hilang benda ni, biar diorg tinggal kat Sarawak terus kahkah.

Sementara tunggu grab.

Sampai Kuching International Airport lebih kurang pukul 12pm, ktorg terus ambik grab ke Merdeka Palace Hotel and Suites. Lebih kurang 20 minit dari airport. Plan hari pertama ni tak ambik kereta sebab ayah ckp 3 hari sewa kereta RM600 mak ai so mana yg kita boleh cut off budget, kita cut jelah ye. Memang hari tu kami jalan kaki je, penat bhai sampai ada dah bermasam muka sebab penat HAHAHHA.

What can i say about this hotel, memang best, cantik dan selesa untuk family. Ktorg ambik bilik yg ala apartment. Dua malam expenses adalah RM490. Ada dua bilik, so sesuai la untuk ktorg, ibu ayah sebilik, gegirls sebilik, amer sorg laki so awal2 dia dah kena campak tido kat ruang tamu jelahh ye hahaha.


Lobby.

Dua ekor munyet.

Ada swimming pool. Tapi bila dah berusia we are not interested with swimming pool anymore haha. Last mandi pool kat Ganu haritu, tapi tak sampai setengah jam dah bosan and terpaksa sebab teman Aid haha. Tapi kalini ktorg tak swimming pon, malas (reti swimming ke ko)
So lepas letak beg kat hotel, kami memulakan perjalanan kaki yg sangat penat di tengah panas haha. Kitorg nak cari Waterfront, aku sibuk nak naik boat la apa la. Lepastu siap tersesat jalan, tanya polis peronda. Jalan2 akhirnya kami jumpa kedai makan. Salah satu makanan yg ktorg nak makan, adalah mee kolok. So untuk lunch tu terjumpa lah satu je kedai jual mee kolok. Nak tak nak makan jelaa kat situ.







Panaih lit lit.

Mee kolok.
Bolehlaa sedaplaa jugak lagipun dah lapar kan bedal jelah haha.

Seterusnya, bergambar di tugu Kuching. Tengah2 bandar tuh. Tapi disebabkan kitorg pelancong, tak malu pon ambik gambar tengah2 tu. Diorg bukan kenal kita pon kan kan hahaha.




Ada mat salleh offer nak ambikkan gambar ktorg tapi Amer takut fon dia kena bawak lari hahaha.

Then, jalan kaki dalam 20 minit, pulang semula ke hotel. Balik hotel untuk berehat2, masing2 pon membuta lah apa lagi. Petang dalam pukul 5 baru ktorg keluar balik untuk naik boat hahaha. Aku punya perangai sama mcm kat Langkawi, selagi tak dpt naik boat, selagi tu aku akn bising nak naik boat, nak naik boat hahaha. Maklumlah org bandar cam kite ni lol? eksaited gila naik boat kahkah.

Sebelum ke Waterfront, ktorg jenjalan dulu dalam mall. Mall apa tak ingat nama huwaa, tapi depan je hotel ktorg. Sebab ikut amer nak beli baju, ktorg pantang lah bila masuk dlm mall. Takde beli apa pun, sama je mcm mall yg selalu kita pergi haha.
Lepas habis explore mall, jalan kaki ke Waterfront dan akhirnya dpt naik boat! haha. 
Pengangkutan by boat atau diorg panggil perahu tambang tu, macam pengangkutan awam, like bas atau train. Unik takkkk. 

So kalau nak pergi seberang sungai tu, perlu naik boat dan hanya RM1. Org2 tempatan memang naik boat tu sbg pengangkutan mereka. Ktorg pon join lah sekali, yg lawak ktorg je selfie dlm tu lol org2 situ pandang pelik je but i was like who caresss hahaha. Dalam 5 minit je naik boat, dah sampai seberang. Kat seberang sana, ada 
Mira Cake House. Just jalan depan sikit, akan jumpa kedai tu.
One of the famous kek lapis di Sarawak. Maka bermula sesi borong memborong.


Dalam boat. Yg pelik ktorg je bayar, org tempatan tak bayar pun? Ke diorg ada bayar bulanan ke mmg org Srwak takyah bayar? haha tak sure.

Tester. Makan sampai kenyang hahaha. Padahal time pilih kek tu, rembat je semua perisa. Tapi acah2 test nak tgk mana sedap lol. For me, semua sedap aa.


Harga kek adalah RM10, ada yg mahal sikit tu kalau kek2 yg special, mcm kek lumut, red velvet apa tah. aku tak sure, sebab ktorg kejar yg RM10 je haha. Beli 10 percuma 1, so borong lah bebanyak kiki. Nice sebab diaorg siap bungkuskan. Sebungkus yg 11 biji tu, adalah 3kg. So bolehla target berapa banyak nak beli, untuk mengelakkan kena tambah luggage kat airport nanti. We have 40kg luggage, ko ghaseee ? haha. Kalau beli awal siap2, nak simpan kat situ pon boleh. Takut rosak pulak kan kalau beli awal, fridge hotel mana muat. Nanti sebelum balik, bolehla amik semula kek tu.

Katanya seberang sini ada taman orkid juga tapi tak sempat nak pergi sebab hari pon dah nak gelap, ktorg patah semula ke seberang. Tengah fikir nak ambik grab untuk ke Top spot, tapi terborak plak dengan org tempatan sana. Diorg ckp, jalan kaki je dalam 5 minit ke Top spot, dekat sgt, no need grab oh yeayy.
Maka jalan kaki lah lagi. 
Cuma cari UTC, akan jumpa terus tempat makan ni.


Tengok kat google, wajib makan kat sini kalau dtg Kuching. Tapi peniaga semua cina, ada satu je restoran yg nama Muslim. Dua malam ktorg memang makan kedai situ je. Tak sure lah kedai lain, tapi ramai laa melayu makan sini.

Ayam pansuh. Unik sebab letak dalam buluh.
Macam ala sup ayam, tapi sedappp. Taktahu lah letak apa hahaa. Yg ni amek yg medium je, RM35.



Banyak gilaaa makan malam tu hahaha. Katanya seafoods sini lebih murahlah dari semenanjung, not sure la betul ke tak. Order sayur midin, udang butter, ikan apa tah masak tiga rasa(nampak sgt ko main bedal je), dengan sotong celup tepung semuanya tak sampai RM200.

Lepas makan, penat dan kenyang, fikir punya fikir ktorg decide untuk jalan kaki lagi. Sebab kalau jalan kaki, boleh jalan2 kat waterfront tu sambil melihat aktiviti malam di situ betul dakk. ahaha. Maka gigih lah lagi kaki berjalan.
Sempat beli souvenirs, recommended kalau tanya dulu setiap kedai tu berpa diorg boleh kasi kurang. Sebab jual benda yg sama, harga berbeza. Ktorg dah terkena haha. Penat tawar menawar, tak dpt jugak harga murah. So beli jelaaa. Lepastu gi kedai seterusnya dapat pulakk harga lg murah. Tapi dah terbeli maka hmmmm rezeki penjual tu lerr kan.


Beautiful night view!


Day 2.
Pagi, hujan lebat. Ktorg pun takde kereta, so keluar lambat sikit tunggu hujan reda. Ibu ngan ayah keluar jalan dulu sebab ktorg lambat bersiap. Dalam pukul 10 lebih cmtu, baru la ktorg jalan kaki ke Indian Street. Dalam 5 minit je, dari hotel ktorg. Kat situ banyaklah jual macam2, souvenirs pun ada. Kalau nak beli tshirt ke semua ada kat sini.


Indian street. 
Ktorg makan nasi beriani jugak kat sini, sedap and ayam tak kedekut. Banyak gila, sampai tak habis makan ayam tuh.

Acah je morning walk padahal dah tengahhari baru keluar haha!

Kat hujung Indian street tu, jumpa lagi tugu kucing. Tapi kucing ni tak comel langsung, garang gila muka. Mungkin kucing liar kot, yg semalam tu kucing jinak lol.


Time ni kereta sewa dah sampai, kiranya ktorg sewa Alza sehari je, RM180.
Esok tengahhari akan pulangkan balik kat airport.

Next, gerak ke Sarawak Cultural Village // Kampung Budaya Sarawak.
Bayaran masuk RM63 kalau walk in, kalau beli online RM50. So kalau nak jimat, beli online lah. Boleh ke website, then klik beli online. Nanti akan dptlah bar code.
Dari bandar Kuching ke sini dalam setengah jam jugaklah.

Time ktorg sampai tu hujan lebat. Like bukan hujan renyai2 tau, memang lebat! hahaha, so terpaksa sewa payung. Sekaki payung RM5, i guess diorg gembira kalau hujan, dapat untung lebih sewa payung hahah.

Mula2 tu mcm clueless nak pergi mana, dengan hujan lebat. Sampai sesat pastu blur. haha. 4 clueless siblings in the jungle lol.


Setiap org akan dpt passport ni, then setiap kali pergi kat setiap rumah tu, akan ada stamp. So bolehlah cop kat passport masing2, ini untuk menambahkan keseronokkan lah gituu. 

Semuanya ada 7 rumah. Melanau, Bidayuh, Penan, Org Ulu, Iban, Melayu dan Cina. Ktorg start dari Bidayuh.

Masa tu agak sedih sebab tak dapat naik jambatan ni, hujan lebat. Teruskan membaca, kami akan bergambar jugak kat sini akhirnya hahaha. 

Inside Bidayuh house. Masa ni fikir nak berteduh dari hujan jee haha.

Rumah kedua.

Sini we spent time paling lama sebab amer try costume Iban. And ada jugak jual cenderahati dalam rumah tu. Amal ngan liah bising2 nak try jugak, tapi aku ckp tak payahla, nanti rumah lain ada costume lain, costume sini tak lawa. AKU NAK PAKAI COSTUME KADAZAN. Tapi yg lawak kan, lepas dah blah dari situ, amal belek2 buku passport tu then dia ckp weh takde pon Kadazan. And we were like KADAZAN BUKAN KE ETNIK SABAH. hahahahaha masing2 berdekah gila. Memang sampai kesudah la takkan jumpa Kadazan dalam tuuu hahah.

And rumah Iban je satu2nya rumah yg ada costume trying ni, sorg RM10. Aku rasa membazir gila, nasib baik amer belanja budak dua ekor tu kehkeh. So last2 ktorg try jugak, tq amer jadi photographer.

Tuan puteri tunggu anak raja je ni :p

Iban warrior.
Ktorg tanya Amer kenapa kau amek gambar tak senyum, dia jawab 
"Warrior mana ada senyum" hahahah lawak yals.




Depan rumah Iban. 

And terjumpa jugak air terjun, kat sini diberi nama Persada Alam. So bergambar jela apa lagi. Alhamdulillah hujan dah berhenti. Cuma kena berhati-hati jelah sikit, sebab jalan licin. Nasib takde yg tergolek.



Rumah penan macam takde apa sgt, sebab mcm pondok je. Pastu awkward pasal ada staff Penan tu pakai cawat je ahhaha awkward doe. Masa kat rumah Ulu, dak amal nak tangkap gambar dengan org situ, aku rasa mcm awkward gilaa sebab ko nak bergamba dgn org pakai cawat??? aku risau org tu malu je hahaha.

Rasanya korg berdua memang sesuai duduk rumah tu..

Ini rumah paling tingggiiii. Scary angat haha.

Dalam passport tu actually ada je setiap penerangan rumah ni, tapi aku baca gitu2 je lah, tak baca sgt pun haha. So nak explain apa kat sini aku taktahu kah.

Ada persembahan tarian kat sini.
Ada video, tak transfer plak hihi. Bayangkan rumah ni dahla tinggi, pastu dlm tu ada lagi tangga naik tingkat atas. Dahlah tangga kecik halus, pastu letrik takde hahaha. Aku masuk rumah tu, sibuk cari suis lampu lol. Tapi memang takde letrik aku rasa, nasib baik baru lepas hujan, takdela panas sgt. And aku dengar ada makcik tu ckp, memang petang2 je takde letrik hahaha lol jadinya masuk umah tu macam masuk rumah hantu plak. Nak tengok apa kalau dah gelap gulita =,=

Tengoklah papan tu, berlobang pastu leh nampak bawah gayat plak haha. kena berhati hati and takleh jalan ganas sangat. 

Kalau perhati bebetul, rumah tu diperbuat dari kulit kayuuu. 

Next, rumah melayu. Ala2 rumah kampung di Melaka.

Dua orang makcik yg menghiburkan. Sambil berkompang sambil menyanyi, ktorg bagi tips kat makcik ni haha. Kat sini lama jugaklah, sebab ada jual kuih bahulu dgn kuih kapit, sambil makan sambil menyembang ngan makcik2 ni. Nasib takde kopi, kalau tak jadilah mengopi petang. Yang best Sarawak ni, bila diorg bersembang dengan kita, diorg boleh berbahasa mcm kita begitu fasih lah. So kita faham dia, dia faham kita. 
Diaorg ckp muka ktorg berempat semua sama, mesti adik beradik haha yess pandai makcik. 

Ini pelamin zaman berapa tahun lama dah. 
Pelamin kita bila pulakk ye ? :P

Pastu dtg plak pakcik tu, dia sembang apa tah dgn makcik2 tu. 
Tak faham dia ckp apa. haha.
Yg paling diingati cerita mak cik tu, ikan patin tu sebenarnya manusia hahaha. layan jelahh.


Inside.

Kat bawah tu, ada permainan yg guna buluh tu, apa benda namanya tak tahu den ahha.
So tourist bolehla try main, diorg akan ajar sambil ikut rentak muzik. Amer ngan liah try main. Lupa ambik gambar haha.

Lastly, rumah cina. 
Boring sikit dalam ni, tapi sempat beli kuih(tak ingat nama) diperbuat dari tepung pulut dalamnya inti kacang merah. Ada jugak jual lada hitam, perfume lada hitam(bau mcm minyak attar haha) dan cenderahati.

Habis dah jelajah, setiap pukul 11am dan 4pm akan ada show. So kitorg memang jalan slow2, sampai 4pm untuk tengok show last sekali. Sebelum tu, singgahla souvenir shop dan jugak bergambar di jambatan Bidayuh yg tak sempat naik tu ihihi.
Overall tempat ni memang besar, 3 jam jugaklah nak explore semua rumah.



So, 4pm kami pon masuk dewan theater untuk tengok show. Persembahan menari2 je, agak bosan jugakla hahah. Setiap etnik akan buat persembahan. Tapi ada peristiwa memalukan di sini. Hampir2 nak habis tu, ada persembahan sumpit. Kiranya dia buat demo sumpit belon sampai pecah. Pastu, dia jalan kat dlm dewan tu, dia pick sorg audience. Tahu tak dia pick aku????? hahahahhaha.

Wehhhh tak tahu lah aku ni bertuah ke malang ke. Aku tak nak, tapi org ramai tepuk2 tangan pastu amer ckp naik jelahh. And aku risau kalau aku ganggu masa org lain, so aku naik jelaaa stage tu.
MALU GILAAAA. Nasib baiklah itu kali pertama dan memang akan jadi kali terakhir aku dtg situ hahahahahah.

Amer tangkap gambaa banyak tp disebabkan aku tak nak ingat peristiwa memalukan ni, aku amik satu je gambar hahaha. Ko nampak tak dia buat apa tu, dia suruh aku tiru buat mcmtu. So dengan malunya terpaksa laa tiru diaa huwaaaaa :(
Menggigil bhai kaki aku sebab segan hahaha.

Pastu dia ajar sumpit, aku try sumpit belon tak mengena. Lastly, dia bawak aku betul2 depan belon tu and belon tu pon pecahh haha.
MALU GILA DOWHHHH nasib baik org tak kenal aku hahahha. 
Atas pentas tu, dia ckp kat aku, welcome to Sarawak, dah lama ke dtg sini, nanti ajak kawan2 lain dtg ramai2 ke Sarawak. haha. 

Lastly, ada tarian beramai-ramai. Siapa berminat boleh naik atas pentas untuk menari. Sampai mampos aku tak nak naik dah, sudahlah dimalukan tadi hahaha. Amer join diorg menari haha. Sorry video memang aku tak sempat nak upload dalam ni ihi.

Betul2 depan Kampung Budaya, ada Pantai Damai.
Memang sangatttt ramai org and memang tmpt org bersiar kot. Solat jap kat situ, then pergi bergambar tepi pantai jap.

Nice, tepi tu sungai and ianya bersambung terus ke laut. Indahnya ciptaan tuhan Subhanallah. Tapi takda org mandi laut pun, maybe mmg tak leh mandi kot. Ombaknya kuat dan banyak.

Excuse tudung terkelepet.

Malamnya, makan lagi kat Top Spot sebab ibu nak makan udang galah haha. And sempat la menyinggah kedai souvenirs.
Sempat juga shopping lagi kek lapis, kali ni beli brand Dayang Salhah pulak. Kedainya dekat je dengan Mira cake house. Just jalan depan lagi, akan jumpa Dayang Salhah pulak. And memborong ikan terubuk masin. 

End of day 2.

Last Day.
Hari terakhir ni, kitorg plan pergi satu tempat je, Taman Buaya Jong. Untuk org luar Sarawak, bayaran masuk RM24. Aku pon tak tahu kenapa aku masukkan tempat ni dlm iti, aku rasa sgt eager nak tengok buaya.
Dan taman ini adalah taman buaya yg terbesar di Malaysia, and bukan buaya je ada. Ada banyak lagi haiwan yg rare. 
And setiap kali keluar berita pasal buaya, aku mesti excited and terfikir memang banyak ke hahhh buaya di Sarawak ni? haha. Yelah, sungai2 di Sarawak kan ada banyak dan besar, last time aku baca, ada beribu ribu ekor buaya di sepanjang sungai di Sarawak! Menakutkan haha. And banyak juga kes org kena makan buaya.

Perjalanan ke sini agak jauh jugak. Pagi2 dan check out, still sampai kat Taman buaya pukul 10 am juga sebab amer nak beli kek plak =,= So lagi sekali berperahu lah kami, ktorg pon menyibuk ikut amer. For the last time nak naik perahu haha.

Sementara tunggu amer beli kek.



Jujurnya, walaupun berpagar mcmtu tapi ktorg takut gila hahah. Scary do tengok buaya depan2.



Iguana kot. Not really read their signboards sebab fokus utama kat buaya, pastu nak cepat.
Masuk sini agak rushing, sebab ktorg kena sampai airport pukul 1. So ibu bagi masa sejam je untuk dlm ni. Seriously, taman buaya ini got the the largest crocodile farm for a reason. Memang besaaarrr tak sempat nak explore semua.


Teringin nak ambil gambar dekat2, tapi takut hahah. Kat sini burung merak dan ayam dilepaskan mcm tu je. Disebabkan ktorg acah bandar, nampak ayam pon terjerit2 hahahaha.

Ada tasik dipenuhi teratai. Bolehla bergambar haha. Bayangkan dalam tu ada buaya hahaha kat sini mana2 tempat ktorg pijak, mesti terbayang ada buaya bawah tu lool.

Dua ekor deer belakang tu. Busuk gila kat sini, tu muka dak liah mcmtu hahaha.

Beautiful peacock.


Melambak gila buaya, ada lah spesies2 dia. Nama pun kemain, bujang la, tuah la apa la. Ye je kau haha. Tapi buaya ni semua statik je, sampai ktorg terfikir dah mati ke yall. Mungkin mereka ada waktu2 aktif kot tah ler haha. Ada tourist yg baling batu, ish3.

Ni lagi lah sengal buaya ni. Mulut dia terbukakk je tak tutup2 lol.

11 am, ada feeding show. Mereka akan lalukan ayam mentah kat kolam buaya, then buaya tu akan melompat ngap ayam tuh. Tapi mcm biasa, video aku tak sempat upload haha. 
Tapi bila buaya tu melonjak, akan kelihatan badan dia. BESAR GILA WEI BUAYA TU. HUWAAA I NEVER SEE ANY CROCODILE BIGGER THAN THAT. Pergh tu kalau kena makan tu memang takde kesan, hahah.

Great experience. Puas hati dapat tgk buaya walaupun takut hahah.


Pastu, time untuk balikk :((
Tepat kul 1, sampai airport untuk back to reality. haha.


Makan laksa Sarawak dekat airport je.
Tapi macam bihun, kuah macam kuah kari. Bihun kari jadinya lol.
Tapi sedaplaa jugak.


Overall, Sarawak memang best. Mereka ada culture yg unik dan pelbagai. Cuma, bagi aku takde benda apa pun nak visit kat sini, sebab semua tempat jauh2. Ada je mcm muzium2, tapi tak berminat nak masukkan dalam iti. Cuma kitorg tak sempat pergi pasar satok atau serikin(jauh dari Kuching). 
Sarawak juga banyak taman negara, maybe next time kalau dtg lagi mungkin boleh jelajah taman negara, masuk gua niah ke hahaha. Tapi im not really interested la dengan aktiviti2 adventure gituuuu. Kalau dtg lagi pon kejar kek lapis je dgn jalan2 kat waterfront pastu ulang alik naik perahu yg ko suka sgt tu haha.

Perihal kek lapis.
Kek lapis yg femes kat sini adalah Dayang Salhah dan mira cake house. Kitorg beli dua2 jenis. Tapi keduanya berbeza, Dayang Salhah lebih berat dan padat keknya, manakala mira pula agak ringan mcm sponge cake. Berat pon berbeza, sekotak mira yg ada 10 biji, adalah 3kg manakala Dayang Salhah pula 4kg. Kiranya lebih kenyang dan berbaloi kalau beli Dayang Salhah. Kek Mira lebih basah, Dayang Salhah pula agak kering mungkin lebih tahan lama dari Mira. Tetapi kek mira lebih banyak pilihan dan berwarna warni, Dayang salhah kebanyakan kek nya kaler2 sendu. Keduanya ada pros and cons, cadangan aku beli je dua2 brand kek hahaha. So kte dpt rasa lebih banyak kan dan tekak setiap org berbeza. Ikut citarasa masing2 jugak lah.

Simple trip but memorable, harap panjang umur, murah rezeki untuk dtg ke sini lagi InshaaAllah.

Byebye.







No comments:

Post a Comment