Saturday, August 20, 2016

Japan 2016 part 2 : Amazing Tokyo

Assalamualaikum. 

Cuba sedaya upaya untuk update blog selagi masih ada ruang dan peluang sebelum busy dengan benda lain dan juga terlupa maklumlah dah tua.

Untuk first day di Tokyo, kitorang cover tempat2 yang menjadi tarikan pelancong. Yang paling femes lah kiranya. Actually banyak jugak tak dapat cover, sebab bandar Tokyo ni besar, berkali kali ganda lebih besar dari bandar KL tu. Canggih pulak tuu, metropolitan kann ahaks. Contohnya tak dapat pergi Roppongi, Ginza, Yokohama etc sebab mula2 memang nak masukkan dalam itinerary tapi hmm tak dapek lah nak. Kena tinggal terus kat tokyo agaknya kalau nak pusing satu tokyo haha.

First destination, Shibuya.
Apa yang famous di sini adalah Hachiko statue dan juga Shibuya crossing. 


Infront of Shibuya station.


 Shibuya crossing. Dua kali kot crossing, siap buat video tapi bila tengok balik. Tah hape2 je video kitorg buat. malas nak upload kahkah.

Orang lain cross, kite pon cross jelahh. Taktahu yg ramai2 crossing tu sebenarnya macam kitorang yang saje2 je atau memang diorang nak cross time tu hahaha.

Shibuya crossing ni merupakan laluan pejalan kaki yang paling tersibuk di dunia ! Ianya juga adalah lokasi penggambaran untuk filem Fast and Furious: Tokyo Drift (yeke. Tak minat pon filem2 aksi ni) Setiap kali lampu merah je, orang dari pelbagai sudut kiri kanan depan belakang akan melintas secara serentak. memang daebakkk ! Time ktorg pergi ni tak ramai sangat orang, sebab maybe masih awal kot. So tak berapa thrill hahaha. Katanya untuk mendapatkan shot yang paling terbaik adalah dari tingkat 2 starbucks. Tapi malas lah kan, baik aku google je. Aku bukan photographer pon wakaka.

Gambar google.
Honestly taktahu apa yang special. Mungkin tak menghayati, setiap kali ke tempat tumpuan pelancong je, mesti aku akan fikir, apa yang best nye sampai orang ramai sangat, aku tengok takde mende ape pon. bhahaha. 

Seterusnya, ke Hachiko statue. 
Ni pon beratur orang nak bergambar. Bila lepas sorang2 habis bergambar, cepat2 menyelit masuk. Aku dah tengok english version cerita pasal Hachiko ni. Memang sedihh sangat2 serius memang menangis tengok filem ni. Mengisahkan tentang seekor anjing yang sangat setia bernama Hachiko. Setiap hari Hachi akan tunggu tuan dia, seorang professor bernama Hidesaburo Ueno pulang dari kerja kat Shibuya station. Memang semua orang yang kerja kat station tu kenal dah Hachiko, dia takkan balik selagi tuan dia tu belum sampai. One day, professor tu meninggal ketika sedang bagi lecture. Hachiko masih setia tunggu tuan dia balik. Selama 9 tahun Hachiko tunggu tuan dia kat Shibuya train station, yela manalaa dia tahu tuan dia tu dah mati. Alahaii sedihhhh :( Sampailah akhirnya Hachi mati. So tugu tu dibuat sempena memperingati Hachiko, seekor anjing yang setia.



Kat Shibuya jugak, ktorang ke Tourist information centre dan tanya kat mana boleh beli Tokyo metro pass. The staff suruh kitorang ke BIC Camera store untuk purchase. Kena tunjuk passport sebab diskaun pass ni untuk pelancong saje. Kelebihan pass ini ialah, dengan hanya 1,200 JPY (RM 48) untuk 48 hours, kite boleh naik all tokyo metro and Toei Subway lines. So untuk 2 hari jalan2 kat Tokyo, bolehlaa saving sikit kan. haha. More info can visit Tokyo Metro Discount ticket.

Next, Harajuku.
Yang paling menarik kat Harajuku ni semestinya street fashion di Takeshita street. Orang cakap, setiap Ahad akan ada ramai bebudak remaja akan cosplay pakaian pelik2 macam anime, lah ape2 la, aku taktahu pebende haha. Tapi time ktorg pergi takde pon ! Maybe sebab awal lagi kot, jumpa sorang je makcik pakai pelik. haha. Diorang ni lagi happy kalau pelancong2 nak bergambar. 


Ni lah makcik pelik tu haha. Ramai gak nak bergambar dengan dia.

Tokyu Plaza Omotesando. Unik sebab dia ada cermin2 macamtu. Ktorang naik eskalator tu lepastu turun. Taktahu lah plaza tu ada apa, baju2 lah kot, fashionista stuffs maybe.

Sambil selpie menyelpi (RIP my bahasa)

 Banyak jugak shopping complex tapi tak masuk pon lah. Nak kejar masa lagipun mahal nak oi. Mak jemah tak mampu.

Jalan2 sepanjang takeshita street, and masuk kedai candy. ramai betul orangg, kena beratur.


Macam kain tuala. Nasib baik tulis candy tu haha.

Tapi sebenarnya ktorang aim cotton candy kaler2 ni je hahaha. Harga 600 JPY (RM 24).

And tak lengkaplah kunjungan ke Harajuku kalau tak try crepe. Banyak betul kedai crepe.

 Dan macam2 perisa crepe yang ada. Mostly restaurants/stalls kat Jepun ni mesti akan ada display makanan macamni. Look real ! Nampak sedapp sangatt. Aku suka tengok cara diorang display.

Banana chocolate crepe. Sedaplahh jugak, tak terlalu manis sangat. Krim tu pon tak muak bila makan. Harga 390 JPY (RM 16).

Dan kitorang shopping sikit2 lah dekat Daiso hahaha. Daiso sini kira murah lah sikit sebab hanya 100 JPY (RM 4) satu barang. Daiso kat Harajuku  4 tingkat woi. Dapat beli green tea, I love japanese green tea ! Rasa sedap lagi dari brand BOH yang slalu aku minum. Adalah jugak masuk dan tengok kedai2 lain, beli coklat sikit dengan mask (to repair sunburnt skin kononlah). Souvenirs agak mahal kat sini.

 Infront of Harajuku station.

Penghujung Takeshita street.
Takeshita street ni cuma satu lorong jalan yang penuh dengan manusia dan macam2 kedai ada ! Banyak jugak baju2 dan fesyen2 macam pelik2 tu. Macam hantu pon ada hahaha. Banyak dijual fesyen2 yang macam anime, gothic laa ape la. Barangan dia pon banyak yang pelik2 ape tah. 

Masa ni, dah penat gilers dengan panas membahang lagi. So kitorang jalan kaki lagii ke Tokyo Cami Mosque. Masjid paling besar di Japan. Paling besar di Japan, tapi kecikk je sebenarnya (yelah sebab masjid Malaysia kan besor2 belaka). So dapatlah solat kat sini sambil meregangkan kaki haha.


Bawah masjid tu, ada gallery. Ada laa pameran sikit2 and ada jugak cenderamata kalau nak beli. Jumpa jugak dengan sorang akak indonesia, dia tegur ktorg. Lepastu borak2 sikit, dia siap add fesbuk and ajak ambik gamba sama2. Sila ke Jakartaa, kata akak itu. Setiap islam itu kan bersaudaraa.



Next, ktorang ke Shin Okubo, Japan's Korean Town. Pergh memang heaven datang sini sebab aku bolehla tahan layan kpop jugak kan hahaha. Setiap kedai banyak betul jual kpop merchandises, sebut je group apa. Exo, infinite, vixx, seventeen, IOI, snsd, suju, BTS, semua ada hahaha. Tapi even aku layan kpop, aku tak pernah membazir beli kpop merchandise baik di Malaysia mahupun di Jepun. Tak sefanatik itu. Tapi best jugaklah masuk kedai2 dengar muzik, boleh tahu lagu siapa lol. So ktorg masuk kedai2 kpop tu tengok2 jelah cuci mata.
Selain kpop, korea juga terkenal dengan barang cosmetics ! Banyak betul barangan dan kedai2 cosmetics! Dahlah comel2 cute, geram tengok. haha. Dan shopping sikit mcm losyen, mist dengan mask tu pon grab yang ada offer hahaha. Kalau kat korea lagi murah kk cosmetics (ish bila la nak pi korea).

Comellllll sgt hand cream ni macam nak gigit2 je haha. Dan banyak lagi benda comel2 and bau sedap gilers tapi bila convert brg2 selalu beli mcm aloe vera tu, lebih kurang sama je dengan harga kat Malaysia, cuma tak membeli sebab takde peruntukan untuk cosmetics haha.

Next, ktorang gerak ke Asakusa. Kat sini ada sensoji temple, taktahu lah temple pebende haha. Ambik gamba kat luar je, malas nak masuk. Ramai bangatt pelancong (tetiba terjangkit akak indon tadi). Sepanjang jalan nak ke temple tu jugak, kiri kanan penuh kedai jual cenderamata. Hahh, tempat ni lah paling sesuai kalau nak beli souvenirs sebab sini je paling murah. Murah2 pon mahal jugak haha. Tapi sbg kenangan beli jelah fridge magnet dengan keychain sikit. Ktorg beli 2 buah fridge magnet dengan 3 biji handphone keychain yang halus tu je dah berharga 1100 JPY (RM 44). Tak silap aku satu fridge magnet tu dalam 350 JPY (RM14) la paling murah.


 Ramai beratur nak masuk dalam temple ni..

 Dah penat sepanjang hari jalan kaki.

 Malas nak google sensoji temple ni pebende sebenarnya. Adelah tu kepercayaan2 diorang kan. Datang sini pon sebab tempat tumpuan pelancong wakaka.

 I found another foods display ! Hari first je eksaited tangkap gamba, lepastu bersepah kedai ade display macamni, lama2 pandang je dah malas nak snap gamba haha.

Kenapa pakcik patung ni macamni..Dia nak tahan apa sebenarnya..Again malas nak ambik tahu. Time ni macam takde feeling sangat sebab dah penat.

Kedai ramen. Kecik je kedainya, dua tingkat dan ada ruang untuk bersolat. 

Kos 3 mangkuk ramen dengan sepiring ayam goreng adalah 2900 JPY (RM 116). Satu mangkuk paling murah lebih kurang 700 JPY (RM 28). Hahh sebab tu untuk entry budget, aku tak masukkan makanan dan souvenirs sebab ianya adalah option depends pada budget yang ada. Nak jimat, jadi kedekut dengan tidak membeli apa2 souvenirs/tidak makan di kedai hahaha. Ayam goreng tu sedap, ramen tu seriously aku tak boleh terima, weird taste. hahaha. Tapi aku habiskan jugaklah sebab lapar and sayang kalo membazir. Liah tak habis banyak pulak tu, sejak itu makan kat mana2 kedai ktorg share je. Tamak nak sorang satu tapi tak habis luls.

Last destination, ktorang gerak ke Tokyo skytree. Boleh tengok pemandangan seluruh Tokyo bila naik atas ni. Memang dah plan tak nak naik atas pun sejak awal. First, sebab mahal. Second, korang boleh tengok pemandangan seluruh Tokyo secara percuma di Tokyo Metropolitan Government Building di Shinjuku. Mengapa berbelanja lebih sedangkan ianya hanyalah benda yang sama. Tengok benda yang sama je pon. But our bad, memang plan nak pergi building tu tapi hari Ahad bangunan tutup and esoknya boleh pergi tapi ktorang macam tak sempat dan terlalu penat. So....Ktorang pon tak check awal2 bila bangunan tu tutup.

On the way ke Tokyo Skytree, jalan2 kat taman pebenda da aku pon taktahu (even masa tu kaki rasa nak tercabut dah) Kononnya tunggu malam sikit, so cantiklah kan bila tengok skytree tu pada waktu malam haha. 


 Excuse mokcun's face. Nampak tak atas bangunan tu, macam bentuk tahi ! haha 
selekeh je.


Ktorang cari banyak tempat nak cari best shot. Mula2 sampai kat satu tempat tak cantik. Melintas jalan. Jalan lagi. Jalan jalan jalan. Kalau datang Jepun stamina kena tinggi ! 


Selfie feat angin kuat. Nasib baik tak hujan.
Ktorg jadi macam manusia pelik je, demi mendapatkan shot yang terbaik siap duduk2 atas jalan, diri tengah2 jalan. Orang pandang pehall lahh bebudak nii. Tapi takpelah bukannya orang jepun tu kenal ktorg pon bhahaha.


Bergamba bergamba dan lepastu bolehlaa balik. Sampai rumah makan maggi sobs.
Balik dah malam, tapi still rasa macam selamat jugak sebab orang sentiasa ramai. 

Okay will continue with amazing Tokyo part 2 next entry, bye !

Satu entry ambik masa 3 hari sebab buat sikit2, laptop aku dahlah selalu jammed! Damn ! Apa pun laptop ni banyak jasa pada aku, 4 tahun habiskan degree dia lah setia menemani buat assignment. tengok movie. buat fyp. screen rosak saat2 genting. hahaha! emotional.


Read previous entry : Hello Japan







No comments:

Post a Comment