Assalamualaikum.
Flight ktorg ke Tokyo Haneda pukul 2.30 pm, and taktahu lah time tu memang tak ramai orang kot. Sunyi je after masuk kat gate perlepasan tu. Liah looked excited maklumlah first time naik flight wakaka.
Jumpa wani kat famous amous, thank you belanja cookies ! haha. Moga makin murah rezeki. Siapa yang nak fly tu, sebelum masuk boarding gate singgah lah famous amous kk. Sebut nama qilanisa, nanti wani bagi diskaun hahaha (k tipu je).
Alhamdulillah flight tak delay ke apa2. Dalam flight kebanyakkannya orang Jepun, ada lah jugak beberapa group orang Malaysia. Kat Jepun ramai jugak jumpa orang Malaysia tapi ramai jugak yang macam sombong, ada jugak yang senyum balik kat kita. Yelaaa yang bercuti ke Jepun tu kan orang kaya2 gitu. Mana tanding ktorg rakyat bawahan ni. Kat Harajuku jumpa Malaysian hipster gila dengan spek hitam dan kamera mahal sangkut kat leher (tapi shopping kat daiso gak), tu mesti geng2 insta famous hahaha. Ktorang je rileks ambik gamba pakai henfon je guys, liah paling win pakai henfon buruk. Nasib fon aku gambar oke la, bolehla nampak rupa orang dari takde wakaka. Hashtag bersyukur apa adanya haha.
In flight meal, Nasi lemak Pak Nasser. Sedap! Ke sebab aku tengah lapar kot semua jadi sedap haha. Dalam flight, tidur. Bangun. Tidur. Makan. Tidur lagi. Sempat gelakkan orang kerusi sebelah. Ada sorang mamat jepun ni hensem gilaa, melting jugaklah dibuatnya, sekali dia tidur ternganga nganga, penat aku dengan liah gelak. Sorry bang, and thank you jadi hiburan ktorg luls.
Alhamdulillah selamat sampai Jepun lebih kurang pukul 11 malam. Lega sangat ! Rasa lama sangat nak sampai. Aku expect sampai dalam pukul 8 macamtu.
Kat immigration takde apa2 masalah Alhamdulillah, kat kastam pon okay je semua. Maybe sebab takde declare apa2 kat borang kastam tu. Yela bukan ade mende sangat bawak dalam beg, setakat baju je, makanan pon tak banyak. So time isi borang tu aku tick NOOOOO je semua so senang lepas kat kastam tu haha. Nasib baik dia percaya je kan, takdelah dia nak bukak check beg ke apa semua.
Kat Arrival Hall terus jumpa nunun. Kejar train pukul 11.20 pm, maka lari2 lah jugak. Nasib baik sempat singgah toilet, sebab aku memang taknak guna toilet dalam flight. Geli wei bhahaha.
Sebelum naik train. Ni je gamba yang ada haha.
Sampai Gyotoku station, jalan dalam 5 minit sampai rumah. Okay time to sleep.
Continue next entry, bye !
Read previous entry : Itinerary, tips dan budget
No comments:
Post a Comment