Assalamualaikum.
Last week ktorg pergi rumah terbuka MPAG (pejabat ayah). And I met Baayah, my old bestfriend. Sebab ayah dia pon kerja mpag jugak kan. Actually last aku jumpa dia masa ibu ayah nak pergi haji 6 tahun lepas, dia datang kenduri kat rumah. Lepastu dia diam je tak contact aku lagi and ktorg terus lost contact. Sampailah aku masuk matrik, blabla. Masuk universiti, blabla. Sampai dah habis study baru jumpa balik. Sepanjang 6 tahun tak jumpa tu, adelah jugak ktorg mesej2 sikit. Tu pon tak banyak, yela mesej kan bukan wassap (Baayah takde wassap, zaman mana ko ni hahahahaha).
Aku rasa ktorg start lost contact bila Baayah pass no aku kat abang dia. Lepastu aku macam marah jugaklah masa tu, aku mesej dia "kenapa kau bagi no aku, kau nak jadikan aku ni kakak ipar ko ke" bhahahaha. Part kakak ipar tu aku taklah taip betul2, aku sambung dalam hati je lol. (Yelah, ko ingat orang laki ni saje je ke nak contact ko, mula2 tanya khabar ler, lepastu ada maksud lain zzzz). Maybe dia rasa bersalah kot dengan aku, dia diam je terus (rupanya dah tukar nombor). Yang abang dia pulak mula2 mesej, aku reply sebab aku kenal semua family dia, takkan tak reply nanti orang cakap sombong pulak. Tapi lama2 lepastu aku senyapppp je tak reply2 mesej dia.
Cara aku senang je, tak suka jangan layan. Buat taktahu je. So kalau aku tak layan atau tak reply mesej tu pepaham jelah LOL.
Aku kenal Baayah dari aku darjah dua lagi. Ya, darjah dua. Dah 15 tahun da kenal. Dia satu kelas dengan aku. Macam mana tah, aku ajak dia tidur rumah aku. Memang selalu jugaklah dia tidur rumah aku. Boleh kata dalam dua minggu sekali, hujung minggu tu mesti dia datang bermalam. Datang hari jumaat lepas sekolah, nanti isnin pagi pergi sekolah sama2. Kitorang memang sangat2 rapat, mandi sama2 (mandi naked tau, yelah baru darjah dua hahaha). Makan sama tidur sama. Pendek kata, semua benda ktorang share. Masa ktorg darjah empat mcmtula, aku cakap "kita dah besar, tak payahlah mandi sama2 lagi". So sejak tu ktorg tak mandi sama2 lagi bhahahahahahha. (Ayat kanak2 macamtula tapi aku still ingat lagi wallaweh)
Start darjah empat kot dah tak sama kelas sebab sekolah ubah kelas ikut prestasi start dari darjah empat. Aku kira pandai sikit la dari dia bhahaha, so aku masuk kelas first. Even dah tak sama kelas pon ktorg still rapat, dia tetap akan bawak beg baju setiap jumaat nak tidur rumah aku. Kadang2 aku malas nak ajak dia, tapi ibu yang selalu ajak, kalau dah lama sikit dia tak datang, ibu selalu cakap "ajaklah baayah datang". haha.
Bila masuk form 1, aku dah masuk asrama. Lagilah tak jumpa, tapi dia still datang tidur rumah aku jugak kadang2. Bila birthday dia aku wish, siap call kat public phone lagi masa tu haha. Birthday dia 5 January, aku masih ingat even last aku wish dia bila tah agaknya.
Kira dia ni dah jadi anak angkat family aku la. Pernah sekali tu, dia tidur rumah aku sampai lebih seminggu sebab cuti sekolah lama. Dia taknak balik rumah, sampai ayah aku suruh dia balik jugak bhahaha. Kakak baayah, kak rabiah pon ada jugak sekali sekala tidur rumah aku. Kitorang pergi jalan2 pon bawak dia. Pergi zoo, pergi air terjun mesti bawak dia punyalahh. Cuma kalau jalan yang jauh2 tu dia tak pernah ikutlah sebab ayah cakap tak nak ambik risiko bawak anak orang. And masa abang dia mesej aku dulu, dia cakap ada pernah ikut ktorg mandi air terjun (ni aku dah lupa). So kiranya memang ktorg kenal lah seluruh keluarga masing2, dengan kakak abang dia pon ktorang hangkut bawak berjalan haha. Tapi aku tak pernah tidur rumah dia lah, ibu tak bagi. (Honestly i dont really want to spend a night at her house because hm).
Ni kat zoo melaka, tahun bila tak ingat. Pakai tudung purple tu kakak baayah(Rabiah). Cantik giloo kakak dia putih macam arab.
Aku tahu masalah family dia, semua dia cerita kat aku. Tapi takkan aku nak cerita kat sini kan. Biar aku simpan jelah rahsia dia tu, and dia kenal semua saudara mara aku. Uwan, arwah atuk, nenek, pakcik makcik aku sepupu sepapat semua dia kenal. Kadang2 kalau baayah takde, diorang plak tanya mane kawan ko tu haha. Family dia pon agak susah sikit, so ibu cepat kesian, rasanya hampir setiap tahun ibu jahitkan baju raya untuk Baayah masa tu. Dan banyak lagi lah macam2 keluarga ktorg tolong dia, malas nak cerita lebih, sebab macam nampak tak ikhlas dan nak menunjuk pulak nanti bhahaha.
Kadang2 rasa marah jugak bila dia langsung tak tanya khabar. Kalau tak tanya khabar aku pon, at least tanya la khabar ibu dengan ayah aku, alahai. Bukanlah nak suruh bayar balik apa yang kita pernah bagi, cuma kita nakkan ingatan dia tu je. Atleast kita tahu dia tak pernah lupakan kita. Masa jumpa dia balik kat mpag tu, aku rasa awkward sikit lah dengan dia. Takde rasa eksaited sangat sebab maybe aku mcm kecewa sikit dengan dia. Dari kecik tidur sebantal lepastu menghilang dan jumpa balik, of course lah awkward.
Kadang2 rasa marah jugak bila dia langsung tak tanya khabar. Kalau tak tanya khabar aku pon, at least tanya la khabar ibu dengan ayah aku, alahai. Bukanlah nak suruh bayar balik apa yang kita pernah bagi, cuma kita nakkan ingatan dia tu je. Atleast kita tahu dia tak pernah lupakan kita. Masa jumpa dia balik kat mpag tu, aku rasa awkward sikit lah dengan dia. Takde rasa eksaited sangat sebab maybe aku mcm kecewa sikit dengan dia. Dari kecik tidur sebantal lepastu menghilang dan jumpa balik, of course lah awkward.
zoo melaka, masa ni aid takde lagi so i guess tahun 2002/2001 mungkin la kot. Sape tah ambik gamba kabur kekeke.
Tapi still aku takdelah marah sangat for the sake of the old times. Takkan nak buat2 tak kenal, takdelah teruk gitu. Kitorang borakla macam biasa, and kakak dia pon dah kahwin and dah nak bersalin da (aku tahu kakak dia kahwin dari fb je, rasa kecewa jugaklah sebab dia langsung tak inform aku apa2). Dia cakap aku tukar no, padahal aku tak pernah tukar no telefon, dari start aku pakai henfon sampailah skrg memang no ni jelahh. Aku check handphone dia, dia masih simpan no aku. Rupanya dia yang tuka no without inform aku, ceh. Patutlah aku kol tak dapat, mesej tak reply.
Baayah dengan amer naik kuda kat zoo melaka hahahaha.
*with you with you with you with you love is an open DOOORRRRRRRR* Background music hahaha. Amer tu agaknye skrg dia dah lupa baayah haha.
Honestly disebabkan kitorang dah rapat dari kecik, aku memang sayang la kat dia, sama macam rasa sayang sesama adik beradik. Feeling dia macam ni la. Contoh ko ada adik, lepastu adik ko tu lupa daratan tak balik rumah jenguk keluarga. Tiba2 balik semula jumpa family, masa tu ko marah tapi ko still terima dia. haha bak kata peribahasa melayu, air dicincang takkan putus lol.
Saja je share cerita ni. Sebab aku tak pernah tulis apa2 pasal dia dalam blog ni, sebab time aku start berblogging ktorang dah tak contact. Apa pun, kitorang membesar sama2, shared many memories together, but i guess tu semuanya hanya kenangan. Bukan senang nak kekalkan perhubungan, lagi2 dengan manusia yang memang senang berubah. Hatinya cepat berubah. Sebab tu kadang2 macam poyo je dengan janji2 friends forever, friends till jannah, jangan lupa aku, aku janji takkan lupakan kau. Janji selalu contact tau bhahaha. Macam sekarang ni tak sampai 2 bulan habis blaja pon semua dah busy dengan kehidupan masing2 lalu senyap membisu. Lepasni kalau jumpa pon it will never be the same, contohnya mcm aku dengan baayah hahaha.
Untuk Baayah, terima kasih kerana pernah menjadi sebahagian dari hidup aku. Aku memang sentiasa anggap kau sebagai kawan baik aku dunia akhirat dan akan mendoakan kau sentiasa di bawah rahmat Allah. Dan aku percaya kau masih anggap aku ni kawan baik kau, kan. Dari cara kau cakap dengan aku haritu, dari cara kau bergurau dengan aku haritu, memang nampak lah kau still anggap aku kawan kau haha. And dont worry aku tak pernah rasa dendam pon even kalau kau tak contact aku sampai bila2, sebab kau sahabat aku selamanya, InshaaAllah.
Dan masing2 pon ada kehidupan sendiri kan, lepasni masing2 dah berkeluarga lagilah memang tak contact tak jumpa agaknya. Harapnya taklah macamtu hm.
Mood luahan perasaan pulak hari ni. Tapi best pulak throwback hahaha.
No comments:
Post a Comment