Hello Assalamualaikum!
Its been awhile since i last updated my blog. Last2 blog ni terupdate time pergi bercuti jelah. Tu pon ada je tak update lagi haha.
So 12-16 January 2020, we went to Seoul, Korea!
Rasanya ada la 2,3 kali aku sebut dalam blog nak pergi korea. Alhamdulillah, akhirnya tercapai juga my wishlist. Takde plan sangat pun, plan asal nak pergi Taiwan. Dah beli tiket, then ktorg refund. Tolak duit tu beli tiket ke Korea pula. Beli tiket bulan 9, then terus booking pakej. Kebetulan ada terjumpa satu pakej best ni. Sat lagi aku story na. So mcm last minute plan juga la.
BUDGET
Tiket flight Air Asia
KUL-INCHEON-KUL = RM1200/person
(Luggage return 40 kg, return in flight meals)
Mula2 takde luggage time pergi, tapi aku add on before check in. Add lagi RM125 camtu la tak ingat.
Pakej = RM 1390
- www.phototriptravel.com
- Folo ig: @iwant2go2korea
- Folo fb: Iwant2Go2Korea Tour
- Harga pakej berbeza ikut pakej yang kita ambil dan berapa hari kita ambil.
Aku ambik 5 hari 4 malam
- Aku ambik private tour untuk 4 orang
- Pakej dah termasuk accommodation, transport and entrance fee
Dan termasuk juga photographer aka tour guide!
Yang bestnya pakej ni, diorang akan tangkapkan gambar kita, using dslr ok bukannya pakai handphone. Then korang kena bawa own pendrive, habis tour diorang akan bagi free semua gambar2 sepanjang di sana. Ala2 macam percutian selebriti, ada orang tangkapkan gamba kau haha. Serious banyak gila, tak muat satu 16gb pendrive haha. Dan kebanyakkan member2 aku semua tanya, pakai kamera apa, gambar lawa hahaha.
Baru lah berbaloi especially untuk org yg suka bergambar macam kitaorang ni la hahah.
Overall sangat puas hati dengan pakej ni, kecuali bab hotel. Kurang best lah, tapi its not a big deal for us. Sebab duduk untuk tidur je kan, kita banyak berjalan. Tapi maybe tak sesuai untuk org yang cerewet atau banyak kerenah haha.
Tapi pakej ni ada pakej premium, uolls boleh upgrade hotel. Nak tahu lebih lanjut boleh ke laman web/ig/fb aku share di atas. Tapi kitaorang ambil pakej ni sebab banyak sangat good review! Serious uolls kena ambil pakej ni, time booking sebut nama qila nisa hahaha gurau je.
Aku ni jenis tak suka serabut, so aku lebih prefer pakej dari berjalan sendiri. Last time pergi Jepun, serabut gila nak buat itinerary, nak study satu2, then belom kira lagi yang sesat, tertinggal bas la so jadi runsing and boleh hilang mood haha. So better amik pakej je uolls. Bagi aku nak bercuti ni tak perlu nak berkira duit sangat, kalau sikit2 nak bajet, sikit2 nak bajet, sampai sanggup tak makan atau sanggup tidur tepi jalan, aku nasihatkan tak payahlah pergi travel. Aku ckp mcmni bukanlah sebab aku banyak duit, tapi sebab bercuti untuk tenangkan fikiran dan melihat keindahan alam ciptaan Allah, tak perlulah nak serabut pasal macam2. Paling penting perlunya ikut kemampuan. Jangan sebab tengok orang lain pergi travel, ko nak pergi jugak. Tapi tak berkemampuan.
Ikut kemampuan ok. Semoga Allah memurahkan rezeki kita semua.
Im a simple person, say no to serabut2 haha.
Makan/souvenirs
Depends pada uolls la nak makan bawak sendiri dari malaysia ataupun nak makan kat sana. For me, malas nak bawak makanan banyak2 berat2. Aku beli maggi dan nestum je, tu pon tak habis. Lagipon nak rasa makanan kat tempat orang.
Souvenirs pon takdelah banyak mana, beli untuk family dan kawan2 rapat je gitu.
Untuk bab ni susah gak aku nak kira bajet sebab aku pergi dengan adik aku, so mcm kitaorang share2 duit. Kadang aku bayar, kadang diorg bayar.
Yang pasti untuk 3 orang haritu aku tukar duit RM 4,500. Dan ada baki dalam RM 700.
So maybe sorang dalam RM1200 la untuk souvenirs dan makanan.
Travel insurans
This one sangat2 penting ok. We dont know what will happen, ya sebelum travel haruslah kita berdoa supaya tiada apa yang menghalang perjalanan dan semoga tiada kemalangan berlaku. Tapi still kita memerlukan perlindungan. Tak perlu ambil yang maksimum pon takpe, aku ambik etiqa insurance untuk 5 hari RM19.90 je.
Adik aku ambik AXA insurance, bagi aku semua sama je, cuma amount coverage berbeza. Biar ada sikit, daripada tak ada langsung. Betul tak? haha.
Alhamdulillah, nothing happened and takde claim apa2.
Total hangus semua untuk seorang aku siap round up kan jelah RM4,000.
Tu tak masuk lagi beli barang2 untuk musim sejuk hahaha.
ITINERARI
Itinerari telah ditentukan oleh pakej, tapi memandangkan kitaorang adalah pakej private, ianya adalah flexible. Boleh tukar ikut citarasa ktorg. Kalau nak main ski atau ke Everland or themepark, kena tambah duit lagi lah sebab tak masuk pakej.
So far kitaorg takde tukar apa2, pihak pakej beri pilihan set pakej and aku pilih yang mana aku rasa nak pergi jelah.
Tempat yang sempat kitaorang pergi,
- Insadong
- Myeongdong market
- Namdaemun market
- Nami Island
- Jade garden
- Gyeongbokgung palace (Hanbok experience)
- Bukchon Hanok Village
- Kim Sejong museum
- Chonggyecheon stream
Actually rasa nak repeat lagi sebab tak puas and Seoul pon besar! hahha.
Lagi satu, aku pon tak menghayati sangat scenery sebab it was very cold! Aku just follow jelah, and mcm kat jade garden tu sejuk gila, tempat memang cantik tapi rasa nak habiskan tour cepat2 sebab tak tahan sejuk hahaha.
PERSEDIAAN MUSIM SEJUK
This is my first experience travel during winter.
Korea adalah negara bermusim, so sebelum pergi tu haruslah check dahulu musim nak pergi tu musim apa. Memang sengaja pilih winter sebab berangan nak tengok salji, hakikatnya salji ni bagaikan hujan. Tak menentu waktu turun salji. Sepanjang ktorg di sana, tak dapat rasa salji pon haha. Tak ada rezeki.
Walaupun tak ada salji, it was very cold! And korang boleh check weather sebelum pergi tu kat Accuweather. Katanya ramalan di sana adalah hampir tepat. Biasanya tepat.
Masa kitaorang sampai, memang sejuk. Kitorang stay kat Insadong, sejuknya hingga ke tulang. Biasanya suhu dalam -1 hingga -3.
Kat jade garden and nami island suhu turun sehingga -7.
Paling kebas kaki kat sana. Bila angin tiup tu, fuhh terus rasa nak tampar orang sejuknya haha.
Untuk winter coat, aku beli kat Shoppee je. Murah dan bagi aku, ok je kualitinya. Lagipon nak pakai sekali je, lepasni entah bila pula kan nak pakai lagi haha. Range harga dalam RM 70-RM100 depends pada jenis coat. Kitorang bertiga bawak 4 helai coat, so kitorang tukar2 so that dalam gambar takdela nampak pakai coat sama je untuk ootd. Hahh bijak kan haha.
Untuk thermal wear, aku beli Uniqlo extra warm heat tech.
Jangan pakai tshirt biasa, perlu pilih knitwear ataupun sweater.
Sepanjang di sana, aku pakai 3 lapis je. Heat tech - knitwear - winter coat.
Bawah pakai heat tech and jeans.
Untuk kaki, aku pakai sport shoes biasa je, tapi stokin heat tech from Uniqlo. Bolehla tahan sejuk.
Mulanya fikir nak beli boot, tapi tak beli pon. Luckily tak beli, sebab boot tak perlu pon bagi aku kecuali anda nak ke tempat bersalji sebab licin kan.
Overall semua tempat takde salji, kat nami island pon salji buatan je, licin sikit tapi okay la.
Uniqlo heat tech really functioning well. Sebab yang cuma sejuk adalah tangan je, dan muka bila angin tiup. Untuk mafla, aku beli jugak kat shoppee tapi tak pakai sangat pon. Kejap je aku pakai untuk ootd kat Nami haha, selebihnya tak pakai pun. Kalau jenis tak tahan sejuk, kena la pakai untuk tutup muka tu bila angin tiup. Snow cap pon aku tak beli, bawak je satu ibu punya from India, amal pakai untuk ootd je haha. Untuk glove, aku beli yg touch screen. Senang nak keluarkan handphone takyahla bukak2. Walaupun pakai glove, still sejuk juga tangan. Kitorang beli heatpad kat Daiso, tampal dalam poket winter coat. Thats why kebanyakan gambar semua tgn dalam poket! Bukan nak bergaya, memang sejuk hahaha. Tapi mcm tak function je heat pad tu, ke cuaca sejuk sgt ke tak tahu la aku haha. Untuk glove, better beli yang mahal sikit kot so bolehla tahan sejuk.
Winter juga membuatkan kulit kering. Dahlah tak minum air sebab sejuk, hah bertambahlah kering. So make sure kena ada lotion, selepas mandi tu terus sapu lotion then baru lah pakai heat tech.
Aku punya skin tak sensitif, takde problem sangat kecuali muka je mengelupas sikit tapi kejap je. Dalam 3 hari balik Malaysia dah okay. Tapi member and adik aku kulit dorang memang gatal2 dan merah2. Aku sikit2 jela, sapu lotion pastu dah okay. Ada orang sampai berdarah bibir, tapi alhamdulillah aku takde pula. Pakai lipbalm biasa je, and cuma reapply lepas solat je. Tak apply banyak kali pon. Untuk muka make sure pakai moisturizer and lip balm.
So perbanyakkanlah minum air, aku mmg tak nak minum air sebab malas nak gi tandas haha.
Aku juga pakai contact lens, so far takde problem cuma perlu bawa eye drops untuk mengelakkan mata kering. Sebab ada orang pernah share yang dia pakai contact lens tercabut la apa la. So depends pada uols juga.
So bawa juga lah ubat ubatan. Takut demam ke selsema ke. Aku bawak juga vitamin C. Untuk meningkatkan antibodi badan. Alhamdulillah kitorang semua takde sakit ke demam ke. Kalau tak mesti tak seronok nak jalan haha.
itu saja untuk posting kali ini, akan bersambung pula next posting ya.
Apa2 soalan boleh komen. I reply Inshaallah hee.
Nicely done article and interesting information. Thanks for your hard work on such a topic.
ReplyDeletelegal firm in kuala lumpur