Hello Hye Assalamualaikum!
So last April, my buddies and I went for a short vacation to BANDUNG, INDONESIA! Or nicknamed as Paris Van Java by the Dutch for its resemblance to Paris and European atmosphere back in colonial times. It was my first time in Indonesia, and we managed to went to all popular and tourists attraction in Bandung. Maybe not all, but we covered some. Lets check it out!
Actually ramai friends tanya budget and itinerary to me. Kalau dah siap update blog, aku just copy paste je link. Hah senangg. Besides jadi kenangan la update kat sini. And mungkin boleh dijadikan rujukan utk sesiapa nak ke Bandung jugaa. Gambar tak edit, sebab tak sempat hahha. Asalkan nampak ghupe okay la.
ITINERARY AND BUDGET BANDUNG 3 HARI 2 MALAM
Tiket flight Air Asia KUL-JAKARTA-KUL with luggage 20kg = RM300
(Boleh dapat lagi murah sbb beli lambat jugak, my friend dapat RM90 je return. Rajin2 la survey)
KOS SUPIR - RM400/person (Transport with supir guide+hotel+tiket lawatan)
(For 4 persons, makin ramai makin murah! The more, the merrier gitu)
Makan dan shopping budget sendiri, nak shopping lebih bawakla lebih. Untuk makan, tak mahal mana pun makanan kat sana, standard sepinggan nasi ayam penyet 25k rp atau RM7 gitu la. So maybe untuk 3 hari dalam RM100 untuk makan cukup kot. Tapi kalau nak masukkan makanan sekali dalam pakej pun boleh.
So total budget tak masuk makan dan shopping adalah RM700. Wow murah, bukan? haha. For me, tak perlu ambik pakej from Malaysia. Guna supir lagi murah, sebab aku dah survey few packages. And kalau nak save on flight ticket, better turun di Jakarta. Sebab flight direct ke Bandung mahal. But waste time sebab Jakarta ke Bandung jammed sangat2! If ada rezeki lagi nak pergi, aku akan ambil tiket flight direct ke Bandung terus. Save time.
Tempat2 yang sempat kami pergi:
Shopping - Rumah kain/pasar baru/Factory outlet/Kowani perfume/toko 3/Kartika Sari
- Kawah putih
- Glamping lakeside
- Kebun teh
- Petik strawberry di strawberry farm
- The lodge Maribaya
- Farm House
- Floating Market
Tak sempat pergi dusun bambu, and itinerary boleh disesuaikan ikutla favourite kite. Contohnya mcm kopi luwak tu ktorg malas nak pi, so tak pergi la. Kalau nak pergi Tangkuban perahu, mahal harganya. Maybe next time leh pegi lagi haha. Tak puas shopping! ><
Kitorang sampai di airport jam 1 pagi, from KLIA2 12PM. Indonesia waktunya sejam lambat. The journey was very thrilled as hujan lebat berserta kilat sabung menyabung gitu lol. Tak pasti ini dah flight keberapa aku naik, tapi itu adalah first time aku naik flight time hujan! So scary and flight gegar2, dahlah sejak kebelakangan ni mcm banyak news tentang flight terhempas bagai, so aku dah mula terbayang benda bukan2 haha.
Alhamdulillah selamat semuanya :)
Soekarno Hatta Airport. Ni jela gambar yang ada, im too sleepy and dizzy to take more hahaha.
Malang bagi kami, bila tak jumpa supir yang jemput kami tu :( Supposedly sampai je kat airport tu kitorg akan jumpa supir yg pegang papan nama aku. But 2 jam ktorg tunggu tapi tak jumpa. Sampai dah stress gila masa tu, dengan penatnya tak tidur kan. So lastly, 3 am ktorg naik tidur kat surau. Aku try call supir yg incharge tapi tak angkat, ws tak reply. Tidur barangkali :(
To cut the long story short, 6 am baru supir tu bangun tidur dan read ws aku LOL. Rupanya dia ckp dah tunggu ktorg 2 jam, tapi tak jumpa jugak. Mungkin the time ktorg naik surau tu dia baru sampai entahlahh. And akhirnya diganti dengan supir lain, 7am baru gerak to Bandung. We waste about 5 hours wargh tapi nak buat camne kan.
Fast forward, akhirnya selepas meredah macet(jammed) selama 7 jam, kami tiba di hotel di Bandung. Wowww sangat penat. Bangun tidur tidur bangun balik tak jugak sampai2. Dan kereta sangat rapat, like driver di sana sangat hebat memandu. Dan sepanjang perjalanan, ramai sangat yg jual2 kerepek la, kopi la, souvenirs la, even jual penyapu pun ada. Diorg jual di tengah2 jalanraya, sambil jammed masih sempat berjualan! Risau aku japgi kena langgar haha. Dan apa yang merimaskan di Bandung ni, mana2 tempat semua ramai orang hahaha. Nak masuk mana2 toilet kena beratur, which i really hate it.
Sampai di hotel jam 1 pm cmtu, and dalam masa sejam ktorg mandi solat semua, and turun bawah balik. Time ni iti dah lari sikit, sebab ktorg sampai dah lewat :(
Kitorg tidur di hotel Zodiac Asia Afrika, tengah2 bandar berdekatan ole-ole Bandung.
First meal, ayam penyet Surabaya. Sedap gilaaa woih. Crispyyyy and spicy. Dua kali ktorg makan kat sini haha.
Rumah kain sulam.
Banyak sangat2 kain2 sulam dan kain2 batik dan kain2 apa tah haha dijual kat sini. Dan harganya murahh! Tapi to tell you the truth, lagi murah kalau beli di pasar baru. Kalau gelojoh beli bebanyak kain kat sini, memang terkilan la bila tengok kat pasar baru lagi murah hehehe. Kat sini boleh tempah baju, apa2 fesyen baju pon boleh, ambil ukuran on the spot and dalam masa sehari diorg akan hantar kat hotel. Aku tempah 2 kebaya. Kos sepasang kebaya termasuk kain dan upah dalam RM120.
Next, ktorg ke Toko 3. Kat sini jual jeans dan baju2. Pakaian semua la. Tapi aku tak beli apa2. Jeans dahla berat, tak kuasa nak beli.
Kowani perfume. Ko sebut jela nak perfume apa pun, semua ada! Dan harganya memang murah, sangat2 murah haha. Rasa nak borong je bebanyak. Tapi kebanyakan harga aku tak reveal kat sini, i still respect orang buat business, sebab kebanyakan business di Malaysia diambil di sini. Termasuk la kain2 semua tu. Apa yg aku boleh cakap, diorg ambik murah je, tapi jual harga yahudi patutla cepat kaya HAHA. Tak ckp semua la, normal la org berniaga mestila up harga sebab nak cover shipping cost bagai kan.
Cuma few brands yg actually diorg mark up harga just because their brands dah well known. Like mark up gila2 punya. Tak pelik ke, harga baju RM400 bila buat sales boleh jadi sampai RM100. GILA! Tak ada orang yg berniaga nak rugi, walaupun dijual RM100 they still got profits! Nampak tak actually kos baju tu berapa sen je. Korang pernah nampak tak international brands yang mahal2 buat sales sampai mcmtu sekali? Diorg akan mark down price tu paling banyak pun 20% je sebab apa, sebab kalau turun banyak sangat they dont have profits! Price yg diorg jual tu dah memang actual price. Thats why uolls jangan cepat terpengaruh dengan baju2 di ig yg instafemes atau artis promote tu. Weh im not bitter tu dah memang rezeki diaorang kan, cuma sebagai penjual hendaklah jujur dan amanah, dan sebagai pembeli hendaklah bijak memilih. lol hahah woi melalut jauh dah ni.
After dinner di ...(nama kedai tak ingat). Balik hotel dan ZZZ. Kesimpulannya hari first kitorg memang pusing2 bandar dan shopping2 cuci mata saja.
Second day, pagi2 buta 7 am kami dah gerak ke kawah putih. Tiket masuk tak sure bpe sebab dah dlm pakej, tapi pernah baca, dalam RM5.
One of my dream place to go, Alhamdulillah dapat jejak kaki jugak di sini! Cantik sangatt2 tempat ni, ia adalah kawasan bekas gunung berapi yang tidak lagi aktif. Sekarang dah jadi tempat tarikan pelancong. Tourists dan org tempatan sangat ramai di sini, nak ambik gambar pun susah. haha maybe sebab weekend kot.
Kalau ada mask, bawakla sendiri. Yang lawak ktorg terpedaya dengan penjual sana lalu membeli mask yang akhirnya tak pakai pon hahaha. Sebab nak tangkap gambo punya pasal. Tapi its not good to stay long here sebab bau sulphur sangat kuat. Boleh effect our health. So jangan lebih dari 15 min la dekat2 kawah tu.
Tak faham function mascott tu...
Boleh ambil gambar di jambatan tu tapi nak masuk jambatan tu kena bayar lagi..Dont understand kenapa mesti setiap inci penjuru ko nak pegi kena bayar lagi dan lagi. Haha bukan kat sini je. tempat lain pon sama, dah bayar tiket lawatan, bila masuk dalam tu kena bayar lagi. Haih
Cannot move on dengan kecantikan scenery kat sini hihi.
Next, ke glamping lakeside. View kat sini pun lawa gila, ianya adalah sejenis binaan(?) berbentuk perahu dan dalam tu ada restoran utk makan2 sambil menikmati pemandangan dari atas. Ktorg singgah kejap je untuk bergambar.
Next stop, ke tea plantation. Turun ambik gambar je hahha.
Cameron Highlands lagi lawa kbye hahah.
Seterusnya, ke ladang strawberry tapi hujannn. Tapi ktorg redah jela hujan tu, demi sebuah kenangan hahaha. Satu kg strawberry yang dipetik 80k rupiah. Ktorg petik tak sampai 1kg pon. Sebabnya hujan, dan tak banyak sangat pon strawberry yang dah masak. To be honest tak sedap pon strawberrynya haha.
For lunch and dinner, we eat ayam brengsek (jerk chicken) haha. Sedapp tapi kurang pedas. Maybe sbb ktorang pesan tak nak pedas, amek kau tak pedas langsung dibuatnya haha. Aku rasa makanan di Indon ni memang kena la dengan selera aku sebab aku pun keje nak makan ayammmm je haha. And kebanyakan menu kat sini adalah ayam ><
Restaurant dia cantikkk tapi tak tahu nama apa haha.
Esoknya, kami gerak ke The lodge Maribaya.
Ini pon salah satu wishlist aku huhuhu.
Bad lighting lol
Tarikan kat sini of course adalah berbasikal di udara, berbuaian di udara, acah naik belon panas, dan banyak lagi tarikan. Tapi mcm aku cakap, setiap kali korang nak naik setiap attraction tu, ada bayaran lain hahaha. And it depends, harga tiket from 25k rp-35k rp utk yg ktorg naik la. And kalau rajin boleh je nak naik semua, ktorg just naik ikut mana yang paling femes and paling ktorg berkenan je.
And akan ada professional photographer tangkapkan gambar, yang bestnya, diorang siap ajar posing lagi. So uolls just ikut je arahan dia, turn out gambar korang akan jadi cantik! Contoh arahan "Tunjuk love, tengok pemandangan, silang kakinya, Lepas tangannya"haha.
Pastu sebelum balik, korang bolehla memilih dan membeli gambar korang tu hahah. Bayar lagi. Hanya soft copy je dijual, boleh je transfer ikut usb atau ada la lagi pilihan lain utk transfer gambar tu. Sekeping gambar dalam RM3 kot tak silap.
Gambar from photographer:
For me, aku puas hati la dengan gambar diorang snap haha.
Next, ktorg ke Farm house dan floating market.
Floating market ni macam pasar tapi mereka berjualan atas air. Nama pun floating kan. And nak beli makanan kat sini, kena tukar wang kepada koin.
So kitorang beli rojak buah, cendol, cendawan goreng, roti apa benda tah nama dia ni, haha dan ade la lagi makanan2 ringan. Cannot remember the name.
Tiket masuk tu jangan buang, sebab boleh ditukar kepada air minuman.
Ada air panas/air sejuk.
Next, ke farm house.
Di sini, ada ladang lembu dan hobbit house. Kena bayar lain lagi nak masuk hobbit house ni lol haha. Nothing much here, cuma tempat untuk bergambar saja. To be short, this place have many beautiful spots for your instagram post hahaha.
Banyak gambar. Tak larat aku nak masukkan hahaha.
Tiket jangan buang, boleh redeem cake dan susu. Susu ada perisa ori, coklat dan strawberry. Sedap sangat susu kat sini ><
Tak ingatla aku buang ke makan cake ni haha. So tak sure sedap ke tak lol.
Ini sedap ;p
Then, kami ke pasar baru. Kat sini, ada guide lain yang tolong ktorg cari kedai yg ktorg nak. Ada 2000 kedai di sini, maka untuk mengelakkan ktorg masuk dan tak jumpa jalan keluar, perlu menggunakan guide haha. So senang jugakla, sebab cakap je kte nak beli apa, contohnya nak beli telekung. Dia akan terus bawa ke kedai telekung.
Kat sini memang sangat2 murah! Kain, telekung, baju semuanya murah. Ktorg singgah sini tak lama sangat, aku cuma nak carik telekung je. Serius tak puas shopping :( Ko ckp jela nak apa, semuanya ada di sini haha.
Kakak tu demo telekung haha.
Telekung mcm2 jenis ada, sulam sulaman semua lawa2, boleh pengsan tau kalau pi sana hihi.
Next, ktorg ke Kartika Sari dan amanda untuk beli brownies. katanya femes la brownies kat sini, so aku beli la brownies, bolu pandan dan pisang bollen. Tak tangkap gamba plak.
Memang sedap, tapi tak dapat bawak balik rumah bagi family rasa sebab expired date dia dalam 2,3 hari je. Aku nak balik kampung plak lambat lagi masa tu.
Esoknya, pagi2 dah gerak ke Jakarta sebab flight ktorg pukul 1pm. Meredah jem lagi 7 jam dan akhirnya sampai airport.
With our tour guide, Sandra yang sangat penyabar dan baik budi serta pemalu haha.
Thank you so much! Bagi ktorg pinjam wifi lagi tu ehehe.
For those yang nak khidmat supir, bolehla whatsapp supir Asep - +62 821-2970-8390
InshaaAllah trusted dan senang je berurusan dengan dia. Untuk depo, dia ckp ikut suka hati kita nak bagi berapa, dia cuma perlu depo untuk duit minyak dan book hotel. Bebila masa je boleh bayar, cuma janganla lambat sangat kang takde hotel plak.
Aku bagi depo haritu RM300 je.
(Wah ini kalo lumayan business Asep aku promo di sini, harusnya aku dapat komisen wakaka)
InshaaAllah, will come here again!
Nice trip and memories to be remember.
WOW SIAP JUGAK ENTRY BANDUNG.
Next nak settlekan entry Sabah yang dah lama tertangguh haha.
Jom cuti2 Bandung,
ReplyDelete284 RM/ kepala
4 Hari 3 Malam
Murah tapi tak murahan..
harga budget service 5 star...
Nak pegi mana mana oun boleh, no rule, asal customer senang 😉
sudah masuk sekali
✅ Hotel 3 star berhampiran cihampelas shoping mall
✅ Bilik deluxe, satu bilik untuk 2 orang
✅ Tea maker dalam bilik
✅ Makan pagi
✅ Airport transfer
✅ Transport untuk tour 4 hari
✅ Supir yang ramah dan berpatutan
✅ Minyak
✅ Tol
✅ Parking
✅ No tipu tipu
✅ Kereta with good aircon
Minat segera whatsapp admin yaa..
10 orang pertama dapat percuma :
✅ bags Louis vuiton
✅ free indonesian sim card 1 pack
✅ Free layer cake
whatsapp admin jangan lupa
+6285318490001
email : primeratrans@gmail.com
facebook : Primera Trans Bandung
woww nak pi
ReplyDeleteSalam....Tuan/puan
ReplyDeleteKami menyediakan
PERCUTIAN BANDUNG...
👉Pakej transport
👉Pakej transport &Hotel
👉Pakej fullboard
Sila tuan/puan memutuskan tempat lawatan & boleh ikut program yg sudah disediakan atau ikut rancangan sendiri...
Semoga maklumat yg kami berikan bisa memudahkan urusan tuan/puan dalam bercuti...
Kami menyediakan...
👉TOUR JAKARTA
👉TOUR JOGJA
👉Pakej transport
👉Pakej transport & hotel
👉Pakej fullboard
WhatsApp/Call
+6282214441280
+6282282222896
HARGA PROMOSI THN 2020
#dhanibandoeng
#dhanitourbandung
#malaysia
#bruneidarusalam
#singapore