Assalamualaikum.
Sekian lama menyepi, sekian lama tak update dan aku sebenarnya dah private this blog lama jugaklah, atas beberapa sebab. Dan aku public kan semula bila tetiba ramai plak pm tanya pasal Jepun yang aku pergi pada tahun 2016 tapi tak habis2 lg update hahaha.
Sebab aku malas nak explain pepanjang, maka aku public kan dan just copy paste link kat member2. Hope sgt membantu sebab semuanya aku share.
Aku decide untuk aktif kembali berblogging, sebab rasa rugi. Hidup ni rasa singkat sangat, tahu2 je dah bertahun. Dan aku tak nak semua yg terjadi akan hilang mcmtu je. Seriously guys, benda yg jadi dua tahun lepas pon korang akan lupa kan disebabkan kebizian kerja, belajar dan urusan hidup. Bila baca balik, baru teringat betul tak??
So last time member ws ckp weh, please public kan blog kau, aku nak terobek zaman kite muda mudi. Hahh gitu kan. hahha.
Dan hidup aku pun dah banyak berubah. Aku dah tidak bekerja lagi di Burger King. Aku resign 24 jam je, aku tak pernah menyangka aku akan letak jawatan macamtu je seolah olah mcm aku tak kisah langsung pasal pekerjaan yg aku sgt syg(lol). Kalau nak tahu aku selalu pandang org yg letak jawatan 24 jam ni mcm tak bersyukur, senang2 je resign ingat senang ke dpt kerja so benda tu jadi balik kat aku HAHAHAH!
Aku ada sebab aku sndiri, aku tak tahu org2 BK pandang serong ke apa kat aku. Kalau tak tahu dan tak faham apa yang aku rasa, please dont make your own speculations! Please ask me direct jgn dengar ckp orang.
One of my ex colleague cakap aku ni "pembelot BK" WTF dude you dont even know my stories and my hardships. Kalau ikutkan jahat aku ni aku dah sebarkan dah semua cerita yang aku tahu terutama pasal ORANG ATASAN KORANG TU. Cerita diorg dlm poket aku je, aku ada saksi dan bukti. So up to you lah nak ckp apa. Go do your own work lah. Yang ckp aku mcmtu aku terus ignore smpai skrg. Kau tak layak jadi member aku hah gitu hahaha.
Dengan hati yang berkecai (wah over ayat ni) dan atas dorongan beberapa orang teman baik, siang malam aku cari kerja lain. Aku apply je mana2, yang penting masa tu aku nak keluar dari BK! Pernah pergi iv as QA Executive di Puchong, lama betul diorg interview aku. Ingatkan dapat lah kan lol. Tapi senyap je, so i know i was failed. its okay, aku masih ingat ayat interviewer, katanya dia tak nampak passion aku terhadap foods, dia nakkan seseorang yang bekerja sebab dia cintakan kerjanya, bukan sebab dia cintakan duit(sebab gaji). Oh man, nak je aku soal dia , would you stay at your position now for free because you love food so much? hahaha. ko pun kerja sebab nak gaji je kan LOL.
Tak apa, tak ada rezeki aku.
Interview susah gila, tapi gaji lebih kurang je dgn BK. Of course aku nak gaji tinggi sikit.
Aku hantar surat resign sebulan, as a motivation supaya dlm masa sebulan tu aku cari kerja lain bersungguh2. Sebelum tu, aku accident di depan Tesco Bukit Puchong sebab aku relief kat store sana dengan alasan i have to practice untuk naik pangkat. Right after accident, i hand in my resignation letter. Tapi aku tarik semula surat tu sebab my sister ckp ayah sedih aku resign, ayah nak aku stay supaya aku naik pangkat.
(HAHAHA NI LAWAK, tahu tak my ex boss ckp aku akan naik senior manager, sedangkan lastly my store ditarik semula as training store. So nasib baik aku berambus, kalau aku tak berambus memang sampai mati aku kat situ)
Walaupun dah tarik balik surat, aku tetap apply kerja lain.
Aku jumpa sorg member, dia ckp try apply Padini. Aku bukak2 jobstreet, saje2 apply. Tiba2 dipanggil interview. Sehari sebelum iv, aku demam teruk. Half day je kerja, esoknya walaupun masih demam aku pergi jugak iv dekat Shah Alam. Everything went well, tapi they dont give me any feedback so aku consider aku takde rezeki. Aku pon redha je dan kerja je kat BK mcm biasa.
Jumaat, 13 April 2018 aku sekali lagi volunteer relief ke BK Wangsa Maju.
Masa ni memang menguji limit aku betul, aku betul2 penat. Bayangkan store takde crew, aku sorg(supposedly im a manager) yg buat burger. Serius penat tak pernah aku sepenat itu. Siapa sangka itu adalah hari terakhir aku kerja sebagai bangla HAHAHA, hari yg sama jugak, org atasan jumpa aku dan ckp aku akan dipindahkan ke situ as assistant untuk manager situ. WTF MAN. Alasan mereka, aku assistant yg kuat, diorg nak bangunkan balik store tu. MUAK LAH GILA DENGAR ALASAN AKU ASSISTANT YANG KUAT TU. Tapi diorg janjikan nak hantar aku ke kelas food handler. Aku bgtahu ibu, ibu sndiri mcm dah was-was. Janji apa lagi nak ditaburkan hahahaha.
Aku dah mula redha dan sedih, tak dpt terbayang aku kerja kat store yang busy takde crew dan balik kerja 2,3 pagi. Kalau kena pindah, aku resign. Esoknya, Sabtu aku dpt call dari Padini. Aku perlu lapor diri Isnin, lagi 2 hari! hahahaha.
So aku minta masuk 10 May, aku nak resign sebulan tp diorg ckp lambat sgt so aku consider tolak offer. So aku tanya gaji berapa, disebabkan aku ditempatkan di klia, ada elaun transport, so gaji memang berganda dari BK.
So aku terus resign, esoknya aku tak dtg kerja dah, Isnin terus kerja baru LOL
Segalanya terlalu mendadak, bukan saje2 aku resign 24jam. Aku dpt better offer, kerja skrg rilek je, tak macam dulu, gaji double dari dulu. So nikmat tuhan mana lagi yg nak kau dustakan. Rezeki aku tempat lain kan.
Sampai bila nak kerja sini belum tahu, tapi dengan gaji skrg supposedly dalam masa setahun dah boleh kumpul duit. Paling lama 3 tahun, duit pun dah banyak mungkin boleh cari kerja lain pulak. Selagi bujang aku kerja je, sebab tak tahu jodoh dengan siapa, kalau jodoh dengan org jauh mungkin terpaksa ikut suami ke. Masa tu at least dlm tgn dah ada duit, ye dak?
Tapi belum jumpa jodoh lagila sekarang, dari start blog smpai skrg kisah org forever alone jelah ye.
kehkehkeh.
Itu update hidup aku, will continue next. Tak terupdate ni.
No comments:
Post a Comment