Wednesday, November 15, 2017

Good and bad times in my life

Hi and assalamualaikum.

So aku akan buat beberapa pos sekaligus, dan ada yang aku akan gabungkan cerita dalam satu entry. Maklumlah banyak cerita dah tertangguh wahh gitu kan. Sesungguhnya aku tak pernah berniat untuk tinggalkan dunia blogging, aku masih minat menulis dan rasa macam tak lengkap pula hidup ini kalau kisah aku tidak diabadikan dalam blog ni haha.

Dalam group ws, prof cakap lama dah aku tak update blog hahahaha. Terharu, ada juga yang masih sudi jenguk blog ni. hihik.

1) My first car

Alhamdulillah, akhirnya selepas setahun kerja, i got my own car on NOV 2017. Kira gigih lah jugak aku selama ni, bawak kereta manual ayah. Balik melaka, kadang2 kena relief/ambil barang dekat KL, bawak manual dengan jammed nye kahkah. Tak plan pun mula2, ceritanya ayah minum kat kedai pakcik Taha, ada banner car dealer kepunyaan anak pakcik taha, kak ema. Ayah wasap kat aku gambar tu, pastu tak tahu kenapa aku terus cakap "hah beli lah kereta baru". Then tiba2 kak ema call. Gedebak gedebuk aku terus pergi sign agreement dan dalam masa tak sampai 3 minggu dah dapat kereta baru haha. Alhamdulillah 'ala kulli hal. Tapi memang ibu ayah dah suruh pulangkan viva tu, because aku dah lama kerja, duit simpanan tu adelah sikit2, pastu kesian liah pakai kancil buruk kat kampus. 

Gaji aku memang tak besar mana, tapi alhamdulillah cukup je setiap bulan, belum pernah lagi aku rasa 'sakit' sementara nak tunggu gaji tu malah aku boleh simpan sikit setiap hujung bulan duit gaji aku. Alhamdulillah mampu bagi ibu ayah sikit, bayar hutang ptptn, bayar kereta dan sewa rumah. selebihnya bukan beli apa sangat. Salah satu faktor duit aku tak jalan sangat first, aku kerja kat BK, dah jimat duit makan(in fact aku bukan makan sgt pun lol) dan second, pergi kerja pakai uniform so aku pun tak ingat bila dah last aku beli belah tudung/baju like zaman study dulu pantang nampak tudung/dress hahahaha. 

Dan ada kawan yang pinjam duit aku beberapa kali, tapi gaji dia lebih tinggi dari aku. Aku terfikir jugak, ke manalah duit dia tu, gaji dia lebih banyak dari aku. Betullah apa yang dikatakan dengan keberkatan rezeki, kalau rezeki itu berkat, gaji 1k pun akan cukup, kalau tidak berkat gaji 10k pun takkan pernah cukup. Bukanlah aku nak kata gaji dia tak berkat, gaji aku berkat, cuma perkara itu mengingatkan aku supaya perlu sentiasa bersyukur . sebab kadang2 tipu lah kalau aku rasa gaji aku skrg tak cukup, kadang2 pernah jugak membandingkan kenapa gaji dia lagi tinggi, dia diploma je pun, aku degree kot, hahh setiap org rezeki dia lain2 kan. Bersyukur je k:)

2) REV A

Alhamdulillah, 20 July 2017. Long awaited REV iaitu food safety audit yang paling penting dalam BK. Our store got A. Bukan senang nak dapat A, terlalu banyak yang kami korbankan. Korban masa dan tenaga, dah lama kami prepare for audit ni dan hasilnya amatlah menggembirakan. Lega sangat2. Aku ingat lagi tarikh tu sebab tarikh yg sama dengan birthday amer, malam tu jugak aku dengan amal celebrate birthday amer dengan kawan2 dia kat Dataran Putrajaya (dengan uniform lol). Lepas celebrate birthday amer, celebrate plak dengan team semua kat store. Good job team! Kita tak mungkin dapat A tanpa teamwork korang semua. Masa tu amal masih kerja kat BK, team masa tu memang semuanya happening dan sangat memberi kerjasama pada kitorang. Rindu gila team yang lama! .

Takde gambar plak nak letak, gambar aku dah transfer kat laptop. Laptop tinggal kat Pjaya haha. So alang2 tu aku letak lah beberapa gambar, fon aku pun dah penuh da, entah bila nak transfer tak tahu haha.




Movie timeee. Annabelle.

Selfie kat mainboard (lol)

Selfie tak habis2.

Main bowling. Malu giler, aku tak reti main asyik masuk longkang je. Tapi aku sorang je dapat strike LOL.

Masa tu memang wajib kot lepas closing je selfie ?

Annoying crown, need to wear it during weekend. Annoying sebab sikit2 terjatuh, sakit hati.

Wayang lagiiii. Tengok cte Amytyville. Sumpah bangang movie ever.

Aidiladha 2017.


Fatin's last day.

With counter team.


Kakyam's last day. DIa ni pepelik tak paham aku hahaha.

Pantang ada promo kat kenny, makan sini.

Hazim's last day.





3) Stress

Selepas team yang memberi kerjasama itu semuanya berhenti sebab new sem dah start, kami kembali patah kaki sebab crew takde. Bermulalah episod sorang berhenti, pastu sorg lagi berhenti tak tahan. Lepas sorang sorang berhenti, dengan alasan tak tahan dan penat. Yang tak boleh tahan, mereka berhenti macam tu je, tak inform. Apa perasaan aku, bila aku shift opening tapi aku sorang2 je. Crew tak datang, dah berhenti. Sakitnya hati tuhan je yang tahu. Masa tu aku rasa macam store itu disumpah pula, lepas sorang sorang berhenti dan menghilang hahaha. 
Pernah aku interview sorang lelaki berumur 40 tahun dan disebabkan terdesak, aku ambil je dia kerja, dia kami specialized kan bekerja kat bahagian dining. Padahal pernah boss aku ckp, tak perlu lah kami ambil org yang terlalu tua, sebab org tua ni lain. Mana dia nak dengar cakap engkorang. Tapi masa tu we were like desperate giler haha. 
Di sini bermula stress aku bila mana orang tua ni sangat sensitif dan emosi. Aku tak faham apa salah aku malah aku tak tahu di mana silapnya, dia cari pasal dengan aku. Aku ingat lagi aku call ibu menangis nangis nak berhenti kerja sebab si tua tak guna tu (aku rasa dia ada masalah mental) Masa tu Adah ada menenangkan aku, Adah kata "kenapa kau nak hancurkan masa depan kau sebab dia" hahaha macam lawak pulak. Ade ke patut aku nak berhenti sebab nak elak dari org gila tu haih bodoh ke aku ni. Tapi masa tu aku memang tak boleh nak berfikir. Last2, org gila tua tu yang berhenti kerja, aku buat report kat orang atasan, i informed my boss semua. Like kau yang mulakan dulu, bagi aku dia dah mengganggu emosi aku. Aku tak nak datang kerja, aku bgtahu RM, aku tak nak kerja nak ambil cuti hahaha. Tapi luckily dia dah tak dtg kerja dah, tu laaaa. Takde pasal cari pasal haha. Pengalaman betol.
So kerja macam ni mostly memang kau akan stress dengan perangai dan ragam manusia yang bermacam macam. Aku dah masak kena marah dengan customers, aku dah masak dengan perangai crew, sampai satu tahap aku dah tak mampu nak kata apa dah. Ko bebel lah banyak mana pun customer, aku hanya mampu senyum dan minta maaf je. Ko stress makanan kau lambat, kau tak fikir aku ni lagi stress, time shift aku- aku lah manager, aku jugalah yg ambil order, aku jugalah yang buat burger dan aku juga lah yang kemas meja yang bersepah sebab korang! Memang dia ada hak untuk marah, tapi sekurangnya please ada adab sikit, ada ke patut tengking depan org ramai. Hohotak dia ingat aku ni apa. Ada yg kata "patutlah kerja fast food". Hellooo, ini 2017 okay? kerja fast food pun memerlukan diploma/degree. Dia ingat aku budak spm bebodoh je kot. Even crew aku skrg ni pun ada diploma. So berhenti lah pandang rendah, yang bercakap tu pon ntah2 spm pon failed hahaha. Ada customer yang memahami, dia kata kesian adik, nampak penat dah. Thank you utk yg memahami. 
Mesti yang suka marah2 tu bodoh punya orang hahahahah kan dah kena. Kadang2 bila org yg perangai takde adab ni muncul, automatik i was like blergh GOD BLESS YOU.

Eh panjang plak part stress ni, nampak sangat dah lama pendam stress tu bhahaha. 

4) Tembila again

Amal dapat sambung degree kat Unisza, sc komputer course. LOL boleh plak sama U ngan aku lepastu dapat kampus tembila. Legend sangat sangat. So dapatlah ke Terengganu again, aku dengan gigihnya nak jugak cuti untuk ikut menyibuk gi Ganu haha. Tak sangka dapat dtg Ganu lagi, time konvo haritu poyo2 je buat ayat sedih "bila agaknyaa dapat dtg ganu lagi". Tak sampai setahun lepastu sampai lagi kat sana LOL. So dapatlah membelanja TH Hotel satu malam haha. 



Aid paling hepi. Sibuk paksa ktorg masuk kolam. Malangnya masa ktorg dtg ni, tmpt permainan tu under construction hok aloh spoil!

With my baby boy. My baby skrg kat Acheh, Indonesia. Ada program Bahasa Arab. OMOOO miss you baby boi. Congrates my boboi dapat no 3 dalam kelas, no 7 dalam tingkatan utk exam akhir tahun. huhu Alhamdulillah, why my baby sangat pandai hah???!


Aku paksa boboi ambik gamba kat sini..sebab...

Kiri, tahun 2012 daftar akak. Kanan, tahun 2017 daftar amal.
Di tempat yang sama hahaha. Masa tu iye kecik pendek gemok, sekarang semua baby fat dah hilang dan lagi tinggi dari akak. I miss your chubby face!!!


Blaja lah rerajin dak beng, Allah knows best. Nikmatilah kehidupan di Tembila tu best noks BHAHAHA.


Disebabkan amal sambung unisza, so InshaaAllah laa akan dtg Ganu lagi.


Habis update for now..will continue lagi tapi next entry.

Now akhirnya dapatlah berehat seketika bila store kami renovate, so dapatlaa cuti beberapa hari. Dua minggu jugak store tutup, tapi dapat cuti 5 hari je. selebihnya kena kerja kat tempat lain, okay lah tu kan. Dapat rehat dari customer hahaha.

GOOD TIMES BECOME GOOD MEMORIES AND BAD TIMES BECOME GOOD LESSONS.

Bye see ya next entry.




No comments:

Post a Comment