Sunday, January 17, 2016

Chiang Mai Mobility Program 2015 : Day 5

So today, kami ke Doi Pui / Doi Suthep .

Doi Suthep adalah nama gunung which gunung in Thai is "doi". It is one of the twin peaks of a granite mountain. The other peak is known as Doi Pui and is slightly higher. 
So kitorang naik van untuk sampai ke kemuncak, lebih kurang 15-20 minit bersamaan dengan more than 1000m height. Takkan nak jalan kaki hoi bila pulak nak sampai, haha. Ceritanya, students di Chiangmai University wajib memanjat bukit ni, kalau kau tak berjaya panjat bukit tu sampai kemuncak, kau tak dapat graduate ! haha. menurut kepercayaan mereka lah. Daebakk lahh tapi kalau nak grad, terpaksa lah kan panjat sampai atas hihi. Demi segulung ijazah lah kata kan.

Bila sampai je ke puncak Doi Pui dan
turun je dari van, terus rasa sejuk ! sejuk2 dingin camtu, best !
Sebab atas bukit kan, rasanya sama lah kalau kita kat Cameron Highlands. Atau sejuk sikit kot. Kat situ ada lah nampak penduduk2 kampung called as Hmong hill tribe people. Iaitu salah satu etnik/subculture di kawasan pergunungan Chiang Mai.
So they have their own customs and culture, music and maybe a slightly different language. Tapi aku tak tau laa kalau di zaman 2015 ni mungkin mereka dah tak ikut betul2 culture etnik mereka , atau mereka masih mengekalkan tradisi mereka. 


Banyak kedai2 jual barang-barangan kraftangan, lebih kurang sama je dengan night market yang kitorang pergi haritu. Harga ada yang lebih mahal, ada yang lebih murah, ada yang samaa je. Tapi kat sini ada kain lagi berganda murah, cisss. Tapi pepandai la pujuk peniaga tu. Diorang bagi je harga yang kitorang nak tu haha.

Ini kedai untuk sewa baju traditional diorang. 50 baht je.
Sewa lah kan demi kenangan katekoo.
So bolehlaa pilih baju kaler apa/corak mana yang korang berkenan. Nanti diorang tunjukkan cemana nak pakai. Cantikk tau haha.

Taktau lah apa nama baju ni. haha. Bolehlaa nak fefeeling puteri gunung ledang ke, puteri thai ke, puteri mandi ke eh. Puteri mandi bukan nama kuih erk lol.

Baju ni tebal, so memang sesuai lah untuk pakaian orang2 di gunung kan. Sebab sejukk. Kitorang pakai 2 lapis pon tak berpeluh langsung.

Breathtaking view !

waterfall. 

Waterfall photoshoot.


Ni contoh pakaian tradisional untuk lelaki. 
Ada 2 contoh je, sebab lelaki ada 2 ketul je. Seketul wakil CMU, seketul lagi wakil unisza hahaha. 

Seterusnya, kitorang ke temple Wat Phrathat Doi Suthep. This temple kat atas bukit (lebih kurang 1060 m), which is for Buddhist place. Tinggi kan ?! So dari temple ni kita boleh tengok views of Chiang Mai city ! 

309 anak tangga untuk sampai ke atas Doi Suthep.
Ramai gila manusia. Selain manusia, haiwan seperti anjing juga banyak berkeliaran. Kitorang kena sentiasa aware dengan anjing tu sebab takut tersentuh dan of course takut kena gigit hahaha. Dahlah besar macam bulldog, *over je ko*

Pandangan dari atas. Berjaya walawehhh sampai atas berpoloh ketiak den.

Kat temple ni kena bukak kasut dan takleh buat bising, kena hormat. macam masuk masjid lah kan. Seriously kitorang taktahu nak buat apa, dahlah ramai orang berpusu-pusu, diorang pusing2 statue emas tu, campak duit lah, bakar colok ke ape bende yada yada akutaktahu.




Dr Ho explain lah sikit2 apa yang diorang buat, kepercayaan diorang semua. Kitorang masuk kejap, pusing2 jelah kat sini. Takde benda apa pon and it's quite weird being there.  Feeling like some of the big statues were actually live and looking at me LOL.

Emerald Buddha statue.


Tak silap aku, wat tu dibina bukan 100% dari gold pon.


The view of Chiang Mai city can be seen from here !

Infront gate of Chiang Mai University.

Next, kami ke Umbrella Making Centre.


Nampak senang je makcik2 ni buat umbrella haha. Diorang buat secara manual, takde pakai machine cecanggih.

Random people, tetiba orang ni nak ambik gamba ngan kitorang. Pelik kot tengok orang pakai tudung ? entahlah labuu haha.

Kat sini, boleh lukis art kat mana2 yang korang suka. Kat baju, handphone case, bag, topi, etc. Nak suruh dia lukis muka ko pon boleh, haha tunjuk lah gamba dan runding harga. Kot lah muka ko besar atau rambut tebal macam kak ros ke, mahal lah sikit kot lol. Ada kedai jual cenderahati, tapi pricey gilers. Baik beli kat night market, haha maybe sebab tempat pelancong kot. Tapi okay je kalau nak beli sekaki dua payung untuk kenangan.

 
Kalau macamni 50 baht jer. Okay lah, ade jugak dari takde haha. Katanya, boleh tahan sampai 2 tahun jugak kalau pandai jaga. Kalau taknak hilang, tak payah pakai lah casing ni. Setakat ni aku pakai, tak hilang pon lagi tulisan die. Tapi ada member yang dah mula hilang sikit2, so it depends pada surface jugak la.

Piya lagi best, lukis kat botol air haha. 



Ariff'ah'. HAHAHA.


Then, sepatutnya kitorang ke Elephant carving centre tapi tempat tu tutup pulak haritu. Huwaa sedih tak dapat jumpa gajah hahha. So diorang bawak kami ke Shinawatra Thai Silk, tempat pembuatan sutera thailand yang asli.


Muka mendengar..
Tapi now aku tak ingat apa2 pon yang dia cakap hahaha teruk betul. Aku just ingat dia explain pasal life cycle ulat sutera tu tapi tak ingat the details.

Ulat sutera. 
Nama je ulat tapi mahal gilos. I hate ulat btw *kaitan pulak ?

Proses membuat kain sutera. 
Penat dan lama ooo proses dia. Kalau nak kain tu kaler2, diorang akan celup dengan pewarna. 

Of course ada jual kain pasang, baju, seluar etc. Tapi harga dia membuatkan aku taktahu nak menangis ke nak ketawa ke nak buat apa haha. Tapi as expected lah, sutera asli memang mahal. Paling murah tak silap aku 600+ baht untuk semeter. Even secebis selendang tu pon dah berapa ratus baht tah. Kenapa secebis selendang ? sebab kecik gila selendang dia, tapi mahal hahaha.

Next, sementara tunggu untuk dinner, kitorang merayau rayau dan melawat hotel Dhara Dhevi Chiang Mai, antara hotel yang termewah di sini. Gigih aku google nak cari nama hotel ni siap tengok lagi rate satu malam berapa kah !
Paling murah, 25200 baht (about RM2,520) per night ! Dan paling mahal adalah, 274500 baht (about RM 27,450) per night. haha baik beli rumah teruih :D
Tapi yang tak boleh blah, kitorang boleh ambik gambar kat bahagian luar2 je. Baru nak fefeeling ambik gambar ramai2 atas rumput haha.


Belakang tu Dhara Dhevi Chiangmai. Pergh hotel ke istana ? haha.


Next, dinner di Japanese restaurant.


 Malamnya, kitorang keluar ke night bazaar. Tapi kitorang keluar sendiri, last minit je plan sebab malam last kat sini. Bila lagi kan nak keluar ? haha. So kitorang mintak pihak hotel call kan teksi untuk kitorang. Teksi ke apa nama dia? tak ingat aku.

Open air teksi woohooo. 

Night bazaar.
Bila call en roslan, rupanya bukan night bazaar yang ni, tapi lagi satu !
Driver berhentikan kitorang kat sini tanpa rasa bersalah langsung hawau betol, 
 masa ni taktahu lah that receptionist tu yang misscommunication dengan dia ke apa, wallahua'lam. 
And aku pon taktahu ada berapa night bazaar haha. 
Kitorang tercangak kat sini (ramai gila orang!). Takut gila masa tu, dahlah kat tempat orang kan. 
Then, tetiba ada another taxi driver approached us and cakap, dia kawan kepada pemandu yang bawak kitorang tadi. Dia cakap add another 200 baht untuk ke destinasi kitorang yang sebenarnya. Pergh sabor jelah kena tipu kan. pandai je dia bawak kat tempat yang salah, lepastu komplot dengan kawan dia untuk tambah lagi duit LOL.
Disebabkan kitorang marah, kitorang jalan kaki je hahaha. Lebih kurang 15 minit jugak jalan kaki, ikut maps. Nekad giler masa tu.

Hehe yang menakutkan dan menyeramkan adalah, kitorang lalu kat 'lorong hitam'. hahaha. Bila aku search, ianya adalah Loy Kroh Road Chiangmai, kawasan night club LOL. Masa tu hanya mampu doa je lah semoga Allah lindungi kitorang, dahlah 9 perempuan(bertudung pulak tu!), arep sorang je lelaki.
No pictures here sebab semua takde masa nak fikir ambik gambar ke apa, sebab takut dan kitorang jalan sangat laju. Macam2 manusia yang kitorang nampak kat sini. Even jalan laju2 pon, sempat jugaklah aku jeling kiri kanan kah! Bapok bersepah sepah, dengan pakai seksi, arak, joget2, orang tak pakai baju pon ada. Macam2 lagi lah yang tak pernah aku tengok live depan mata haha.


Sepanjang jalan kat sini penuh dengan night club dan massage house bersepah-sepah. Sempat tengok harga massage untuk satu jam, ada yang 80 baht je haha. Murah lol.

Aku perasan tar kat sini licinn giler tak macam kat tempat kite jalan tar kasar, kalau main basikal lepastu jatuh atas tar, hurm pergh!


Akhirnya alhamdulillah jumpa jugak jalan yang lurus dan benar..Berjaya jumpa en roslan di night bazaar lagi satu, aku tak ingat nama ape hahh.
Tapi night bazaar tu dah nak tutup cehh bersungguh kitorang jalan, tutup pulak ko.
Tengok2 dan terbeli jugak satu barang. Sebelum balik, singgah beli air buah-buahan. Peniaga tu boleh cakap melayu yeay !
Tapi dia macam malas nak layan kitorang, sebab dah nak tutup kot kitorang menyibuk order air haha. Aku tak boleh lupa dia buatkan air tembikai yang penuh bijik tembikai sengal betul. 
Dahlah besar gedabak bijik tembikai, air tak boleh lepas keluar dari straw. aiyo buat keje tu cuba ikhlas sikit haha.

Awesome night !
Will continue with the last part. 


Disclaimer : some of the pictures used here are not personally taken by me. I put my own link because im doing the editing myself, thank you ! 




No comments:

Post a Comment