For today, kitorang ke Art in Paradise.
3D museum. alahh kat mana2 pon ade. heheh. Tapi i dont know if there's any difference with other 3D art museum sebab ini adalah first time aku pergi haha! Dulu aku teringin giler nak pergi 3D museum yang kat Shah Alam tu.
Akhirnya kat chiangmai jugak aku dapat pergi haha.
Bila dah rasa sekali, lepastu takde dah lahh rasa teringin nak pergi tempat lain pulak.
The building sangat besar dan menarik.
Museum ni ada 3 tingkat. Kitorang diberi masa 3 jam untuk bergambar kat sini.
Tak silap aku bayaran masuk adalah 450 baht. Bagi aku mahal tapi berbaloi lah kot museum dia besar giler.
Mungkin korang yang pernah pergi 3D art museum bolehlah compare apa kurangnya/apa lebihnya museum kat sini heheh. Ada banyak sangat gambar, aku select nasib2 je ntok upload kat sini. Tapi penat gila wei. Banyak jugak tempat yang tak ambik gamba pon sebab masa tu rasa blergh penatnya! Lepas tu bila sampai tempat nak keluar tu pon time nak dekat habis masa yang diorang bagi.
Sebenarnya nak masuk tempat2 macamni kena kreatif, tu je. Bukan kau sorang je kreatif, kawan yang tolong ambikkan gamba/photographer tu pon kena kreatif jugak dan pandai cari angle untuk bergambar.
Tapi ada jugak yang diorang akan bagi instructions/suggestions untuk mendapatkan sekeping gambar yang kreatif. Sukehati lah, ada orang sanggup melakukan apa saja demi sekeping gambar di zaman hipsterr ni kah !
Ada aku terbaca, seorang pelajar di indonesia terjatuh dalam kawah berapi semata-mata nak bergambar kat tebing gunung tu. Aiyakkk. Gambar tak dapat, diri sendiri yang melebur.
Kitorang lunch kat restoran ni, dinner pon order dari sini. Aku tak tau ape tah nama kedai tu, cant read thai lol. Owner tu siap bagi kad lagi, tapi tulisan thai aku malas nak upload. haha. Owner kedai ni muslim btw.
Tapi kalau sesiapa yang nak bercuti di Chiangmai and cari restoran makanan halal, boleh search page restaurant ni di facebook.com/Kitchen.KR and find direction there.
Next, kami ke Chiang Mai City Arts and Cultural Centre.
Dan juga Lanna Folkslife Museum.
Weeii dengar nama tempat pon dah tahu tempat ni menyimpan artifak2 sejarah, peninggalan lama, dan semuanya lah tentang sejarah Chiang Mai.
Mula2 je semangat dengar lama2..kelihatan mendengar tapi hakikatnya tuhan je yang tahu hahaha.
Besar jugak tempat ni, 2 tingkat. Siap sampai bawah tanah pon ada replika.
Past 100 years room.
Kitorang sebagai perempuan jelly betul tengok abang kakak ni punya kulit lagi halus dan mulus dari kitorang, tambahan pula tengok tu dia punya tangan lagi lembut dari kitorang haha. nice bro, eh sis.
Life on the hills.
Ada banyak bilik yang memaparkan replika life 100 years yang lepas. Tak larat betul nak jalan masa ni. Yang lawak, ingatkan dah habis masing2 dah lega gila rupanya dia bawak ke lagi satu museum seberang jalan pulak haha.
Kitorang melepak kat dataran ni (tak sure nama) sementara menunggu CMU students.
Coconut icecream.
Aktiviti seterusnya, adalah shopping di Walking Street. Akhirnya, hari keempat baru lah ada peluang nak guna duit lol.
Katanya, tempat ni terlalu ramai orang so for our safety, setiap orang unisza student akan dapat seorang partner dari CMU. Wowwww. Lagipun senang lah kitorang nak communicate/tawar menawar harga barang kan.
Ice breaking session. Ramai jugak yang peramah, tapi lagi ramai yang pemalu senyum2 je. Not sure memang pemalu atau diorang tak berapa fluent english.
Suasana waktu sebelum malam, sesak gila. Masa ni masih boleh bernafas lagi. Time kitorang nak pusing balik, memang sesak habis. Sampaikan banyak kali berhenti jugaklah sebab memang tak boleh nak berjalan. Kalau kau statik takyah jalan pon takpe, nanti orang tolakkan LOL,
So beg memang kena pandai2 jaga lah. Better bawak beg sandang belakang, terbalikkan kat depan badan.
Tak habis jalan pun, sebab kitorang ada masa 3 jam je. 3 jam jalan pon tak sempat habis, so tak sure lah berapa lama agaknya kalau nak habiskan sampai hujung haha.
Barang2 yang dijual kat sini memang agak murah lahh jugak. Kain songket dia murah gila wei aku borong banyak2 hahaha. Lagi berbaloi beli kain dari beli benda yang akhirnya akan dilupakan. Kalau beli tshirt pun rasa macam sayang jugak nak beli.Kalau beli kain2 macamni mesti akan simpan dan sayang nak buang. Dulu ayah beli kain kat Thai utk kitorang, sampai sekarang still ada, rasanya dah lama baju tu, dari kitorang kecik lagi.
Tapi still mana boleh tahan tengok cenderamata yang comel2 hahaha. Beli jugaklahh, dan banyak barangan homemade. Barangan homemade ni kan cantik dan nampak berkualiti, dan price kat sini agak reasonable and affordable lol.
Cuba google image 'night market chiangmai' so bolehla dapat gambaran barang macam mana yang diorang jual. Rambang mata weiii.
Serius tempat ni aku takleh datang, sebab aku akan bankrupt lepastu haha.
With my partner, Pan pan.
Baik gila,setiap kali aku berhenti tengok barang mesti dia akan tanyakan harga
(ni terlebih baik, dah aku serba salah padahal aku nak tengok je kah!).
Dan dia akan terus mintakkan discount dari peniaga. Dan kebanyakkannya memang kitorang dapat discount pon yeay ! Tq buddy !
Bila balik bilik baru rasa penat. Time shopping lupa kejap penat masuk museum sepanjang hari haha.
Will be continued...
Disclaimer : some of the pictures used here are not personally taken by me. I put my own link because im doing the editing myself, thank you !
No comments:
Post a Comment