Thursday, April 23, 2020

SELAMAT BERPUASA

Assalamualaikum.

Last few post, aku ada tulis tentang Malaysia telah menjalankan perintah kawalan pergerakan akibat kes covid-19, virus baharu yang belum ada vaksin lagi di dunia buat masa sekarang.
Pada mulanya PKP adalah selama 14 hari sahaja, tetapi ianya dilanjutkan lagi, lagi dan lagi sehinggalan kali keempat dilanjutkan.

PKP FASA 1 - 18 MARCH 2020 - 31 MARCH 2020
PKP FASA 2 - 1 APRIL 2020 - 14 APRIL 2020
PKP FASA 3 - 15 APRIL 2020 - 28 APRIL 2020
PKP FASA 4 - 29 APRIL 2020 - 12 MAY 2020

Naluri aku menyatakan bahawa ianya akan bersambung hingga ke fasa 5. Sebab sekarang bulan ramadhan dan kita akan menyambut Syawal InshaaAllah. Agak menggerunkan kalau kerajaan menamatkan PKP pada waktu sekarang ni, sebab sudah pasti seluruh rakyat akan berpusu-pusu pulang ke kampung dan berpusu-pusu pula ke shopping complex untuk membeli belah baju raya! Tapi itu anggapan aku je, dan aku rasa bukanlah tanggapan aku sorang, hampir semua orang beranggapan begitu.

Apa apa pun marilah kita berdoa setiap hari agar virus ini akan cepat terhapus dan penawar bagi penyakit ini akan dijumpai InshaaAllah amin.

Yang pasti, Ramadhan dan Syawal pada tahun ini sangat lain dan buat pertama kalinya, tiada solat terawih berjemaah di surau2 atau masjid2, tiada bazaar ramadhan, tiada majlis berbuka puasa beramai2, tiada solat raya etc.
Semua hanya menyambut ramadhan secara sederhana di rumah.

Hikmahnya, tiada pembaziran ketika membeli di bazaar, membeli hanya mengikut nafsu, tiada pembaziran ketika majlis berbuka puasa dan kurangnya pembelian baju2 raya yang akhirnya akan dipakai sekali sahaja. 
Hubungan kekeluargaan juga akan bertambah erat bila solat berjemaah dan berterawih bersama2. 
Mungkin akan beli sehelai je baju raya tahun ni untuk bergambar (ceh, nak beli jugak tu).
Yela, kalau tahun ni raya ketika PKP pon, takkan nak pakai baju tidur je kan.

Penat dahni muka macam mak lampir hampir dua bulan. Kahkah.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa buat seluruh umat islam seluruh dunia though aku tak tahu lah blog ni dibaca ke tidak huhu.
Memandangkan PKP sambung lagi, maybe aku akan habiskan update semua cerita2 yang tergendala kihkih InshaaAllah.

Selama ni pernah tak merungut kerja je, bila lah nak cuti ni. Hahh hambik kau sekali 2 bulan terus dapat cuti. Maka manfaatkanlah cuti yang ada ini dengan meluangkan masa dengan keluarga tercinta. Stay safe, everyone!

Tapi paling sedih, lama gila tak jumpa Dhuhaa!
Tidak ku sangka 15 March tido rumah Dhuha, pastu 3 hari lepastu terus PKP. Huwaaa cedihnya terbayang lagi malamtu dia hepi tak nak tidur sebab ramai org kat rumah dia hihi :P
We miss Uha so much :( :( :(
Paling kesian kat dia sebab lama terkurung, mesti dia pelik kenapa lama dia tak pergi school. 
Makin lama PKP makin rumah Dhuha jadi playground macam2 toys beli.
Stay healthy Nana, nanti kita jumpa ok :) Mak ngah miss you !

No comments:

Post a Comment