Assalamualaikum.
Kenapa aku review filem ini? Sebab harini personally aku nonton di pawagam. Sambil support cerita tempatan, sambil aku nak tengok sendiri apa yang best tentang filem arahan Shamsul Yusof ni? Apa yang menarik hinggakan jumlah kutipan adalah RM17 juta dari tarikh pertama ianya ditayangkan hingga sekarang ? Jumlah kutipan tu juga mengatasi rekod 'Polis evo' ! Bagi aku, polis evo antara filem melayu yang paling best pernah aku tengok, tak merepek dan mengarut like typical malay film dan sarat dengan aksi yang setanding filem Hollywood. Kalau polis evo yang best tu pon boleh kalah, sejauh manakah kehebatan filem ini?
Ini adalah kali ketiga aku tengok movie di pawagam seumur hidup aku HAHA sebab aku bukannya rajin nak membuang masa tengok wayang.
Last aku tengok wayang, 7 tahun lepas filem Histeria.
FILEM : MUNAFIK
Pengarah : Syamsul Yusof
Terbitan : Skop Productions Sdn Bhd
Pelakon : Syamsul Yusof, Nabila Huda, Sabrina Ali, Pekin Ibrahim, Fizz Fairuz, Dato Rahim Razali, A.Galak, Zarina Zainordin, Ruzlan Abdullah
Bagi aku, filem ni takdelah seram sangat sebab takde hantu sangat pon. Cuma ianya banyak elemen2 suspen yang membuatkan aku 2,3 kali terjerit haha. Nasib baik tak tercampak popcorn. Yang lawaknya, tak sampai 10 orang pon yang ada dalam panggung wayang harini LOL. Mula2 risau jugak takut kitorang berdua je, nasib baik ade jugak orang lain. Takut nanti seram kat panggung wayang je, bukan seram kat cerita tu haha.
Tak perlu sinopsis lagi sebab ramai dah tengok. Ini adalah sejenis late review haha.
Review aku :
- Sarat dengan elemen islamik dan berunsurkan dakwah. Tapi seram.
- Pelakon2 wanitanya sentiasa menutup aurat, kurang sikit dosa lelaki2 yang tengok filem ni haha.
- Shamsul Yusof dalam interview pernah berkata, jangan bandingkan Munafik dengan filem beliau sebelum ini iaitu 'Khurafat' sebab katanya dua2 filem mempunyai kekuatan yang tersendiri. Tapi bila aku tengok movie ni, still tak boleh lari dari that khurafat's vibes. Contohnya rumah yang gelap lol jimat duit elektrik. Dan ada satu adegan Adam gali semula kubur isteri dia, adegan angkat mayat tu mengingatkan aku pada filem khurafat jugak bila dia angkat mayat awek dia. Dan banyak lagi adegan2 lain like, scene dalam bilik mayat.
- Lakonan dan skrip Shamsul agak skema, mengurangkan realistik cerita ni. Logically kita tak menggunakan ayat skema dalam perbualan seharian.
- Filem ni penuh dengan tiba-tiba. Macam tergesa-gesa pon ada. Contohnya adegan Maria masuk dalam peti mayat, lepastu tiba-tiba dia call ustaz adam, dia dah ada di banglo usang. And we were like 'EH BUKAN KE DIA ADA DALAM PETI MAYAT TADI?!BILA MASA DIA KELUAR?' HAHA. Time ni aku dengan amal tergelak-gelak je.
- Like typical malay movie, ada adegan kena rasuk. Tapi uniknya, adegan apabila Maria dirasuk syaitan, mereka menggunakan bahasa arab, bukannya bahasa melayu.
- Aku tak minat Nabila Huda tapi aku tak nafikan lakonan dia memang mantap dan berkesan.
- Banyak ilmu yang diperoleh dari cerita ni dan membuatkan kita berfikir. Contohnya bila Maria tanya, "kenapa dalam Al quran Allah menggunakan kami bukannya aku?". Hahh kenapa? jawab jawab.
- Pengajaran dalam watak ustaz adam - seorang yang beriman tapi hatinya sentiasa penuh dengan syak wasangka dan ragu2. Hatinya juga penuh dengan dendam bila dia taknak maafkan orang yang melanggar isterinya.
- Ada sorang auntie cina nonton sama2 tadi! Taktahu lah kalau dia salah masuk panggung ke apa haha. Tapi kat BH pernah keluar jugak, filem ni berjaya menarik orang yang bukan islam.
- Di akhir cerita, ada ditunjukkan bayangan iblis.
- Filem ini penuh dengan tanda tanya ! Dari awal sampai nak dekat habis kau akan tertanya-tanya siapa yang sebenarnya munafik ? Siapa yang amalkan sihir sebenarnya? Adakah ustaz adam? Adakah Shah? Adakah lelaki lakonan Pekin tu? Adakah Maria? Adakah mak tiri kepada Maria? Unexpected betul dia punya plot tu, lawak pon ada sebab watak yang tak berapa kau nak ambik kisah like Pak Osman tu rupanya watak paling hebat kahh. Sebab watak dia tak menonjol sangat pon.
- Personally aku rasa 'tak puas'. Ada banyak persoalan yang tergantung. Contohnya aku tak paham apa function watak Pekin dalam cerita tu. Ada adegan dia macam dirasuk syaitan bila dia hampir bunuh kawan dia. Masa tu kita akan terfikir, "ohh pekin ni yang sihir Maria". Tapi bila dah sampai ending, kita tertanya balik, adakah dia juga disihir? Watak ibu tiri Maria pun sama. Macam jahat tapi ehh entahlah. Susah aku nak explain. haha. Tapi mungkin itulah kekuatan cerita ni, sengaja bermain dengan emosi penonton. Atau pengarah sengaja 'menonjolkan' watak lain supaya kita terkejut bila dapat tahu siapa sebenarnya dalang sebenar, yang menyekutukan Allah, yang bertuhankan iblis dan syaitan.
- Ending sedih gila, sebab ustaz Adam lonely rupa-rupanya.. Dan dia menangis minta keampunan
Rate: 8/10
2 point hilang sebab takdelah seram sangat bagi aku, personally aku rasa filem Juwanita lagi seram dan suspens haha. Lagipun hantu tu tidak terbayang-bayang pun di ingatan aku skrg. *aku tak tutup muka eah*
Pengajaran
Rate: 10/10
Overall
Rate: 8/10
Hilang 2 point sebab aku ada tertanya-tanya tentang beberapa watak dan ada beberapa adegan yang typical. Aku tak puas hati hahaha.
Yang penting, filem ni worth the money !
Different people might have different opinion, and all stated above are my personal opinions.
No comments:
Post a Comment