Wednesday, October 14, 2015

Random update


Hectic sem !
Busy sangat sangat stress sangat tapi takde lah sampai rasa nak give up. amboi over kau, degree je punn belum nak sambung master ke dugaan kerja ke dugaan rumah tangga ke lol.

Nak dijadikan cerita, screen laptop aku pulakk rosak. Time aku melagha buat benda merepek takde pulak dia nak buat hal. Time aku sibuk betul2 nak buat benda bermanfaat, time tu jugaklahh dia sibuk nak buat hal adoiyai.
melayang jugaklah lima ratus nak tukar screen -,-
nasib baiklah ada kawan2 yang prihatin seperti mommy dan arejim yang teman pi hantar laptop, tak berkira pon nak tolong hanta pi jerteh dan tq mommy bagi aku pinjam laptop sebab banyak keje nak buat.
hanya Allah mampu balas jasa kalian, kalau time aku tengah susah, pastu ada orang tolong, memang terharu tu lebih sikit heheh.
Tapi bosan gak ah takde laptop, memang aku meroyan tak sudah dalam bilik wahhaha.
Zaman IT dan teknologi katekoo.
sampai meroyan lol.

Dah takde benda nak cerita, cuma nak tepek beberapa gambar.
penuh dah henfon aku, 'buang' separuh ke blog ni.


Birthday wahida yang ke 22 !
Last sambut besday sama2 final year lah kata kann. hurm.


Product development idea presentation, with groupmates.
sebenarnya memang ni ajelah groupmates aku dari first year sampai sekarang, esp piya mommy dengan wa.  memang takde kawan rapat lain dah kahhkah. 
Kat blog ni pon muka org yg sama je :P
Kadang2 je pernah satu group dengan orang lain, tu pun sebab lecturer pilih/kena pilih group secara random.

untuk produk baru, ktorang kena present 3 finalized products, dan produk kitorang yang terpilih adalah MAYOKIN iaitu mayonis pumpkin lol.
sampai sekarang aku masih tak percaya dalam banyak2 produk, mayonis jugak produk kitorang kahh !
Tapi lecturer suggest supaya kita buat innovation lagi supaya mayokin ni boleh dimakan bersama keropok lekor, so kiranya target kita skrg adalah pada pengusaha2 keropok lekor di terengganu.
dah nak cakap lelebih pon malas, banyak benda lagi nak settle sebelum launching day nanti hohoho. *tunggu jo lah* ado ko takdo taktahu.

Trial..trial..trial..
actually nak buat mayonis ni senang joo tapi formulation dia sangat susah, sebab mayonis kan gabungan minyak+air. So kena cari dan buat sampai dapat formulation yang takkan menyebabkan ianya terpisah/ada emulsion. so ktorg kena cari correct concentration untuk emulsifier contohnya ktorg guna hydrocolloid CMC.
Buat 3 concentration, lepastu observe which one will give the best concentration sebelum kita nak betul2 buat produk.
risau jugak ni, tapi inshaaAllah mohon doa Allah mudahkan urusan kita semua :)
satu je kunci nak berjaya ni, kena rajin. Kalau malas goodbye bye bye lah.



Satu perkara yang pelik : GAMBA PRODUK TAKDE PON. ASYIK GAMBA MUKA ORANG AJE YANG MENEMPEL HAHA.
saje nak kasi misteri sikit, apa rupa produk ktorg :P

Meat technology lab.
From slaughtering, deboning n grading, marinating, tumbling, breading blabla sampailah ayam tu jadi nugget. Banyak betul tangan dah pegang2 ayam tu, geli jugak nak makan. Tapi bila dah masak sedap pulak haha! nasib tak sakit perut :P

Tak dilupakan, jogging setiap Jumaat dan Sabtu.
Boleh menghilangkan stress dan menyihatkan badan. Janganlah cakap kalau jogging je nak kurus, dah kurus pon nak jogging ?
Jogging/bersenam kan bagus untuk kesihatan badan, bukan untuk kurus semata adoi. 
Maklumlah umur dah meningkat, kena lah ubah gaya hidup sikit. Tak gitu kee ?kesedaran awal lah kunun tu.

So today, I wish everyone who read this have a blessed Muharram. Let us begin the year with a resolution to deepen our faith and increase our commitments towards him to be a better person, InshaaAllah :)

sabda Nabi s.a.w.; 
“Puasa yang paling baik selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Muharram. Solat yang paling baik selepas yang fardhu ialah solat malam” 
(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)


"successful people keep moving. They make mistakes, but they dont quit".
Fighting !



No comments:

Post a Comment