Tuesday, July 21, 2015

Raya 2015


Long post for #raya2015.

1 Syawal.

Macam biasa, lepas berbaju raya, bersalam-salaman. bermaaf maafan. berselfie selfiean.
bergaduh gaduhan. bermakan makanan.
dah selesai semua di atas pergi rumah uwan pula. Tak pergi kubur sebab ehh tetiba hujan. 

Hasil selfie depan rumah :




Our Zahraa pleated jubah from @rayyanhaya !
Follow ig @rayyanhaya for more beautiful jubahs ahaha.
Ibu tak sempat jahit baju tahun ni hihii.
Baju ni jugak untuk majlis kawen acik nanti hihi. kalau pakai flowercrown boleh jadi flower girls lol, anyone tahu mana nak dpt flowercrown ? haha.


Amer dengan aid. Baju raya sama saiz tanpa seluar hahaha. Membazir beli satu set bukan engkorang pakai ponn. Tengok muka sour dak aid. 
dia merajuk sebab tak cukup tidur haha. 
 To amer : Duit raya kitorang mano ?! Amer cakap tahun depanlah duit raya lol giler.

close up sikit muka sour.


Nampak tak ibu ktorang, macam sebaya tak ? hahahaha.

sweet and sour selfie. 
sebab semua buat muka sweet, senyum je. Tapi aid kekal sour.

Pinky sebahagian family uwan !
Sama dengan langsir :P

Malam, balik rumah nenek dan ramai2 berkumpul kat rumah cik aim kat krubong.

sebahagian family belah ayah.

Cucu nenek esah hihi.
Tapi ni baru 3 family, ade yg lom balik lg. 


2 syawal.
Beraya 3 rumah je pastu pergi ambik gambar kat studio alor gajah macam biasa. 
Gambar di previous entry :D

kitorang empat orang with ibu,
ambik gamba kat rumah orang -,-



Aid with his favourite. Tak habis2 main kucing, tak boleh nampak kucing mesti nak dukung lah, cium lah. rimas aku. haha. 


3 syawal.

Sedara sebelah ayah ngan ibu semuaa datang rumah. 
Tak ketinggalan bebudak geng intern mamee haha.

Thankyou janette, desmond and fatin !
Desmond macam YB, aku ingat YB mana lah datang tadi lol.
Desmond macam biasalah talkative gila dengan suara kuat dia umpama pakai microphone tuh haha. aku lagi suka org banyak bercakap ni, sebab aku diam maka tak boleh masuk dengan orang diam jugak. Kalau dengan orang friendly banyak cakap, baru aku boleh masuk pastu terjebak skali dengan dia haha.

Thank god kak fatin, desmond ngan janette banyak cakap. so tak awkward lah dengan diorang hihi. 
Akhirnya janet si budak sarawak dah kenal kuih almond london, acar timun, kuah kari dan macam2 lagi makanan orang melayu lol. Sengal gila janette main sebut je nama lauk tu. Ikan masin dah jadi ikan bilis, kari dia sebut asam pedas. Bolehlaaa janette oii.

Kak ain dan azie pon ada datang petang tu tapi tak sempat ambik gambar. Diorang pon nak balik cepat huhuu. 

 cucu-cucu uwan !
aku kira ada 31 orang wooww. 

Malam, ada BBQ. Thanks for the yummy foods alhamdulillah !
Jangan timbang berat tau sebab nanti hilang mood raya hihi.

4 syawal.

Sambut birthday amer, pastu amer bertolak balik kemaman.


malas nak pusing gambar.
macam biasa lah ayah mesti taktahu umur nak letak kat kek, nama amer pon salah eja kahkah lol.
Happy 23rd birthday amer ! Moga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki dan sentiasa di bawah lindungan Allah swt. seriously cepatlah kawen, aku nak anak buah sehh. Bosanlah takde baby boleh buat main. Aid tu baby besar ! hahaha.


5 syawal.

Beraya dengan bebudak matrik ! Actually plan asal cuma aku, mira dengan zuhaira aje. Tapi aku sesaje tanya kat wasap siapa nak join. Yelahh ktorg classmate matrik ramai orang KL ngan johor so mcm jauh plak nak ajak diorang skali. Tetiba alia ngan ika from muar nak join. Otw dari muar ke melaka tu pulakk, diorang singgah ambik Wankarim kat merlimau.

so ktorang semua berkumpul kat rumah zuhaira dulu kat Paya Redan. Aku kena ajak dak liah sebab nak suruh dia tolong tengokkan maps haha. 
Then, ktorg gerak ke rumah aku. Diorang semua cakap Perghhh jauh gilo umah ko. Hahh sekarang ko tahu tu sebab aku malas keluar rumah. hahaha. ni dah datang sekali mesti malas nak dtg lagi kecuali kalau ada antara ktorg kawen. haha.


Enam orang jeh, hopefully satu hari nanti kite dapat reunion 25 orang satu kelas ! huhuu.
Topik perbualan ktorg semua throwback je zaman matrik haha. Rinduu gilaa matrik, zaman paling besttt.


Kitorang singgah rumah faris, dia ni classmate ktorg dulu. Tapi dia masuk matrik kejap jeh. Diorang macam segan gak nak datang rumah dia sebab tak rapat haha. Tapi aku still ade contact kadang2 lgpun aku kenal adik dia, junior skolah aku. Yang tak boleh blah dia tak ingat zuhaira tapi zu yang banyak borak haha. 
Dekat gila rumah faris dengan rumah aku, tak sampai 10 minit je. Tak sangka lol.
Nasib baik si faris ni banyak cakap kalo tak krikk krikk je lah.


Aku tak puas lagi borak dengan Zuhaira uwaaa bila nak jumpa lagi niii. Aku tak ingatlah aku penah tulis kat blog ni pasal bestfriends aku kat matrik. Aku tak ramai sangat kawan yang rapat kat matrik dulu, tapi zuhaira aku paling rapat dalam kelas. Mana2 pergi mesti nak sama2, ada org cakap kitorg kembar lol tang mana yang sama aku taktahu. mungkin asyik melekat berdua kot. 
Impian ktorg dulu nak masuk unisza sama2 tau, amek foodtech/dietetik haha. Tapi dia takde rezeki kat unisza, dapat food service kat uitm.
Zu dah habis final year, skrg tengah tunggu final result. Kalau lulus, berjaya lah kau tamat degree pergh aku doakan kau cepat2 dapat kerja seterusnya membelanja aku hahaha. Tak lupa jugak aku doakan kau dapat jodoh cepat2 sampai skrg kau single apahalll. hahaha. 

Dengan mira pun aku rapat jugaa, sebab kitorang selalu study sama2. Ingat lagi time study week ktorg mesti duduk kat surau. 5.30 pagi dah bangun, pergi surau. kitorg study sama2 sampailah petang. Iye ke study ? hahaha. 

bebudak muar dah balik so tnggal ktorg jelah selfie. Harap dapat jumpa lagi tahun depan, inshaaAllah :)


Ini cerita setakat 5 hari beraya ni :D
Tahun ni syok sikit beraya sebab aku dah pandai drive hihi kalau taktahu jalan pakai waze, pakai maps. kalau ada org ajak beraya aku anytime boleh join kekeke. Cuma tahun ni takde plak bebudak skolah ajak beraya, tahun lepas kemain rancakk. Mungkin ramai tak free tahun ni sebab diorg ramai yang tengah busy final year. Tahun depan aku plak busy kott :D

Tapi cuti sampai bulan 9 ni rasanya tak mereput sebab dak liah ada kat rumah so ada kawan nak ajak melepak. Anytime kalau bosan, start kete pegi jalan2 jyeahhhh.
hihi.

Bye !



No comments:

Post a Comment