Hello Assalamualaikum!
I need to update fast because i dont think i will have more time after this.
Ni memang tak sempat nak habiskan update, tapi aku akan cuba update juga sikit2.
All photos credit to @iwant2go2korea pakej.
Ada sikit jela dari fon kamera aku.
Boleh tengok sendiri kualiti dan hasil kerja mereka.
Dari KLIA2, flight kitorang pukul 7.20 AM. So malam tu semua tidur rumah aku, kul 4 am dah gerak ke airport. Check in luggage, apa semua takde problem.
Waktu di Korea berbeza sejam dari Malaysia.
Perjalanan adalah sejauh 6 jam setengah. Sakit pungkoq bak hang.
Sampai korea dalam pukul 3PM.
Untuk arrival card, sila isi betul2 maklumat yang diminta especially alamat hotel. Masa kitorang pergi ni, hot jugalah issue di mana ada rakyat Malaysia dihantar pulang sebab disyaki nak bekerja di Korea. Yes, immigration diorang sangat ketat. Memang cuak juga sebelum pergi tu, sampaikan rasa tak nak pergi pon ada sebab takut, hahaha.
Tapi alhamdulillah, semua takde kena soal apa2. Imi tu memang diam je, muka ketat tapi dia tak tanya apa2. Tips nya, beratur dalam satu barisan dengan member yang pergi sekali so dia pon dpt tengok alamat semua sama je. Macam aku, aku beratur paling last dari adik2 aku. So that apa2 hal jadi di depan, aku dapat tengok dari belakang.
Oh ya, kalau naik AA akan berhenti di terminal 1 ke 2 ya ampun aku tak ingat. Tapi, lepas turun flight tu, kena naik train bagai baru lah jumpa imi dan claim luggage. Mula2 mcm blur jugak betul ke tak ni, tapi ktorg just follow je. Nasib baik betul. haha. Sebab airport dia besar gila, siap naik train bagai. Adoi.
Sampai je, tour guide dah tunggu kat arrival. Tour guide kami bernama Shamir. Dah siap dengan kameranya haha. So kitorang pilih naik subway, oh ya airport transfer tak masuk dalam pakej ya sebab depends pada kita nak naik apa. Teksi ke bas ke train atau kalau ramai, naik van. Untuk subway paling murah, 7500 won.
Kat airport juga shamir bagi kitorang T-money yang dorang dah siap top up lah. T-money akan digunakan, touch je setiap kali nak naik train/bas. Macam Jepun juga.
Perjalanan untuk ke hostel adalah selama sejam mcmtu. Nasib sempat sampai before maghrib. So kitorang takdela solat kat airport.
Macam aku ckp previous post, guesthouse biasa2 je, tapi lengkap dapur untuk masak dan juga ada mesin basuh. Ada iron jugak, penat je aku angkut iron aku dari rumah haha.
Dan kitorang berempat, dapat 2 biliklah.
Nasib baik tingkat bawah, xyah leceh nak naik2 lift haha.
Welcome to korea!
Keluar je airport memang sejuk gilaa, masa ni masih excited.
Paling excited bila asap keluar dari mulut bila bercakap lol so kampung haha.
Lepas solat dan rehat sikit, kitorang keluar balik. Masa winter memang kejap je dah gelap, and lambat cerah. Dalam kul 6 cmtu dah gelap da pon, maghrib pon pukul 5 lebih.
Kami dibawa ke restoran ni. Tak ingat nama.
Tapi ianya menghidangkan makanan tradisional Korea.
Kebanyakan restoran kat Korea ni memang sempit2, kerusi pon kecik2 dan ruang memang keciklah. Aku rasa risau je terlanggar sup orang sebelah lol haha.
Lagipon org korea memang kecik2 dan kurus2, tak jumpa pon orang gemuk.
Kitaorang order 3 dishes, sujebi (Sup, dalam tu ada sayur2 pastu ada cebisan dough). Aku penah tengok cerita korea, heroin tu buat sujebi. Bagi aku sedapp haha.
Lagi satu aku tak ingatlah nama dia, macam mihun atau japchae. Kena gaul2. Ni pon sedap jugak, makan dengan nasi. And satu lagi order Kimchi pancake.
All dishes are very deliciouss and healthy haha.
Lepastu kitorang dibawa jalan area Insadong. Cuma jalan2 jela, ada juga shopping mall tapi tak masuk pon.
Kitaorang order 3 dishes, sujebi (Sup, dalam tu ada sayur2 pastu ada cebisan dough). Aku penah tengok cerita korea, heroin tu buat sujebi. Bagi aku sedapp haha.
Lagi satu aku tak ingatlah nama dia, macam mihun atau japchae. Kena gaul2. Ni pon sedap jugak, makan dengan nasi. And satu lagi order Kimchi pancake.
All dishes are very deliciouss and healthy haha.
Oppa ni anak kepada pemilik restaurant. Hensem kann haha.
Lepastu kitorang dibawa jalan area Insadong. Cuma jalan2 jela, ada juga shopping mall tapi tak masuk pon.
Line store.
Tapi tak beli apa pun lah, semua barang comel2 haha.
End of night walk at Insadong.
Lepastu ada briefing kat hostel.
Before balik hostel, sempat singgah convenience store dan Shamir bgtahu kitaorang apa yang boleh makan, apa yang tak boleh.
Of course beli banana milk. Siapa datang korea tak try banana milk memang rugi lahh kan haha.
Tapi aku memang tak nak bawak balik, beli and minum puas2 kat sana. Tak kuase la berat2 nak bawak balik.
Keep smiling ok.