Sunday, October 14, 2018

Pulau Langkawi 2018

Hehello!

Last January, we went to Pulau Langkawi! Just 6 of us, excluding Nunun and Aid (hehe kesian..) By flight. Lately femili Hasan suka pulak naik flight, nak gi memana nak naik flight. hahaha. Family ktorg susah nak cukup korum. Mana yg free tu die jelah ikut. Yang dah kawen ke sekolah ke tak cuti sem ke kerja ke, kena belajar untuk redha kalau kena tinggal hahaha.
So i try to update as many stories as possible setiap kali aku free, so tak sempat edit gambar. Please ask my permission before curi gambar or copy my entries haha bajet blogger hot je. Sebab pernah terjadi.

Heylo world @Klia2. Korang rasa eksaited tak kalau pergi klia? For me, eksaited gila sebab rasa mcm wahhh airport kot, when i was a kid im amazed with everything in airport termasuklah toilet. Tapi skrg aku kerja kat airport, so i didnt feel anything about it anymore. Pernah customer tanya aku, best tak kerja airport. I was like, um ohh haah best LOL.

Tak ingat berapa lama perjalanan, tapi around an hour je kot. Bak kata org, tak sempat nak panas bontot dah sampai.

@Langkawi airport.
Kat sini kami menunggu kereta sewa yang dibooking. 
Tapi actually kalau uolls tak booking pon tak apa, sebab sebaik saja turun kat airport, sana sini orang panggil utk gunakan perkhidmatan kereta sewa, pakej dan sebagainya hahaha. So you just pilih je nak yg mana.


Singgah ke apartment untuk letak barang2. Best apartment ni, sesuai la untuk family. Apartment sutera, ibu yg booking. Boleh google hahah.

Our first destination, Langkawi geopark. Kat sini nak naik cable car, art musem dan sebagainya.


Last aku pergi Langkawi masa kecik2 dulu, not sure la ada cable car ke tdak masa tu. So it was very exciting to have a chance to come here again! hehe. After about 11 years kot.


Ayah tak nak naik sebab ayah ckp penah naik dulu lol. Ckp jela gayat hahahahaha. Tapi memang gayat nak mampos, seram wei ko bayangkan ttiba tali tu putus so mmg mati katak jela kat bawah nauzubillah.
Dahla ttiba dia berhenti kat tengah2 atas tu ktorg macam tergamam kejap haha. Eh itu hari kan ada kes kat sini, cable car rosak ramai pelancong terperangkap berjam jam . Can you imagine that situation??


Breathtaking views up there!

Pemandangan di seluruh pulau langkawi agaknya? Ada kafe kat atas ni. so korg fikir. Adakah pekerja cafe itu ulang alik naik cable car setiap hari?

Lepas turun tu diorg ambilkan gambar dan boleh beli. Mahal gak harganya, tak silap aku dlm rm30 jugak. Memang membazir gila, tapi ibu ckp alang2 dia dah tangkapkan gamba dan kita dah smpai sini, beli je la hahaha.

Love lock macam kat korea dan Penang. Idk why tempat2 tinggi kebanyakkan ada love lock ni.

Kat geopark ni, kami ambil pakej. Sekali bayar boleh pergi ke 4 tempat. Tapi amatlah x berbaloi sebab yg berbaloi cuma cable car dan 3D art museum je. Yg lain tu we was like what the heck is this. Aku tak ingat la nama dia apa, tapi ktorg masuk dlm tu pastu masing2 was like merapu apa doe tmpt ni hahaha. 
Tak pasti mungkin ianya sesuai utk golongan kanak2, mungkin kami dah dewasa so rasa kurengg la. Ada taman arnab, tp once ktorg nak masuk, dah tutup pulak. 

Ni la salah satunya. Tak faham aku hababababhaah. Ibu ngan amer dah surrender, ktorg bertiga je masuk kat tayangan dinasour ke apa tah. Tak ingat!! Ni sebab lewat sgt update haha.

Okay ini berbaloi. Mcm biasa kalau kat 3D art museum, kena kreatif.







Day 2, macam biasa kalau ke Langkawi wajiblah ambil gambar dekat Dataran Lang ni. Tapi so many peoples. So kitorg amek gamba kat buntut helang lol. Nak carik port sesuai kat depan helang tuu punya laaa susah.

Helang's butt.

Got this shot finally.

Next, weuolls masuk ke Underwater world. Kitorg bertiga je masuk, ibu ayah amer tak masuk. Boringg katanya. 

And seriously memang boring tengok ikan2 hahahaha. Maybe faktor usia kot sebab masa kecik2 dulu punya la excited k tengok haiwan. 

Too much beautiful and small creatures yang pelik2 subhanallah. And banyak lagi haiwan di dasar lautan yg belum lagi ditemui manusia. Wondering if memang betul sotong kurita gergasi, anaconda, dan semua makhluk asing dlm movies tu semuanya wujud, haha.



The latest, ada penguin ! Sebab tu la weolls beria nak masuk underwaterworld. Nak tengok pingu pingu yang kiut miut ni. 

Omey omey dia berenang.

Kesian pulak tengok kena kurung..

I really read that info board hahaha. Setiap pingu tu ada nama, dan dari mana dia berasal.





Day 3.
Flight ktorg balik pukul 4.30, so still have some time.
Aku ckp teringin nak naik boat ahahhahehehe.
So thank you ayah merealisasikan impianku nak naik boat hahaha!

Ini pakej. Ambik pakej paling murah tu ahaha.





Eagle watching, boat akan berhenti kat satu kawasan ni and kita boleh nampak helang berterbangan riang di udara. Ingat sonangg ke nak tangkap gamba helang tu wakaka.

Bat cave.



Fish farm, tengok budak ni kasi ikan makan. And ada snake show. Wow geli tengok ular tu ahaha.

Last, singgah bergambar di pantai.
Not sure pantai apa though lol.



Petang, sampai KLIA2.
So tired haha.

Masa ni aku masih kerja with BK, duit aku habis dlm 500 jugaklaa beli coklat.
Banyak gila aku beli hahahahaha.
Jenis tak reti beli sikit2, shopping je mesti habiss beratusan.

Tired face.

Looking forward for next trip!
Nantikan jengjengjeng.