Thursday, May 11, 2017

April story

Assalamualaikum.

Disebabkan kekangan masa, aku decide untuk update blog sebulan sekali. Asalkan ada update hmm hmm. Dalam masa sebulan, banyak yang dah berlaku. Sedar tak sedar dah macam2 perkara berlaku dan tetiba dah habis pon sebulan. 

Bulan April adalah bulan yang paling best dan rileks sebab ktorg dah habis audit hahahahah. Dengan selambanya aku cuti 3 hari, weekend plak tu. Heaven gila, cuti tanpa risau apa2 pon.

New team
One manager from Alamanda dipindahkan ke Cyberjaya and we got new assistant manager. So lagi sekali kami bekerja dalam team yang baru. Biasalah, kerja BK ni transfer2 tu perkara biasa. Cuma aku dan jina je yang bertahan, tanpa 'diusik' orang atasan nak kena transfer sana sini. I dont know why mungkin jodoh aku dengan alamanda ni agak lama jugak . But we never know kan, sebab memo posting atau memo transfer ni mengejut je dia keluar haha. Hok aloh sementara bujang ni bolehla transfer2 sana sini. Dapat pengalaman baru, angin baru hahha.

Laa ni aku dapat rasakan boss aku asyik cari salah aku, untuk transfer aku ke tempat lain LOL. Seriously stress gila, rasa nak hantar notis sebulan je dan fokus mencari kerja lain di rumah hahaha. Tapi bila tengok kawan2 yang lain masih ramai mencari kerja, aku bertahan jelah. Seriously annoying gila nak mampos kot! Gatal je tangan aku ni nak tulis surat berhenti. Memang fokus aku sekarang ni mencari kerja je kahkah. Lepas balik kerja tahan mengantuk gi browse kerja kosong. Kalau ada rezeki, ade lah. InshaaAllah. Kalau berhenti sebab bos, silap2 bos tempat lain pon lagi memeningkan kepala LOL.

New phone
My samsung galaxy grand yang aku pakai semenjak tahun 2013 dah menamatkan riwayatnya apabila screen dah rosak. Bangga pulak aku dapat pakai hampir 4 tahun! Padahal banyak kali jatuh, of course fon tu dah jammed dan lembab tapi still okay. Bila riwayatnya dah tamat, aku guna handphone galaxy S4 ibu. Sebab nak kumpul duit beli fon mahal sikit hahaha. Tapi malang tidak berbau, aku terjatuhkan fon tu LOL dan LCD terus rosak dan pecah. Masa tu urgent gila, dahlah gaji lagi 10 hari! Menggunakan duit simpanan yang ada, sambil menangis (lol) aku beli oppo RM700+ sahaja. Aku dah buntu tak tahu nak pakai handphone apa dah. Aku call amer minta tanya kalau ada hp lebih, dia pon tak ada. 
Kerja macam aku ni, mana boleh tak ada hp. Kesemua info2 dimaklumkan oleh boss melalui whatsapp. Esoknya, dahlah aku opening shift, pagi2 dah kena hantar report cook out. Nak pakai apa ?? maka redha jelah. Malam tu jugak aku pergi beli handphone baru haha dengan Adah.

Aku pon bukannya orang yg mengejar teknologi KAH! aku memerlukan handphone utk kerja, dan beli atas keperluan bukan kemahuan cewah. Asalkan ada ws okay lah tu. Cuma ralat sikit tak beli fon mahal sikit, boleh pakai lama kan. Harapnya phone ni bertahan lah atleast 2 tahun wakaka. (Yang penting kaler pink!).


Biasalah oppo..fake selfie hahaha.
Thank you Adah teman aku merayau cari handphone haha.

Birthday Adah, 4 May. Sengal gila paksa aku belikan hadiah dengan kek LOL. Celebrate kat Dpulze Cyberjaya. Takpelah, demi birthday girl, have a blast ! Aku doakan kau dapat kerja yang best best dan beroleh kejayaan cemerlang dalam hidup.


Byebye 
Ramai crews kat tempat aku dah berhenti kerja, sebab sambung study lah apa lah. So memang muka2 baru je sekarang, sedihlah jugak sebab aku memang agak rapat dengan diaorang. Selain itu, dua orang roommates aku pun dah berpindah keluar. Kak fatin dapat kerja lain di Johor, kak qila pulak dah balik negeri sembilan ikut suami dia. So sementara waktu, memang aku duduk sorang sorang lah kat bilik tu. Rasa sunyi pun ada huhuhu, sebab selalu sebelum tidur mesti borak2 dengan dua orang kakak tu hahha. Feeling like lepas sorang sorang pergi, aku pon terasa nak pergi jugak hahaha.


Emir kerja dah lama dari bulan 12. Farewell emir. Dia ni suka manja2 sepuk kang haha.

After closing..tengok wayang. 
Aku jenis cepat mengantuk, haritu diaorang siap belikan tiket fast furious 8, aku janji nak datang pastu aku tidur kat rumah hahahaha. Kali ni diorang belikan tiket midnight guardian of galaxy, tak sampai hati lak aku maka aku join jelah bebudak ni tengok movie haha.

Haraz budak suka datang lambat. Kerja bagus, dan rajin. Cuma masalah suka tidur. Asyik kena marah je dengan manager, haha. Emir ngan haraz dah berhenti, memang sunyi gila time closing haha. Selalu suara diorang je memekak. 

Farewell Aidil. Budak paling tinggi. hahaha. Tengok nampak tak aku pendek di situ.








 Nampak macam sebaya tak ? LOL aku berkawan dengan bebudak hahaha.

Sebelum dua orang housemates aku tu pindah, sempatlah gi makan free lagi skali kat Pancake house haha. 



Adat lah kan bila dah kerja ni, kawan yang ada sekarang tak kekal pun. Masing2 ada hidup dan tanggungjawab masing2, kalau boleh aku pon tak nak overly attached sangat dengan sesiapa sebab mesti sedih bila diorang dah tak ada. Harapnya new roommates nanti okay lahh.

Sampai sekarang aku masih sorang sorang. Tak tahu nak seronok ke nak sedih. Seronok sebab aku boleh campak campak je baju aku lol bila time rajin baru kemas. Tapi rasa sunyi tu tetap ada lah.

New uniform
Start 1 May, BK dah bertukar kepada uniform baru. Mana lagi better, the old uniform or latest uniform ? hahaha.

Hi welcome to Burger King!
Would you like to try our new promotion? Nachos deluxe tendercrisp yummy !

Celpie kit.
Tak pakai tie lagi, kena pakai scarf utk manager perempuan. First day tu aku bantai ikat reben. Ambik masa gak nak pandai ikat scarf tu LOL.




1 May, nak hantar kitty balik asrama. Singgah Alamanda.
Tengok tu, my kitty already grown up lagi tinggi dari akak.

Short meet up

Cuti 2 hari, sempat jumpa Piya. Rindu gila kenangan kita kan sobsobs. Tak dapat borak lama pun, ni pon piya lepas balik kerja terus jumpa, aku balik rumah smpai kul 12 hahha. Nak kerja dekat melakaaaaa gak.




Billionaires Concept Cuisine. 
Sedapp!


Status sekarang: searching for the new job *updating resume*