Assalamualaikum.
Gong xi fa cai ! Untunglah semua orang bercuti. Balik kampung la, ape la. Kat rumah tinggallah aku sorang hadap kerja yang tak pernah habis. Nanti masa raya lagi sunyi agaknya hahaha. Hadap customers, training crews dan prepare for audit, paperworks dah menimbun takde masa nak buat Hmmm. Tapi apa pon i love my job hehhe. Bukan senang nak dapat kerja, bukan senang nak dapat experiences macam aku dapat. Apa pun pengalaman itu jelaa yang penting.
Gong xi fa cai ! Untunglah semua orang bercuti. Balik kampung la, ape la. Kat rumah tinggallah aku sorang hadap kerja yang tak pernah habis. Nanti masa raya lagi sunyi agaknya hahaha. Hadap customers, training crews dan prepare for audit, paperworks dah menimbun takde masa nak buat Hmmm. Tapi apa pon i love my job hehhe. Bukan senang nak dapat kerja, bukan senang nak dapat experiences macam aku dapat. Apa pun pengalaman itu jelaa yang penting.
Sepanjang 4 bulan dalam dunia pekerjaan, i learned a lot! I got a lot of experiences, tak kira lah dari segi kerja atau dari segi mengenali pelbagai perangai manusia. Yang sebelum ni tak pernah aku harungi, tak pernah aku jumpa haha.
Contohnya, orang pinjam duit tapi tak pulang2 dan lesap macamtu je. Ada orang pinjam duit, tapi dia pulangkan balik. Bulan depan tu dia nak pinjam makin banyak pulak duit aku sampai beratus. Nasib baik masa tu aku dah tak hati tisu, aku buat derk je. hahaha sebab aku ni kadang2 cepat kesian, orang nak pinjam duit. Aku bagi. Lepastu hilang. hampeh! Sia2 aku kesian kat orang.
Lagi satu kes. Aku hantar staff aku balik rumah sebab kesian kat dia yang dia kena balik naik bas tengah2 malam. Dah tiba2 family budak tu ingatkan aku ni suka lepak tengah malam, hantar anak dia balik lewat malam. MashaaAllah niat aku baik kot, aku cuma hantar dia balik rumah. Aku tak pernah ajak dia melepak. Kalau siapa yang kenal aku, diorang tahu aku mana ada suka keluar! Tanya jelah housemates aku, time cuti je aku duduk melongo kat rumah sampai diorang tanya aku tak bosan ke duk rumah. Balik kerja aku terus balik rumah sebab aku tak berapa berani drive malam. Kakak dia mesej, "tak payah susah2 hantar adik dia balik lagi, sejak kerja BK adik dia selalu balik lewat" dan macam2 lagi. Tapi aku tak salahkan kakak dia, aku dapat rasakan yang mungkin budak tu keluar lewat malam taktahu dengan siapa, lepastu dia guna nama aku, cakap aku ajak lepak.
Pui! Lepasni aku nak jadi hati kering dan pentingkan diri sendiri, lantak kau lah. Buat apa lah aku nak kesian kat orang, orang bukan nampak pon kebaikan yang ko buat. Kadang2 aku percaya, bila kita buat baik dengan orang, InshaaAllah orang lain akan baik dengan kita. MALANGNYA niat aku disalahertikan. So time cuti je aku duduk jelah rumah wakaka dan kadang2 keluar jugak dengan Adah. Dia jelah kawan kat Putrajaya ni kahkah. Housemates semua macam aku jugak, busy women, memang takde makna lah nak lepak dengan diorang. Umur macamni pon tak payah nak lepak sangat, baik duduk rumah fikir tentang masa depan dan benda berfaedah. Hahaha. (Bila tah nak belajar masak, tak boleh beli barang masak, peti ais penuh hahaha alasan)
Tengok wayang cerita Monster truck (lawak gila!). Adah belanja hanbing (sedap!) dan makan steamboat. Adah paham aku, dia tahu setiap kali aku cuti je terperuk duk rumah so awal2 dia tanya aku cuti bila pastu roger aku ajak tgk wayang hahaha.
Staff indon aku ada yang dah tamat kontrak dan balik indonesia, ada yang sambung kontrak tapi diorang dipindahkan ke KLIA2. Memang sangat terasa kehilangan ewah2 kemain ko. Sejak diorang takde, aku rasa kerja makin penat. Indon staffs sangat bagus yelah sebab dah kerja 2 tahun kan, semua diorang tahu! Tak payah suruh pon diorang buat, memang kadang2 aku dtg kerja tak payah dah nak check store okay ke tak. Aku nak tinggal store sekejap untuk solat contohnya, tak risau pon sebab tahu diorang boleh handle dan semuanya dalam keadaan baik. Honestly aku belajar dengan diorang, sebab masa aku training, tak semua benda aku sempat belajar.
Now, kalau shift pagi contohnya, pagi2 dah penat sebab di samping kena mengajar crew baru, aku kena check satu2 supaya diorang takde buat silap. Pastu diorang kerja kena bersuruh, tak suruh memang tak bergerak lah kerja. adui. Tak masuk lagi satu hari berapa kali nak kena refund order sebab crew baru tersilap ambil order stress aku haha.
Sejak Dodo takde, semua sunyi je takde mulut celupar dodo hahaha.
Kawan gaduh
Dodo, ismanto, Eko.
Semua ni orang hebat BK, hahaha kalau diorang local, dah lama bole jadi manager hahha.
Diorang ni sempat train crew local, hasilnya bebudak local aku memang hebat dan laju buat burger, semua benda diorang tahu. Tanpa mereka, aku taktahu lah, sebab ktorg manager tak sempat nak train crews properly. Ktorang pon banyak kerja maa.
Laa ni biasalah bebudak lepasan spm kerja nak berseronok je. Elok dah tahu buat burger, boleh ambil order, boleh open dan closing kitchen. Tetiba nak berhenti pulak. Sampai ktorg terpaksa pujuk2 sorang2 jangan berenti hahaha.
Last dinner together.
Itu je life update aku. Selamat bercuti semua!
(Saya tak cuti, esok kerja tapi saya belanja entry baru sempena chinese new year pui).
Ohh ya, terima kasih burgerking sebab beri bonus, alhamdulillah. Dapatlaa shopping sikit LOL.