Saturday, September 3, 2016

Japan 2016 part 6 : Welcome to Osaka

Assalamualaikum.

So untuk harini, aku akan continue dengan cerita ke Osaka pulak. Dari Tokyo ke Osaka, boleh naik bas/shinkansen/flight. So ktorg memilih flight, kejap je dalam satu jam setengah camtu dah sampai. Kalau naik bas dalam 8 jam mcmtu kot. Rasanya jaraknya macam dari Melaka ke Terengganu laa.

Flight pukul 8 malam, so ktorg gerak dari rumah pukul 4 pm. Pagi tu tak pergi mana2, best gilers tido sampai tengahhari, maklumlah dah 4 hari berjalan tanpa henti bhahaha. Kat Tokyo ada 2 airport, iaitu Narita dan Haneda airport. Time arrival haritu ktorg sampai di Haneda, tapi untuk ke Osaka ni ktorg naik flight from Narita. 


 Ktorg naik flight domestik Jepun, bernama Peach. Comel je nama, kaler pon comel kaler purple pink haha. Flight kecik je, yang lawaknya orang kerja di kaunter luggage tu ialah org yg sama mintak tiket sebelum departure haha. Sikit nau pekerja dia. Nasib baik pramugari orang lain, kalau orang yang sama taktahu lah den nak cakap apa.


Kat narita airport banyak pulak benda ni membuatkan diri ini terasa geram nak mencuba bhahaha. Kononnya nak satu souvenir dari narita airport. 

End up with - i dont know what the heck is this !!

8 malam dari Tokyo, pukul 10.30 malam dah sampai Osaka airport. Ktorg punya apartment boleh check in 3 pm keesokkan harinya, so malam ni ktorg ajet2 backpackers lah bermalam di airport hahaha. Kalau backpackers nak jimatkan kos bermalam, memang diorang akan bermalam di airport je.

Time turun dari flight, takde skybridge, kena lalu luar. So dapatlah snap this cute flight, Peach! Comellaaa nama peach. Peach. Peach. Ko pehal.
Sampai sini kat terminal 2, ada shuttle bus untuk ke terminal 1. Free je. Memang diorang akan sediakan bus sebab terminal 1 dengan terminal 2 agak jauh.

Alhamdulillah, arrived Osaka already ! Mari mereput di airport.

And malam tu selepas makan pasta segera, ktorg duduk dan tidur di kerusi je. Memang ramai orang yang tidur kat kerusi tu, so takde lah rasa takut sangat. Ada surau, tapi kawasan surau tu agak terpencil dan jauh dari orang ramai. Kalau datang ramai2 bolehlaa nak tidur situ, ktorg bertiga je. So better tidur kat kerusi je, ramai orang kan. 

Boleh je bermalam di airport, cuma nanti akan ada polis datang, and dia akan mintak passport. Dia tulis ape bende ntah kat buku rekod dia, lepastu dia tunjukkan kertas yang tertulis pesanan berhati-hati dengan barangan berharga daripada dicuri. So kita angguk2 jelahh sambung tidoq. Honestly aku tak berapa lena sangat pon tidurr, sebab walaupun ramai orang still rasa risau jugak.


Dalam pukul 4 pagi macamtu gerak ke surau, untuk solat subuh. Kat surau ade lah jumpa group2 malaysian, ceh kalau tahu ada orang awal2 tadi dah tidoq situ kan, lena sikit tidur dari kat kerusi tu haha. So lelap2 mata kejap, dalam pukul 5 pagi macamtu ktorg pon gerak untuk cari tempat mandi. 6 pagi dah terang benderangg dahh.

Best sangat tempat shower, selesa dan bersih. Siap ada sabun dan shampoo. Harganya ialah 500 JPY untuk 15 minit. Kita masukkan je duit, so air akan keluar. Sebenarnya 15 minit tu mandi berdua pon takpe, kalau lelaki lagi lah boleh share 3 orang kot sebab simple je kan haha sebab sorang mandi berapa minit je woi. Aku mandi 5 minit je hahaha bukan kat rumah nak lama2, tak payahlah nak bersauna ke scrub ke ape. Dapat basuh muka gosok gigi sabun ala kadar dah lahhh. Asalkan dapat segarkan badan. Yang bestnya dalam tu siap ada cermin panjang semua. Aku menyampah betul kalau pakai tudung takde cermin panjang, so i really like this shower room !
Lupa plak nak tangkap gamba. 

Lepastu bersarapan di burger king, beli fish burger. Staff situ pandai cakap terima kasihhh haha. Sapelah yang mengajor agaknye LOL. Lepas sarapan pergi pulak beli 2 days Osaka Amazing pass kat tourist information centre, kena tunggu kejap sebab kaunter bukak pukul 7 lebih kot, tu pon ramai dah beratur sebelum kaunter bukak.

Kalau mai Osaka, wajiblah beli pass ini. Sangat2 jimat oke!

 6 pagi yang terangg. Sambil tengok pemandangan sambil breakfast. Uuu burgerkingg, boleh tak nak outlet posting nanti kat Jepun? ha ha lawak.

Then ktorg ambik train ke Namba station. Di Namba station, cari coin locker untuk simpan beg, seriously masa tu menyampah gila nak kena tolak2 beg, susah nak bergerak haha. Dah simpan beg, legaaa sangat dah takyah mengusung beg. Locker tu makin besar makin mahal harganya. Share lah satu locker bebanyak beg kalau muat. Macam aku punye coin locker yang medium 600 JPY kot, share dengan liah. 

Lepastu, ktorg gerak ke Kyoto ! Cerita Kyoto ni next entry.

Actually plan nak pergi Nara selepas Kyoto, tapi MashaaAllah masa tu memang tak larat sangat2. Kyoto berkali ganda panas dari Tokyo, dahlah sepanjang malam aku tak tidur, jalan sepanjang hari lagi. Pergh. Masa tu serius rasa nak balik Malaysia je terus hahahaha. Orang cakap, bila berjalan ni 3,4 hari best lah. Bila dah lama sangat dah bosan okay we feel it now lol.


So ktorg cancel hajat untuk tengok deer dekat Nara deer park. Memang tak laratt. Sampai di Namba station nak cari semula beg ktorg tu. Tahu tak Namba station ni besar sangat sangat sangat. Ktorg sesat! Masa tu rasa nak menangis je cari2 locker beg ktorg tak jumpa. Turun naik tangga pergh pengalaman sangat hahahaha. Rasanya dalam sejam jugak berpusing-pusing cari locker tu. Aku ade ambik gamba locker tu, tapi tempatnya still tak dapat dikesan luls.


Last2 ktorg tanya security guard, dia mintak kunci locker, lepastu guard tunjukkan coin locker ktorg alhamdulillahhhh. Legaa sangat, awat lah dari awal tak tanya dia je kan senang keje hahaha.


 So i dont know why i took this picture actually, konon2 tak nak sesat atau terlupa, end up terlupa jugakkk hahahahha. Besarr weii namba station ni !

So dari Namba station, terus ke Tamade station, cari apartment ktorg pulak. Lagi sekali dalam keadaan exhausted tu kena mengangkat luggage naik tangga sebab takde lif/escalator lol. Alhamdulillah tak susah pon nak cari. Sebab website tu dah siap tunjukkan jalan ke apartment.

And i just love this apartment so much, ruang yang kecik dan sempit tapi selesa dan lengkap. Semua ada! Mesin basuh, tempat memasak blablabla.


 Ruang bawah yang sempit tapi mampu memuatkan - toilet, dapur utk memasak, tv, peti ais, water heater, rice cooker, almari. Tengah2 tu ada meja dan kerusi tapi ktorg alihkan.

Toilet yang sempit tapi lengkap. Shampoo, ubat gigi, sabun, conditioner. Tapi sempit, kalau mandi terlanggar-langgar dinding hahaha.


Lepastu tingkat atas ruang untuk tidur, ada 2 tilam disediakan, siap tuala dan bantal semua. Kat balkoni ada mesin basuh. Apa yang aku perhatikan di Jepun ni, diorang memang akan utilize kan betul2 ruang yang ada. Sebab penduduk ramai kan, so mesti ruang rumah semua terhad. So their arkitek kena bijak lah gunakan ruang semaksimum yang mungkin hahaha macam good good je aku.

Overall, Osaka is quite different with Tokyo. Kat Tokyo, kawasan bandar so kita akan dapatlaa tengok semua orang2 yang bekerjaya dan berpakaian kemas2 je semua. Di Osaka, kebanyakkannya memang ramai warga emas je haha. Osaka ni mcm kampunglahh. Ramai orang tua2 je, yang muda2 pon tak berpakaian sekemas orang di Tokyo. Yang selekeh2 je ahhaha.

Okay next time will continue with Osaka entry, stay tunedd.



Read previous entry : Tokyo Disneyland


Friday, September 2, 2016

Japan 2016 part 5 : Tokyo Disneyland yang comel !

Assalamualaikum. 
Yeahh kalini sambung untuk entry Disneyland pulak. Best sangat Disneyland ni, worth the money! Lagi best kalau untuk bebudak keciklah, tapi ianya tetap menghiburkan golongan dewasa macam aku haha.
Sebelum ke Tokyo disneysea/disneyland, kita digalakkan untuk check dulu crowd calendar untuk mengelakkan high crowds, especially weekend. Crowd calendar ni sentiasa berubah ubah, so kena check lah dari masa ke semasa. Last aku check, seminggu sebelum pergi. Awal2 check tak ramai, seminggu sebelum pergi tu kebanyakkan hari dah bertanda merah.

Klik link ni untuk tgk crowd calendar Crowd calendar

Ni contoh crowd calendar untuk August 2016. Sebab bulan 8 kan summer holiday, memang high crowds lah. Ktorg pegi hari Rabu 10 Ogos, tu paling kurang crowds. Paling kurang pun dah sampai level 70 dasyatt.

Boleh klik kat tarikh pilihan kita, tengok info2 like waiting time, open hours, show times etc.

Mula2 tu macam berbelah bahagi jugaklah nak pergi disneysea ke disneyland. Tapi bila fikir2 pergi jelahh disneyland sebab aku suka tengok benda comel2 lol. Disneyland ada beberapa dalam dunia, manakala disneysea pulak hanya ada satu dalam dunia iaitu di Jepun. So buatlah pilihan bijak, kalau banyak duit dan mampu pergi jelah kedua-duanya sekali haha. Untuk tiket, harga 7,400 JPY (lebih kurang RM 300). So kalau nak pergi dua2 double kan jelah harga tu. Bezanya ialah, Disneysea untuk menghiburkan golongan dewasa, disneyland pula untuk menghiburkan golongan kanak2. So kalau nak naik rides/attractions yang thrill tu better pergi disneysea la. Kalau disneyland ni rides dia semua taraf kanak2 lah kehkeh. Taraf kanak2 pon memang agak thrill jugak bagi kitorang yang tak berapa biasa sangat naik benda2 camtu luls.

So, overall ada 7 bahagian - world bazaar, tomorrowland, toontown, fantasyland, critter country, westernland, adventureland. Besar gilaaa! Katanya Tokyo disneyland adalah taman tema disney yang terbesar di dunia, woahh. So better download maps dari website atau ade je maps dekat park tu, sila ambik tau ada both japanese and english version, dan rancang perjalanan anda wahh gituu. And mesti datang awal pagi, supaya puas lah dapat main banyak rides. Actually kena pergi 2 hari baru betul2 puas dapat main lebih banyak attractions sebab kalau sehari memang tak sempat hehhe.

Untuk rides and attractions, boleh tengok kat sini - Tokyo Disneyland attractions. Siap ada video lagi huhu. Cisss rasa nak pergi lagiiiiii bila tengok video, serius best!


So ktorg gerak ikut bulatan, start dari kanan. 


Macam biasa, kalau tak berjalan tak sah. Keluar je dari Maihama station, kena berjalan kaki jauh sikit ah untuk ke pintu masuk.






Mickey mouse, Disneyland's mascott.

Tu pintu masuk. Alhamdulillah tak kena beratur panjang pon maybe sebab masih awal. Pekerja from infront gate sampailah ke belakang dalam tu semuanya baik2 belaka. Even tak pandai speaking, diorang senyummm je memanjang, so friendly! Kat sini diorg akan check beg kte, tak sure nak check apa sebenarnya haha, ktorg bawak bekal makanan pon roti je. And dia tak bagi guna monopod. Dia suruh simpan je monopod tu.

Belakang tu Tokyo Disney Resort, hotel penginapan. Cantik gilers.

Apa yang saya suka di sini ialah, ramai orang tapi secebis sampah pon takde. Bersih sesangatt, well done ! 


Start dari pintu masuk, akan jumpa world bazaar! Kat sini macam2 lah yang dijual, candies, toys, tah hape bende lagi yg comel2 tu. Kebanyakkan pengunjung yang dtg sini akan pakai topi comel2 atau cekak mickey mouse tu, and ada yang pakai baju comel2, seriously comel lah ! haha. Ada jugak bebudak yang pakai baju disney princess. So cute !
Tapi ktorg tak singgah pon mana2 kedai, barang kat sini semua mahal yer luls. Lagipon ktorg nak gerak cepat nak main attractions, tak nak buang masa untuk cuci2 mata kat kedai2. 



First, ktorg ke Tomorrowland. Okay untuk few rides yang kena beratur panjang, kita boleh dapatkan fastpass. Dekat sebelah attraction tu, akan ada machine untuk fastpass. Caranya ialah, just scan bar code dekat ticket kita, dan akan keluar fast pass untuk ride tu. Kelebihan orang yang ada fast pass ni ialah, kita tak payah beratur panjang! Cuma tunjukkan fast pass dan kita akan dapat laluan ala2 VIP sambil buat muka berlagak kat orang lain, seriously bangga gila lalu dekat laluan VIP tu, orang lain beratur pepanjang, kita rilek je LOL. 

Tapi kita tak boleh dapat 2 fast pass untuk satu2 masa, contohnya kitorang ambik fast pass untuk space mountain. Kat situ akan ada tertulis waktu untuk kita guna fast pass ni, iaitu pukul 10-11 am. So sementara tunggu pukul 10 am tu, kita bolehlah pergi main attractions yang lain tapi kena beratur laluan biasa lah. Selepas guna fast pass untuk space mountain tu, baru boleh scan bar code untuk fast pass yang lain. Ewah gigih pula aku explain.
Attractions yang ktorg dapat naik kat sini ialah: 
- Star tours: The adventure continues 
- Space mountain 
- Buzz lightyear's astro blasters 

Setiap kali naik attractions tu memang takde gambar lah, ada rides yang terlalu gelap, ada yang terlalu bahaya untuk keluarkan hadphone takut tercampak haha. 3D ride untuk star tours memang sangat real and best ! Kita seolah-olah sedang lawan penjahat di angkasa lepas, so cool !


 Got fastpass for space mountain! Ni antara ride yang paling mencabar, keluar je memang rasa pening2 lalat, rides ni seolah-olah kita berada di angkasa lepas! Serius rasa nak tercampak je badan masa ni, risau sungguh hahaha.

 Tomorrowland ! Banyak lagi attractions lain, ada theater tapi malas nak masuk. Ada car racing, jet etc. Tapi like I said kat atas, memang tak sempat nak naik semua dalam masa satu hari hehe.


Buzz lightyear ! Boleh tengok vid kat link website yg aku bagi kat atas okee. Nampak tak tu staff disneyland, setiap staff yang jaga tempat tu akan pakai costume yang bersesuaian. Kalau staff kat space mountain, akan pakai baju angkasa lepas. Staff kat haunted mansion akan pakai costume hantu. Staff kat critter country pakai costume ala2 safari etc. Memang sangat cool !

Next, ktorg ke Toontown ! OMO comel gilaaaaa! Rasa nak gigit2 je sebab comel sangat haha. Setiap ceruk tempat dari tong sampah ke vending machine ke rides semua comel tau.

 Welcome to toontown !

 Roger rabbit car toon's spin. 

 Tak silap, boleh meet and greet mickey mouse dalam rumah ni. Tapi waiting time 40 mins! Tak kuase makk nak beratur semata-mata nak bergambo dengan ko mickey haha.

 Gadget's go coaster ! Bestt tapi sebab outdoor kan, tahan panas sikit ah zzz. Memang hari ni start berbelang muka.


Bila kita tarik tempat pemegang tu, and rumah ni akan keluarkan air ala2 asap lah. Omey angat.


Kitorang masuk Goofy's paint and play house. Mula2 beratur tu taktahu pon ape bende, dah sampai dalam tu rupanya main tembak2 ke ape tah. Ramai budak2 je, segan jugaklah. Dahlah bila kita habis main je, staff tu siap tepuk2 tangan lagi. Hamboi malunya mcm kanak2 haha.

Dapat jumpa chipmunk ! Weee friendly sangat Chipmunk ni tauu. Feeling bad for them, mesti panas kan kena pakai costume tu..

Next, Fantasyland! Ni kawasan yang paling banyak attractions. Kalau nak tengok istana cinderella tu semua kat sinilahh. Yeahhh, reminiscing our childhood memories!
Banyak jugak yang ktorg dpt masuk kat sini. 

Ktorg sempat tengok Mickey's Pilharmagic theater - 3D theater! Memang bestttt and lawakk. Tentang pengembaraan donald duck. Even bahasa jepun tak paham lol tapi org gelak kite gelak jelah kan kahkah. Kalau donald duck tu masuk dalam air, kita pon akan kena percikan air skali. Bestt.


 Parade show.

 Ternampak parade ni. Dekat setiap tempat tu akan ada parade, so kena tengoklah jadual kalau berminat nak tengok parade.

 Alice's tea party !

And i really hate this ride, menyesal pulak naik hahaha. Sebab kepala pening macam nak muntahh.

Cinderella's fairy tale hall ! Akhirnya dapat masuk dalam istana cinderella hehe.

Oopss, the clock strikes midnight, run Cinderella !


Cantikk sangat cinderella's hall ni


Cinderella's glass shoes. So pretty !


It's a small world ! Ni attraction paling comel dan best bagi aku. Kita naik sampan, and sepanjang tepi sungai buatan tu akan ada patung2 comel menari nari, menyanyi nyanyi. Sumpah comel haha

Pinocchio's daring journey. 

Haunted mansion ! Antara attraction yang paling popular, ktorg ambik fast pass awal2. Tapi bagi aku takdelah best mana pon, tapi memang seram jugaklahh hantu2nya haha.

Next, Critter country ! Ada 2 je attraction kat sini iaitu splash mountain dan beaver brothers explorer canoe. Aku teringin gilers nak naik splash mountain, memang thrill sesangat, sambil bersedia untuk dibasahi air ! Tapi bila ktorg sampai situ, ticket fastpass dah habis, kena beratur di laluan biasa. Waiting time adalah 90 mins! Tak sangguppp. Maka dengan keciwanya ktorg beredar dari situ haha.

Splash mountain ! Hanya mampu tengok je, tak mampu beratur. haha. Masa ni dah petang, kaki dah tak sanggup berdiri lama sangat, lagipun makin petang, orang makin menggila ramainya !

Di Westernland, ktorg beratur selama 60 mins untuk naik Big thunder mountain. Masa tu dah petang, kaki dah sakit dan lenguh, and kitorg hampir2 give up beratur tu haha. Tapi tak jumpa jalan nak keluar, dalam fikir2 tu akhirnya ktorg decide untuk tunggu jelahh, alang2 dah beratur. 


 Big thunder mountain ! Best lah roller coaster ni, berbaloi beratur 60 minit haha. Dari luar, beratur sampai ke dalam. Kat dalam tu ada 6,7 lapisan lagi beratur hahaha.

Mark Twain Riverboat. Tak naik pon, sebab dah petang. Ada antara boat2 ni yang last ride pukul 5 pm je.

Tom sawyer island raft. Naik raft ni, dalam 2 minit sampai ke seberang sungai. Sebarang sungai tu ada:

suspension bridge. Seberang sungai ni adalah antara tempat yang sunyi, tak berapa ramai orang sangat haha. 

Ni ape nama tak tahu aku. Takde org sangat pon kat sini. Ktorg jalan2 je tengok2.

 Masuk dalam gua, keluar balik. haha. Lepastu naik balik raft tadi, pulang ke seberang semula LOL.

Last, Adventureland. Ktorg aim Pirates of caribbean ride, lepastu pergi mana2 ride lain yang sempat. Oke jelah pirates caribbean ride, sama je mcm ride yang lain cuma hiburan dalam tu berbeza. haha

 Western River Railroad. Ni keretapi, ktorg tak sempat naik, so ktorg naik cruise je haha.

Jungle cruise: Wildlife expedition. Bestlaa jugak, sambil naik cruise tu kita seolah-olah masuk dalam hutan. Macam real lah, dengan semua jenis haiwan ada dalam tu. Patung jelah, bukan haiwan real. Yang paling best the staff kat sini semangat sungguh! Jerit2 dia nak hiburkan pengunjung hahaha.

And actually banyak lagii yang ktorg tak sempat naik takpelah next time haha. Kalau pi time musim sejuk actually best lah kot sebab takde penat sangat beratur. Ni dahlah panas, penat beratur lagi. Ada jugak 2, 3 rides yang ktorg give up je sebab waiting time terlalu lama. Melepuh kaki haha. Tapi ni puas jugaklaa sebab datang pagi, banyak jugak dapat main. 

And, jangan balik awal ! Malam ada closing parade, parade paling terbesar. Memang cantikk sangat. Boleh scan ticket untuk lottery ticket, kalau anda bertuah, dapatlah tempat duduk untuk tengok shows. Ktorg scan ticket, tiga2 ticket tak mengena. haha. Tak bertuah langsung ! Yang takde ticket boleh je tengok, tapi kat tepi2 tu jelah.

Show start pukul 7 pm, seawal 5 pm dah ramai duduk tepi2 jalan tu untuk cop tempat duduk. Ktorg awal2 dah duduk, sambil tertidoq tunggu parade haha.





Lepas habis show, semua orang balik secara serentak ! Masa tu memang disaster gila, Alhamdulillah ktorg tak terpisah haha. Previous entry aku ada tunjukkan disneyland crowds. Memang sangat dahsyatt, sebab tu lah pentingnya tengok dulu crowd calendar sebelum datang sini. Yang time ktorg pergi ni kira okay lahh, kalau weekend lagi dahsyat.

Tapi yang bagusnya ialah, walaupun ramai, sistem di sini sangat teratur. Semua orang beratur dengan tertib so memang takde apa2 masalah lah. Takde lah yang cedera kena pijak ke kena tolak ke apa2. Thumbs up ! InshaaAllah kalau panjang umur murah rezeki of course aku akan ke sini lagi (with my future children! hahaha seriously budak2 mesti suka datang sini). So sekarang mak nak kerja dulu ya kumpul duit untuk kesenangan anak2 di samping tak jumpa2 lagi mana bapak engkorang ni trollolol.

Ohh untuk solat, solat je kat mana2 tempat sunyi sikit. InshaaAllah tempatnya bersih, memang yakinlah nak solat. Ktorg mintak izin staff kat situ, diorang terima je Alhamdulillah. Aku rilek je siap pakai telekung hahaha. So kalau nak senang pakai baju labuh sikit takyah pakai telekung dah. Sama2 lah doa moga satu hari nanti diorg akan sediakan tempat untuk solat okenggg.

Ktorg bawak bekal roti je, sepanjang hari makan roti telur je kahkah. So balik tu, singgah kedai india kat Gyotoku untuk dinner. Sedapp nasi beriyani dengan roti nan cheese. Ktorg order satu je, tu pon tak habis lol terpaksa bungkus.
India tu siap bagi air mango free youuuu. Baik india tu, ibu cakap pandai dia buat amal jariah ihiks.

Tamat cerita di Tokyo, will continue with Osaka pulakk !
Tapi maybe lambat sikit entry tu, I dah nak start kerja sobsobs.

Read previous entry : Kawaguchiko