Hehehello Assalamualaikum.
Untuk hari yang ketiga, kami ke Kawaguchiko ! Kawaguchiko ni adalah salah satu tempat tarikan pelancong untuk tengok gunung fuji. Harini pergi satu tempat je, sebab Kawaguchiko ni terletak agak jauh dari Tokyo. Kitorang decide nak baik bas ke sana, sebab lagi murah dan jimat masa sikit dari naik train. Kalau naik train 3 jam, naik bas 2 jam. Tapi sebenarnya, bila dah naik bas tu, keadaan trafik mana boleh dikawal. So sebenarnya naik bas ke naik train ke sama je jarak perjalanan sebab aku rasa nak dekat 3 jam jugak naik bas! Cuma kalau nak jimat sikit, naik ler bas hmm.
Kalau naik bas, ada 2 tempat yang kita boleh naik dari Tokyo. Dari Shinjuku atau Shibuya. Mula2 kitorg check bas dari Shinjuku, dah habis ! Agak runsing jugaklah haha sebab dahlah tak booking. Nasib baik ternampak pulak lagi satu tempat dari Shibuya so malam sebelum pergi tu baru booking. Macam pelik jugaklah kenapa bas dari Shinjuku habis, tapi bas dari Shibuya banyak pulak ! Siapa dari Tokyo nak ke Kawaguchiko boleh reserve bas kat sini - highwaybus . Reserve tu tak payah bayar pon so better reserve lah daripada jadi macam ktorg.
Tapi bila kitorg nak ke tempat menunggu bas tu, baru tahu kenapa hmmm. Berpusing jugaklah cari lepas keluar dari Shibuya station tu. Naik tingkat atas, turun bawah balik. Eh salah, pusing balik. Tanya2 orang, baru jumpa. Tempatnya agak tersorok jugak. Sabor jelah nasib baik sempat naik bas.
Alhamdulillah kenyang akhirnya. What a disaster day ! Haha. memang sedap gilerss sushi ni, sebab kitorang ambik yang goreng. Yang mentah tu takdelah ambikk tak lalu tekakk. Sedappp tetiba rasa nak makan lagi plak haha. Cuma sushi ni tak boleh makan banyak2 lah, rasa loya pulak haha.
Okay tu je cerita untuk hari ketiga ni, will continue with next entry.
Beli tiket bas pergi balik. Dari Tokyo pukul 11.15 pagi, nak dekat pukul 2 ptg jugak sampai ke Kawaguchiko station. Mereput je dalam bas. Dan beli tiket balik pukul 4 petang. Bayangkanlah ada 2 jam je kat sini, harini memang paling kelam kabut.
Sorry bad hijab day haha. Sampai je terus kelam kabut pergi toilet dan ambik wudhuk siap2.
Lepastu kelam kabut pulak cari sign untuk ke Kawaguchiko lake. Dah jumpa, dari station ke lake kawaguchiko tu adalah sejauh 800m. Macam dekat, tapi bila berjalan kaki pepaham lah! Memerlukan 10-15 minit jugak. Dalam kelam kabut tu pikir nak naik bas ke, sewa basikal ke blabla. Last2 jalan kaki jelah.
Sampai pon.
Mula2 ingatkan gunung ni ialah gunung fuji, so fefeeling dah sampai lah. Bila tengok kat maps, rupanya bukan lol tah hape gunung ni.
Kawaguchiko lake, lake ini ialah salah sebuah dari 5 buah tasik yang mengelilingi gunung fuji.
Solat dulu bila terjumpa tempat sunyi.
Dan buat pengetahuan anda, di Kawaguchiko terdapat banyak sangat tempat2 menarik untuk pelancong. Tapi kitorang tak sempat sebab ada 2 jam ke kat sini! Akhirnya kitorang decide untuk naik bas. Ada 22 bus stop, dan ada jadual bas. Tunggu jelah bas tu dekat bus stop. Dan untuk tengok gunung fuji, perlu pergi ke bus stop yang terakhir iaitu no 22. Kitorang berada di bus stop no 9. Masa tu dah pukul 3 pm, dan bas ktorg ke Tokyo pulak pukul 4 pm.
Masa tu aku geram jugaklah dengan adik aku sebab ketegaq sangat tak dengar cakap orang. Aku memang taknak naik bas tu sebab memang tak sempat. Last2 dengan terpaksa aku naik jugak bas tu, pukul 4.25 pm sampai ke bus stop yang terakhir. Dan next bus adalah pukul 4.40 pm. Dalam masa 15 minit tu bersiar lah kejap,
Dapatlah tengok gunung fuji ! Tapiii dengan keadaan cemas sebab takut tertinggal bas.
Actually kalau nak plan ke Kawaguchiko, kena plan dari awal nak ke mana. And ada discount pass jugak untuk 2 hari, boleh naik turun bas tu ke setiap destinasi yang kita nak pergi. Bas tu akan mengelilingi kawasan tu. Kalau tak beli pass tu, kena bayar lah ikut harga dekat screen depan bas tu. Memang agak mahal sikit lah.
Dalam cemas, alang2 dah sampai tu ambiklah jugak gambar sambil dalam hati berdoa jelah supaya tak kena tinggal bas. Belakang tu gunung fuji ! Memang susah nak nampak gunung ni dengan jelas sebab biasanya ia akan ditutupi awan.
Memang cantik sangat2 tempat ni sayangnya dapat singgah kejap je.
Dapatlah tengok gunung fuji tu hahh.
Terjumpa cafe soft ice cream time tunggu bas.
Memang sedap ! Makan kelam kabut sebab dalam bas tak boleh bawak makanan hahaha.
Bila bas dah sampai, kelam kabut masuk dalam bas. Dahlah penuh macam sardin ! Dalam kelam kabut tu terpotong lah barisan lalu ade pelancong mana tah marah2, "we wait here first!". Geram gak masa tu lepastu ktorg terus beratur barisan belakang sekali. Hammbekk tak boleh cakap baik2 ke puih! Tapi nasib baik jugak, kitorg masuk lambat dalam bas, so dapat duduk depan pintu. Senang nak keluar kan.
From point 22, ke point no 1. Point no 1 ialah kawaguchiko station ! Cemas masa tu hanya tuhan yang tahu, bayangkan lagi 15 minit je pukul 4 pm tapi baru sampai station no 16 macamtu la. haha. Sebenarnya sempat je kalau bas tu straight je terus ke point no 1, tapi bas ni macam bas lompat2. Dia akan berhenti setiap point, sebab ada orang nak turun dan ada orang nak naik. Memang lambatlahhh, dengan orang nak turun terhegeh bayar tambang lagi haha.
Akhirnya, kitorang stop kat point no 9, tempat ktorg naik mula2 tadi. Kitorang decide untuk berlari je ke kawaguchiko station, bayangkan berlari sejauh lebih kurang 1 km LOL. Penat masa tu macam nak pengsan, dahlah ada bukit2 lagi. Masa tu dah pukul 4 pm, tapi ktorg berlari sambil membawa harapan bas tu delay sikit, so adalah nasib ktorg walaupun kebarangkalian untuk bas itu delay adalah sebanyak 0.000000000001% sebab public transport di Jepun sangat punctual ! Takde makna macam bas Perdana yang selalu aku naik tu, kadang2 siap tunggu lagi sape yang lambat lol.
Akhirnya sampai di kawaguchiko station pukul 4.04 pm. Memang tak nampak bayang langsung dahh hahaha. Lalu ktorg pon bermenung lah di station tu kena tinggal bas hahahaha! So terpaksa beli tiket baru, tiket train dah habis. Terpaksa beli tiket bas jugak, tapi tiket bas ke Tokyo station, pukul 5 pm. Mereput lah menunggu selama sejam.
Memang pukul 4.50 pm macamtu bas sampai, sharp pukul 5pm tak lebih tak kurang dia gerak. Dahsyatt betul.
Masa tu rasa sakit hati betul, tapi sekarang rasa macam tu semua pengalaman lah. Ada jugak benda nak diceritakan kat anak cucu nanti, nenek dulu tertinggal bas kat jepun, berlari kau ! Dan pengajarannya, kitorang tak plan jadual perjalanan betul2. InshaaAllah next time maybe boleh plan bebetul lah. Tapi takpelaa asalkan dapat jugak bergambar depan gunung fuji tu haha.
Tapi Kawaguchiko tu memang best, tenang je tempatnya. Time tepi tasik tu, sejukkk je. Memang best lah kalau nak bersantai-santai.
Sampai Tokyo station pukul 8 pm, jalan pon agak jammed jugaklah. Ambik train, straight ke Gyotoku. Sampai Gyotoku, jalan kaki dalam 7 minit macamtu pergi makan sushi untuk dinner. Harini sepanjang hari tak makan, pagi sebelum bertolak je makan kat rumah.
Ape tah nama kedai ni, of course takde sijil halal tapi nunun bagitahu senior diorang pernah tanya ada tak bahan2 yang tak boleh dimakan tu arak ke apa2, diorang cakap takde. So bolehlaa makan. Murah je sushi ni, sepiring 90 JPY. Campur tax 8%.
Order bebanyak. Lapor ni.
Alhamdulillah kenyang akhirnya. What a disaster day ! Haha. memang sedap gilerss sushi ni, sebab kitorang ambik yang goreng. Yang mentah tu takdelah ambikk tak lalu tekakk. Sedappp tetiba rasa nak makan lagi plak haha. Cuma sushi ni tak boleh makan banyak2 lah, rasa loya pulak haha.
Okay tu je cerita untuk hari ketiga ni, will continue with next entry.
Read previous entry: Japan 2016 part 3: Amazing Tokyo Part 2