Saturday, May 28, 2016

Congrates zuraa !


My plkn bestfriend get married today and im so happy for her! Sebenarnya lepas habis je plkn ktorg memang tak contact dah. Yelah masa tu kan mana ada wasap macam skrg ni. Mmg taklah nak msj, call apatah lagi haha. Tup tup dia jemput kahwinn, congrates zura !

Aku memang nak datang because she was so nice to me back then in plkn. During that time I was having a hard time because all of my school friends got into delta company while im alone in charlie company. Taktau lah mana silapnya, rasa nak menangis pun ada. Haha. Aku kenal zura sebab dia sepupu yana, classmate sekolah aku. Aku alone gila kot! Haha. The worst thing is im from all girls school and from sekolah agama so actually masa tu aku culture shock tengok macam2 perangai manusia yang tak pernah aku jumpa haha. 
Aku ingat lagi, second day at the camp, setiap hari ktorg kena subuh berjemaah kat surau. Aku dah ready nak pergi sorang (alone lah kata kan!) guess what ?! zura and fida tunggu aku kat luar dorm nak pergi surau sama2. Padahal aku tak suruh tunggu pon, aku okay je jalan sorang (sambil menangis dalam hati). Tu lah bermulanya ktorg berkawan !

Lepastu aku berkepit je dengan zura and fida. haha. Ktorg memang ala2 3 serangkai la sepanjang 3 bulan kat sana. Lagipun zura banyak dah tolong aku, dia baik dan sengal2 jugak haha, maka aku serba salah jugaklah kalau tak pergi kenduri dia. 

For Zura and husband, Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma. Wa jamaah baina kuma fee khair !

Throwback plkn with zura. Yang belah kanan sekali tu bukan fida, aku pon tak ingat nama dia, yang ambik gamba ni pon aku tak ingat siapa. haha.
 Lagipun masa tu mana ada macam zaman sekarang, aku pakai handphone nokia picit2 je kot. Ktorg ambik2 gamba guna kamera, bukan handphone. Lagipun handphone mana boleh pakai kat plkn, hujung minggu je jurulatih pulangkan haha. Tapi sepanjang aktiviti kat sana, ade la cameraman yang ambikkan moment2 kitorang and diorang bagi cd sebelum tamat latihan. Tapi mana tah aku letak cd tu haha.

Adoi rindu pulak tetiba semua kenangan kat plkn.
Read my plkn experience here :

Friday, May 27, 2016

Disappointed

Assalamualaikum.

Tadi aku jalan-jalan kat google..I want to find some informations but suddenly ternampak satu post yang macam kukenal saja penulisan itu, tapi di mana ya ? gitu. And aku bukak link tu. Guess what ?!
Ada orang COPY AND PASTE entry blog aku ke website dia. Puas aku cari ade tak dia credit ke blog aku, tapi dibuat seolah-olah macam dia sendiri yang tulis entry itu. IM SO ANGRYYYY GRRRR. Taktahu apa tujuan dia buat macamtu, tapi website tu adalah salah satu website sekolah di Besut. Aku okay kalau dia mintak permission dari aku, maybe dia nak promote Besut tapi its such a wrong way you copycattttt ! And entry tu termasuk dalam POPULAR POST di website dia, menunjukkan bahawa entry itu dpt banyak views. Ewah sedap je ko, nak buat duit guna entry aku. You need to inform me if you want to share any post in my blog. Tu lah guna nya aku letak email aku kat tepi ni or you can leave me a comment, i read all comments anywayy ! ANY POST ! 

Aku suka menulis dari dulu lagi and i love sharing. I love to share some informations yang aku tahu ataupun based on my experiences. Contohnya aku share tentang matrik, aku share tentang unisza. Bila ada bakal2 student matrik atau students unisza email aku tanya macam2 atau leave a comment, asked for my advices etc. That simple things make me happy, I feel like, atleast i can help some peoples in need, so i will help them if i can. Dalam hidup ni banyak cara kita nak tolong orang, tak semestinya melalui duit je, tak semestinya melalui fizikal like "oh makcik nak lintas jalan ke meh saya tolong".

Tapi bila ada orang dah salah guna kan niat aku, I feel disappointed. Kalau sekali lagi aku nampak di google, i might set my blog into private. I will never stop writing, tapi lepasni tulis untuk sendiri baca jelah. haha =,=

Ni lah kan perasaan bila ada orang copy kerja kita, patutlah ada penulis yg nak saman peniru kerja diorang sampai berjuta-juta. Nasib baik blog ni takde copyright ke ape, kalau tak aku dah saman da dapat jugak duit sejuta wkwkwk. Tapi tolonglah hormat hak orang lain, k :) Hidup ini perlu jujur untuk dapat keberkatan, sama jugak macam kita belajar. Kawan kau penat buat kerja, kau copy je ewah saman nak ? May Allah bless !

Have a nice day, everyone !


Monday, May 23, 2016

Last Memory (Memorable Night)


Last night di UniSZA, kitorang bebudak foodtech buat last dinner together. Bahagi2 kerja la, ada yang settle makanan, games, dewan, video etc. This is the most memorable night for us, kitorang start pukul 8 pm sampai 3 am katekooo. haha. Yelaaa, kalau ikutkan tak cukup masa sepanjang malam nak mengimbau semua kenangan sepanjang 4 tahun ni.

Aktiviti yang diadakan adalah:

Makan-makan.

Tayangan video ucapan and montage. Haritu pi pantai tu nak rakam video ucapan skali laa tuh.



Games. Semua games ni lebih kepada games untuk merapatkan lagi ukhwah and nak uji sama ada kita betul2 kenal kawan kite atau tidak. And I'm as one of the creator of the games also make some mistakes (terang lagi nyata lah 4 tahun ni aku tak cukup kenal pon lagi my classmates, forgive me haha).









Penyampaian hadiah. Kita taktahu siapa yang akan bagi kita hadiah, we just randomly picked names few weeks before and must keep it as a secret (Some of them cannot keep the secret though, haha).


Me to Mirul.

Hanim to me, thank you Hanim ! Really appreciate it, seriously I like the tshirt because it suit me well wkwkwk. Harini baru tahu Hanim rupanya yang dapat nama aku, pandai dia simpan rahsia.

Cabutan bertuah, Im the lucky one walau kertas bertuah aku hilang haha. Mula2 dpt no cabutan bertuah tu, aku terus hafal "26" lalu campak je kertas tu. Nasib baik diorg kata its okay, bagi jelah tapi kena menari tarian sotong. Hek eleh, senang je *menari macam sotong*. Thank you !
And also fridge magnet yang tertulis nama kitorang berserta nama panggilan ktorg/apa2 lah yg menggambarkan ktorg. Contohnya aku dpt Qila aka Izreen azminda (sengal keyh haha, sapa punya keja niii). Malas nak tangkap gamba fridge tu sebab tah mana aku letak dalam beg, barang tak kemas lagi woi hahahahaha kantoi. 


Celebrating birthday for June-Disember babies. (Babies ke kau jemah?). Budak birthday bulan 12 kat tepi tu tak mampu diselamatkan sebab eksaited sgt.

Tengok video sedih dan menyanyi sama2. And sorang2 bagi ucapan. Masa ni sedih bak hanggg. Aku bukanlah jenis yang senang menangis tapi masa ni memang sedih sangat, nak bagi ucapan pon tak terkeluar nak cakap apa haha. And im not good in words actually, cuma, Sorry and thank you for everything, sincerely from my heart kih. Kitorang jugak tulis "Letter to myself", which jika Allah izinkan, kitorang akan reunion lima tahun lagi dan akan baca semula letter tu. InshaaAllah.

Bersalam-salaman. Some of them yang akan balik awal2 pagi esok mungkin tak jumpa dah lepasni. Semua dah bengkak2 mata masa ni, haha tapi time ni aku tak leh nangis dah. 




Takleh letak gamba bebanyak nanti syahdu pula blog ini hahaha.

Esok petangnya, Wa ngan mommy hanta aku, piya, wani ke stesen bas. Thankyou korang !
And had our last dinner together. 



And i cried before naik bas tu hahaa. Sedihlah dari hari first daftar lagi dah kawan dengan diorang, and finally kami dah berpisah. Macam2 benda gila kitorang buat, macam2 memori tercipta, study sama2, merepek sama2, dan semuanya bersama-samalah. Aku rasa kalau takde kawan mcm diorang ni taktahu lah hidup kat unisza ni cemana, mesti suram dan sepi je cewah over gila. Lepasni taktahu bila nak jumpa lagi, kalau jumpa pon it will never be the same. 

Apa pun, bertemu dan berpisah itu kan lumrah kehidupan. Sayonara, till we meet again !



Thursday, May 19, 2016

Last Memory (Part I)

Assalamualaikum.

Im home ! Selamanya haha. Alhamdulillah, habis dah pun degree selama 4 tahun di UniSZA. Rasa macam tak percaya pun ada, rasa macam baru je semalam daftar haha. Sedih memang sedih, tapi itu dah memang perkara biasa la, and life must go on hahh. 
Banyak benda yang tak sempat update haritu sebab final exam yang study last minute tu haha. Taktahulah kenapa maybe sebab dah last2 ni feeling tu lain sikit, maka sehari sebelum exam baru lah terhegeh nak baca bebetul kah.

Few things that we were doing last study week:

Went to Pasar Besut for the last time, haha. Disebabkan dah nak habis kan, semua yang kitorang buat mesti ada "dah last". Contohnya "jom pergi pasar besut, dah last ni". "Jom makan sama2, dah last ni". "Bila lagi nak ambik gambar kat sini, dah last ni". (That feeling though). Will miss Pasar Besut! sobs.



Selalunya kitorang beli benda yang sama je, nasi bungkus bersama ayam/ikan. Pastu ade lah tambah air bekas besar gedabak tu plus kuih2. Lepastu mesti bergaduh siapa nak habiskan makanan terlebih tu haha. 



Celebrating Wani's Birthday (15 May 2016), and also spent time together watching horror movies (plus merepek-repek. Korang ingat tak tajuk apa yang kita cakap malamtu ? haha)


Next, Pre-graduation photoshoot. Gigih ko pegi pantai dengan hard bound thesis LOL. Pantai ni kat belakang kampus je, best photoshoot kat sini sebab takde orang. Kalau kat Bukit Keluang ramai gila orang sejak dah viral, tak syok ambik gamba situ (dan sampah pun makin banyak). Hope keindahan pantai belakang unisza ini akan terus kekal tanpa dicemari oleh tangan2 manusia. 






Class photoshoot after last payyperr ever, Food science forensic.
Last exam ! 


Group FYP. Masing2 buat tajuk lain2 tapi kami share sv yang sama, tu je haha. 

With Prof Hussin dan Prof Che lah, our lecturers for Forensic subject. Macam biasa, prof hussin suka bawak makanan time kelas, hari last exam ni pun ada makanan untuk kitorang jugak heheh. Thank you prof!

 The whole class, Foodtech batch 6, 2012-2016.
*missing kak ana dan kak ya*


Our faculty, Fakulti Biosumber dan Industri Makanan. 



To be continue..

P/s, One of my classsmate's mother passed away this morning. And that friend sangat sangat tabah, aku kagum dengan dia. walaupun mama dia sakit selama ni, dia sentiasa ceria dan jarang sekali tunjukkan rasa sedih dia (maybe teman rapat tahu la). Ingat lagi 2 hari lepas, kitorang buat preparations untuk games sama2, dia ceria je even masa tu mama dia tengah tenat :( Aku tak rasa aku mampu setabah dia kalau aku berada di tempat dia. Keep strong, Aina ! Terima kasih sebab kau dah tunjukkan kat kitorang erti tabah yang sebenar. Allah akan berikan yang terbaik untuk hambaNYA yang kuat dan tabah, InshaaAllah. Tolong doakan agar kawan saya terus tabah :)
Semoga arwah mama Aina ditempatkan dalam kalangan orang2 beriman, Al fatihah..


Wednesday, May 11, 2016

Farewell party : Rooftop BBQ

Assalamualaikum.

Our lecturers, along with staffs and master students/our fellow seniors were organizing a very wonderful, memorable and touching farewell bbq party for us, final year students!
Awwww so sweet sangatt and im so touched. 


 
Madam Liya send gamba ni kat group and we were like "OMG terharunyaaaa". Tak sangka semua lecturers and staffs of foodtech sanggup turun padang potong ayam potong buah buat air dan semua semua la untuk ktorang!

BBQ ni dibuat kat rooftop fakulti, a very romantic perfect place!
Dahlah cantikk dan batch ktorang adalah yang pertama merasmikan tempat ni.









Mana wei nak cari lecturers yang sporting dan baik hati sangat macam lecturers kitorang ni, seriously adik2 kena masukkan Foodtech UniSZA as your first choice in upu (hehe sempat lagi). Serious takkan menyesal sebab bonding uolls dengan lecturer tu sangat kuat sebab kita tak ramai. Tak macam Uni lain yang ramai students dan lecturers, kadang2 lecturer tu tak ingat pon muka korang and the worst is diorang tak perasan pon muka korang haha.
(tapi nak ponteng susah sikit la sebab lecturers perasan je sape yang tak datang tuu hahaha).

Terima kasih lecturers and staffs of School of Food Industry:
Prof Che lah, dr john, dr ho, dr syikeen, madam norlia, dr zarina, dr zai, dr zalilawati, madam hanis, dr shazila, dr zalilawati, Pn husna, en roslan, en faiz, madam izi, en ishamri, dr kamarul ain and fellow seniors! 
*missing en wan and en tarmizan, lagi best kalau diorang ada sobs*

We will miss you all !

p/s,
One paper to gooo !


Saturday, May 7, 2016

MPOB visit

Assalamualaikum.

28-29 April 2015.
We had our short and last trip together :( So sad but its our reality guys! But the saddest thing is we realised that we dont have that much trips for these past 4 years lol.
Rasanya ni baru trip ke dua selepas halfest dan dunkin donut 2 years ago kah!
How funny konon2 sedih macamlaa selalu kita pergi trip hahha.

So kami ke Malaysia Palm Oil Board (MPOB), Bangi.
Not for fun actually lol but we went there to do lab for fats and oils technology subject.
Lab means there are reports to do haha.
Takpelah sambil menyelam sambil minum air, lets have fun 
while we were at it.

Last trip together !
Nampak je muka happy tapi sebenarnya masing2 taklah happy sangat sebab masa ni semua baru habis Viva dan semua busy nak buat thesis corrections. And tak dilupakan poster presentation! memang takde mood sangat nak pergi haha. 

Homestay yang best ! Malangnya kitorang dapat duduk kejap je, sebab balik dah malam. Pastu esoknya pagi2 dah bertolak. Memang homestay ni jadi tempat kitorang tidoq je hahha.

The best thing that was happened here - blackout ! Haha sempatlah juga making memories together, bergelap sama2. Nasib baiklah duduk ramai2 tapi seram jugaklah, nasib baik blackout tu setengah jam je. Kalau tak, taktahu cemana nak tidur dengan panas dan takut malam tu.


Candid by Che ah the photographer.

Kat sini kami dengar talk tentang intro mpob etc dan juga tentang application of palm oil in foods.

Our lab!
Dari kiri - vanasphati, shortening, blended oil and margerine.
Melambak margerine dapat bawak balik. 


Petang sampai malam, lepak di IOI Mall.
First time datang sini lols biasalah village people. Tapi takde apa yang menarik pun, its just a typical shopping mall haha! Cuma besar jelaa. Aku just beli perfume je sebotol, kalau tak beli apa2 rasa macam bukan diri sendiri pulak hahaha.

Day 2.


For second day, buat lab margerine menggunakan machine dan visiting few plants and labs. Also talk from Dr Miskandar. Yang bestnya asyik makannnn je ! haha. Pukul 10 pagi ada minum pagi, tengahhari lunch sangat sedap untuk kedua-dua hari. Petang pon ada minum petang lagi, lepas habis je lab margerine tu- they asked us untuk bakar roti makan dengan margerine tapi semua dah sengkak haha. End up bungkus roti tu bawak balik (selamat dalam perut azim dah semua tu).


Sebelum balik, melawat gallery MPOB. Mula2 tu konon2 baca, lama2 memain je lebih. 



Kat dalam tu ada deco ala2 kat rumah maka makin galak lah kitorang main2. ni umur berapa taktahu la.

Tengok makcik dua orang ni dah berangan pulak.
Tolonglah sesapa pinang bebudak ni, takut diorang berangan lagi parah pulak haha.


Thank you so much to MPOB for lot of useful and great informations !
We will come here again..InshaaAllah. Kot2 la ada yang kerja kat sini satu hari nanti kan haha.

Annyeong !
*Mood final exam*
*Takde study week*
*Tahniah UniSZA*