Monday, March 28, 2016

Garden Recipe // Big Bowl Ice @ Melaka

Assalamualaikum.

So last mid sem holiday, I was hanging out with my mereput sister, Amal. We spent time about 8 hours only for movie and shopping! *girls syndrome*
We had our lunch at 3 pm(baru rasa lapar lepas seharian shopping) and amal suggested that we had our lunch at this restaurant, called Garden Recipe. It is just a small but cute restaurant located in Aeon Bandaraya Melaka guys, no need direction for that. 






So the main reason we had our lunch here because of the cute and cozy interior haha. All of the workers are malay while none of their customers are malay except us. Idk.


Mine. RM13.90 if im not mistaken.
 Forgot the name, but it's chinese dish. Very healthy!


Amal's. Chicken pizza with cheese. RM 13.90.
Delicious but the crust is very thin! 


They provide health benefits for each of their juices. They are using real fruits instead of cordial. Not sure if any sugar added though but I can feel that 'natural taste'.

We chose skin smoothing juice LOL. RM 8.90.

Rating: 7/10
Quite pricey but okay la if you want to eat healthy foods with cute environment. But i will not come here again, this is the first and the last hahaha.

Next, we had our dessert at Big Bowl Ice, Kota Laksamana.
Together with piya and her sister. Yeay, dah lama nak pergi sini, akhirnya impianku tercapai kehh.


So basically everything is about ice. There are 2 types of ice available which are shaved ice and snow ice. The difference is snow ice has many flavours such as chocolate, milk, green tea and caramel. We chose snow ice because the texture is more smooth compared to shaved ice that have abc-like texture.
I dont really like shaved ice but shaved ice have a great combination because they combined ice+fruits. Snow ice also have that combination but in a limited options tak silap aku lah.
Plus kat sini banyak size ! They have 25x bowl ! But we chose normal bowl lah.
 We order 3 different flavours for sharing.


Mango caramel snow.
I love the fresh big chunk of mango. I like this THE MOST!
OMGGG.

Chocolate snow ice with oreo.

Chocolate snow ice with cornflakes.
It is very chilling dessert !

But we made a mistake in our order. we realised that these two desserts (choc snow ice with cornflakes+choc snow ice with oreo) had the same taste LOL. The only difference there is their toppings. aigo. Supposely kami pilihlah perisa green tea/milk kan haha.


The price is quite affordable too. Worth my money. haha.
You can add varieties of toppings like icecream, jelly etc for RM1.


Rating: 10/10 !
I would like to come here again and try the other desserts.

They have 2 shops in Melaka. 

First location:
11, Jalan Kota Laksamana 1/2, Taman Kota Laksamana Seksyen 1, 75200 Melaka.

(Nearby Pak Putra Ayam Tandoori & Roti Naan // Asam Pedas Claypot // Restoran Limbongan Station // Jonker Street // Casa Del Rio Hotel )

Second location:
1, Jalan MP 3, Taman Merdeka Permai, 75350 Batu Berendam, Melaka.
(Nearby Pasar Borong // Domino's Pizza // RHB Bank // Papparich)

Facebook page:

And now, they are currently hiring !

Bye.

Wednesday, March 23, 2016

Lepak dan makan @ Kuala Terengganu

Assalamualaikum.

Kebetulan di akhir semester ni, kitorang tidur di kampus Gong Badak selama 4 hari untuk program MPI (taktahu lah bila nak update).
 So sementara ada masa, berjimba lah kiter !
*terus lupakan kerja yang bertimbun macam hapee tu haha*

Kitorang hanya ada masa waktu malam sahaja, sebab waktu siang kami sibuk dengan program MPI. Dan sudah semestinya kitorang mencari tempat makan yang best.
So aku share lah sini beberapa tempat yang kitorang sempat pergi. 

Qawa Coffee

Kalau korang mencari kafe hipster dan sesedap starbucks, bolehlah ke Qawa Coffee di Kuala Terengganu ! To tell the truth, aku tak pernah minum kat starbucks pon LOL sebab aku tak berapa minum kopi. Tekak aku ni tekak budak2, minum milo/nestum je. Paling dewasa pon aku minum green tea haha. Tapi untuk kopi, rasa sikit2 tu bolehlah. 
Sebab aku banyak baca reviews bloggers lain, ramai yang cakap rasanya setanding starbucks, so i guess its true sebab memang sedap pon ! 

Location:

Kafe kontena 2 tingkat ini mungkin yang pertama di pantai timur sangat unik menyediakan menu minuman berasaskan kopi, ice blended serta hidangan seperti salad ayam, sandwish, pasta kek, pastri termasuk beberapa makanan high tea dan makan malam.

Nama Qawa diambil sempena arabic term untuk coffee dan juga term oleh earlier local people in Terengganu to pronounce coffee. Quite creative and unique, huh? Tu lah prof selalu cakap kalau nak buka business sendiri nanti, kena pandai pilih nama yang best2 dan catchy supaya ianya sentiasa lekat di ingatan dan hati orang yang mendengarnya hahha.


Kitorang datang waktu malam, sadis sungguh, semua gambar gelap gulita.


Bahagian bawah adalah ruang menyediakan pesanan pelanggan. Macam kafe lain, korang buat pesanan, tunggu 3 minit dan nikmati kopi korang. Slurp!



With Prof Che Lah  !
Prof the bestt haha.


Okay tentang harga.
Kalau korang student, tunjuk je kad student dan boleh menikmati diskaun 15%.
Kalau pelajar sekolah, separuh harga wow. Lain kali nak datang sini pakai baju sekolah la lalala.
Range price dalam RM10 - RM17 kot. 
Yang aku ingat, paling sedap caramel hazelnut(RM14). Aku order choc mint, sedap jugak ! Tapi espresso2 coffee tu memang aku tak bole minum, tapi kawan yang coffee lover cakap sedap.
Disebabkan kami dah kenyang, order air je. Sandwich and cake tak order pun hehhe.


Tingkat 2 ada ruang makan berhawa dingin. Jadi, ada 2 ruang makan - indoor & outdoor. Ruang makan tingkat 2 agak trendy kerana korang perlu naik tangga melalui belakang kontena. Bila dah sampai level 2, tarik pintu kontena & masuk ke ruang makan.  Decoration ruang makan ini sangat trendy dengan susunan koleksi antik pemilik Qawa Cafe seperti kamera antik, buku komik lama, barangan limited edition selain beberapa barang warisan keluarga.

Tapi masa kitorang pergi ni level atas sekali tidak dibuka. Cantik kalau bergambar dari bawah. Macam ni :

Picture credit to owner.

Seorang pelanggan yang berpuas hati mencadangkan agar sesiapa yang berkunjung ke Terengganu supaya memasukkan Qawa Coffee ke dalam list.

Personally, i will come here again InshaaAllah nak try ice blended pulak hihi.

Chicken Cottage
Chicken Cottage yang mula beroperasi di Wembley, United Kingdom pada tahun 1994 adalah satu nama yang semakin kukuh dalam industri restoran makanan segera dengan mempunyai 102 francais di United Kingdom, Eropah, Afrika Utara dan Asia Barat.  Dan cawangan yang pertama di Malaysia adalah di Kuala Terengganu ! 
Mereka juga bakal memeterai kerjasama dengan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu dan UniSZA untuk R&D dan membangunkan pembekal dari kalangan anak negeri. 
More info - Chicken cottage pertama di Malaysia dibuka.

Location:

Geng mayoking aka geng lepaking.

The menu.
Tak berapa banyak sangat menu, dan agak pricey kalau nak compare dengan KFC. Kitorang order burger, daging ayam dia memang sedap ! Rasa macam sate, marinated, with spicy sauce, taktau sauce apa tapi pedas.
Tapi honestly aku lebih prefer KFC la taktau sebab dah biasa ke apa. hehe tapi it depends la pada preferences masing2. Kalau korang suka jenis yg grilled marinated chicken, highly recommended lah chicken cottage ni !
Oh dan tempatnya cantik dan best ! Tapi malamtu semua penat tapi nak berjimba jugak so takdelah banyak sangat gamba.

Uptown Kontena Dapo Pata

Tempat ni adalah tarikan terbaru yang terdapat di Pantai Tok Jembal, Kuala Terengganu. Mula2 aku ingatkan 'dapur patah' and i was like apahal dapur tu patah lalu aku pon mengannoyed kan mommy, tanya bebanyak kali KENAPA DAPUR TU PATAH WEI haha.
Akhirnya menurut kak ana classmate terengganu, pata = pantai. Shame on you 4 tahun kat terengganu pata pon taktahu boo.

Location:
Dekat sangat dari pintu belakang UMT tu.

Uptown kontena ni adalah tempat makan hipster yang berkonsepkan makan terbuka dan penyediaan makanan semuanya dibuat dalam kontena. Setiap kedai2 makan yang ada kat situ diperbuat dari kontena aww. Kreatif dan lain dari yang lain. Cuma kalau hujan? krikkk krikk jelah kalau tengah enak makan spagetti hujan turun.

Time kitorang pergi belum 100% siap, dan ada lebih kurang 10 ke 13 kontena kedai. Dan boleh pilih lah nak makan apa, setiap kedai menjual makanan yang berlainan. 
Antara makanan yang dijual di sana ialah - waffle, nasi lemak, churros, sizzling, nugget and fries, lempeng, takoyaki, meatball, pizza, popia goreng, soto dan nasi air etc, kebab, coffee dan minuman2 lain.


Kalau nak cantik, datang waktu malam sebab banyak lampu2 berkerlipan ewah. Tapi kitorang datang petang sebab kami lagi pentingkan muka kami. Kalau malam tak nampak muka, nak ambik gambar pon tak syok hahaha.
Tapi memang sangat ramai orang, kitorang datang lebih kurang pukul 5.30 petang. Kalau makin malam makin ramai la kot. 


Semestinya tempat duduk atas menjadi pilihan. Sambil makan sambil gosip sambil menikmati keindahan pantai tok jembal ceh ! Tapi tangga agak scary, bawak makanan naik atas tu kena berhati-hati and for girls dinasihatkan memakai seluar bukannya kain haha LOL. Tempat duduk tu rapat sangat, kalau datang satu family memang tak muat satu meja. Kitorang nak borak pon macam tak selesa sebab orang boleh dengar dengan jelas. Lagi2 kitorang punya suara bukan boleh control sangat pon haha.

Kalau nak borak lebih2 boleh ke tepi pantai. Bagi orang lain nak duduk makan pulak, tempat dahlah terhad. Kitorang order sizzling dan spagetti, harga agak affordable ! Sedap pon boleh tahan. So we are lucky sebab pilih kedai yang best. Ada member yang datang sini, makan (jenis makanan dirahsiakan) dahlah mahal dan tak sedap. Kata mereka lah. 
Kitorang takdelah try makan bebanyak kedai, makan satu jenis pon dah kenyang masing2. 

Lepak tepi pantai pulak. Ambik gamba je tak sempat nak lama2 sebab dah nak maghrib.

Sory takde sape nak ambikkan gamba, selfie je mampu.






Highly recommended untuk sesiapa yang datang melawat Terengganu ! Datang sini 70% orang nak bergambar, 30% je nak makan rasanya haha.
Ada tandas dan surau, ada tempat parking yang luas. Tapi kena hati2 lah parking tu jangan sampai termasuk kat kawasan berpasir. Jenuh nak tolak kereta nanti haha.

For more info, boleh ke page facebook uptown kontena terus. 

Tapi ada cerita menyedihkan..time kitorang tengah makan tu, tiba2 ada orang kecoh2 cakap ada orang lemas kat pantai. Masa tu dalam pukul 6 mcm tu la. Kitorang nampak polis, pasukan penyelamat etc kat pantai masa tu. Sampai malam kitorang lalu semula kat tempat tu, proses pencarian masih diteruskan. Sampai hostel, kitorang dapat berita rupa-rupanya yang lemas tu ialah seorang pelajar tahun satu UMT. 
Esoknya, mayat pelajar terbabit dijumpai lebih kurang pukul 2 petang, Innalillahiwainnailaihiraajiun. Yang lebih terkesan di hati sebab kitorang ada kat situ. Aku ada baca, yang lemas ada 2 orang, seorang sempat diselamatkan tapi sorang dihanyutkan ombak dan lemas. Aku tengok gambar family arwah lepas mayat dijumpai, sedihh sangat. Aku pon menangis jugakk :( Semoga arwah ditempatkan di kalangan hambaNYA yang beriman, Al fatihah. 
So untuk kawan2 semua, please be careful. kalau boleh elakkan tempat yang berbahaya lagi2 yang jauh dari family. Memang ajal maut di tangan tuhan tapi benda yang mampu dielakkan, kita elakkan :D

Air buah gelas besar Pak San

Gerai ni kitorang pernah pergi first year dulu, nostalgic sangat masa tu tayar kereta terbenam dalam pasir haha. Tapi sekarang sign board gerai makin besar, papan menu pon dah upgrade, hamboi maju pak san kehh.
Macam 3 tahun lepas, kitorang tak order pon gelas besar gedabak tu. Kitorang order gelas kecik je, tu pon share sebab masing2 dah kembung perut haha. Air yang beli kat uptown sebelum tu pon tak habis lagi !
Demi mengelakkan pembaziran yang dimana ianya adalah amalan syaitonnirrajimm, kami share jelahh.


Kalau jenis yang perut tak reti kenyang walaupun baru lepas makan, gerai pak san ni ade jugak jual makanan2 ringan macam sup2 dan keropok lekor. 
Sape tah yang tak kenyang2 tu, orang lain yang tengok pulak rasa sengkak haha.

Pasar malam
Tak special pon, sama je macam pasar2 malam biasa hahaha. Cuma ianya agak nostalgic bagi kami, sebab masa kitorang first year dulu, setiap hari selasa tak pernah miss pergi pasar malam naik van bayar 50 sen. Tapi pasar malam ni best gilaaa sebab besar dan macam2 ada. Menu wajib ktorang dulu adalah keropok lekor dan buah oren kecik2. Lepastu aku suka beli mi rojak. Rinduu sangatt ! Alahai kejap je dah sem 8 sobs.
Setiap selasa dan khamis ada pasar malam ! Dekat2 unisza dan UMT. Mewah betul bebudak kampus sana, macam2 ada. Sedangkan kami kat tembila hanya mampu krik krik je.

So,
kalau ada tempat lain yang best kat Kuala Terengganu, feel free to share with me ! 

Tuesday, March 22, 2016

[Film Review] Munafik

Assalamualaikum.

Kenapa aku review filem ini? Sebab harini personally aku nonton di pawagam. Sambil support cerita tempatan, sambil aku nak tengok sendiri apa yang best tentang filem arahan Shamsul Yusof ni? Apa yang menarik hinggakan jumlah kutipan adalah RM17 juta dari tarikh pertama ianya ditayangkan hingga sekarang ? Jumlah kutipan tu juga mengatasi rekod 'Polis evo' ! Bagi aku, polis evo antara filem melayu yang paling best pernah aku tengok, tak merepek dan mengarut like typical malay film dan sarat dengan aksi yang setanding filem Hollywood. Kalau polis evo yang best tu pon boleh kalah, sejauh manakah kehebatan filem ini?
Ini adalah kali ketiga aku tengok movie di pawagam seumur hidup aku HAHA sebab aku bukannya rajin nak membuang masa tengok wayang. 
Last aku tengok wayang, 7 tahun lepas filem Histeria.

FILEM : MUNAFIK
Pengarah : Syamsul Yusof
Terbitan : Skop Productions Sdn Bhd
Pelakon : Syamsul Yusof, Nabila Huda, Sabrina Ali, Pekin Ibrahim, Fizz Fairuz, Dato Rahim Razali, A.Galak, Zarina Zainordin, Ruzlan Abdullah

Bagi aku, filem ni takdelah seram sangat sebab takde hantu sangat pon. Cuma ianya banyak elemen2 suspen yang membuatkan aku 2,3 kali terjerit haha. Nasib baik tak tercampak popcorn. Yang lawaknya, tak sampai 10 orang pon yang ada dalam panggung wayang harini LOL. Mula2 risau jugak takut kitorang berdua je, nasib baik ade jugak orang lain. Takut nanti seram kat panggung wayang je, bukan seram kat cerita tu haha. 
Tak perlu sinopsis lagi sebab ramai dah tengok. Ini adalah sejenis late review haha.

Review aku :
  • Sarat dengan elemen islamik dan berunsurkan dakwah. Tapi seram.
  • Pelakon2 wanitanya sentiasa menutup aurat, kurang sikit dosa lelaki2 yang tengok filem ni haha.
  • Shamsul Yusof dalam interview pernah berkata, jangan bandingkan Munafik dengan filem beliau sebelum ini iaitu 'Khurafat' sebab katanya dua2 filem mempunyai kekuatan yang tersendiri. Tapi bila aku tengok movie ni, still tak boleh lari dari that khurafat's vibes. Contohnya rumah yang gelap lol jimat duit elektrik. Dan ada satu adegan Adam gali semula kubur isteri dia, adegan angkat mayat tu mengingatkan aku pada filem khurafat jugak bila dia angkat mayat awek dia. Dan banyak lagi adegan2 lain like, scene dalam bilik mayat.



  • Lakonan dan skrip Shamsul agak skema, mengurangkan realistik cerita ni. Logically kita tak menggunakan ayat skema dalam perbualan seharian. 
  • Filem ni penuh dengan tiba-tiba. Macam tergesa-gesa pon ada. Contohnya adegan Maria masuk dalam peti mayat, lepastu tiba-tiba dia call ustaz adam, dia dah ada di banglo usang. And we were like 'EH BUKAN KE DIA ADA DALAM PETI MAYAT TADI?!BILA MASA DIA KELUAR?' HAHA. Time ni aku dengan amal tergelak-gelak je. 
  • Like typical malay movie, ada adegan kena rasuk. Tapi uniknya, adegan apabila Maria dirasuk syaitan, mereka menggunakan bahasa arab, bukannya bahasa melayu. 
  • Aku tak minat Nabila Huda tapi aku tak nafikan lakonan dia memang mantap dan berkesan. 

  • Banyak ilmu yang diperoleh dari cerita ni dan membuatkan kita berfikir. Contohnya bila Maria tanya, "kenapa dalam Al quran Allah menggunakan kami bukannya aku?". Hahh kenapa? jawab jawab.

  • Pengajaran dalam watak ustaz adam - seorang yang beriman tapi hatinya sentiasa penuh dengan syak wasangka dan ragu2. Hatinya juga penuh dengan dendam bila dia taknak maafkan orang yang melanggar isterinya. 
  • Ada sorang auntie cina nonton sama2 tadi! Taktahu lah kalau dia salah masuk panggung ke apa haha. Tapi kat BH pernah keluar jugak, filem ni berjaya menarik orang yang bukan islam. 
  • Di akhir cerita, ada ditunjukkan bayangan iblis. 

  • Filem ini penuh dengan tanda tanya ! Dari awal sampai nak dekat habis kau akan tertanya-tanya siapa yang sebenarnya munafik ? Siapa yang amalkan sihir sebenarnya? Adakah ustaz adam? Adakah Shah? Adakah lelaki lakonan Pekin tu? Adakah Maria? Adakah mak tiri kepada Maria? Unexpected betul dia punya plot tu, lawak pon ada sebab watak yang tak berapa kau nak ambik kisah like Pak Osman tu rupanya watak paling hebat kahh. Sebab watak dia tak menonjol sangat pon.

  • Personally aku rasa 'tak puas'. Ada banyak persoalan yang tergantung. Contohnya aku tak paham apa function watak Pekin dalam cerita tu. Ada adegan dia macam dirasuk syaitan bila dia hampir bunuh kawan dia. Masa tu kita akan terfikir, "ohh pekin ni yang sihir Maria". Tapi bila dah sampai ending, kita tertanya balik, adakah dia juga disihir? Watak ibu tiri Maria pun sama. Macam jahat tapi ehh entahlah. Susah aku nak explain. haha. Tapi mungkin itulah kekuatan cerita ni, sengaja bermain dengan emosi penonton. Atau pengarah sengaja 'menonjolkan' watak lain supaya kita terkejut bila dapat tahu siapa sebenarnya dalang sebenar, yang menyekutukan Allah, yang bertuhankan iblis dan syaitan.
  • Ending sedih gila, sebab ustaz Adam lonely rupa-rupanya.. Dan dia menangis minta keampunan
Unsur seram
Rate: 8/10 
2 point hilang sebab takdelah seram sangat bagi aku, personally aku rasa filem Juwanita lagi seram dan suspens haha. Lagipun hantu tu tidak terbayang-bayang pun di ingatan aku skrg. *aku tak tutup muka eah*

Pengajaran
Rate: 10/10

Overall
Rate: 8/10
Hilang 2 point sebab aku ada tertanya-tanya tentang beberapa watak dan ada beberapa adegan yang typical. Aku tak puas hati hahaha.

Yang penting, filem ni worth the money !

Different people might have different opinion, and all stated above are my personal opinions. 




Saturday, March 19, 2016

Farewell, Nunun !

Assalamualaikum.
Goodbye and farewell to my younger sister, Nunun !
Nunun ke Tokyo, Japan to further her degree in Mechanical Engineering.
Heh kena kerja cepat, kumpul duit dan melancong ke Jepun sementara Nunun ade kat sana heee next tripp. 

Selingan *just sharing *.
Buat adik2 lepasan SPM yang berminat ke Japan dan dapat straight A's bolehla try mohon, InshaaAllah ada rezeki. Yang aku tahu serba sedikit, Nunun ambil program 
Japanese Associate Degree ataupun dikenali dengan JAD , iaitu program yang ditaja oleh YPM (Yayasan Pelajaran Mara).Program ni berteraskan 3 tahun di Malaysia dan 2 tahun di jepun. Semasa 3 tahun di malaysia, korg akan diajar segala basic mengenai bahasa jepun dan diakhir tahun ketiga nanti korg akan dianugerahkan segulung diploma dari universiti di Malaysia. Dan selepas itu korg perlu menyambung lagi 2 tahun pengajian di universiti di jepun bagi mendapatkan segulung ijazah.
Korang kena betul2 berminat lah sebab memang korang akan belajar full in japan, termasuk tulisan sekali. Aku tengok nunun buat lab report in japanese LOL. Dan ada jugak member2 dia yang dismissed (tak dapat fly) sebab failed. Biasanya kalau program tajaan ni, bila korang failed memang kena bayar balik lah jawab eah. So tanya lah diri sendiri betul2 berminat ke dalam bidang engineering, esok2 jangan menyesal tak sudah pulak nak balik kampung semula, kesian mak ayah wkwkwk.
For more info, korang boleh la try search sendiri. Atau pergi ke website MARA teruih. Buatlah keputusan yang paling terbaik dan bijak demi masa depan yang lebih cerah, gemilang dan terbilang.
Hahh gitu kan.
(Tapi aku taktahu lah 2016 ni macam mana. Sebab banyak jugak biasiswa yang dah tak ditawarkan lagi. Well, Malaysia kan..pemimpin bijak2 pulak kan hurm. Tapi InshaaAllah MJHEP ni masih diteruskan, aku ada terbaca lepasni ke korea pulak dengan bidang yang lebih luas lagi).


Nunun got her diploma in Mechanical Engineering. 
Congrates, Otsukaresamadeshta !
Long wayyy to go, i wish you all the best !

kenduri kesyukuran kat rumah. 
Alhamdulillah, Allah beri banyak nikmat kepada keluarga kami.
Amer pun dah kerja executive bank kat Cyberjaya, makin kaya lah dia.
*tadah tangan mintak duit shopping kat amer*
Semoga dengan kurniaan rezeki ini akan menjadikan kami hambaNYA yang sentiasa bersyukur.






Hasan's princesses.
Raya tahun ni, kurang sorang.

Satu family hantar nunun ke airport dengan van pejabat ayah.
Sebelum tu, sempat celebrate birthday baby besar, Aid. Sepatutnya birthday Aid 20 March, tapi kitorang sambut sehari awal dengan Nunun skali.

Happy 13th birthday Baby ! 
Moga jadi anak yang soleh.
KURUS KAN ?!
Ibu cakap seminggu sebelum ni lagi kurus, ni dah gemuk sikit sebab duduk rumah asyik makan je haha.




Kawan-kawan sekolah nunun like husna, faem, nabihah dan lain2 pon ada yang datang bagi support dan ucap babaii.
siap menangis lagi tuu haha.

Ucapan, sesi bergambar dan bacaan doa dengan pengarah program.
35 orang semuanya untuk trip yang terakhir tak silap aku. Katanya 70 orang dah selamat sampai di Jepun, alhamdulillah.
Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan untuk nunun dan kawan2, jangan disia-siakan peluang yang diberi.
Masa ni aku nampak ramai yang kesat2 air mata time wakil MARA tu bagi amanat ke ape tah haha. Aku pulok yang sedih tetiber lol.
Taktahu lah sedih nak tinggalkan kampung halaman atau sedih gembira sebab akhirnya selepas 3 tahun dapat fly gapai cita2 atau dua2 skali. I know they struggled a lot to be on that stage, im so proud of them.
Harap2 mereka boleh menjadi lebih kuat untuk degree pulak, bukan senang weii. Kita yang belajar dalam negara pun dah stress, inikan pula diorang di tempat orang dengan bahasa lain, budaya lain, etc.


To Nunun,
Jaga diri baik-baik.
Jaga iman, jaga solat, ingat Allah, ibuayah, keluarga.
Belajar lah rajin2 seterusnya berkhidmat untuk agama bangsa dan negara kehh.
Goodluck and all the best !
Doa kami sentiasa bersamamu supaya Allah sentiasa menjaga kau kat sana :D

Bye nunun!
InshaaAllah, panjang umur kita jumpa lagi.
Ada rezeki kitorang sampailaa sana nanti, InshaaAllah.

Nak tidur ZZZ.