Thursday, September 24, 2015

Raya Haji 2015

Assalamualaikum.

Tak kira lah raya haji ke, raya aidilfitri ke, riang ria raya ke apa. Yang paling utama adalah masa2 macam ni lah ktorang dapat berkumpul adik beradik. Kecuali amer, dia mereput kat tganu sana, kesiannn hanya gambar selfie gegirl2 gedik jeh yang hanya mampu dihantar wahhaha.
Tahan jelah yer amer wasap berdesup desup masuk, tengok2 gamba ktorg wkwkwk.


Aid cakap, "tak paham lah perempuan ni. Selalu cakap tudung tak betul laa, ape lah. Lelaki tengok sama jee". 
Sibuk je mulut kecoh macam mak jemah haha.


WE Love.
WE Share.
WE Play.
WE Laugh.
We Fight.
We are FAMILY.

Wednesday, September 16, 2015

A Day Trip To Pulau Perhentian !

Assalamualaikum.

Sejak kami pindah ke Kampus UniSZA Besut 2 tahun lepas, memang salah satu wishlist aku adalah menjejakkan kaki ke Pulau Perhentian ! ewah wishlist sangatt. Yelah, cuba ko fikir orang datang jauh2 nak pegi Pulau Perhentian, malah omputih tu sanggup travel dari negara diaorang nak datang ke Pulau ni. Selalu nampak omputih makan kfc kat jerteh. Yang kau pulak berapa minit je dari kampus, tak rasa rugi ke kalau tak pergi jejakkan kaki at least sekali sebelum habis study ? Rugi kannn. hahaha. Alhamdulillah wishlist aku jadi kenyataan :D Lagipun Pulau Perhentian ni cantikkk sangat tau ! 

Sebab kitorang dekat kan (berlagak) tak payahlah nak tido2. Pergi balik hari je, lagipun murah kitorang pun busy takde masa nak bercuti lama2.
16 september, cuti hari malaysia. Ke perhentian island lah kiter !
Ktorg bertolak dari kampus pukul 7.45 pagi, sampai office pakej yg ktorg ambik
ni dalam pukul 8 pagi camtu. Duduk2 dulu sambil bergambar macam biasalahh. Yg settle
kan pakej percutian ni adalah classmate aku, isha and the gang. Diorang pandai tawar menawar maka dapatlah pakej sehari RM 80 - snorkelling 5 point include kampung nelayan/main dengan shark dan turtle dan free parking sebab ktorang datang dengan 4 kereta. so quite affordable jugaklah, kena pandai2 tawar harga.

at aina holidays office

lebih kurang pukul 9 pagi, kami berangkat ke jeti kuala besut ohyeahhh. tasabarr nak naik boat ! before that, kena bayar RM5 setiap orang untuk bayaran pemuliharaan taman laut tak silap aku.
Ada pakcik tanya kitorg, "sekolah lagi?". Ktorg pun jawablahh, "ya, pakcik. Baru tingkatan dua, buat rombongan sekolah". hahaha. *feeling muda*


Kami divide pada 2 boat, sebab ramai. Ktorg semua ada 22 orang.
amboi akak matsaleh tu artis kot, tak nak ambik gamba.

atas boat. MashaaAllah laju sangatt boat tu. Last aku naik boat rasanya time kat taman negara,7 tahun yang lepas hahaha. Tapi boat kat taman negara lagi dasyatt, sebab kecik macam sampan pastu sungai pulak tu, habisla kalau boat sampan tu jatuh, kena baham buaya wkwkwk. 


10 minit pertama, ktorg semua bising betul menjerit-jerit. Lama-lama, semua dah diam. melayan perasaan, mengantuk jugaklah sebab perjalanan dalam 30 minit-45 minit camtu. sambil ditiup angin sepoi-sepoi mana tak ngantok huhu. sepanjang perjalanan, memang tak nampak apa-apa kecuali laut yang terbentang luas. Masa tu aku terfikir kalaulah
boat ni terbalik nauzubillah, macam mana lah agaknya erk. kalau pandai berenang pun sampai bila ko nak berenang ? yang tak pandai berenang tu, hish memang kena mengucap awal2 lah jawabnya heheh.

bila hampir2 nak sampai, lama kelamaan kita dah boleh nampak air laut tu berubah warna jadi kebiru hijau-hijauan. Cantikkk dan jernih sangatt subhanAllah Alhamdulillah Allahuakbar. memang tak dapat nak digambarkan dengan kata2 memang 
cantik sangat pulau perhentian ni, takyah pi bora bora atau maldives lagi lol.


atas jeti sementara tunggu boat yang kedua sampai.

actually bila tengok warna biru, dah tak rasa macam kat laut. macam kat kolam pun ada. Sampai aku terfikir, air ni masin ke tak erk ? haha. banyak laa tak masin, time snorkelling aku terhirup tertelan air, buek masin. Hoii air laut kott ko expect rasa lemak manis ala amboi amboi ke ape haha.

snorkelling.

Okay ni paling best sekali hahaha. Aku teringin sangat nak try snorkelling. Point pertama, kita start dari tepi pantai sampai ke tengah laut, kat jeti.
Yang ni okay lagi sebab kalau tak berani, ktorg boleh main bagi makan ikan kat tepi pantai. Time point pertama, aku tak berenang sampai tengah pon sebab takut lah woi. tapi aku dapatlah tengok coral dan ikan2 haha. aku kemain beria nak 
beli waterproof handphone casing, padahal kalau time sibuk nak berenang tu memang taklahh aku nak snap gamba !tak memasal handphone aku terlepas tengah laut. lol. pastu brader tu suruh ktorg turun tengah laut start dari jeti terus,dia cakap penat kalau berenang. so aku start dari tengah, pergh dalam gila kot, memang tak jejak bawah langsung. aku memang takut tapi rasa rugi kalau tak turun so seboleh-boleh aku berani kan jugak diri aku. Aku yang beria nak sangat pergi pulau ni, takkan nak lepaskan peluang begitu saja, ye dak ? haha.

Bila lebih kurang 30 minit di point pertama, ktorg dibawa pulak ke point ke-2. Nak mengOMG kan cerita, boat berhenti tengah lautan kot! ko ghase ? brader tu suruh turun, aku turun jugaklah. Azam aku, setiap point nak turun
walaupun sekejap hahaha. 


Tak semua yang turun sebab ada je yang tak berani. Aku pon honestly takut jugak nak turun, tapi berani kan lah jugak diri ini haha. Walaupun aku gagal dalam water confident 3 tahun lepas sehingga diselamatkan abang sado lol, aku dapat rasakan pengalaman water confident itu lah yg menyebabkan aku boleh turun ke laut, so this is not my first time lah kiranya mengapungkan diri di tengah lautan.

Kalau yang tak boleh berenang tu, susah sikitlah bila snorkelling ni. kalau pandai berenang memang bertuah lah sebab dapat explore seluruh lautan amboi. banyak tenaga kau haha.



Nampak macam cetek sebabnya air tersangat jernih, tahu tak coral tu semua di dasar lautan ? Dalam kottt.

Kan dah cakapp crystal clear sangatt.
Rasanya kalau kau terkentut dalam air pon boleh nampak hahaha.


Point ke 3, lebih kurang sama dengan point 2 cuma coral dia lain sikitlah. Spesies ikan pun ada lain2 jugak, kat sini brader tu cakap ada shark tau ! dan kalau bernasib baik boleh jumpa penyu. Shark dan turtle lah tarikan di pulau perhentian! Pulau lain mana ade cewah. Tapi semua dah takut sebab ko bayangkan tengah menyelam tetiba jumpa shark depan mata ko, kalau aku, boleh tenggelam tetiba sebab terkejut hahaha.
Diorang cakap, shark malaysia tak makan orang sebab air laut kita dah panas. Tak macam negara omputih, air laut sejuk so bila ada manusia berdarah panas, tu yang kena ngapppp. haha takut plak aku bila teringat cerita shark, manalah tahu tetiba nak jadi cerita tak logik kann time tu air laut tetiba sejuk tak memasal hilang kepala wkwkwk. jk. banyak tengok cerita ni lah jadinya.
so kat sini ktorg berenang dekat2 boat je. lagipun masing2 dah penat, ada yg kaki luka tercucuk coral, ada yg mabuk laut. kaki aku pon luka sikit sebab terlanggar coral.




Actually selepas point ke 3, semua dah penat so brader tu bawak ke lata air berani, ada macam air terjun. sejukkk sangat air tu. Yang mabuk laut boleh mandi air sejuk tu untuk segarkan badan.


 
Ombak rindu sangatlahh duduk atas batu.



Ktorang semua mandi air sejuk segarkan badan kat sini perghh best sangatt. Tapi tak jumpa gambar proper plak, maka tak dapat taruk gamba kat sini haha.

Lepas tu, ktorg dibawa ke last point, kat sini ktorg tukar baju/solat/makan.



Cantikk tau masjid ni subhanAllah. Rasanya masjid baru, sebab nampak macam baru je siap. Ala-ala masjid terapung gitu sebab kat bawah tu boleh nampak air laut.

Titanic jap sebelum balik.

Pastu balikk lebih kurang pukul 4 petang. tak leh blah semua orang sumbat satu boat, amboi aku risau sungguh boat terbalik tengah lautan.

Brader boat turunkan ktorg atas papan gogoyang ni.


Muka happy tapi penat.
Ada rezeki jumpa lagi tau mr perhentian ! heheh.

singgah makan sebelum balik. lapar wooo, sepanjang hari ktorg cuma makan benda ringan2 je.

Kitorang ambil pakej dari sini.

apa pun, memang best! 
Satu lagi kenangan telah tercipta ewah.
Lepasni entah bila dapat pergi sini lagi, agaknya tunggu honeymoon kot :P

To unisza students, especially kampus besut, recommended sangat pergi sini ! Pergi sehari je dah cukup, alah ko pergi lama2 pun nak buat apa. tengok pantai je bosan jugak. sesuailah untuk yg suka extreme sports macam scuba diving/snorkelling.
aku ni suka mencuba je, wkwkwk.


Doa melihat alam 
Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka jauhkanlah kami dari azab api neraka.

Ali Imran 3:191

Have a nice day !

p/s
For cute DIY gifts, just click the banner on the top of my blog to purchase now!


Saturday, September 12, 2015

Seminggu


Assalamualaikum dan salam hujung minggu !

Walaupun baru seminggu, rasa macam dah berminggu-minggu haha. sebab each class ada assignment, Food law ada 2 presentations, Product Development subject belum decide lagi nak buat produk apa, rasanya dah banyak sangat ktorg brainstorming sampai sakit otak hahah. Tak lupa jugak presentation intern haritu. Alhamdulillah selesai  industrial training presentation, tak boleh blah turn aku last skali - masa tu semua dah layu dan mengantuk luckily aku punye slide simple je hahaha. Presentation kat audi pulak tu, terketaq suara den.
Cuma tajuk fyp je aku belum dpt sebab supervisor aku takde minggu ni.
Tapi ramai yg dah dapat tajuk, okay bertambah busy.



Muka happy habis presentation.

How about our weekend ?
Jogging + gymming + cycling ! hehehe gigih bangun pagi jumaat untuk exercise.


Tembila dah ada outdoor gym tau !

Ni taktau lah exercise betul2 ke atau berlakon je :P

Yang penting ini betul2 jogging !
Haha.

"Sahabat adalah yang selalu memberi tanpa mengingat dan selalu menerima tanpa melupakan"

Sunday, September 6, 2015

sem 7 : Permulaan Final Year

short update.
sem  7 subjects :

Ada subjek yang baru tengok nama dah rasa tak best hahaha.
ni belum masuk fyp lagi -,-

Bismillahirrahmaanirrahim.
Akhirnya perjalanan degree ku dah sampai ke kemuncak sobs :(
Tak percaya rasanya dah final year hihi. Rasa tua sangat, rasa senior sangat lol. Alhamdulillah dpt duk hostel yeasss, tapi dapat bilik bawah sekali. memang best sebab takyah panjat tangga (habislah kurang kalori dibakar) tapi nak bukak tingkap pon susah, nak keluar memalam pon rasa takut je sebab nampak hutan direct je belakang blok hahaha.
Yang penting wifi laju hikhikhik.

Okay takde feeling lagi sebab baru je start first class.


Wednesday, September 2, 2015

Liah daftar @ USIM


2 september 2015. 
Hari pendaftaran for degree, USIM.
Mula2 aku tak ikut sebab kena ambik aid sekolah, tapi amer cuti, maka dak amer lah ambik aid sekolah, aku ikut ibu ngan ayah hantar liah hahha.
Saje je nak tengok suasana hari pendaftaran, lagipun kena tolong angkut baranglah ape lagi kan. 


mereput.

Tak sangka lama gila proses pendaftaran, ktorg tunggu dari kul 9 pagi sampai kul 1 petang baru selesai. Ibu ngan ayah sampai tertido tido kat tepi dinding hahaha. 
Tempat pendaftaran kemain lawa, sayangnya lambat hahah.
Lembab gila USIM, unisza yang baru dan banyak problem tu pon dulu aku daftar kejap je. aku ingat lagi no giliran aku 100+ tapi tak sampai sejam dah sampai turn aku lepastu dah boleh melepak kat bilik. Aku pon taktau apa masalah usim, tapi better next time harapnya diorg akan upgrade their systems, kesian kat makbapak tunggu lama2, ada yang bawak baby, yang bawak atuk nenek.
aigooo sabor yer haha.

Liah dapat kolej kediaman 1, so kena naik bas. Katanya untuk mengelakkan kesesakkan jalan sebab kawasan kediaman tu kecik. Tapi takde masalah pon naik bas sebab lagi senang, bas pon sentiasa ada sampai petang. Bebudak palapes pon tolong angkat barang sekali.


All the best Liah ! Belajar lah elok2 taktau den nak bagi ucapan apa lagi lol.
Liah memang asasi kat sini, so memang takde masalah pun ntok degree semua tempat kebanyakkan dia dah tahu, kawan pon ramai. tadi pun tak hantar sampai depan kolej dia pepandai ekau lah.

Tak sangka adikku yang kecik dan pendek dah sambung degree daa pun. Harapnya kau bolehlaa menyesuaikan diri dan pandai berdikari. Belajar memang konfem takde masalah sebab liah memang naturally budak skema kadang2 aku macam nak marah je dia sebab skema sangat. hahaha. Terkejut aku tengok dia bawak buku asasi, aku dulu masa daftar first year haram jadah satu buku pon aku tak bawak kahkah. 

Goodluck and All the best untuk semua students baru degree !
Nikmatilah kehidupan sebagai pelajar sepuas-puasnya, sedihnya hakak ni kejap je dah masuk final year sobs :(


Tuesday, September 1, 2015

Acik Kawen ^^

Assalamualaikum.
220815 Alhamdulillah, pakcik terakhir dah selamat pun jadi suami orang kekeke. Aku ramai pakcik termasuk belah ayah ngan ibu dan, acik lah yang terakhir sekali kawen dahhh. 
Dulu ktorg kalau nampak gamba perempuan ngan acik je mesti cakap ehh ni ke makwe acik. ni ke bakal makcik kite LOL gila. Kepoh giler dapat anak buah cenggini hah.

Bila tah last tengok orang nikah live depan mata. Time busu kawen tu tak berapa dengar sangat tapi kali ni dah memang depan mata aku. Aku fikir mesti seram giler time nak nikah kan haha. Yang pasti tok kadi tu ceramah panjang2 aku dah menguap nguap mengantuk lol.


esoknya, majlis kat rumah sebelah pengantin perempuan. macam biasalah makan2 ambik gamba tapi aku pi jadi budak kecik join ambik gamba kat photobooth. Biasalah, kazen2 den ramai yang kecik2 je lagi terpaksalah kawan ngan budak kecik kalau taknak alone je haha.
Aku pun takdelah matang sangat boleh je masuk ngan bebudak kecik LOLOLOL.




300815, majlis kat sebelah lelaki plak, kat kampung lubok cino lah mano lagi. 

Flowergirls 1

Flowergirls 2

Flowergirls 3

Pinky pink


Thank you Ummi and Chamed sudi datang ! 
Aku ajak2 macam tu je member2 yang ade kat melaka, tak sangka plak tetiba diorang muncul. hihiii. Kemain budak dua org ni ambik gamba, diorg cakap eksaited sebab first time pergi umah org kawen tak ramai orang. LOL memanglah takde orangg, korang datang dah nak dekat kul 4. 

Tu jeh, gambar pon tak banyak sebab ada official photographer kan haha. Tapi aku update je guna gamba yg aku ade, kalau nak tunggu gamba official aku pon x tau entah dapat ke tidak. Kalau dapat pon masa tu mesti aku dah takde masa nak update lg dahh haha.


Selamat Pengantin Baru Acik !
To cik sarah, welcome to big family uwan hihi.
Moga perkahwinan diberkati Allah dan kekal hingga akhir hayat.

TATA !