HOLLA !
cewah kena buat intro happy sikit sebab harini jumaat, hari sabtu boleh perabis duit elaun pi shopping lol dan tido puas2 hari Ahad. mengikut perancangan begitulahh haha. So minggu ni takde projek baru pon, aku bukanlah taknak story apa aktiviti aku buat, masalahnya memang buat benda yang sama aje ! hahaha.
Setakat ni aku masih bahagian online, so aku monitor fried noodle cake weight (highlight mana yang tak follow spec) dan monitor oven temperature. Sekali sekala adalah jugak update data pest control, cleaning checklist etc. Pergh banyak gila tugas QA ni, rasa macam tak cukup je 24 jam sehari haha. Ceritanya macamni - kat QA ni ada 3 bahagian - online, incoming dan lab. Setakat ni aku diletakkan bahagian online tapi aku key in data dalam lab. So 2 in 1 lah lebih kurang, sebab takkan 24 jam aku key in data je kan, so alang2 tu aku dapat blaja skali dalam lab tuh. Microbe pon ada jugak kat dalam lab tu, so kena pandai2 lah curi2 masa nak blaja semua benda. Takde test yang complicated pon dalam lab tu, cuma check oil content je aku belum blaja sebab ambik masa yang lama. Microbe pon belum sempat nak tengok diorang buat test apa, kerja online berlambak maa. Cuma bahagian incoming aku belum berkesempatan lagi nak pergi. Dan mungkin aku nak try mintak seminggu atau 2,3 hari kat bahagian QA group, bahagian Halal. Pastu buat filing, sebab dah masuk bulan 3, lagipun tak lama lagi ada audit. Element no 24 in quality system- Quality auditing. To make sure agreed procedure and systems are being followed.
Dan aku baru tahu, takde RnD pon kat mamee melaka ni, diorang punya rnd kat Subang.
So inshaaAllah sempat kot 6 bulan nak try semua tempat haha.
Dan aku dapat ramai kawan baru minggu ni heheh. Budak uitm dah habis intern, so tinggal aku paling senior lol. Pastu masuk budak ukm, upm, umt, dan ums. Dan semuanya chinese and sorang indian, aku ngan kak fatin aje yang melayu tulen loll. As expected, ko pegi kilang cina ko expect nak tengok melayu ke haha. ramai gila budak intern, ada satu hari tu lebih kurang 20 orang budak intern baru termasuk semua bahagian.
Tapi they are soooo nice and friendly !
Especially Desmont, sebab aku jarang pergi lunch sebab nak tido kat surau haha. Tapi ada sekali tu aku join diorang lunch. First time join terus borak macam lama kenal, then esoknya aku tak pergi lunch, kak fatin cakap Desmont asyik tanya kenapa aku tak lunch. Esoknya pon Desmont tanya lagi, dia cakap tak boleh skip lunch, dia suruh kak fatin ajak aku pegi lunch jugakk haha im so touched :D
Yang lain tu Janet, teh hwa, zhi zhao etc (aku tak mampu nak menghafal nama diorang haha). Diorang very nice jugak, semua suka berborak tak macam typical chinese yang skema selalu aku jumpa haha.
Satu malaysia sangat kat sini, dalam lab aku paling rapat ngan Kak Usha (indian) dan Janet (chinese). Dengan kak fatin bahagian incoming, tapi ngan dia memang rapat lah, dia tumpang kereta aku pergi balik.
Tapi memang berbeza bila kerja dengan melayu vs chinese/indian.
Contohnya bila kita dapat projek 1 , kita bekerjasama dengan melayu. Dapat projek 2, dengan chinese pulak.
memang berbezaaaa :D
hehe.
Have a nice weekend everibadi !