Saturday, January 31, 2015

Internship : #week1

 mamee :
Pacific food - process mamee monster snack dan instant noodles.
Mamee Double Decker - process potato chips.
Mamee kat Subang - drinks - yg aku ingat jenama nutrigen.
Dan ada gak kat Kuantan, produced drinks (brand:cheers) dan ada kilang kat luar Malaysia tak silap aku lah haha.

Disebabkan aku budak intern jeh, aku masuk office hour. masuk 8 pagi, balik 5.30 ptg. Sabtu adalah half day tapi  2 kali je sebulan untuk sabtu dan of course cuti hari ahad wohooo. Malas giler nak kena bangun pagi meredah jammed, petang lagi lah malas. Dengan mengantuk dan malasnya kena drive lagi aduhai. Bak kata ayah, "ekau ingat senang ke nak dapat ijazah" kahkah. Betul jugak tu, bila dah tamat study nanti baru lah teringat balik kesusahan sepanjang bergelar student cewah. Susah lah sangat. Padahal malas, kira untung lah ayah bagi kereta haha. foinnee..


Monday

First day - paling nervous. Ayah hantar dan aku sampai Mamee pukul 7.50 pagi. aku straight pergi HR then isi2 borang semua. Ada sorang budak chinese intern sama baru daftar pagi tu tapi another department. The HR manager rasa macam garang time aku call haritu tapi she welcomed us dengan baik lol. Dia perkenalkan siapa founder, CEO, company background, tengok slides, video etc. Then baru lah kitorang dibawa ke production office. Kat sini, diorang bagi lab coat, mask dan topi. Maklumlah nak jadi pekerja kilang haha. Then executive jemput kami ke department office masing2. Executives kat department aku busy gilos, so yang bawak aku ialah En Azhar, lab executive. Dia perkenalkan sikit2 organization chart, peraturan semua then dia bagi aku documents related about qc/qa, suruh baca. Bila dia nampak aku macam mengantok jeh (lol. ngantok gila kot ada ke suruh aku membaca pepagi tu, ko ghase? haha) dia suruh aku masuk lab. Kat lab diorang check microbes, water activity, water content, check minyak semua lahh. 
So kat situ kenal2 lah dengan 2 lagi budak intern ( diorang akan habis bulan 2 nanti) dan lab assistants. Then aku jumpa Ms Chia, senior executive. Dia briefing sikit2 lah tapi dia macam busy. Bukan macam, sentiasa busy haha. Dia cakap nanti dia akan bagi aku dan other interns to do some projects. Katanya ada budak intern baru nak masuk bulan depan. Then, aku tolong dia key in secara online the weight of noodle's cake. Then aku highlight kan lah mana2 weight yang tak ikut specification. 
Petang, lepas rehat aku duduk lab tengok orang buat keje haha. Mengantok gilooo. 
Aku penat sebab takde keje dan bosan. hahaha.

kesimpulan first day : bosan dan mengantuk :P

Tuesday

1) prepare slides about standard product display. Back end line and cartoning is located very far away so they install LED tv on the middle of the process. So slide yang aku prepare tu lah akan display kat LED tv tu. Aku kena ambik gambar contoh2 carton. Jumpa Kinah, budak sekolah aku ! Dia baru habis diploma dan kerja sebagai QI. Lega kejap dapat jumpa orang yg aku kenal haha

 2) Ms Chia bawa melawat sekitar production area. From raw material to mixer to steamer to blower sampailah packaging aku dapat tengokk haha. Terbaik kilang ni, they really practised GMP. Eksaited kejap guna pembersih kasut(lupa apa nama dia haha) just berdiri je atas tu then ada berus gosok2 kasut kita hikhik. Sinki pon just kena pijak je kat bawah, that means lepas basuh tangan tak payah pegang kepala paip. setiap kali nak masuk dalam kilang kena cuci tangan, pakai lab coat, topi dan mask. Kat sepanjang dinding kilang tu ada hand sanitizer. Office pon kena sentiasa bersih.

3) Kena membaca lagi ! haha. aku disuruh baca dan pahamkan check packing quality control. It involved before , during and after operation. Maksudnya kena pastikan semua machine berfungsi contohnya soup detector dan metal detector. During operation pulak, kena make sure takde packaging yang double, not air tight, folded, wrong wrapper etc. Kena check date code, ada seal leak atau tidak etc..

 4) Waktu petang macam biasa aku masuk lab. Tolong check moisture content pastu tolong lah gunting2 kertas, merayau2 ke apa. kahkah. I hate waktu petang, semua kerja aku dah siap lepastu bosan.

Wednesday
1) Pest control adalah salah satu tanggungjawab QA. So kilang akan buat pest control secara monthly. Ada 2 jenis pest control yang diorang guna, ILT dan TRBS. General pest control pula untuk ant dan cockroaches. So setiap 3 bulan diorang akan buat analysis, so aku kena buat pest control trend analysis untuk bulan Oct, Nov dan Dec. 
How many insects trapped, type of insects and the place where the insects paling suka lol. They dont used electric to trap insects sebab nanti body of the insects will spread to the production area ( guna apa tah, lupa. nanti aku update balik haha)
2) Data compilation for weight of chicken instant noodle

Thursday
1) I need to take 20 samples for 2 type of new soups, hourly. I need to weighed and checked whether each soup follow their specification or not. Determine how many percentage underweight, follow spec and overweight. Susah giler nak kena cakap ngan bangla ke nepal tah. Aku cakap melayu tarak paham, cakap english pon lagi tarak guna. kahkah. Aku nak blaja bahasa nepal lah lol.
2) Tolong lab assistant check the moisture content and water activity untuk samples. Bosan asyik key in data jeh. Menyibuk jap ngan diorang haha.

Friday
1) QA manager tanya aku, "Qila, you tahu tak buat statistik ?" lol terus teringat biostat. Kahhh. Walau tak berapa konfiden aku cakap boleh je saya buat kahkah. Penat je Prof Ishak bagi A kat biostat aku (tq prof, walau saya banyak jawab merepek sajo ) . So aku buat statistik untuk yesterday's sample weight. Banyak gak yang tak ikut spec. 

Saturday

1) Kak ida( QA executive ) ajak aku pergi tengok tempat mixing soup. Soup ni akan digunakan untuk showering the noodles sebelum kita blow to remove excess moisture.
Mamee monster snack tu, kan bila kita makan ada perisa..Soup ni lah yang akan buat kan snack tu berperisa.  
RnD sekarang sedang buat perisa soup yang baru. So harini kita nak test sama ada lebihan soup semalam still safe to be used or not, to cut cost. Bayangkan, banyak lebihan soup lagi. Kalau buang, kan dah membazir. so aku kena ambik sample soup semalam dan hantar ke lab untuk test microbe. Kalau still okay, kita akan mix dengan soup yang baru. Gitu lah menurut explanation kak ida..hehe.
Sabtu half day jeh, so aku sambung kerja hari Jumaat semalam yg tak siap. Key in the steamed noodle weight. Dan key in weight untuk produk di setiap production line.
Ni je aku sempat snap sebelum balik tadi. Tu pon sebab balik awal, sebab sabtu half day haha.


Aku selalu masuk lab dan masuk production line, so aku memang simpan je phone dalam locker sobs. Takde ambik gamba pong haha. Tapi rilek lahh. baru first week kan. 6 bulan lagi kott. Dan mereka kat sini sentiasa kerjaaa je. Aku perhatikan mereka, memang takde masa bersembang minum kopi ke apa. Cina punya style kerja kann pepaham jelah. Nanti kalau aku kerja industri, macam tu lah agaknya erk, hurm. 

End of first week !
InshaaAllah, aku akan sentiasa keep strong. Niat nak belajar ;)

Bye !

Friday, January 23, 2015

SEM 6 : Internship !

Hello everibadeyhhh !

So this is how my 6th semester start ! wuuhoooo ! Lagi 2 hari start ;) lub dap lub dap.
Seriously tak excited pon -,-
Sebab sorang2 forever alone. Dan aku akan berpraktikal di Pacific Food Products Sdn Bhd, Quality Assurance department.  Atau boleh kata Mamee. Pacific food ni proses produk2 mamee lah. 




Ceritanya begini, kitorang hantar resume bulan 9 tapi Mamee senyap je takde apa2 feedback pon. So ktorang proceed lah ke kilang lain, dapat buat praktikal di H5,Nilai. dont know much about this company's products, yang aku tahu sauces and something like that lah. So dah sibuklah fikir nak tinggal kat mana apa semua. Suddenly dah bulan 12 baru Mamee bagi feedback tapi dia ambik aku sorang je lol. Entah2 ada sisa satu kekosongan dia tengok resume budak ni macam senang je kita nak buli okay campak je aku masuk situ wkwk. Aku pon dalam dilema, ibu ngan ayah suruh aku pergi Mamee sebab yelahh kat Melaka. Esok2 nak keje tempat tu jugaklah yang diintai dulu(kalau intern okay, boleh lah fikir nak proceed keje situ atau tempat lain haha) Lagipun Piya kat H5 ngan wani, kalau dia sorang2 memang aku reject jelah terus Mamee ni. 

Bagi aku, aku sentiasa fikir apa yang ditetapkan itu yang terbaik. Kita usaha je, tak payah fikir dulu dapat yang mana. hehe betapa banyaknya kitorang hanta resume. Nasib baik tak dapat semua(feeling perasan) kalau tak jenuh nak buat surat satu2. So bila sesuatu itu datang pada kita, mesti ada hikmahnya ;) Kenapa aku sorang je yang dapat? Hikmahnya, belum start intern lagi aku dah nampak. First, Driving. aku takut driving tapi terpaksa lah memberanikan diri. Sebab aku tak suka menunggu, Lubok China-Ayer Keroh ambik masa sejam lebih so tak larat aku nak tunggu ayah ambik setiap hari woi. Baik aku pergi sendiri, aku bukan takde lesen cuma kena get rid perasaan penakut dan tak confident, tu je. 

Second, ini first time aku bersendirian seumur hidup aku lol. Selama ni mana2 tempat baru yang aku masuk- sekolah menengah, PLKN, matrik, unisza  sentiasa ada orang yang aku kenal, kalau aku susah atau tak tahu nak buat sendiri because of the new environment, i have friends to rely on them. How lucky my life is ? LOL.  Aku tak pernah perasan pon tapi bila aku cuba fikir apa hikmahnya baru aku nampak (cewah). Simple, pengalaman itu mematangkan diri. NAK CAKAP KEKONON LEPASNI KO MATANGLAH KAN !  - I hope so.
Aku harap aku mampu berdikari, mampu buat semuanya sendiri tanpa perlu depends pada orang lain. I jelly dengan kawan2 yang mampu berdikari, kita boleh nampak sisi kematangan mereka, if you know what i mean. Bila tengok orang macamtu mesti rasa haih bila aku nak jadi macam dia. 

So sebelum pergi praktikal ni, ada beberapa perkara yang perlu disettle kan. Bukak akaun bank untuk elaun dan ambik typhoid injection. (possibly medical check up for certain company)
Semua pengendali makanan perlu ambik thyphoid injection (peniaga,budak praktikal macam kita,banglas kat kilang dan sesapa jelah yang rasa2 dia mengendalikan makanan). Kalau kerja kat lab (work with salmonella ) pon perlu injection ni. 
Kerana ? Typhoid is a serious disease, caused by Salmonella Typhi. Kita boleh dapat typhoid ni dari makanan/air yang dah tercemar/kemungkinan kita boleh jadi carrier. Kalau kita dah jadi carrier pastu contoh jual nasi lemak - berapa ramai pulak orang boleh terkena penyakit disebabkan kita ? Ni lah satu punca kenapa mak ayah aku membantah keras pembelian makanan di pasar malam kahkah, terutama bazaar ramadhan. Orang yang tak pernah berniaga, out of nowhere muncul menjual murtabak haha. Dahlah tak sedap sebab first time memasak, pastu food poisoning pulak. 
Tak semua klinik ada vaccine ni. Kalau macam kat Alor Gajah, aku ambik kat klinik keluarga RM45. sebelum tu kena beli buku injection kat MPAG. 


So inshaaAllah aku akan update pengalaman internship aku selama 6 bulan. Lama, mesti banyak pengalaman kan. Apa yang aku tulis adalah berniat untuk sharing saja, kalau lah. aku cakap kalau ada unsur2 tidak diingini seperti riak dan sebagainya, im so sorry for that. kahkah. Padahal apekedehal nak puji diri sendiri pun. Senang je, tak suka tak payah baca. I never force you to read my blog anyway. Bukan setakat force, ask to baca my blog pon tak penah. kekeke.
Btw kitorang ada diary/buku log untuk tulis daily activities. Beza blog dan diary aku adalah, kat diary tu in english dan lebih skema. Kat blog pula lebih bebas menulis ayat gila2 ke apa haha. aku lebih prefer blogging ;)

Majulah industri blogging untuk negara =,=


Untuk kawan-kawan semua.
Selamat berpraktikal. Sama-sama lah kita menimba sebanyak mungkin ilmu sepanjang 6 bulan semester ini. Apa pun cabaran yang kita hadapi, moga dapat sama2 tempuh dengan jaya nya. FOODTECHEROES power !

P/s
Bestnya ! Lama tak tulis panjang-panjang. 

Thursday, January 22, 2015

Awkward

Sebelum ni, apa yang aku nak tulis. Aku tulis je. Feeling free to write. Tapi sekarang ni setiap kali nak tulis mesti fikir banyak kali.
Apakah sumbangan tulisan aku kepada masyarakat dan negara ( cewah tipu je ni )
Maksud aku, fikir dulu lah. Bukan main bantai je tulis. I cant read my old entries mesti rasa nak lempang diri sendiri sebab tu aku dah private kan entries sebelum 2012. 
(start blogging in 2009) Woww so proud of myself mampu istiqamah lol.

Kadang kadang aku dah tulis panjang berjela jela. Sampai membuang masa yang dah memang selalu terbuang ni pun. Tapi tetiba rasa macam
 'ah entry ni terlalu ikut perasaan'.
Masuk draft. Tulis. Masuk draft. Tulis. Masuk draft. Tulis. Publish. Draft balik.

So aku tahu punca aku jarang update tapi nak update adalah sebab aku dah jadi awkward dengan blog ni.

Mianeiiiyoo.

Thursday, January 15, 2015

Bye Semester 5


Assalamualaikum.

Perghh bakpe lambat benor babai kat sem 5 ni hahaha.

Balik je kemas bilik kemas barang maklumlah nak bertapa kat rumah lama, kena lah kemas. Selalunya balik sekejap2 je memang tak lah nak kemas. Dan ayah tak sihat, kena hantar bebob(nama manja aid yang terbaru untunglah dah darjah enam pun ada nama manja ) pergi sekolah. Teman ibu pergi kedai haha. Ohmygosh, i cant handle manual car dahlah jalan jammed pagi2 dah tu kat kawasan berbukit pulak tu. Ko ghase ? tipu lah tak mati enjin haha. Alhamdulillah lama2 okay jeh. cuma kena berani dan kena cool je haha lol.

Haritu final year and third year students buat farewell party ntok Prof Ishak ( biostatistics lecturer) . Prof dah bersara, goodbye prof. Terima kasih mengajar kami walaupun satu sem je :) InshaaAllah ilmu yang prof beri akan dimanfaatkan sebaik mungkin.


With lecturers.

With prof ;)

Kena letak gamba kak ana satu hehe. Babai kakakku yang cantik dan lemah lembut. hehe. Kak Ana ex diploma, so dia tak pergi LI , akan join senior sem 8. Kesian kak ana. Jaga diri elok2 deh tanpa kami hikhik.

Budak berempat ni wajiblah ambik gamba. Wahida dah balik awal, kitorang nak tunggu bas malam ni so alang2 tu ambik gamba dulu lol.

OMOOOO ! MY FAVOURITE !
Aiskrim pulut ! sebelum balik, kena beli aiskrim pulut dulu sebab nanti terkenang kenang terindu rindu maklumlah lama nak tinggalkan besut nih 
haha.
Kombinasi hebat pulut+roti+aiskrim+kacang+kismis+susu=RM2-3 sahaja.
haha.



Tak sabar dan nervous untuk menantikan semester 6 yang pastinya semester paling mencabar ! Yang best adalah satu sem tak payah pening kepala study untuk test lah, assignment lah, final lah haddoi.Tapi pastinya cabaran lain yang perlu dihadapi.

Stay tuned !




Thursday, January 1, 2015

Happy 2015

Assalamualaikum. 
First post in 2015.
another year to gooo.
harap tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. 

Tahun baru kali ni disambut dengan surprise oleh kengkawan yang x sempat celebrate besday aku haritu heheh.
thankyou soo much !
tak expect pon korang nak celebrate sebab dah lambat sangat daa ni. Aku pon dah masuk 22 tahun da :p
apa pun terima kasih kawan-kawan. Hanya Allah mampu balas segala kebaikan, keikhlasan, kejujuran, macam2 ke lagi sepanjang masuk tahun ketiga aku kat unisza ni. Haha.
sobs ada lagi sekali je lagi celebrate besday dengan korang inshaaAllah. 

Ni terakhir lah gathering macamni sebab masing2 tengah busy nak exam, habis exam je semua tak sesabar nak cabut lari balik rumah. Amboih.lepastu pergi li 9 bulan kot kte x jumpa ; (
korang jaga diri elok2. I will miss you ollsss. Cewah.
harapnya naik final year nanti semua orang stay dengan perangai sengal tu. Jangan nak matang sangat tau haha. 
dan jangan kawen awal sangat. Lol.



Baru lah rare party dengan baju tido.

Rasanya my 23rd birthday nanti aku celebrate dengan siapa eah. Hihi.

Update exam : 3 papers lagi !