Assalamualaikum.
Sabtu - 15
November 2014.
Projek koku
khidmat masyarakat “Be Leader” di SK Kuala Besut.
Untuk
projek ni, bukan kitorang yang pilih tapi dah ditetapkan oleh pihak UniSZA
sebab tak cukup budget. Dan koku khidmat masyarakat gabung sekali dengan koku
badminton. How save, good job unisza hahaha.
Tapi yang
tak boleh blah dan paling lawak adalah, kitorang (fasi ) ada 100 orang, murid
sekolah darjah lima ada 20 orang je ! lol. Sepatutnya ada 70 orang tapi yang
lain2 tak datang. Sebab aktiviti yg dijalankan hari sabtu. Kalau aku jadi
bebudak sekolah pon malas nak datang,
dahlah nak tambahkan tragic, hari tu jugak hujan lebat tak berhenti henti
hahaha.
Tapi
overall best jugaklah. Ada 17 games, dan group aku ada 6 fasi, 2 murid haha.
Kitorang lah main lebih2 nampaknya. Dan disebabkan hujan lebat, aktiviti tu
sampai tengahhari saje, lepas habis main game, ambik2 gamba dan penyampaian
hadiah.
Our group ! Nampak tak lawak di situ, kalau aku jadi budak tu,
takut sebab ramai sangat fasi haha.
Ada sorang budak laki nakal tu cakap, "Bakpe fasi lagi rama dari murid nih!" haha.
Budak yang satu group ngan aku ni comel gila. Konfem hensem bila dah besar nanti
haha.
Gemuk macam aid hehehe.
Group aku
dapat no 5 dari 6 group haha. Failed betul sukaneka ni ceewahhh. Tapi untunglah
bebudak group aku tu sebab hamper bahagi
2 je..Rugi sapa tak datang :P
Apa pun
good job para kakak kakak dan abang abang yang dah reka macam2 game. I guess
they not really create the game, sebab kebanyakkan game tiru dari running man. Haha.
Bagus2. Really fun! Tapi tak berapa syok sebab hujan dan murid tak ramai.
Okay bye
nak buat report plak -,-
p/s – Musim
Tengkujuh yang sejuk dan membuatkan orang malas asyik nak tido je haha. banjir di
Kuala Terengganu sangat teruk..Famous unisza ngan UMT masuk paper, masuk TV
lol. Sampai terpaksa cuti bencana hahha. Alhamdulillah setakat ni kampus Besut
tak banjir tapi mungkin kitorang tak boleh keluar bandar sebab banjir kat luar.
Tapi risau gak ni, tasik dah penuh ngan air. Kalau hujan tak berhenti boleh
melimpah air -,- Apa pun kesian kat kawan2 duduk rumah sewa dan kampus Gong
Badak, diharapkan banjir cepat surut. Aminn.