Saturday, October 18, 2014

Separuh sem 5

Annyeong haseyo !
*mood lepas frust tgk ending tvN's surpluss princess*sigh*

So kesimpulannya(tetiba kesimpulan?) separuh sem 5 ni takde apa pun sebab tak banyak ambik gambar lols.

1)  Pembinaan hospital UniSZA

Tahniah laa unisza akan ada hospital tak lama lagi.
Lepastu yuran naik.


Ikutkan jelah.

2) picnic di Bukit Keluang, Besut

Alhamdulillah kitorang dah dapat asrama lepas rayuan haritu berjaya. sebenarnya sedih gila sebab dah sayang ngan rumah tu tapi tapi itu yang terbaik mungkin? hahaha.
So bebarang kat rumah banyak lagi yang tak habis, kitorang decide untuk goreng je semua yang ada dalam fridge then makan kat pantai. Weehuuu.
Kitorang pergi berlima plus Piya ngan Wani sebagai bodyguard haha.



My 2 month housematesss yang happening dan sengal haha.
From left : Mira, me, Mummy, Shiro, Kak Una.
Hidup soulmate ! hahaha.

Tak dilupakan.

Penyakit selfie.

3) Potluck

Dalam 40 orang, hanya 10 orang je yang duduk rumah sewa. Satu rumah 5 orang. So haritu kami decide nak buat potluck sesaje jerwwww. Dan kebetulan nak buat surprise birthday party skali untuk Wahida. Kebetulan plak dah third year ni masing2 kebanyakkan dah bawa kereta sendiri so transport tu no problem lah kan.

Penuh rumah bak hangg. Ni pun tak semua yang datang haha.

Birthday girl ^^


Susah payah semua orang nak masuk dalam satu frame haha.


Tu je kot? haha. Sebab based on pictures yang ada, tak banyak pon nak update.

Hahh, untuk business activity kitorang, jual ayam gunting dan aiskrim pulut. Seminggu 3 kali, kitorang rotate jadual. So disebabkan aku ngan mummy duduk luar, kitorang join menjual waktu petang je.
Ayam mentah beli sendiri kat Besut, peralatan2 lain tu dari mana kitorang dapat?haha. Ramai gak yang tanya. Panjang ceritanya, yang penting nak berniaga kena ada modal. haha.
Untuk aiskrim pulut, ambik komisyen je. Kat sini je jumpa aiskrim pulut, sedap nyummmy. Kalau korang datang besut/kelantan mesti try! Rasa nak buka bisnes aiskrim pulut lah plak kat Lubok China ni lol.

 Mummy jadi model ayam gunting sebab warna merah kahkah.

 Sedap nyummmy! setiap kali duty menjual, aku mesti teringat kat Aid sebab Aid suka sangat makan ayam gunting ni, kat depan kolej nunun ada jual panggil 'ayam bob'. In fact Aid suka makan semua jenis ayam bergoreng haha aptb.
Akak sampai muak makan benda ni hahha.

Lab bakery.
Lab sem ni seronok gila. Buat pizza, kek, roti, cookies dan macam2 lagi bakery products.
Hari Selasa je kenyang haha.

Okay itu saja update, kalau ada yang terlupa buat part II lah nampaknya.

p/s,
taktau bila nak start study. Buku nota, pencil box, semua takde kena curi. Kalau study kat laptop jeh memang benda lain lah yang aku bukak.
hahaha.

Friday, October 17, 2014

Happy Mid Sem Holiday

Assalamualaikum.

Memandangkan aku jarang update blog, aku compile jelah semua cerita yang macam ada takde je untuk separuh sem ini. Sem ni macam tak banyak enjoy sangat tak banyak ambik gamba sangat hahaha.
Next entry okayyhhh.

Ohh ya, aku di rumah untuk bercuti selama seminggu untuk mid sem holiday. Tapi malangnya ada sesuatu yang menyedihkan telah terjadi. Beg aku ngan piya kena curi kat Melaka Sentral. Kitorang letak beg baju kat tepi toilet, selama ni memang macamtu pon ! kitorang mana ada usung beg pakaian pergi mana2, cuma beg laptop dan handbag je bawak. Tapi harini memang dah takdir ke ada hikmah ke apa *sobs* bila balik semula dari toilet tengok beg kitorang dua2 dah hilang. Tanya makcik cleaner kat situ, dia pon macam terkejut. Dia cakap ada lelaki pakai kemeja dah ambik dua2 beg tu. Huwaa aku terkedu ke apa buntu taktahu nak buat apa. Memang kitorang tawaf jugaklah MC time tu dengan harapan akan jumpa balik beg masa tu. Tapi tak jumpa jugak. Last2 balik berlenggang je. Nasib baiklah laptop, purse dan handphone mmg tak penah tinggal. Tapi sayang jugaklah, barang2 dalam tu hilang, baju baru aku yang mahal dan comel *lambai lambai*..notes n assignments hilang..dan macam2 lagi..dahlah aku siap beli birthday present dan keropok lekor ntok bagi kat anis. Huwaa terkilan gila ;(
Aku tak paham betei beg baju yang berat (beg kitorang dedua berat nak mampuih lagi2 beg piya. macam bawak batu bata hahaha) takde barang berharga tu pon ada org nak ambik.
Tadi kitorang tengah geram terdoa pulak orang tu accident lah ape lah hahaha.
Takpelah merangkak lah kau cari kitorang kat padang mahsyar dengan beg2 tersebut haha.

Kesimpulannya, mungkin benda ni akan jadi pengajaran pada kami supaya tak cuai sangat dan sentiasa berhati-hati. Berkali kali aku ulang pada diri sendiri this world is scary !

Adoi notes dah takde kena buat semula dahlah banyak test aptb. Kerja yang tak siap memang kena buat, kerja yang dah siap tak memasal je kena buat semula.
Pencil box, calculator pon semua aku letak dalam tu.

Cosmetics iolls pon semua hilang hahaha :P
Pengajaran jangan membazir sangat beli barang2 cosmetics lettew lols.

Happy holiday uolls.

Sunday, October 5, 2014

Raya Haji

Satu-satunya gambar sempena raya haji tahun ni hahahaha.
Balik cuti kejap je, nak beraya di perantauan takdo geng pulok maka balik kampung lah kiterr.

Minggu ni, minggu depan dan minggu seterusnya sampailah habis sem 5, dah mula busy gila. Maklumlah third year lol. 
So nak update blog pon takde masa ecewah kekonon je ko kann.
Minggu depan balik lagi ! cuti mid sem pulak, aduhai penat pening lalat dahh duduk dalam bas. Bila nya kita naik flight ni piya oiii.
Tak larat rasanya berjam jam dalam bas.


Bye uolls.
Salam Aidiladha. Lambatnya pos, tapi
better late than never hihi.