Monday, August 18, 2014

Second year : Bachelor of Food Technology

Assalamualaikum.

Time for compilation entries ! Once in a year.
That means aku compile semua entries sepanjang second year ini ;)
Ianya adalah untuk reference untuk freshies. Dan untuk aku juga. 
Biasalah manusia selalu lupa. Always terlupa hahha.
Ni pun asyik tertangguh-tangguh =,=

Untuk my first year entries, boleh rujuk sini :

Second year dapat pengalaman baru sebabnya kitorang jadi pioneer untuk kampus uniSZA yang baru, di Tembila, Besut. Mula2 rasa nak nangis pun ada dahlah dah angkat barang masuk rumah sewa semua kan. Tapi semua yang jadi itu ada hikmahnya. Buktinya kami semuanya dapat hostel hihi maklumlah hostel baru kan. Dan setahun(dua sem) aku takde roommate huhu. Duduk sorang2 kat B3-17 dan sem depan aku tak dapat hostel plak kahhh. Nice revenge lol. Ada lah dapat roommate sekejap tapi budak tu pindah bilik mahu bersama kawan katanya lol.


kampus unisza tembila, Besut
part 1
part 2

subjects
sem 3
final(sem III)
sem 4
final ( sem 4)

Activities
Dunkin' Donuts & halfest
kokurikulum pemadam part 1
kokurikulum pemadam part 2
Cakna Alam
LKIM & anugerah dekan
Food fiesta
Farewell dinner
kokurikulum teater


will update soon inshaaAllah.

1) kena duduk rumah sewa sem depan sebab kemasukan pelajar baru yang terlalu ramai menyebabkan asrama tak cukup. Asrama maidam untuk pelajar2 sem 3, pelajar2 sem 5 ditolak ke rumah sewa. aptb nasib baik satu sem je. Bersabarlah wahai teman2 semua. Kalau malas nak sewa rumah kita pacak khemah pastu berkampung tepi tasik. syokk jugak dah lama kuimpikan rumah tepi tasik lol.

2) Nama fakulti tukar lagi =,= 
Masa aku first year - fakulti teknologi makanan.
second year - fakulti pertanian bioteknologi dan sains makanan.
third year - fakulti sumberbio dan industri makanan

Aku malas nak komen pasal tukar2 nama fakulti ni. 
mungkin mereka ada reasons yang tersendiri. Komen lebih2 pun takboleh jugak. 
Ikut jelah.


Menghitung hari untuk back to normal life.
Kelas lab assignments tests.
Mungkin banyak lagi pengalaman kan lepasni sebab duduk rumah sewa ;)

Saturday, August 9, 2014

Part time work last part : The End

Assalamualaikum.

So this is the last entry bout my part time work ! Walaupun penat gilo tapi best sebab banyak sangat pengalaman, kawan2 semua sekepala haha. Dan macam biasa mesti ada je tension di tempat kerja lol especially time nak raya haritu banyak gila barang masuk, sayur seguni bertimbun atas peti ais sampai pening kepala. Dahlah bulan puasa, time tu lahhh rasa bengang rasa nak berhenti kerja time tu jugakk ! haha.

Tapi bila fikir balik, duduk rumah takde buat apa, teruskan jelah. Tabahkan hati walaupun cuti raya 3 hari je. Raya keempat dah masuk kerja balik lolll sangat kann. Tapi aku nak sedapkan hati, aku fikir "takpeee, tahun depan aku boleh raya puas2 sebab aku praktikal kat Alor Gajah. Hampir setahun gak duduk Melaka". Yayy ! Akhirnya dapat bebas dari Terengganu. Mohon doa aku tak kerja kat Ganu kihkih.

Kalau nak cerita semua memang takk lah kann. Dan hampir semua orang aku rapat, ada beberapa orang je yang tak pernah keje sama shift ngan aku yang aku tak rapat. Tapi still ada lah jugak tegur2 sikit gituu kan. 

Tapi seriously yang best kat sini adalah kawan2.
Thanks a lot ! You guys soo friendly, so nice, thought me many things, bekerja ketawa menangis stress berborak membebel etc etc with me OMG May Allah bless all of you my friends ! Lepasni entah bila nak jumpa taktahu. Masing2 dah nak sambung belajar, berhenti kerja blabla. sobs ;(

Meh aku perkenalkan kengkawan kat Peladang hahaha.
Kat sini kebanyakkannya macam aku, budak degree cuti sampai bulan 9. Sebab tu kitorang boleh 'masuk'. semua sekepala haha. Semua muda belaka kekeke.

Orang pertama yang aku kenal - Ain. Walaupun dia banyak masalah tapi dia orang yang paling banyak tolong aku masa aku mula2 masuk dulu. Sedihlah jugak sebab dia berhenti macam tu je without properly saying goodbye. Nasib baik sempat snap gambar beberapa kali sebab Ain gilo kamera. Penuh fon aku dengan gambar dia haha.


Gambar ain paling sopan wkwk.
Ni lah tempat kitorang 'berkubang' sambil packing sayur hahha.
seriously Thanks so much Ain ! i do miss you ;( InshaaAllah ada jodoh jumpa lagi hihi.

Haziq - takde gambar ngan dia. Menyampah aku asyik lari2 je. 
Nak je aku bagi penumbuk sebijik hahaha.
Gambar atas adalah bukti Haziq sayang kat aku hahaha.
Akak pon taknak berhenti(lol) tapi nak buat camno haha. Haziq ni aku dah anggap macam adik sendiri. selalu gaduh memain kerja sama2 dengan budak ni.
 aku pulak suka aje melayan budak tak matang haha. Akak doakan yang terbaik untuk kau ;)

with Tikah. Dia budak lepasan matrik nak tunggu result upu. Goodluck Tikah !
Thanks for everything.

with Anis budak upm, sama2 degree cam aku. Selalu gossip chatting dengan Anis. Kalau buat kerja sama-sama mesti tak siap sebab banyak bersembang je haha. I'll miss you anis !

Kak Widati, akak paling alim dan senyap hihi. Dia buat kerja mesti sekejap je dah siap tak macam kitorang asyik sembanggg je. haha. Akak ni InshaaAllah sambung degree kat Jordan lepasni. Waaa All the best akak ! 

Kak Syida, budak UMT, jiran UniSZA haha. Walau Kak syida cashier, tetap rapat dengan akak ni. selalu pegi solat sama2 haha. Jumpa di Terengganu akakkk lol.

Kak Azie. Akak peramah dan comey haha.

Jimie. nama sebenar Muhd Hadimi ke apa. budak praktikal yang rajin dari Sarawak. Mula2 aku masuk dulu aku senyap tak senyum tak peramah tak tegur org sangat. Aku cuma tegur budak ppuan je haha. Pastu Jimie tegur kenapa aku tak senyum kat dia kahkah sengal kau jimie. Dan seriously Jimie lah penyebab  aku tegur semua orang lepastu sebab aku taknak dianggap sombong plak. Lepas 3 minggu kerja baru aku banyak borak2 dengan dia. 
Thankyou Jimie, entah bila kite nak jumpa lagi kan hihi.

Alip. First impression aku kat dia not so good sebab baru 2 hari aku masuk dia membebel marah2. Time tu dahlah aku baru lagi rasa nak nanges je haha. Pastu aku ingatkan dia lagi tua sebab tu aku takut. Rupanya dia baru 19 tahun lol. Tapi rupanya dia okay je,  sorry and thanks for everything ;)

Faiz budak Pahang dan Mus budak Sabah. Bebudak praktikal jugak. Aku tak rapat dengan Faiz sebab diorang berdua ni masuk pukul 5 ptg. Time tu aku dah nak balik kul 6 ptg. Setiap hari jumpa sejam je lol. Mus bolehlaa rapat sikit hihi lol. K. Apa pun terima kasih ;)

Dan esoknya diorang datang beraya kat rumah ! Thanks for coming !
Rajin gak korang datang walau agak jauhh heheh.

Thankyou Anis, Kak Azie, Tikah, Mus, Faiz dan Alep !
Tahun depan datang la lagi kahh.
Kerja rajin2 di Peladang yer hahah.

I dont care whether diorang baca atau tak entry ni huhui. Apa pun kenangan kat Peladang walau ada pahit kemanisan itu tetap ada. haha. Banyak benda baru yg aku dah belajar. Ramai org yang aku dah kenal. Customers pon ada yang aku dah kenal kalau dia pelanggan tetap. 


Alhamdulillah ;)

p/s 
sem baru dah nak buka dan aku tak dapat hostel. Nice !