Friday, January 31, 2014

Cerita tersembunyi sem lepas

Assalamualaikum.

Memandangkan bulan ni aku tak banyak tulis entry, aku nak reveal(lol) beberapa perkara yang tak pernah aku mention kat sini akibat kesibukkan (konon) sem lepas.
Penatlah tangkap gamba bebanyak pastu simpan je dalam folder :P

 masak memasak. This is not my specialty lol. Aku tukang makan hahaha. Tapi ramai gak bebudak ni yg rajin masak, share duit beli bahan masakan pastu masak sama2. Tapi kekadang aku malas gak, bagi aku buang masa baik beli terus hahaha.
Tapi bolehla kalau nak makan lain dari yang lain sebab kafe menu sama je.

Ni kalau pihak asrama tahu kena blacklist mampus aku.

Tapi skarang dah tak masak dahh :p :p

 Prof beli itik dan angsa. Cantik kann tasik unisza ? kekeke. Kekadang kalau rajin bagi diorang makan nasi. Skarang itik dan angsa ni dah ada rumah sendiri. 
Amboi untung ekau ye.

 First time makan aiskrim pulut.
sedap beli sekali nak lagi. Tapi maggi ketam/maggi sotong kat kuala besut beli sekali terus taknak beli lagi. sebab mahal, gambar pun dah delete hahaha.
sepanjang perjalanan dari besut ke unisza kitorang sibuk bragging pasal maggi mahal. Tapi apa nak buat kan dah termakan dah pon :P

Cuaca sejuk. serious sejuk.
Dapat tahu kat Besut sekarang laaagi sejuk. Time musim hujan, aku bukak kipas perlahan, bukak 1 je. selama beberapa minggu gak la jimat letrik.
Tapi kat unisza besut ni tak banjir alhamdulillah.
Not sure kat Gong Badak. so tahun ni takde pengalaman meredah banjir hehehe.

main-main dalam kelas ? haha.
Why so serious, korang bayangkan kalau dalam kelas senyapp je. Taktahu lah mungkin ada orang tak suka bising2 tapi..tapi...i wonder
how bored your life is, serious talk, sorry.

Bosan tunggu bas lepastu tak boleh duduk diam ^^

Perjalanan hidup yang masih panjang..

 
 
Tu je yang mampu aku ingat sebab ada gambar. 
Tapi sem ni tak sebanyak sem lepas2 punya gambar. Marilah berazam untuk ambil baaanyak lagi gambar sem ni hahaha. Azam ntah hape2 tah .
Sebab setiap gambar ada cerita tersendiri.

annyeong !




Tuesday, January 28, 2014

Lose weight !




My third post for January. Otak berkarat dah nampaknya.

Btw,
OMG OMG ! I just found this video from youtube ! 
37 minutes workout at home !
I think its really cool because we can see the calories and how long the time is. 
Of course im not try it yet hehehe but from the comments that i read from viewers so far, they cant finish it after 10 mins lol. But it depends on individual. 

I wanna try it yeayy ! since i eat so much. No limit. Even worse, goreng roti canai at midnight and then go to sleep. Pastu bangun pagi makan lagi. Lepas makan baring kunyah keropok menonton korea. Continuously for almost two weeks now haha.
Konfem naik 3 kg. hahaha congrates qila. 
That's how I spend my holiday =,= eat and gain weight. Indahnya hidup.

Kalau rajin exercise lah.
Lose weight lah jom ! yehet !

[update!] - aku dah try 2 kali. First try 10 minit je mampu bertahan pastu dah pancit haha. Nampak senang tapi tercungap gak ntok orang yg jarang bersenam cam aku.
Second try aku mampu bertahan sampai minit ke 14.
Yeay ! Harapnya dapat capai sampai 37 minit wkwkwkw.
 
Dan nampaknya tiada kali ketiga sebab kaki dan pinggang dah sakit2 ....








The End.

Thursday, January 23, 2014

Trip to Melaka

Walaupun aku duduk negeri Melaka, berasal dari Melaka dan dilahirkan di Melaka, im really looking forward for this trip ! haha Nasib baik Piya banyak tahu jugak tempat kat Melaka since dia duduk dekat2 bandar Melaka.
Kitorang pergi sini nak bawak orang KL - wani dan wahida jenjalan.
Plan asal nak bawak Ira (kelantan) tapi dia ada hal yang tak dapat dielakkan.
So lepas habis je final exam 12 January ( besday exo's Kyungsoo. saengil chuka, fighting  kyungsoo yah hehe )  kitorang terus bertolak balik Melaka malam tu jugak. Dan sampai Melaka 13 hb January. Tanpa rehat panjang ecewah, terus jenjalan pusing Melaka.
 Okay rasanya aku penah tengok gambar time kecik2 ambik gambar kat keretapi ni. 

 semestinya di kota bersejarah ! Parking kereta kat MP, lepastu jalan kaki je pergi DP, masuk muzium, naik bukit st paul, bangunan merah ke stadhuys apa tah etc. Ramai pelancong, ada pelancong Jepun cakap konichiwa kat kitorang. heheh. 
Jujurnya aku taktahu nama2 tempat kat Melaka lol tapi haritu aku ngan piya buat presentation IT pastu kitorang pilih tajuk melaka negeriku sayang. Dan time tu aku buat research pasal melaka kahkah. so bolehlaa tahu sikit2 :P :P

 Kitorang masuk muzium sebab free. tapi kapal besar tu kitorang tak masuk sebab kena bayar hahaha. Maklumlah kitorang student, hujung semester pulak tu ! Haruslah kedekut nak keluarkan duit semata-mata nak tengok benda yang secara jujurnya tak menarik perhatian kitorang (lol).
Tapi menara taming sari nak naik jugak sebab tak pernah naik :P 
RM 10, 15 minit kot lebih kurang.

 Yeayy Melaka !
Padat gila bila tengok dari atas.

 Pantai Klebang ke pantai puteri ? haha lupa :P
sebab nak tengok sunset !
Gambar atas kiri tu ada mat saleh tolong ambikkan gambar kitorang haha. sebab dia nampak aku letak phone atas pasir buat timer, takde org nak ambikkan gambar :P

 Seoul Garden! Korean foods yummmyyyy.
Sorang RM28 student price plus tax = RM 33. Tax mahal tak menahan. Time aku duduk, ada orang lalu belakang aku then aku dengar dia cakap ngan kawan dia, ''pergh mahal gila tax dia " . haha okay i got it dia pun first time makan kat situ lolll.
Tapi boleh makan banyak mana yang kita nak.
Aku rasa aku makan RM 10 je sebab tak larat. Banyak mana lah yang kitorang mampu makan. Banyak tau makanan yang aku tak rasa sebab dah sakit perut ! hahaha.
Akibat nak sangat merasa fefeeling korea sangatt, ambik kauu. 

Yang best dia pasang lagu korea tapi tak up to date langsung, pasang lagu sorry sorry. Ini zaman GROWL lah bebb eurorongggg hahaha ;P
First and last lah aku makan sini. Baik makan pizza hut kekeke. 
Tapi berbaloi lah untuk sesiapa yang kuat makan. Kalau setakat makan sikit2 tak payahlah membazir =,=

 Lastly, river cruise ! ni pun first time aku naik -,- RM 10 jugak. Agak berbaloi sebab rasa cam jauh jugak dia bawak . sambil dengar speaker pot pet pot pet pasal melaka. Ofcourse lah kitorang tak dengar, muka masing2 pon dah jadi poker sebab penat kenyang mengantuk.Time ni wani hilang fon, rupanya fon dia terjatuh sebelah kereta. Loll nasib baik piya parking tempat tersorok takde orang jumpa, kalau tak kirim salam jelahh. lesap fon kau dan malam tu gak kau balik KL dan kitorang pun takdelah mood nak bertrip lagi hahaha :P


 Second day, sebelum pergi Alor Gajah, singgah galeri lebah ! aku baru tahu ada galeri lebah ni heheh. Kat sebelah taman botani. Disebabkan free ( hehe ) kitorang masuk lah jugak. Banyak patung lebah comel2, pameran2 sarang lebah etc. Siapa minat bees boleh lah datang sini haha. Sempat gak kita belajar mesin pemprosesan madu, kan ? hahaha maklumlah baru je habis exam food engine lol.

Boleh try rasa madu. Omo sedapp macam2 perisa madu lebah. Penjaga galeri tu chinese, baik sangat. Serba salah sebab tak beli apa2. Tapi madu lebah asli botol kecik tu rm 30, kitorang dahlah pokai haha. ada jugak produk2 lain macam sabun, shampoo etc tapi mostly RM50++. Mestilah mahal, dari madu lebah asli. Dan semua patung2 dan cenderamata kat sini RM 20 je ! sorry ya amoi, im promoting your bees gallery here, next school holiday mesti ramai orang serbu you punya gallery kehkeh.lol

 Kitorang actually nak pergi kampung buku tapi tersalah jalan. Kitorang masuk hutan jauh sangat. Dah lama jalan tak jumpa jugak kampung buku. Tak memasal je exercise dalam hutan. last2 sebab dah penat kitorang tak jadi laa masuk kampung buku heheh. Boleh membaca dalam suasana hutan, aku pernah masuk sekali dulu.

Okay last ! A famosa water world. Adehh aku sebenarnya malas nak tulis pasal waterworld sebab baru je pergi haritu dengan bebudak matrik hahahaha.
Tapi kitorang pergi time cuti, kena bayar RM 41 hambekk kau.
Harga biasa RM 35. sabor jelah.
tak perlu pepanjang lebar cerita pasal A famosa. Sebab aku pernah cerita di sini.



Big ice cream ! Game baru kat A famosa. Thriller sangatt haha. Rugi plak rasa tak bukak mata time naik ni hahahaha. loll tapi seriously aku tak mampu nak bukak mata woii:p 
lepas turun dari situ pening lalat jadinya tapi bestt ! 

Tapi best lah, terubat luka di hati ini kena bayar mahal hahha.


sebelum balik. Bye korang ! maaf atas segala kekurangan layanan ;)

Okay, we stayed here ! 
disebabkan kitorang jalan sampai larut malam, kitorang duk kat homestay yang dekat dengan bandar melaka.
Homestay yang best, selesa dan murah. 
Dekat je dengan river cruise, nak jalan kaki pon boleh. 

Dan pagi tu kitorang sempat tengok perarakkan maulidurrasul dari homestay ni !








Wednesday, January 22, 2014

Hello !

Assalamualaikum.
Taktahu nak start dengan cerita apa memandangkan dah lama tak update blog haha.
Actually banyak benda yang aku dah plan nak update kat sini.
Macam-macam !
Tapi disebabkan final exam lepastu internet kat rumah buat hal pulakk terus terkubur segala idea-idea haha. 
Dah tak mampu nak tulis bebanyak dah.

 Cuti semester kali ni taktahulah kenapa, sekejapp sangat. Tak sampai sebulan pun. 

Dan aku rasa macam aku sorang je tak tengok result lagi. Tak pernah aku lambat tengok result. Semuanya sebab internet, macam mana fikir pun still rasa bengang. Aku beli mobile internet pun tak dapat signal langsung pergh bayangkanlah aku hidup dalam debaran hahaha lol result semester je pun -,-

 Lepastu bila internet dah okay, aku dapat tahu dah tak boleh tengok result haritu. Just wait for keputusan rasmi nanti pergh ! Walaupun aku tahu result haritu draft aje, aku pasti 99 % result tu takkan berubah dari result sebenar. 1% tu kalau ada pun just kesilapan teknikal. At least bolehla aku dapat hint sikit cemana result aku, ye dak ? 
Barulah boleh bina azam baru untuk semester baru. kahkah gituuu.

selamat tahun baru 2014 ! hehe since ni adalah post pertama untuk tahun 2014 hiii.
Mula2 aku nak buat flashback 2013 tapi malas dah.
Lambat sangat dah ni -,-

2014 nak jadi matang !
Dan tidak lupa juga nak kekalkan berat badan sebelum officially 21 hahaha.
sebab metabolisme badan makin kurang dan umur makin meningkat. Yeayy healthy life.
Azam apa ni woii. 

ohh ya, my buddies datang rumah jumaat lepas ! Diorang berdua baru habis exam dari USIM lepastu terus singgah rumah.
aww how i miss you all. Tapi ummi dan yana je yang datang, katanya yang lain ada hal.
Tapi still aku happy dah korang datang.
Diorang still sama cam dulu, tak berubah langsung. Tapi ummi pls lose some weight kekeke.

aku sekelas dengan ummi dari form 1 - form 5. Kecuali form 3.
Ngan yana plak form 4 & 5.
Aku harap kita kawan selama-lamanya inshaaAllah.
Thankyouu so much food biotechnologist to be and actuarist to be ! ( aminn )