Assalamualaikum.
Masa kejadian adalah pada 7 Disember 2013.
Hahh dah berapa minggu lepas dah baru nak update haha.
Maklumlah sekarang musim study week baru boleh bernafas lega sikit dari segala kelas assignment dan test. Dua hari lepas program ni pun ada test biochem pulak tu. Haruslah cerita dan gambar ni jadi pekasam.
so sebelum aku terlupa aku update lah sikit, lagipun study week ramai balik, wifi laju ! :P
Projek khidmat masyarakat ni dekat aje, kat Jerteh :D
Tempat penginapan orang tua-tua. Kiranya kami datang sini, dibahagi-bahagi kan tugas. Gotong-royong dan masak memasak. Haruslah aku tempatnya di luar, takkan aku nak tolong masak. apa pon tak boleh hahaha.
Ohh ya, kat sini bukan tempat penginapan orang tua-tua yang dibuang keluarga. Mereka masih ada family, time kitorang datang ni pun ramai je anak2 cucu datang melawat waktu petang. Nenek2 kat sini datang untuk belajar agama, kalau hari raya diorang baliklah rumah masing2.Kat sini setiap penghuni ada rumah masing2. Rumah kecik, tapi ada dapur dan toilet la. Ada lebih kurang 70 penghuni.
First time lidah melayu aku makan lauk ulam ulaman sihatt sangat. hehe. Lauk tengah hari, ikan singgang/ulam-ulaman/kerabu mangga/budu. Iolls dah pandai makan sayur tauu. sebab diet punya pasal makan sayur lebih banyak dari nasi pon sanggup. Oyeahh im that kind of girl so whatt. Ohh ya tahniah lah dekat Wa sebab berani pegang kucing. bhahaha.
Okay ini best.
Time aku, mummy dengan Shiro duduk2 lepak ngan nenek2 kat depan rumah, tetiba sorang nenek ni panggil kitorang ajak masuk rumah dia. Dengan malu-malu masuk jelah kan. Takkan nak ignore kan nenek ni. Rupanya nenek ajak berborak, sambil tolong dia lipat kain haha. Macam2 yang kitorang borakkan. Dari malu2 sampailah jadi tak tau malu. Nenek bagi makan jeruk dari penang sebab cucu dia duduk penang katanya. Bagi makan kacang semua lahh. Dan tak boleh blah nenek ni minat cerita hindustan. Amboi apa lagi galak lah mummy ngan nenek berborak. Maklumlah dah jumpa gang hahaha. Dan pastu nenek ni ajar kitorang menjahit :P Lasly kitorang panggil 'nenek bollywood' sebab nenek minat bollywood haha.
Okay time nak balik. Me sooo sad ! Kitorang salam2 dengan nenek2 kat situ. Sedih lah bila nenek2 ni cium kita, taktaulah teringat terus kat uwan ;(
Time nak keluar tu pulak, terserempak balik ngan nenek bollywood. Ya Allah sedih kann mummy ! nenek bollywood peluk kita cium2 lagi. Sebab aku ni bukan jenis yang senang nangis, aku sedih dalam hati jela. Tapi mummy siap nangis lagi haha :P padahal baru berapa jam je jumpa dan berborak. Agaknya terharu nenek2 tu layan kita macam cucu sendiri kott.
Kalau ada rezeki bolehlah datang sini lagi, jumpa nenek bollywood ;(
Tapi memang best program ni. sampai menangis terharu orang tu heheheh :P
Dengan tamatnya program ni, maka tamatlah koku untuk sem ini haha. Lega den -.-
Sem depan ambik koku teater plakk :P :P
Makin berdrama queen lah kitoranggg !