Assalamualaikum.
Since when belog aku dah jadi macam blog travel, asyik penuh dengan story jenjalan je. Adakah ini bermakna aku sedang dalam fasa menikmati kehidupan ini sepuas-puasnya ? lol.
Okay segalanya bermula bila aku dengan piya teringin nak naik train dari kelantan sebab Besut dah sempadan dengan kelantan. Dipendekkan cerita sebab malas nak taip pepanjang, akhirnya kitorang berempat - me,piya,wahida,wani ikut Ira balik rumah dia kat Pengkalan Kubur. wahh syokk. Seriously tak plan pun mula2 tapi tu lah yang dikatakan manusia hanya mampu merancang Allah yang menentukan heheh.
Hari Khamis takde kelas, so petang tu kitorang dah sampai rumah Ira. Tahukah anda Pengkalan Kubur sempadan sangatt dengan Thailand. Nampak tak sungai tu, belakang rumah ira je. sungai golok tauu. Kawen lari jom awokk! haha. Naik bot bayar rm1 dah sampai Thailand kata ira. hee.
abe askar sentiasa berkawal sana sini sebab sini dah masuk kawasan sempadan. Syukurlah Malaysia masih aman....
Ini bukti kitorang dah sampai Thailand. Ponn boleh kan haha.
Day 2
Wakaf che yeh. Banyak tudung muroh dehh. Aku dah beli sehelai tudung berainbow riot. Amboi riot sangatt.
Lepak KB Mall. Mas dan Nada pon join sekali. Classmates iolls ramai kelate. Dan rumah diorang dekat2 pulak tuh. syokk engkorang. aku ngan piya berdua je dari Melaka tapi rumah kitorang jauh gakk haha.
Pergi rumah Nur sebab dia jemput makan kat rumah ;)
Terima kasih Nur untuk layanan yang baik dan makanan yang sedapp. heee.
Ini pulak kat rumah makcik Wahida haha sebab makcik dia jemput datang rumah gak petang tu. Macam hari raya pulak hahaaha. Murah rezeki pelancong2 ni :P
Pantai Cahaya Bulan. Duduk menikmati pemandangan katanya sambil menikmati jagung.
since i dont care much. No. I dont care at all pasal bola, aku just lalu depan tu sambil fikir eh artis mana pulak tu semua nak ambik gambar dengan orang tu. Tapi tetiber bebudak ni eksaited gila nak ambik gambar sebab katanya tu pemain bola Kelantan, Indra putra. Lalu aku menyelit je sebelah tu walau tak kenal hahaha.
Tapi memang sabar gila si indra putra ni. sampai kitorang keluar masuk kedai tak habis2 org nak ambik gambar dengan dia. haihhh tu lah sebabnya aku taknak jadi artis. lollllololll jk.
Last day
Pasar tumpat. Merayau sementara tunggu pengkalan kubur bukak. Pasar ni lebih kurang macam pasar payang. Baru teringat kitorang tak singgah pasar siti khadijah pong :I
Menikmati udang/ikan/sotong celup tepung kat pantai sri tujuh. Sedapp !
Tengah makan tu ternampak plak paddle boat ni hahh. disebabkan masing2 jakun tak pernah naik, try jugak walau panas terik mentari habis sunburn muka.
Okay ini best. Pengkalan kubur - kawasan bebas cukai. Banyak pinggan mangkuk dan cokelat. Murah ke tak aku pon not sure sebab aku tak ambik tahu sangat harga2 barang ni hahaha. tapi murah sikit laa kot dari biasa.
Mee cambol. Enak bangatt. Taktau nak cakap cemana rasa dia.
Ala-ala yong tau foo kott.
Okay 6 petang. Masa untuk berlepas sobs ;(
Terima kasih Ira dan keluarga. Baikk sangat. Bagi makan, bagi tumpang rumah,
tumpang kereta, belanja kitorangg etc.
hehehe ini first time tau kite naik train. Malunye kite nak mengaku. Kecik2 dulu mak kite ada gak bawak naik train tapi kite dah tak ingat langsung dahh.
syokk woo. Ini kalau ada train Melaka-Terengganu memang naik train jelahh. Sebab siap ada katil memang best tidur nyenyak. Takdelah sakit belakang naik bas. Lagipun train lagi murah, rm48 tampin-kelantan. Tapi lambat sikit lah, 12 jam haha. setiap katil tu ada langsir, pakcik katil atas aku siap berdengkur tau tak kahkah.
Tak boleh blah kitorang cari surau jalan sampai belakang tak jumpa. Last2 solat atas katil je. Azab sikit lah time pergi toilet, bergoyang kiri kanan. Tension pon ada gak hahaha.
Okay last. Menyesal tak call ibu cakap nak beli coklat. Boleh beli banyak2 sampai seratus hengget kalau ibu hulurkan dana sikit, sayang duit kahkah.
Tapi ni pon dah banyak woihh. cukupler tu. Tak muat pula baju aku lepas ni hahah.
Okay habis jalan untuk sem ini. Kot lah hehehe.
cuti seminggu tapi kejap je rasa sebab banyak gila kerja, assignment dan test. Dahlah bila balik je mood buat kerja terbang melayang layang dibawa angin malas. haha.
Allah kuatkanlah semangatku.
p/s - Dramacrazy is back ! <3 font="">3>
aku yang jadi crazy sebab time aku banyak kerja ni lah dia nak buat comeback lol.