Ramadhan kali ini agak bermakna berbanding ramadhan tahun-tahun lepas.Sebab first time aku bekerja. rasa sendiri kesusahan mencari duit. Yelah kan asyik hidup senanggg je, sekali sekala blajo ler hidup susah sikit ye dakk.
Dan memang bekerja itu susah. Bagi aku haha.
Aku kerja kat kilang kecik, kilang rempeyek. Untuk hari raya ni diorang dapat banyak tempahan, so kiranya aku kerja untuk sepanjang bulan puasa ni jelahh. Tauke tu pun orang taman aku juga, so adalah jugak jumpa kawan lama =,=
Aku kerja bahagian packing je, kiranya kerja aku ni senang je lah.
Pagi2 datang kerja, keluarkan beratus-ratus balang dari plastik, susun blabla.Pastu tunggu kerepek siap dimasak. Masukkan aje kerepek tu dalam balang. Dalam sehari adalah dalam 200-300 balang kerepek. Pastu yang reject tu aku kena timbang 500g, then sealed it. As simple as that. Kerja sama2 ngan aku adalah dalam 3-4 org lagi.
Kerja ni dengar macam simple hek elehh apa yang penatnya !
tapi penat gilee tau sebab dahlah kena berdiri,lenguh kaki iolls ni tau. pastu kena angkat dulang kerepek yang dah siap dimasak, kena angkat balang lagi, time bulan puasa pulak tu. Bila berterusan buat selama 8/9 jam penat lah jawabnya.
Dahlah bahagian packing tak ramai orang, tu pun dia tanya aku boleh datang malam tak ? Pergh mati hidup semula pun takkan sanggup aku nak datang malam. Aku tak sededikasi itu okay. Nasib baiklah ada alasan, rumah saya jauh kat Lubok cina. memang tak saya nak datang. Alasan kukuh :P
Lagipun malam nak pi tarawih, rugi lah setahun sekali je ramadhan tapi tak pegi tarawih kan.
First day pergi kerja aku dah malas nak datang lagi and i was like what the heck am i doing lagi best tidur kat rumah, this is not me ! hahaha tapi bengong kau takkan tak datang lagi. mengada giler lah kan, bukan kena kerja berat pon. So i just endure it.
Sepanjang kerja tu, aku senyapp jelah, aku datang untuk kerja bukan untuk bercakap.
Lagipun segala topik yang diorang borakkan bukan level aku. Level aku ni dia ada up sikit *flip hair* hahaha.
I mean aku ni masih bujang suci gituw, diorang semua makcik2/akak2 yang dah kahwin. So perbualan diorang engko pepaham lah.
so, di sini aku dapat kenal pelbagai lagi perangai macam2 manusia yang tak pernah aku jumpa sebelum ini dalam hidup aku.
*ada maksud mendalam nih :P *
Nak cakap lebih2 pun malaslah aku kan, tak memasal blog suci aku ini jadi medium umpatan. Bulan puasa pulok tuh heheh.
Yang paling sengal first day kerja aku siap pakai blouse + jeans + handbag kebaboomm sangat kau macam nak pi shopping. Lepastu malu sendiri bila tengok semua orang selekeh2 pakai baju buruk dengan seluar tidur je haha.
So esok dan hari seterusnya aku pakai tshirt taknak blouse bagai. Tapi takdelah selekeh, imej sbg seorang gadis dan mahasiswi unisza perlu dijaga
kahkahkah.
Dan hari keempat bekerja baru aku tahu rupanya nama kerepek yang aku duk isi hari2 dalam balang tu rupanya nama dia REMPEYEK. haha.
selama ni aku sebut kerepek, kerepek.
bandar sangat ler kan, rempeyek pun taktahu =,=
Dan dah seminggu aku kerja, so far okay lahh. Kalau ikutkan hati dah taknak aku kerja lagi dah, tapi taknak lah juga terlalu manjakan diri. Yang tak boleh blah sebab nak siapkan juga rempeyek tu sebelum raya, seminggu kerja takde cuti. Nasib baik sabtu ahad separuh hari je. Dan secara jujurnya aku taktahu gaji berapa -,- Nak tanya segan. Tapi harapnya berbaloi dengan tulang empat kerat aku yang julung kali digunakan secara maksimum ini. heheh.
Kesimpulannya,
ini lah first and last aku kerja kot. hehehehh.
Atleast ada lah experienced sebelum praktikal nanti. Manalah tahu time praktikal lagi teruk kan, takdelah aku terkujat nanti.
Itu pentingnya ilmu ;)
pengalaman ni buat aku nak belajar sampai peringkat setinggi mungkin. Taknak jadi kuli hahaha!
sengal sengal precious body aku ni tauu.
sekian pengalaman selama seminggu saya.
Qila yang banyak cakap tapi pendiam kat tempat kerjanya. We'll see sampai bila dak qila pendiam gitu haha.
P/s -
Tahniah kepada semua lepasan matrik/diploma/stpm yang dapat sambung degree. especially siapa yang dapat sambung sarjana muda teknologi makanan unisza haha! Mula2 akan rasa pehh kenapa aku dapat unisza sehh ! kahkah. Tapi percayalah, lama2 anda akan rasa gembira dan bersyukur. Perancangan Allah itu lah yang terbaik ;)