Thursday, February 28, 2013

5 years.

1 March 2013.
Happy 5th anniversary, D.0 !



Really miss the old moments together.
May Allah bless, ameen :)

Lots of love, 
D.0 12

i'm really impressed with Ummi :)
She appreciates our friendship much more than i do. 
She never forgot my birthday, our anniversary and sometimes will text me,
asked about studies, just to say hello or just a simple gudnite msg !
Terharu sangat tauu :)

 Saya tak lupa kawan-kawan saya. Never. Mana mungkin saya lupakan kawan2 yang makan bersama, mandi bersama, susah senang bersama, belajar bersama. Semuanyalahh!
Cuma kadang2 bila dah ada new life rasa 'terlupa' seketika lepastu kalau ada org post gambar2 lama kat fb barulah terhegeh-hegeh komen 'rindunyew' padahal jarang sekali bertanya khabar.lols.

 Dan Allah s.w.t. menyuruh bersilaturrahim dalam beberapa ayat al-Quran yang berbunyi: "Dan takutlah kamu pada Allah yang dalam semua hajatmu kamu minta padaNya dan jagalah hubungan kerabatmu. Dan jangan kamu putuskan hubungan dengan mereka." 

Inna Allaha ya'muru bil adli ihsani wa ieta'i dzil qurba. (Yang bermaksud): "Sungguh Allah menyuruh kamu berlaku adil (beriman kepada Allah s.w.t.) dan berlaku baik terhadap sesama makhluk dan menyambung hubungan kerabat."


Pendek kata, 
maafkan aku sebab aku bukanlah kawan yang baik.
Aku tak mampu nak selalu contact korang, aku tak ingat pun anniversary bagai.
Teringat pun sebab Ummi yang msj aku.
Doa aku, agar kamu semua sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah swt.


p/s - Tak dapat nak update panjang2 akibat kekangan masa.

Monday, February 25, 2013

Lelaki Kacak.


Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.
 Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.
 Tetapi orang yang kacak itu akan berkata : “Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!” Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata: “Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat.Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi” Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat – malaikat dari syurga”.
 Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi.
teringin untuk ditemani lelaki kacak ini. kannnn ? :D
Saya menulis bukan kerana saya baik. Saya mengingatkan bukan kerana saya cukup solehah.Kerana saya cuma insan biasa yang setiap saat dan setiap ketika melakukan maksiat dan dosa. Saya cuma berkongsi dengan harapan perkongsian yang sedikit inilah yang mampu memberi manfaat kepada orang lain inshaallah. 
Wallahua'lam.
p/s-
I like this very very much and i'm hoping that one day i'll be able to meet this 'lelaki kacak'..
instead of keep dreaming about 'bakal imamku' lols.


Wednesday, February 20, 2013

First week.


First week of sem II 2013.
Hari Ahad je ada kelas.
Lepastu Isnin, Selasa, Rabu langsung takde kelas.
Oh God nampak tak keboringan di situ ?
Dahlah sampai unisza kemain awal. Sabtu pagi dah bertapa kat unisza taktahu nak buat apa.
nak study pon taktahu nak study apa maklumlah tak masuk kelas lagi harhar.

Maka macam biasalah kalau bosan pi KT. kahkah. What to expect when we are here,
Terengganu ? Aku peliklah orang Ganu ni diorang kalau melepak nak lepak kat mana eh.
I mean kalau diorang duduk Kuala Terengganu lah. Tak ke jauh kalau nak pi Mesra Mall kat Kemaman sana. Kemaman ke Dungun eh? sorry i'm sleeping all the time on my way here lols.

 naik cas ligas. Sebab weekday dan tak ramai orang, seronok lahh.
eksaited nya muka aku kahkah.

makan. tak ramai orang jugak. bertambah seronok.

Aku takde benda nak beli kat mydin lepastu aku beli bantal. Ingatkan dapat plastik lepastu cashier cakap takde plastik besar. Go green kononlah.Terpaksa usung sana sini dengan bantal. Rasa nak pulangkan balik je bantal tu tapi takkanlah kannn !
Habis kena bahan dengan bebudak nih sebab beli bantal peluk.
waddehekk apa dosa aku dan bantal tersebut HAHAHA.

p/s-

I had english class just now and we need to introduce ourselves and also hv to tell miss our hobby. I told her my hobby is reading novels. OMG, it's been a long time since i read my last novel. But then my friends asked me, why u didnt tell her that ur hobby is blogging.
Nampak kelainan sikit.harhar. Oh i didnt consider it as hobby because I just write here randomly about what happened in my life so one day i can read it again. hihi.
And also i dont like too many people read my blog. coz i'll feel lil bit awkward to write.seriously.
Only for my family and also for my close friends. 
*tetiber speaking* broken enough ? :P

dalam banyak-banyak soalan, aku tak suka orang tanya 2 soalan ni kat aku,

''apa hobi awak?'' dan ''apa cita2 awak?''


sebab lepastu aku kena perah otak nak bagi jawapan.lol
Biasanya aku jawab 'baca novel' . Untuk cita2, dulu aku jawab nak jadi 'cikgu'.
Tapi sekarang ni mungkin aku akan jawab 'food technologist' .

Kesian betul jadi aku ni.

Sunday, February 17, 2013

Ajal tidak mengira usia

Assalamualaikum.

Innalillahi wainna ilaihirajiun.

Baru kelmarin dapat berita tentang kehilangan rakan sematrik, dan harini dapat pula berita tentang kematian salah seorang senior sharodz batch 0509. batch setahun atas saya :(
ex kmm juga, study di UMS.

Allah ;(
Walau tak rapat dengan senior tu, tapi sebab arwah ialah salah seorang yang saya
kenal, rasa sedih juga :( selalu je nampak arwah masa saya form 3 dulu sebab dorm kami aras yang sama.

saya #copypaste status salah seorang sahabat arwah.

MTC ke-5 semalam, tak senang duduk bila dapat tahu sahabat sharodzian tenat secara mengejut. sahabat itu yang jadi teman belajar sekelas dari Tingkatan 1 hingga 5. sahabat itu, yang tegas sepanjang menjadi Ketua Tingkatan kami. sahabat itu, yang pintar dan hampir mencapai cita cita further study di Jepun. 

dan pagi ini, menggeletar tangan bila dapat berita beliau sudah tiada. status beliau bertukar almarhumah dalam sekelip mata. hanya sekadar mengadu pening pening kepala sepanjang flight, jatuh pengsan, dan pergi hari ini.

Nur Amirah Syakirah , tenanglah dikau di sana, di sisi Tuhan. kembali kepada asal perantauan manusia, untuk bertemu Dia. kembali pada realiti yang kekal selamanya, dari musafir sementara di dunia. kembali kepada realiti kematian yang umpama mimpi, dari mimpi dunia yang menipu daya.

"...Maka apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun" [An-Nahl : 61 ]

"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan kamu akan dikembalika hanya kepada kami " [Al- Anbiya' : 35]

Allahummaghfirlaha warhamha wa'afiha wa'fuanha

sungguh, kematian tidak memilih yang tua sahaja. perjuangan almarhumah sudah selesai, sedang kita masih terkapai-kapai mencungap, meneruskan tanggungjawab sebagai khalifah dan hamba. Allahu akbar


"Setiap manusia pasti akan merasai mati. dan sesungguhnya pahala kamu akan disempurnakan pada hari kiamat. sesiapa yang dijauhkan daripada neraka dan didekatkan dengan syurga maka dia sesungguhnya dia telah beruntung. kehidupan ini hanyalah kesenangan yang memperdayakan"
- ali-imran:185

Al-Fatihah.

Ya Allah, kekalkanlah ingatan kami terhadap kematian buat selamanya.Bukan pada hari ini sahaja. Aminn.

p/s - Kita semua bakal jenazah. Mungkin esok atau lusa giliran kita pula.
 Cukupkah amalan kita ?
#selfreflect


Wednesday, February 13, 2013

permulaan

Assalamualaikum.

Result sem 1 dah keluar :D Tak kira lah bagus atau tidak, perkara pertama yang perlu diucapkan adalah alhamdulillah syukur pada Allah ;)
Aku target mesti lebih dari pointer matrik tapi nampaknya tak tercapai hewhew.
Banyak main dan banyak tidoq, padan lah dengan muka aku. teheee.

Cuma bagi aku, result sem 1 ni adalah permulaan. 
Permulaan pada sebuah perjalanan yang masih panjang.
yeahh masih panjangg ! Ada baki 7 sem lagi bebbb ! :0
*Fuhh lama lagi tuuu*

  Inshaallah mahu berusaha lebih kuat lagi berbanding dulu. Yang penting carry mark mesti tinggi sebab carry mark aku rendah lah yang membuatkan kebanyakkan subjek jatuh tergolek-golek lols. kesian :P

Alhamdulillah tahniah fantastic four ! dan semua foodtecheroes.
Korang hebat2 belaka :D

Nama pun foodtecheroes, mesti lah hebat ye dak ?

"Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih." - 
(Surah Ibrahim, ayat 7)

bersyukur. sebab kekadang terlintas perasaan tak puas hati dalam diri ini. My bad.
Kalau bersyukur, inshaallah akan dapat lebihhh lagi :)


K kali ni betul2 last entry hehe. sebab esok malam inshaallah nak balek terengganu dahh.
Dan bersedia untuk memulakan sem 2 yang lebih mencabar.
sangat mencabar, baru sem 2. belum sem seterusnya lagi. kena kuatkan semangat.

Selamat maju jaya kepada semuaa !

annyeong !


Old pictures

Assalamualaikum.

Aku sedih tau tak sebab tak dapat jumpa semula gambar aku kat friendster.
friendster sekarang ni dah tak macam dulu. Di samping tiada orang menggunakannya lagi, friendster juga dah hilangkan semuaaa gambar2 aku kat situ. Banyak gilaaa kot kenangan kat friendster tuh. grr geramnyaa. Tinggal boleh main game je kat friendster tuh.
k fine aku still boleh ingat password dan email fs aku.hihi

Dan jugak gambar2 lama takde dlm simpanan aku sebab aku bukan jenis suka simpan gambar.Desktop lama dah rosak dalam tu banyak gambar aku watlekk je. yelahh, dulu masa zaman rumah alor gajah semua org guna satu desktop je. Masa tu pun perasaan nak treasure gambar2 dengan harapan untuk kenangan satu hari nanti pun tak timbul lagi.
Tapi bila teringat balik haihhh menyesal tak sudah. 
*ketuk ketuk kepala*

Tapi tak sangka tagged masih boleh digunakan lagi dan aku pun try buka
acc aku.hihi.Dann ada beberapa gambar aku yang telah dijumpai.
Gambar zaman dedulu. Takdelah dedulu sangat, 4, 5 tahun lepas lebih kurang.

 comel gila dak aid ! tapi sekarang pun makin 'comel' . hihi
ni masa aku form 3 sebab baju tu baju kelas 3 Aisyah :)

 ni pun masa aku form 3 ! gambar dalam boat kat Taman Negara Pahang 5 tahun lepas.
Time tu tak buat blog lagi so kenangan kat sana takde tertulis di mana2 ;(
Dan gambar kenangan semua kat sana dah hilang sobs ;(
Aku upload gambar kat friendster dan gambar kat desktop hilanggg ;(
Di mana nak kucari semula yer gambar2 kat sana ? Mungkin kena tanya classmates dedulu haha.

 tak ingat gambar tahun bila. Tapi ni gambar raya.
Kurus kan dak aid ? haha.
Aku pun kurus jugak time ni kalau nak banding sekarang. HAHA.

Azam mengada : Nak lebih kurus macam masa sekolah dulu.







Tuesday, February 12, 2013

wordless tuesday : Last entry kot

Assalamualaikum.

omo omo omo kenapa comel sangat ??!!

muka khalisha macam teruja je kena cium dengan akak hahaha

*gambar cukur jambul khalisha*

Lastly,
Sedihnyaaa nak balek terengganu dahh.
Tak puas cuti lagi.
Tak puas tidur lagi.
Tak puas tengok korea lagi.
Tak puas berileks lagi kat rumah.

*kalo macamtu baik kau berhenti belajar jelah qila oi harhar*

K kembali ke alam realiti. 
Jadual semester 2 keluar dah pun, sangat2 packed okay
jadual sem 2. baru tengok je pun dah rasa malas nak pi kelas.
haha Ya Allah teruknya perangai oiittt.

Okay okay mula berazam untuk buat yang lebih baik berbanding sem 1.
Kurangkan main, kurangkan tidur, lebih banyakkan ibadat,
lebih rajin, taknak main2 kalau ada test, datang awal ke kelas - aku tak pernah ponteng klas okay setakat ni even pernah lewat bangun lepastu
masuk kelas sejam lambat. asalkan datang okaylah kan?haha


okay rasanya ni entry terakhir sebelum pulang ke tempat menuntut
ilmu sayaaa.

 annyeong !




Monday, February 11, 2013

God of study


synopsis
Kang Suk Ho (Kim Soo Ro) adalah seorang peguam yang asalnya mahu membantu sekolah tinggi bernama Byeong Mun High School untuk elakkan ianya dari diambil alih oleh syarikat lain tetapi akhirnya beliau bergelut untuk memulihkan sekolah itu. Dalam usaha untuk memenuhi hasrat beliau, beliau berjanji kepada pengarah sekolah bahawa dia akan membuat sekurang-kurangnya 5 orang pelajar diterima ke kolej yang paling berprestij di Korea, Chunha Dae University. 


Cerita ni sangat sangat memberi motivasi kepada kita. Dari budak yang tak pandai asyik failed je kepada budak yang akhirnya dapat berjaya. 
Dan of course because of their hard work. Sampaikan buat kem kat skolah. Diorang ni sangat struggle untuk capai kejayaan. Mereka totally idiots dan semestinya usaha mereka kena berganda dari orang lain. K disini aku sangat suka dengan lawyer park dan satu-satunya cikgu yang sokong diorang iaitu miss Han Soo Jung. sebab diorang come up with many plans to make sure all the students will be accepted to Chunha Uni.

Tapi, aku tak suka watak cikgu2 kat sekolah tu. Sepatutnya sbg cikgu, mereka kena sokong segala yang lawyer park buat untuk kebaikan students. Bagi diorang, students tu teruk dan takkan dapat diubah lagi. without any effort to change them *sigh*


Yeahh, i love this story because will make us realized there's no success without any effort.

 Bagi aku semangat lah nak teruskan sem 2 ni. Sebab sem 1 banyak main,
inshaallah kalau put all efforts for next sem, target akan tercapai.
oyeahh

cerita ni sangat bagus k tapi aku tak habis tengok lagi harhar. So kalau nak tahu ending kena lah pergi tengok sendiri. Di akhir cerita ni ada juga diselitkan tips2 belajar untuk semua yang bergelar students. 

p/s - minggu terakhir kat rumah. sobs sedihnyaa ;(



Tuesday, February 5, 2013

Full : Reunion @ Waterworld, A Famosa

Assalamualaikum.



Siapa yang suggest kan tempat ni aku pun aku taktahu, aku ikut je hewhew.
Ni kali yang keberapa aku pergi sini pun taktahu juga.
Time kecik2 sampai lah besar adalah dalam 2, 3 kali juga pegi sini.
Dulu pergi sini pakai spender je, sekarang dah besar. kahkah.
rindunya masa lalu.

kami pergi berlima - aku, pika, ezy, nad dan mashi.
semua ni budak2 sematrik aku.
Semua budak melaka, kecuali Nad budak soromban.
Dan semua dapat U yang lain2 dan jauh2 belaka.
Mashi kat USM, pika UM, ezy UMK, Nad uniMAP.

'oleh kerana kita semua berjumpa di Melaka, kalau ada apa2 reunion kena buat kat Melaka jugaklah' ( Mira, 2013 )


kanak-kanak riang.

 serius best sebab takde orang. Bukan musim cuti sekolah kann.
Kalau nak naik gelongsor tinggi2 tu sampai 100 kali pun takpe sebab kalau musim cuti,
sampai kena beratur panjang uolls nak tunggu turn.
Tapi kitorang naik sekali je. Tak larat nak naik tangga tinggi2 harhar.



Lazy River.
melazykan diri atas pelampung. 
pelampung kena sewa, tak termasuk bayar tiket.

Aladdin.



Kat sini ada gelongsor jugak, paras air setakat paras pinggang je tapi still aku takut kahkah.
Tempat kanak2 pun kau takut qila, aptb.


Left : Ezy | Right : Mashi

can u see the keladak ? ohh tolonglah upgrade sikit
waterworld ni. Dari dulu sampai sekarang sama je. Kalau ada tambah pun, sikit2 je.
 Keladak bererti dinding yang berlumut kehijau-hijauan.
Dah berapa tahun agaknya waterworld ni -.-

makan. ayam sampai 3 ketul, kalau time ramai orang agaknya dapat tak sampai 3 ketul ayam sorang ?
Tiket masuk rm 35 sorang siap pakej makanan.
Oh well, baru tahu exact harga tiket sebab sebelum ni masuk dapat tiket free
atau family day MPAG atau ayah yang beli tiket.
Kali ni beli tiket sendiri, baru tahu. Selama ni ingatkan bayaran masuk rm40++.

with ezy, ex roommate saya kuat tidur kahkah.
sory ezy jangan marah nanti pakwe lari harhar.

makcik belakang tu bukan geng kitorang tau. haha jahatnya aku.

Tips : Kalau pergi mana2 tempat yang ada air, jangan pakai tudung bawal
agar ianya tidak terkelepet. ngehngeh. Pakailah syria atau tudung indon je lol.

Begitu juga time musim hujan.
Geramnya kalau tudung terkelepet time hujan.
Kalau tak bawak payung, letak buku/fail atas kepala.
Yes, badan memang basah tapi awning tudung kena jaga harhar.

sebelum balik.
With Nad dan Ezy, ex- roommates sayaa.
Gonna miss u both.

Inshaallah ketemu lagi kita nanti. 
Belum berkesempatan lagi nak jumpa schoolmates dan classmates matrik.
Beraktiviti bersama macamni. Tapi tolonglah jangan nak pi waterworld.
Muak aku pergi sini haha. Tapi yang penting jumpa kawan2, dan suasana tu mesti berbeza,
ye dak ?

k lepasni kalau mama wing nak buat reunion aku taknak buat
kat waterworld.



Monday, February 4, 2013

49 days | korean drama review

Assalamualaikum.

Sebab cuti lagi 2 minggu nak habis, aku punya mood nak tengok drama korea pun dah habis.Nak gunakan masa yang tinggal ni dengan buat benda2 lain pulak.haha.
49 days.

Description: Shin Ji Hyun (Nam Gyu Ri) is a girl that loves and trusts her bestfriends so much and in preparation for her wedding with Kang Min Ho (Bae Soo Bin). Several days before wedding, she gets into car accident that brings her in to coma. Her soul is being told by a scheduler (Jung Il Woo) from heaven that she is given 49 days to find 3 people who would truly cry for her exclude families or blood related. In hose 49 days, she borrows Song Yi Kyung (Lee Yo Won)'s body to live in human world and found the truth about true love from her friend, Han Kang (Jo Hyun Jae).
Episodes: 20   | Year: 2011        


Cerita ni sangat sedih lololol.Serius tanpa disedari menitik juga setitis dua air mata aku. haha. Sungguh complicated cerita ni dan agak mengarut juga dengan watak malaikat pencabut nyawa/scheduler bagai.Sebagai org islam tak leh percaya lah, terpesong akidah nanti. Just tengok for fun jelah heheh.

Sepanjang 49 hari tu, Ji Hyun yang pinjam badan Yi Kyung banyak tahu banyak perkara. Rupanya kawan baik dia sendiri dan tunang dia jahat dan tak pernah sayangkan dia. sedih gilaa kan bila dapat tahu. Sebaliknya, orang lain yang selama ni dia sangka bencikan dia, sebenarnya sayangkan dia ;)

Dan Ji Hyun berjaya kumpul  3 air mata tu dan dia dapat hidup kembali. Tapi! sesuatu yang tak dijangka berlaku. Nak tahu kena tengok sendiri kahkah.
Sad ending tapi very good ending, sebab kita takkan jangka ending dia macamtu. wuuu. Tapi it's very worth to watch, sebab ianya menunjukkan cinta dan kasih sayang yang sejati. wahhh gituww kan. 

Saya bagi 5 bintang penuh untuk cerita ini. hekhek.

Saturday, February 2, 2013

Update : Entry hujung minggu

Assalamualaikum.


kali kedua pergi tengok nunun kat upm. Mula2
plan nak pergi minggu depan sebab semua org ada tapi dah tak jadi pulakk.
Maka, kali ni aku, amer, aid jelah yang ada.
Untunglah si debab semua tempat dia je ikut.
Ibu ayah pergi mana2 pun dia ikut. sibukkkkk je :P

 pergi makan kat satay kajang.
Aid menyibuk lagi.
Orang makan satay, dia makan nasi :P

 nunun nak exam lepastu tak paham math.
Suruh aku ajar lol. Time ni rasa macam loser gilaa sebab tak dapat ingat apa 
yang miss tan ajar time kat matrik harhar. Padahal aku kemain suka math kat matrik, asyik muka aku je menempel kat meja miss tan kahkah.
Tapi serius otak dah berkarat, kalau nak ajar semula boleh tapi kena take time study balek ah.
Sory ler nunun kau pi lah tanya kengkawan kau mano yg ko tak paham tu -.-

Lepasni entah bila nak merasa satay kajang lagi.
Aku nampak satay time kat tganu bila pi pasar malam je lol.
Tu pon tak pernah berselera pun nak beli.


Dah taktahu nak merepek apa lagi hahah.

Sekian untuk entry ringkas hujung minggu ini.

Friday, February 1, 2013

wordless Friday : reunion

Assalamualaikum.


picture by pika .

perjumpaan kembali bersama rakan rakan sematrikulasi yang baru je
tak jumpa beberapa bulan lalu . Ehh tak. Nak dekat setahun lah juga hikkss.
Had a great time with them,
Thanks girls :D