Wednesday, December 25, 2013

Final sem III

Date/time
Subjects
Monday
( 30 Dec 2013 )

9 AM - 12 PM
MAS 3013
BUSINESS ACCOUNTING

Wednesday
( 1 January 2014 )

9 AM – 11.30 AM
FDS 3213
CALCULUS
Sunday
( 5 January 2014 )

2.30 PM – 4 PM
UIU 3012
AKIDAH DAN AKHLAK
Monday
( 6 January 2014 )

9 AM – 12 PM
FIS 3013
FOOD BIOCHEMISTRY
Wednesday
( 8 January 2014 )

TKF 3283
INFORMATION TECHNOLOGY
Sunday
( 12 January 2014 )

9 AM – 12 PM
FES 3013
FUNDAMENTAL OF FOOD PROCESS ENGINEERING


Study kerana Allah ^^

Sunday, December 22, 2013

Dua Puluh

Alhamdulillah. Yesterday 22 dec 2013 was my 20th birthday ;)
haha no more teen .
I cried a lot yesterday. Hahaha. 
This is soo not me ! 

Bangun je pagi I received few messages from family and close friends. Ayah ibu liah nunun. Amer je tak wish besday aku. And im sure he dont know that yesterday was my birthday, typical him.
Diorang semua holiday kat pangkor dan the fact that im not there with them make me so sad hahhaa. Cried again. 
Nak hadiah besdayyyy ! :P 

 thanks for my classmates for the party and birthday prank. Celebrate dengan Fadh sekali. Jarang jumpa org yang sama tarikh besday ngan aku huuu.


Gamba kek je yang leh letak sebab memasing malas tahap gaban nak bertudung bagai tengah2 malam.


Okay, terharu .
*crying*
 I know im lacking a lot. Im not a good friend to them still they made a surprise birthday party for me, buying cake and made a video even we are soo busy with our 
final exam now.
so thank you mummy piya wahida tak lupa jugak wani ! Haha. Even tak berapa nak surprise sebab korang tertypo tapi still im appreciate it soo much! Terima kasih Allah, u r giving me such a good friends. Real friends.

Lastly, few wishes from family and friends. Tak dilupa kawan2 fb. Walau nampak benor malas letak HB je. hahha.
Abaikan dak liah ngan amal yang pepagi dah hanta mesej mengarut. Padan muka gamba tu aku upload kat insta. Thanks for video merepek engkorang tu =,=


Harap-harap aku jadi makin matang lepasni *ehem ehem*


yes, my grammar sucks and i dont really care about that ><


Friday, December 20, 2013

Projek Pemadam : Sehari jalinan kasih :D

Assalamualaikum.

Masa kejadian adalah pada 7 Disember 2013. 
Hahh dah berapa minggu lepas dah baru nak update haha.
Maklumlah sekarang musim study week baru boleh bernafas lega sikit dari segala kelas assignment dan test. Dua hari lepas program ni pun ada test biochem pulak tu. Haruslah cerita dan gambar ni jadi pekasam.
so sebelum aku terlupa aku update lah sikit, lagipun study week ramai balik, wifi laju ! :P


  Projek khidmat masyarakat ni dekat aje, kat Jerteh :D 
Tempat penginapan orang tua-tua. Kiranya kami datang sini, dibahagi-bahagi kan tugas. Gotong-royong dan masak memasak. Haruslah aku tempatnya di luar, takkan aku nak tolong masak. apa pon tak boleh hahaha. 
Ohh ya, kat sini bukan tempat penginapan orang tua-tua yang dibuang keluarga. Mereka masih ada family, time kitorang datang ni pun ramai je anak2 cucu datang melawat waktu petang. Nenek2 kat sini datang untuk belajar agama, kalau hari raya diorang baliklah rumah masing2.Kat sini setiap penghuni ada rumah masing2. Rumah kecik, tapi ada dapur dan toilet la. Ada lebih kurang 70 penghuni.

 First time lidah melayu aku makan lauk ulam ulaman sihatt sangat. hehe. Lauk tengah hari, ikan singgang/ulam-ulaman/kerabu mangga/budu. Iolls dah pandai makan sayur tauu. sebab diet punya pasal makan sayur lebih banyak dari nasi pon sanggup. Oyeahh im that kind of girl so whatt. Ohh ya tahniah lah dekat Wa sebab berani pegang kucing. bhahaha. 

Okay ini best.
Time aku, mummy dengan Shiro duduk2 lepak ngan nenek2 kat depan rumah, tetiba sorang nenek ni panggil kitorang ajak masuk rumah dia. Dengan malu-malu masuk jelah kan. Takkan nak ignore kan nenek ni. Rupanya nenek ajak berborak, sambil tolong dia lipat kain haha. Macam2 yang kitorang borakkan. Dari malu2 sampailah jadi tak tau malu. Nenek bagi makan jeruk dari penang sebab cucu dia duduk penang katanya. Bagi makan kacang semua lahh. Dan tak boleh blah nenek ni minat cerita hindustan. Amboi apa lagi galak lah mummy ngan nenek berborak. Maklumlah dah jumpa gang hahaha. Dan pastu nenek ni ajar kitorang menjahit :P Lasly kitorang panggil 'nenek bollywood' sebab nenek minat bollywood haha.

Okay time nak balik. Me sooo sad ! Kitorang salam2 dengan nenek2 kat situ. Sedih lah bila nenek2 ni cium kita, taktaulah teringat terus kat uwan ;(
Time nak keluar tu pulak, terserempak balik ngan nenek bollywood. Ya Allah sedih kann mummy ! nenek bollywood peluk kita cium2 lagi. Sebab aku ni bukan jenis yang senang nangis, aku sedih dalam hati jela. Tapi mummy siap nangis lagi haha :P padahal baru berapa jam je jumpa dan berborak. Agaknya terharu nenek2 tu layan kita macam cucu sendiri kott. 
Kalau ada rezeki bolehlah datang sini lagi, jumpa nenek bollywood ;(

Tapi memang best program ni. sampai menangis terharu orang tu heheheh :P
 Dengan tamatnya program ni, maka tamatlah koku untuk sem ini haha. Lega den -.-
Sem depan ambik koku teater plakk :P :P 
Makin berdrama queen lah kitoranggg !

Thursday, December 19, 2013

Congratulations !

Assalamualaikum.

So, harini jugak result pmr 2013 dah keluar. PMR terakhir ! Untung ler sapa yang terlepas tu hikhik tapi tak bestlah takde PMR. Time PMR ler kau nak merasa dapat banyak A kahkahkah. LOL ni ayat orang dapat SPM lagi sikit dari PMR. InshaaAllah kalau adik2 semua terus kekalkan usaha dan makin melipatgandakan usaha, akan dapat lebih banyak A dari spm. Pesanan ikhlas, xoxo.

CONGRATULATIONS to my sister, Akmal Khalidah Hasan. 
Alhamdulillah, 9A ;)
Seriously aku annoying gila kau asyik post kat instagram ngan fesbuk pasal ko takut ngan result PMR ko. Rileks sudah. Time aku dulu takde nak post kat fesbuk 
( ayat jeles sebab zaman tu takde fesbuk lagi ) . 
Aku dah memang agak dan yakin ko dapat straight A. Tapi aku malas je nak cakap, kang ko perasan plak. haha. Btw thanks editkan blog aku. Biase je, takdo lah lawa mana haha.
Tahniah kerana dah berjaya, tapi PMR ni hanya permulaan. Jadikan result ni pembakar semangat untuk terus berusaha sampai SPM. dan seterus seterusnya lah. 

Sekali lagi tahniah pada ibu dan ayah ;)
Rasanya ni kali keberapa aku cakap, penyumbang terbesar kejayaan kami adik beradik semua adalah kerana didikan dan dorongan ibu ayah :)
We are sooo proud to have both of you as our parents ! 
Lepas ni kita tunggu result spm dak liah pulak ya ;)

Okay selingan, harini last class untuk sem 3. Masa untuk berhibernasi - study week haha.
Marilah berseronok bersama buku-buku dan nota-nota hihi.
Tak sabar nak habis exam ! penat huiii sem nii :D

Semoga berjaya sahabat-sahabatku !

Friday, December 13, 2013

Terakhir

Assalamualaikum.

Minggu terakhir sem 3.

Allah, cepatnya masa berlalu.
Banyak yang nak update. Tapi kalau nak update panjang lebar, memerlukan masa yang panjang dan sekarang ini secara jujurnya aku takde masa.


Susah juga kan nak dapat ijazah ni. hahaha.

And i love this phrase so much,

''Jika kamu tidak dapat menanggung lelahnya belajar, kamu akan menghadapi peritnya menanggung kebodohan"

Entah mana aku pernah terbaca, lebih kurang macam tu ayat dia. yang pernah share tu terima kasih. 

Tak sabar nak balik rumah ! 


Buat sahabat-sahabat saya,
Asalkan kita masih ada antara satu sama lain, tak perlu kita nak menghiraukan kata-kata orang lain. 
Buat apa kawan yang ramai kalau mereka itu sebenarnya lebih ramai lawan dari kawan.
Lebih baik kawan tak ramai tapi mereka itu sebenar-benar sahabat.
if u know what i mean :D



Sunday, November 24, 2013

sukaneka pemadam 2013

Hollaa ~
22 november 2013.
Quick update. Sejak dah ada instagram ni blog makin terabai hohoho. Fesbuk bukak pun sebab nak download notes and nak tahu perkembangan terkini exo/ infinite/ super junior je muahaha.
*exo n infinite menang MAMA 2013 woahh*

surprisingly, aku update blog ni guna unisza hotspot dalam bilik. OMG, mana datang wifi tetiber ni haha. baguslah jugak. Makin lama makin maju kampus Besut ni.
Tahniah ler.

Actually benda ni takde apa pun. tapi nak jugak diabadikan kat sini. 
Untuk koku sem ni, kitorang satu kelas ambik koku PEMADAM.
ya, bukan pemadam pensel tu. pemadam dadah ape bende entah haha.
Kalau kat kampus tembila ni tak banyak pon koku yang kitorang boleh pilih. Entah macam mana boleh pulak nasib kurang baik dapat koku pemadam.
Ehh nasibler.

 kumpulan Gempak. Macam gempak je kann. haha








Lol malas nak tulis caption. Overall memang best dan tahniah pada kawan2 sekelas yang dah bersusah payah buat semua ni.
Dan group aku menang no 2 sukaneka lolololll. Rasa tak matang tetiber haha.

Next projek ke rumah orang tua2 pulak.
For those yang still wondering apa kaitan pemadam dengan lawatan ke rumah org tua. Apa kaitan dengan sukaneka. sebenarnya ada kaitan tau.
Bila kita sibuk dengan sukaneka dan lawatan sana sini, kita akan terhindar dari perkara2 negatif contohnya dadah. HAHAHAHA lollll.
sem depan baik ambik khidmat masyarakat je =,=

p/s selamat menghadapi musim sejuk ! 
rasanya penggunaan elektrik pun dapat dikurangkan sebab kipas dah tak bukak laju2 lagi. Dan mungkin penggunaan air pun dapat dikurangkan kot. Untuk sesiapa yang malas nak mandi. 
Maklumlah musim sejuk =,=


Monday, November 18, 2013

usaha dan persaingan

Ucapan tahniah dari exco akademik.
Inilah sebab aku kena berusaha lebih.
Untuk bersaing dengan kawan2 sekelas yang maha bijak hahaha. Tapi ofcoz lah bersaing secara bijak juga. Bantu antara satu sama lain bukannya bersaing dengan cara menjatuhkan orang lain.
Alhamdulillah ya Allah.
Sedang berusaha untuk dapat yang lebih baik. Bukan senang. Tapi tak susah selagi berusaha dan letak keyakinan pada Allah.
Moga kita tak lupa tujuan menuntut ilmu semata -mata kerana Allah.

Short update. Ni pon aku update pakai fon je sebab malas bhahaha. Btw aku dah ada roommate. Tidak lagi keseorangan.lol. tapi lagi best kalau duk sensorang haha.

Thursday, November 7, 2013

I hear your voice


Must update ! Very good drama. i didnt watched it because of the casts.
The first episode got me hooked(ahh ni yang tak best sebab kerja banyak terbengkalai haha). I like how the drama started with a not-so-gentle story line. The first episode served as an introduction to what kind of people the main characters are. With that single episode, you already kinda know what the story is all about. 

And what I love most - how they play the flashbacks that connect everything beautifully.

It asks and helps you to think. To judge yourself and look into your own morality when it comes to concepts like justice, hate, revenge, love and many more. 
I was totally impressed with the storyline :)

 It’s nice to know how Korean Laws goes, and it feels like I am studying Korean Law myself.

But I still didnt understand why Min Joon Gook only 10 years in jail even after he was found guilty killed soo ha's dad.
And it's quite funny when all of the cases involved only handled by the same judges, prosecutor,lawyers, public defenders. hehe.
Macamlah takde lawyer lain oiii. Tapi aku pahammm. Dah nama pun cerita. Konfem lah ketidaklogikan tu banyakk haha.

Highly recommended for law students especially :P
 its not easy to be a lawyer since you might have to defend guilty people because that's your duty.

Our life is not even long enough to love each other. So, dont spend our life hating someone.

Knowing that you're wrong, yet still insisting that you're not - That's self abuse. Living like that, one becomes alone without anyone being on your side. And
I found out a person who can reflect and apologize is a great person -Park Soo Ha

 janganlah takut pada kebenaran. Akui salah dan silap diri kita sendiri walaupun kadangkala ianya menyakitkan.

Best drama ever. thumbs up.

p/s- sebenarnya dah taktau nak update pasal apa. update je sementara ada masa haha.
we only have less than two month before our final. 
Ya Allah cepat sangat masa berlalu.

Sunday, November 3, 2013

midsem break @ Kelantan

Assalamualaikum.

Since when belog aku dah jadi macam blog travel, asyik penuh dengan story jenjalan je. Adakah ini bermakna aku sedang dalam fasa menikmati kehidupan ini sepuas-puasnya ? lol. 

Okay segalanya bermula bila aku dengan piya teringin nak naik train dari kelantan sebab Besut dah sempadan dengan kelantan. Dipendekkan cerita sebab malas nak taip pepanjang, akhirnya kitorang berempat - me,piya,wahida,wani ikut Ira balik rumah dia kat Pengkalan Kubur. wahh syokk. Seriously tak plan pun mula2 tapi tu lah yang dikatakan manusia hanya mampu merancang Allah yang menentukan heheh.

Hari Khamis takde kelas, so petang tu kitorang dah sampai rumah Ira. Tahukah anda Pengkalan Kubur sempadan sangatt dengan Thailand. Nampak tak sungai tu, belakang rumah ira je. sungai golok tauu. Kawen lari jom awokk! haha. Naik bot bayar rm1 dah sampai Thailand kata ira. hee.

abe askar sentiasa berkawal sana sini sebab sini dah masuk kawasan sempadan. Syukurlah Malaysia masih aman....

Ini bukti kitorang dah sampai Thailand. Ponn boleh kan haha.

Day 2

 Wakaf che yeh. Banyak tudung muroh dehh. Aku dah beli sehelai tudung berainbow riot. Amboi riot sangatt.

Lepak KB Mall. Mas dan Nada pon join sekali. Classmates iolls ramai kelate. Dan rumah diorang dekat2 pulak tuh. syokk engkorang. aku ngan piya berdua je dari Melaka tapi rumah kitorang jauh gakk haha.

Pergi rumah Nur sebab dia jemput makan kat rumah ;)
Terima kasih Nur untuk layanan yang baik dan makanan yang sedapp. heee.

Ini pulak kat rumah makcik Wahida haha sebab makcik dia jemput datang rumah gak petang tu. Macam hari raya pulak hahaaha. Murah rezeki pelancong2 ni :P

Pantai Cahaya Bulan. Duduk menikmati pemandangan katanya sambil menikmati jagung.

since i dont care much. No. I dont care at all pasal bola, aku just lalu depan tu sambil fikir eh artis mana pulak tu semua nak ambik gambar dengan orang tu. Tapi tetiber bebudak ni eksaited gila nak ambik gambar sebab katanya tu pemain bola Kelantan, Indra putra. Lalu aku menyelit je sebelah tu walau tak kenal hahaha.
Tapi memang sabar gila si indra putra ni. sampai kitorang keluar masuk kedai tak habis2 org nak ambik gambar dengan dia. haihhh tu lah sebabnya aku taknak jadi artis. lollllololll jk.

Last day

 Pasar tumpat. Merayau sementara tunggu pengkalan kubur bukak. Pasar ni lebih kurang macam pasar payang. Baru teringat kitorang tak singgah pasar siti khadijah pong :I

Menikmati udang/ikan/sotong celup tepung kat pantai sri tujuh. Sedapp !

Tengah makan tu ternampak plak paddle boat ni hahh. disebabkan masing2 jakun tak pernah naik, try jugak walau panas terik mentari habis sunburn muka.

Okay ini best. Pengkalan kubur - kawasan bebas cukai. Banyak pinggan mangkuk dan cokelat. Murah ke tak aku pon not sure sebab aku tak ambik tahu sangat harga2 barang ni hahaha. tapi murah sikit laa kot dari biasa.

 Mee cambol. Enak bangatt. Taktau nak cakap cemana rasa dia.
Ala-ala yong tau foo kott.
Okay 6 petang. Masa untuk berlepas sobs ;(
Terima kasih Ira dan keluarga. Baikk sangat. Bagi makan, bagi tumpang rumah, 
tumpang kereta, belanja kitorangg etc.
hehehe ini first time tau kite naik train. Malunye kite nak mengaku. Kecik2 dulu mak kite ada gak bawak naik train tapi kite dah tak ingat langsung dahh.

syokk woo. Ini kalau ada train Melaka-Terengganu memang naik train jelahh. Sebab siap ada katil memang best tidur nyenyak. Takdelah sakit belakang naik bas. Lagipun train lagi murah, rm48 tampin-kelantan. Tapi lambat sikit lah, 12 jam haha. setiap katil tu ada langsir, pakcik katil atas aku siap berdengkur tau tak kahkah.

Tak boleh blah kitorang cari surau jalan sampai belakang tak jumpa. Last2 solat atas katil je. Azab sikit lah time pergi toilet, bergoyang kiri kanan. Tension pon ada gak hahaha.

Okay last. Menyesal tak call ibu cakap nak beli coklat. Boleh beli banyak2 sampai seratus hengget kalau ibu hulurkan dana sikit, sayang duit kahkah. 
Tapi ni pon dah banyak woihh. cukupler tu. Tak muat pula baju aku lepas ni hahah.

Okay habis jalan untuk sem ini. Kot lah hehehe.
cuti seminggu tapi kejap je rasa sebab banyak gila kerja, assignment dan test. Dahlah bila balik je mood buat kerja terbang melayang layang dibawa angin malas. haha.
Allah kuatkanlah semangatku.

p/s - Dramacrazy is back ! <3 font="">
aku yang jadi crazy sebab time aku banyak kerja ni lah dia nak buat comeback lol.



Tuesday, October 29, 2013

celebrate besday piya @ Tanjung Demong, Besut

Assalamualaikum.

Tahukah anda pizza hut ada promosi take away sekarang ini ? Murahh gila hahaha. Itu lah sebabnya kitorang nak makan pizza hut tepi pantai lol. Dan kebetulan pulak besday piya hari Isnin 29 October dan kitorang ada masa weekend je nak celebrate besday piya. Kiranya kitorang sambut becoming besday laa.

Kitorang picnic di Tanjung Demong, Besut. Best pantai ni. Haritu nak pergi tapi tak jadi pastu pergi Bukit Keluang je. Best sebab landai. Boleh jalan sampai tengah. Tapi kitorang tak jalan sampai tengah pon. Sini sunyi je, takde orang pun. 

Ada Tanjung Demong Beach Resort jugak. Tapi sunyi jugak. Agaknya time cuti sekolah baru ramai orang kot.



kemain picnic. Nasib baik tak bawak bakul bagai hahaha

besday prank ! Tolak piya masuk air lalu piya tergolek seperti buah oren hahaha. kitorang awal2 dah pesan suruh piya bawak baju kekonon kitorang nak mandi sekali hihi.

sweet moment konon ? haha

sebelum balik singgah lagi kat sini, Bukit Keluang. Ramai gak orang picnic kat sini.

So harini baru betul2 besday Piya. 
meh aku nak nyanyi ntok kau.

Awan Berarak Ceria Tiada Titisan Hujan
Pohon MelambaiTanda Sokongan

Kususuri Perjalanan Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu Sahabatku

Dedaun Berguguran Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku Sekadar Ucapan

Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya Atas Nikmat Usia

Sahabatku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir

Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup Haruman Syurgawi

Romantik jugak aku nih kahkahkah.


Rasanya asyik update pasal jenjalan jeh. Seriously duit dah kering. Buat bisnes pun tak jalan (hahahaha ini paling lawakk) tapi still berbelanja 
sana sini.
Tapi usia muda hanya sekali, takkan nak di sia-sia kan. sementara mampu berjalan lah puas2. Tak gitu ? :P

Next trip untuk midsem break minggu ni inshaallah nak ke Kelantan pulak hihi.
anyone nak pesan pinggan mangkuk yang murah2 dari pengkalan kubur ? lol.



Sunday, October 13, 2013

Holiday @ Cameron Highlands 2013

Assalamualaikum.

Kitorang satu family bercuti ke Cameron Highlands sebab semua orang cuti. Bukan senang nak cuti serentak macamni kecuali kalau hari raya je. 

Macam biasalaa kalau pergi CH tak sah kalau tak singgah ladang teh.



Dak amer ikut sekali tapi kemain susah nak ambik gambar dengan dia sebab dia berkurung je dalam kereta sebab sejuk LOL sangattt.
Tapi time ni takdelah sejuk pun, cuma udara dingin segar camtuu. Best !

Lepas check in, makan dan rest kejap, kitorang jalan kaki je kat sini. Kitorang duduk homestay buruk tapi yang bestnya ada kat tengah2 bandar. memang kalau nak pergi mana2 pon tak payah bawak kereta. So agak best lah jugakk berjalan kaki dengan udara sejukkk.
Tapi waktu petang - malam sangatt sejukk sebab hujan.




Tadaaa ! Antara kaktus strawberry sayuran dll yang popular kat Cameron, aku paling tergila-gila kan benda ni. Aku target kali ni pegi sini aku nak jugak satu bantal stroberi hahaha. sebab lebih kurang 10 tahun yg lepas pergi sini tak beli bantal pon, beli belon je hahaha!
Bantal dan patung kat sini sangat murah ! Bantal aku ni beli dengan harga rm20. Bila tengok harga aku terus beli sebab kat Melaka takkan dapat murah camni. Yang kecik pun dah rm30++. Amal ngan dak Liah pon angkat sorang satu bantal.

Malam pun pergi shopping lagi. Siap kena kejar anjing haha. Banyak gilaaa anjing ! Dan ramai gila orang, kebanyakkannya cina. Dan yang paling menyedihkan, bantal kat pasar malam berganda murah ! Bayangkanlah bantal macam aku ni yang serupa sebijik malah lebih besar tak sampai 15 hengget pon ! Wuuuuu. Ada bantal comei lagi besar dari bantal aku ni beli dua rm30 je! waddeheck laaa tertipu gila. Tak sangka plak ada yang lebih murahh. Time nak balik ada kedai jual bantal rm10 je semua. sobs nangis lagi ;(

Kesimpulannya kalau nak beli barang esp bantal kat Cameron janganlah beli kat kedai2. Beli kat pasar malam je. Kalau tak nanti rasa nak meraung je sebab terbelanja lebih untuk barang yang sama.

Esoknya, sambung jalan jap. Pastu hujan ! Sejukk ! Makin berselubung dalam selimutlah orang tu hahaha ;P
Dan sebelum balik singgah tanah rata. 


 Lejen gila benda ni. Ada lagi gamba kitorang panjat benda ni masa kecik2 dulu. Nasib baik den pakai kain kalau tak lama dah panjat kubis tu lol.
*satu-satunya gamba dak amer*





Sian aid. Dia je eksaited. Dulu kitorang panjat beramai-ramai tapi sekarang dia panjat sensorang je.

sebelum balik singgah makan sate kajang. Sempat lagi beli barang kat sini ! hahaha.


Percutian kali ni first time aku beli sendiri barang2 yang aku nak dengan duit sendiri. Duit aku siap kena ketuk lagi dengan dak Liah ngan amal =,=
Memang tak leh blah laa barang aku je seratus lebih =,=
Balik je tinggal 7 hengget dalam purse :P
huwaaa den dah bankrupt. Tapi syok gila shopping. Tak sabar nak kerja, lagi banyak 
boleh shopping lol .
so siapa yang nak pergi Cameron pasni let me know, nak kirim patung stroberi lagi hahaha.