Monday, December 31, 2012

last !

Assalamualaikum.

Entry penutup tirai 2012.


27 Dec 2012- Khamis.
Keluar berjimba buat kali terakhir untuk semester satu dan buat kali
terakhir untuk tahun 2012.
We had sooo much fun.
Kekonon nak hilangkan tension, maklumlah nak final :P

Kali ni, kitorang dah upgrade sikit. Dah tak naik van atau bas utk keluar.
Kami sewa kereta, berserta mr microbe sbg driver bhaha.

Kami bertiga semua ada lesen tapi tak berani bawak kete :P

Mula-mula singgah pantai batu burok.
Singgah kejap ambik gambar celup kaki sikit je sudahh.
Macam org tak betul pun ada, pergi pantai waktu tengahari buta,
matahari tegak atas kepala kott.





Then, pergi makan kfc kat bandar.


ehh sopannya aku lahhai. haha

Mereka bagi ini ! sempena birthday saya 5 hari yg lalu haha.
Terima kasih korangggg !

Tu qila tengah terharu okayyyhhh . hehe.

Kami pergi air buah gelas besar !



Akhirnya, dapat minum kat kedai jus nih !
Dah lama teringin, selama ni lalu je kat depan kedai tu sob sob.
masing2 order yang medium je, tu pon termengah nak habiskan. Satu gelas medium rm2.30.
Gelas besar rm 3.50. ( apahal aku tolong promote nih ? ! )
memang sedappp dan kelasss gitu airnya.
Terasa pati buah tu. berbaloi jugaklah pergi minum kat sini.
Kalau berani mati, bolehlah mencuba jus sengkuang, jus durian, jus nangka, jus cempedak dll.
taktahu lah apa rasanya kan. Maka,
marilah ke terengganu utk menikmati jus buah lol.
btw kalau beli yang large, gelas nya lebih besar dari gambar di atas.

Destinasi terakhir lepas solat asar, pantai teluk ketapang.
ehh berapa kali pergi pantai ? haha.
Sebab birthday boy nak merenung pantai sempena birthday dia.
 Ikut jelah kann.
dah org ajak, apalah daya kami untuk menolakkk, ye dak ? haha:D







Kat sini terjadinya perkara memalukan sebab tayar kereta terbenam dalam pasir lepastu
4 orang perempuan telah hilang keayuannya apabila terpaksa
menolak kereta. Tapi tak bergerak pon :P

nasib baik ada sorang abang sixpack tolong tolakkan.
aiyoooo ammmaaa. malu sehhh.
Ramai orang lalu lalang gelakkan kitorangg. Tapi muka kami tebal,
dah biasa buat perkara memalukan hahaha.

Terima kasih semua kawan-kawan saya,
membelanja kfc dan kek. Tp yang paling penting, korang ingat dan doakan aku selalu.
Itu dah cukupp . cehhh.
Hanya Allah yang dapat balas jasa kalian semua.
Terima kasih atas segalanya untuk 10 jam ini ! amekkaww.
dari 9 pagi - 7 malam. 
Tapi aku rasa banyak pusing2 bandar je. Bukan pergi mana sangat pun -.-
dan banyak gelak2 je. sampai sakit tekak.

Lastly sebelum ternoktahnya entry ini.sastera gilaa aku ni.


" Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri."


Semoga ikatan ukhuwah yang dibina ini berkekalan ke akhirnya dan mendapat teduhan di Padang Mahsyar nanti.Ukhuwah itu indah.


Kannn ?

 glad to have all of you as my friends, 
May Allah bless ! 

Dahhhh kembali pada mood final exam.

carry mark dahlah sikit. bhahaha. *gelak terpaksa*
burbye.



Saturday, December 29, 2012

Final.

Assalamualaikum.

Ya Allah,
 kami memohon daripadamu kejayaan dalam setiap ketentuan,
tempat para syuhada' dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh.

Ya Allah,
kurniakanlah kami kefahaman para nabi dan hafazan para rasul,
serta ilham daripada para malaikat yang hampir denganMU, kurniakanlah kami kesihatan
wahai Tuhan yang Maha Pengasih.

Aminn.

Saya berpegang pada prinsip,

Usaha, Doa, Tawakkal, InShaaAllah berjaya :)

Kalau saya tidak mencapai target saya,
saya yakin itu adalah ujian dari Allah supaya saya lebih tekun dan
lebih rajin dalam menuntut ilmu.
Dan juga supaya saya lebih mendekatkan diri kepada pencipta saya,
Allah swt.

Bittaufiq wannajah fil imtihan kepada
semua rakan-rakan seperjuangan saya, FoodTecHeroes !


Wednesday, December 26, 2012

Final Exam dan Banjir :)


Assalamualaikum.


TARIKH
SUBJEK
30/12/2012
(AHAD)
UBI 3012 ( ENGLISH FOR COMMUNICATION I )
01/01/2013
(SELASA)
UIT 3012 (TITAS)
03/01/2013
(KHAMIS)
UIE 3012(HUBUNGAN ETNIK)
07/01/2013
(ISNIN)
FDS 3413 (INTRO FOODTECH)
08/01/2013
(SELASA)
FSS 3023 ( BASIC FOOD MICROBIOLOGY )
10/01/2013
(KHAMIS)
FDS 3013 ( PHYSICAL INORGANIC CHEMISTRY )


Jadual Exam yang telah diedit . hiks.
So, insyaAllah i'll be back on 10 January.
ewahh, habis exam petang terus balik malam tu jugak.

Eh ? kenapa aku cerita pasal balik kampung lak ni? haha.










Okayy, do pray for us.
6 killer papers, especially paper kimia
yang last sekali tu.
masuk kelas pung pang pung pang
taktahu belajar apa pun.
kimia prof mat, pls be nice to us okayy. kehkeh.

Diharapkan kami semua akan memperoleh keputusan yang boleh
dibanggakan. DL, okeyh ? :D

Fighting!

Banjir di Terengganu 

 Aku orang yang paling lambat sekali kott melaporkan berita tentang
banjir di unisza ni HAHAHA.
dahlah internet tak dapat, tension gilaa kot.
First time mengalami banjir, sebab selama aku hidup ni tak pernah alami keadaan banjir ni.
Baca dalam suratkhabar je, dan tak sangka akhirnya aku alami sendiri keadaan macamni.hewhew.

Takut jugaklah actually, tapi aku tak dapat tipu perasaan aku sendiri
yang sebenarnya aku seronok main banjir hehe.

sumber : fb persatuan mahasiswa unisza

sumber : fb persatuan mahasiswa unisza

kelasss kau banggg main kayak lagi tuu :P

Tak dapat nak ambik sendiri gambar banjir yang extreme sebab kitorang tak 
sempat nak bergambar dalam hujan ribut. hehe.
Paling dasyat paras air dah sampai paras paha ;(


 walaupun banjir, gigih kami meredah hujan ribut demi membeli makanan hahaha.
sebenarnya nak main banjir :P

tengoklaa muka gegeh Dayah main banjir ! kelasss kau suparjo haha :D

Hujan lebat 3 hari tak berhenti.

Alhamdulillah, sekarang ni matahari dah mula keluar, hujan pun sikit2 je.
Banjir pun makin surut dahh.

nice experience, bebeh ! 
:D






Saturday, December 22, 2012

Banjir, AGM dan besday :D

Assalamualaikum.

Internet sangat lah slow, kekadang langsung tak dapat.
maklumlah musim tengkujuh, hujan memanjang. sampai banjir.
tensionnye lahh. tapi kekadang bersyukur jugak tak dapat line sebab takdelah aku online
je kejenya. kahkah.
Amek kau, kali ini 3 perkara dalam satu entry akibat kekangan masa.
Busy bebbb. kehkeh.

ni pandangan belakang blok F .

ni pandangan depan blok F.

 
ni pandangan tepi blok F.

NAMPAK TAK TU? tiada jalan untuk keluar, terpaksa meredah jugak banjir tu.
Bak kata Dayah, kena rendam kaki dengan dettol lah jawabnya haha:D
saat entry ni ditulis, hujan masih turun dengan lebatnya.
Bila nak berhenti wallahua'lam.

20 december 2012, berlangsungnya AGM 2012.
macam majlis perlantikan ahli2 jawatankuasa, pembentangan bajet lepas2
dan sebagainya lahhh.
Kami? apa lagi. bergambarlah :P

fighting fantastic four !

Kelasss kau Piya jadi emcee ! ><
comei je emcee, sama tinggi HAHAHA.

wahai unisza, berilah kami SAMPAN sorang satu agar kaki aku tak gatal2
meredah banjir.

Itu sahaja untuk entry yang dah basi, terlambat 2 hari.
Wifi memang tak dapat langsung di musim hujan lebat ni. Ni pun menumpang bilik
Dayah, pinjam wifi dia.
sadis sungguh hidup mengemis ni. sobs :(


P/s - study week sudah bermula!

p/s - mata asyik nak terkatup aje akibat cuaca yang sejuk.

p/s - Today , 2212is my birthday ! nineteen already, alhamdulillah :)

p/s - Terima kasih kepada ibu ayah,semua kawan2, kakak2, adik2,
pakwe2 dan makwe2 saya.terharu sangat semua ingat besday sayaa.

p/s - Tapi ada jugak yang tak wish saya lagi . saya tunggguuuuu :P

p/s - Selamat hari lahir kepada diri sendiri. Semoga peningkatan usia seiring dengan
peningkatan iman dan amal :) Bersyukur kepada Allah atas nikmat usia ini.
Alhamdulillah.








Monday, December 10, 2012

1 litre of tears

Synopsis

Fifteen year old Ikeuchi Aya was just a normal girl, soon to be high school student and daughter of a family who works at a shop that makes tofu. As time passed, unusual things started happening to Aya lately. She started falling down often and walking in a strange way. Her mother Shioka, takes Aya to see the doctor, and he informs Shioka that Aya has spinocerebellar degeneration - a rare disease where the cerebellum of the brain gradually deteriorates to the point where the victim cannot walk, speak, write, or eat. A cruel disease, as it does not affect the mind in the least. How will Aya react when told about her disease? And how will Aya live from now on? - wikipedia

waaa kenapa cerita ni sedih bangatt. Menangis tak hengat aku dibuatnye kahkah. Ini kisah benar tau di Jepun tapi dilakonkan semula. cerita ni pun dah lama, aku baru tengok haha.


muka hero macam melayu lah sikit kan ?
Haruto Aso lakonan Ryo Nishikido. Dia minat kat Aya actually.
Masa tu Aya dah tak boleh cakap dan berjalan, dia confess kat Aya yang dia sebenarnya dah lama suka kat Aya walau dia tahu Aya takkan boleh sembuh. Fuhh cinta sejati betul.
Dia ni sangat pendiam tapi satu hari kawan2 dia kutuk Aya, dia bersuara dan marahkan kawan2 dia. So touching lah cerita ni.

Aya Ikeuchi lakonan Erika Sawajiri. Comel kan dia ni ?
Tapi akhirnya dia mati di usia 25 tahun sebab penyakit tuh. Tapi dia sangat tabah. walau time tu dia dah tak mampu nak menulis, dia berusaha sedaya upaya untuk tulis jugak. sedih gilaa ;(

Aya Ikeuchi yang sebenar.

Banyak lah babak yang menyentuh hati. Aya sangat rapat dengan family dia.
Dia ada adik perempuan yang macam dengki gila dengan dia sebab Aya ni pandai apa semua lah kan. Tapi bila Aya dah sakit, adik lelaki dia malu dengan kengkawan dia sebab ada kakak yang cacat. Tapi adik dia yang perempuan ni marah adik lelaki tu.
Tak sangka sebenarnya dia sayang kakak dia tapi tak tunjuk je.

so ikatan kekeluargaan tu sangat erat dalam cerita ni. Ayah dan mak dia yang sentiasa nak yg terbaik untuk Aya. Adik-beradik yang sentiasa menyokong dia untuk meneruskan hidup.

sobs ;(

Sunday, December 9, 2012

Hobi.

Assalamualaikum.

Ini Hobi kami.
kemana-mana, dimana-mana. mesti ambik gambar.


 Tinggi juga aku ni :P

Exercise lagi di pagi jumaat yang barakah.
Alhamdulillah :)

Dayah belanja pizza.hikhik.
mekasih Dayahh.
Semua berebut taknak habiskan cebisan yang terakhir.
Diulangi, Tak nak habiskan ! sebab terlalu kenyang.

Random pictures.

Thursday, December 6, 2012

berjaya tanpa usaha.

Assalamualaikum.

I'm getting sick with some peoples that i know cakap,

''aku tak belajar langsung. Tapi entah cemana boleh dapat A''.

''Pointer aku 3.0 jeh. Tu pun aku tak belaja langsung''.

''hishh.aku tidur je keje.Tapi nasib jeh aku dapat 4flat nih''.

I'm never believed that. How come kau dapat cemerlang tanpa usaha?

Ohh, sebenarnya kau nak cakap kau ni pandai lah kan ( kata hatiku yang kejam )

Kekonon kau tak belaja pon still result okay.

Kau banyak tidur pon dapat pointer 3.5 above.

Kau study last minit pun kau dapat score.

Gitu?

Ke malu nak mengaku kau dah study gila-gila tapi tak dapat result
yang setimpal. stay up sampai 3,4 pagi tapi tak dapat result cemerlang. Cemerlang pun tak dapat 4flat.
so-so je.
Malu orang cakap kau bodoh, gitu ?

Memanglah ada orang yang kita nampak macam tak study tapi
tetiber dapat 4flat. Banyak main gelak ketawa tapi tetiber dapat skor dalam exam.

Hei, sure ke dia tak study langsung? Sure ke dia langsung tiada usaha ke arah itu ?
Memanglah bila kita tanya, dia taknak mengaku.
Dia cakap nasiblah, main hentam jelahhh.
Kang dia cakap gitu gini kau cakap dia berlagak pulak *sigh*
Sebenarnya mereka itu berusaha, cuma kita tak nampak usaha mereka tu.

Ingatlah selepas kesusahan, akan datangnya kemudahan.
Selepas penat lelah berusaha akan datangnya kejayaan, inshaa Allah.

Kita tak bodoh kalau kita tidak berjaya selepas kita sudah berusaha.
Kita bodoh sekiranya kita langsung tidak berusaha untuk berjaya.

Pedulikan apa orang cakap.
Setiap kesusahan akan terbayar.
Dengan syarat, konsep usaha dan tawakkal mesti betul.

In Shaa Allah :)

Actually saja nak menghasilkan entry ni sempena final exam haha.
Penat kau baca, penat kau berusaha.
Pastu bila kuar result, dengan bangga kau mengaku kau tak study langsung.
Pastu bangga lew konon org cakap ko pandai otak bergeliga. lewls.
Padahal study gila-gila.
Jangan macamtu okehh. Usaha itu wajib untuk berjaya.


p/s - 34 Hari Lagi Final Exam ! 


Wednesday, December 5, 2012

switch girl

Cerita ni memang best dan lawak giler. Ada part 2 tapi aku tak berhasrat pun nak tengok haha.

Tentang Nika yang ada 2 personaliti. Macam ada switch.
Bila on, dia jadi cantik tak hengat.
Tapi bila dia off, dia akan jadi buruk gila. haha boleh lak camtu kan.

Dan ada sorang lelaki nerd baru pindah situ. Dia satu-satunya orang yang pernah ternampak Nika dalam keadaan off.
So apa yang terjadi lepastu ? haha

Ada lah konflik sikit bila ada orang yang nak sebarkan gambar Nika dalam keadaan off
dan hero nerd tu pon tolong lah.

Hero tu pun actually ada rahsia lain yang Nika tahu. So masing2 saling jaga
lah secret supaya tak terbongkar.



to the beautiful you|korean drama review

 Hanakimi korean version.

Basically jalan cerita sama je, tentang sorang budak perempuan masuk sekolah asrama lelaki semata-mata sebab nak tengok lelaki yg dia minat lompat tinggi semula. dan dia satu dorm plak dengan lelaki tu.Pastu ada plak laki lain minat kat ppuan ni, sampai satu tahap dia ingat dia ni gay, sebab minat kat lelaki.

Tapi korea version wa cakap lu lagi best bebb.
Korean version best sebab romantik. Hanakimi memang lawak gilaa tapi tak romantik.
Hero asyik nak serius memanjang. menyampah haku. haha.
Tapi heroin jepun lagi comel lah bagi aku.

 Hero kedua- Cha Eun Gyul lakonan Lee Hyun Woo. Serius dia ni comel rambut mushroom haha. Dia minat gila kat Jae Hee sampai dia ingat dia ni gay sebab minat kat laki sebab dia taktahu Jae Hee tu sebenarnya perempuan.Tapi kesian, Jae hee anggap dia sbg kawan je. Tapi dia ni serius bagi aku kawan terbaik lahhh !

Omo minho oppa ! Mula-mula tengok aku dah rasa hak alohhh apehal tak hensem lah siot hero dia. Rupanya aku salah tengok. Yeahh sungguh comel dia niii. Minho (Shinee) berlakon sbg Tae Joon. Dia ni lah org first yang tahu Jae Hee tu sebenarnya ppuan. Tapi dia diamkan aje dan banyak bantu Jae Hee lepastu.
Romantik, i sukee. hikhok

Go Jae Hee lakonan Sulli f(x). Bagi aku Sulli ni tak lawa pon muahaha. Setakat putih je biasalah org korea. Sebab tu aku cakap aku lagi suka heroin Jepun comel gilaaa. 

Cerita ni sangat sangat best k. Mula2 macam bosan sikit, dah sampai episod 3 macamtu
dah interesting huihui. Faktor utama aku suka cerita ni sebab Minho oppa aku comel bila senyum lepastu aku suka lakonan Hyun woo. Dan friendship antara mereka. Serius rasa macam wahh bestnya kalau dapat kengkawan macamni  hehek.

5 star for this drama ! ><

Big | korean drama review


Aku tengok drama ni bila teringat ummi cakap cerita ni best.
Ala-ala fantasi jugak.

Secara ringkasnya, menceritakan tentang roh Kang Kyung joon seorang pelajar sekolah 18 tahun yang tertukar badan dengan seorang doktor 30-an yang bernama Yoon Jae.
Yoon Jae pulak dah bertunang dengan cikgu kepada Kyun Joon nih bernama Gil Da Ran.

So macam lawak gak ahh bila sorang budak remaja kena jalani hidup sebagai doktor dan tunang kepada cikgu dia sendiri.perangai cam bebudak, badan macam ajussi. haha.nasib baik lah dia agak genius, siap study buku2 medik untuk tahu sikit2 ah pasal bidang kedoktoran.Last2 dia suka plak kat cikgu dia tu.

Lepastu Jang Ma Ri yang minat dekat Kyung Joon ni sibuk lah berusaha nak buat roh mereka
tertukar balik lepas sedar pakwe dia punya roh ada dalam badan Yoon Jae.

Diorang tertukar badan tapi sorang je yang bangun. Sorang lagi koma berterusan
selama setahun jugaklah. Ada lah sebab kenapa diorang tertukar badan. 
Diorang ada kaitan sebenarnya pada masa dulu.

Pelakon dia pun best jugaklahh. Gong Yoo yang dalam citer coffe prince, Suzy ( dream high )
dan Lee Min Jung.

Cuma ending dia tak berapa best, macam siot sikit sebab akhirnya diorang punya
roh tertukar kembali. Tapi dia tak tunjuk pun muka kyun joon tuh. siapa yang dah tengok cerita ni mesti frust dengan ending dia harhar.
menyampah makk.

Pelakon yang berlakon sbg Kyung Joon. sape tah nama pelakon ni. Aku bukan tahu sangat pun tapi comel sehh. Roh budak ni lah yang masuk dalam badan Yoon Jae.
So dia ni banyak berlakon terbaring tak sedarkan diri je atas katil.

Suzy comel sangatt . bawa watak jahat tapi takdelah jahat mana pun. kesian dia, minat gila kat kyung Joon tapi
kyung joon suka plak kat cikgu dia, Gil Da Ran.
Last sekali dia redha jelahh lepastu macam dah suka kat adik kepada Gil Da Ran.

Jomm tengok drama ni . besttt. 
heheh.



Ma Boy | korean drama review


K kalau engkorang jenis malas nak tengok drama korea yg ada episod berjela-jela tapi korang nakk jugak tengok drama korea, tengok je drama ni k. sebab drama ni ada 3 episod je.

Secara ringkasnya, Ma boy menceritakan tentang Geu Rim yang baru berpindah ke sebuah sekolah di Korea ( sorilah kalau salah nama.Aku dah lupa nama dia kahkah.)
Dan dia dapat seorang roommate yang bernama Irene. Irene ni cantik, ramai minat dia tapi Irene
sangat pendiam dan misteri. Irene jugak seorang model.
Rupanya, Irene ni lelaki ! haha. Selama ni tengok drama korea perempuan jadi lelaki,
tapi drama ni lelaki jadi perempuan. So nampak lah kelainan sikit di situ.

Tapi serius jambu gila muka pelakon laki tu. Macam perempuan betul .Entah sape nama dia.
Tapi nampak lah bentuk badan dia macam pelik sikit. agak tinggi dan
straight je. Tak bole blah siap ada kelab peminat lagi tu kat irene ni. Bengong gila. haha

Dan cerita ni taklah banyak sangat konflik. yelah, ada 3 episod je kann.Macam biasa, ada lah hero dan heroin kedua. 

so kalau nak tahu kenapa irene/ nama lelakinya Hyun Woo tak silap aku jadi perempuan dan apa endingnya, rajinkanlah diri tengok cerita ni yer. 
aku selalu download drama kat dramacrazy.net.



Tuesday, December 4, 2012

The Innocent Man | korean drama review

Description: The drama is a melodrama which depicts the story of a man called Kang Ma Roo (Song Joong Ki) who has been hurt by a woman he loves called Han Jae Hee (Park Si Yeon) and how he continues his own life by using several women. He sacrificed his well being for his girlfriend only to be dumped by her for another man. Then, he sets off to take revenge on her with the help of his best friend. He approaches Seo Eun Gi (Moon Chae Won), the daughter of the chaebol group executive who lost her memory in order to execute his revenge.
Episodes: 20  Year: 2012

Sebab utama aku tengok cerita ni kerana Song Joong Ki je haha. Comel sangatt.
Cerita ni agaak 'berat'. Maksudnya ianya berkonsepkan hate love relationship. Banyak
tentang dendam. Dendam tapi cinta. Cinta tapi dendam haha. Susah nak describe cemana
sebab ianya sangat complicated. Siapa yang tak suka drama berat macamni takpayahlah 
tengok. Banyak tentang company, revenge dll. Tapi storyline dia best lah, lain dari yg lain.


song joong ki oppa, why u so cute ?

Hahh, kan aku cakap sangat complicated. Maru love Jae Hee dan Eun Gi. Lawyer Park suka plak kat Eun Gi. Dalam masa sama Ja Hee suka Maru dan entah apa nama sorang lagi suka Jae Hee jugak.haha. Tapi semuanya cinta tak terluah sebab ada dendam yang perlu diselesaikan.

Apa pun, drama ni have a happy ending. Ending dia best, saya sukaaa ;)
Cuma pertengahan cerita agak lembab, kalau buat 16 episod je pun boleh aku rasa.
Tak payah nak sampai 20 episod.

Dan cerita ni agak berbelit sikit. Eun Gi hilang ingatan, lepastu Maru plak
hilang ingatan haha. Ala-ala cerita indon lah pulak. Asyik hilang ingatan je.

Apa pun, drama ni tetap best bagi aku. Saja nak menonton drama korea yang
bergenre lain huhu.

Monday, December 3, 2012

Pesta Konvo unisza

Assalamualaikum.

Syukur alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurnianya dapatlah juga
akhirnya saya menghupdate belog ni.lol.
dah seminggu tak dapat line, memang tension sebab ada 2 report yang nak kena hantar,
next week ada public speaking, presentation apa semua.
cemana nak copy paste dari encik google haha!
Finally dapat jugakk. Berkat kesabaran students unisza lah kot. lol lagi skali.

Ehh, back to the main point.
Unisza baru sahaja konvokesyen kali ke -4 . Baru kali keempat uolls.
Baru sangat lagi unisza ni kalau nak compare dengan U laen,
dah konvo kali ke beratus ratus.-.-
In Shaa Allah konvo kali ke 8 would be our turn pulakk. aminnn.
tak sesabar nak graduate kahkah. Final exam sem 1 pon belum lagi .

Sempena pesta konvo, Fakulti Teknologi Makanan ( FTM ) ada sewa booth.
Dan kami, first year students ni diarahkan untuk
membuat dan menjual coklat, dengan dibantu ahli ftm lain. Ohh sounds great, right ? huhu.
Bajet untuk semua bahan2 tu agak tinggi dan kami kena berusaha sedaya upaya untuk
dapat balik modal dan keuntungan. Yang sedih, diri sendiri buat tapi nak makan kena bayar jugak.
Baru ingat nak makan free haha.
Coklat sedap dan mahal woo :P




 Bekerjasama membuat coklat. nyummmmyyy.

 Actually senang je tau nak buat coklat ni, lagi2 dibantu oleh teknologi yang makin moden 
sekarang ni. Mula2 potong coklat tu kecik2 pastu cairkan dalam
choc molding machine. Then letak coklat tu dalam bekas pelbagai bentuk.
Kemudian masuk dalam chiller selama 15 minit, siap !
lepastu bolehlah hias. Hias ni aku tak buat maklumlah tangan kaku dan tak berseni haha.
 Bolehlah aku buat bisnis coklat cuti sem ni nanti, erk ? kehkeh.
Kalau bajet banyak, boleh letak kismis, kacang ke dalam tu. Lebih sodap ehhh.

Taraaa ! Beratus coklat siap untuk dijual.
Lepastu kami packing coklat ni ikut jenis dan saiz lepastu
bincang harga nak letak berapa hengget untuk dapat modal balek.
aku bukan otak bisnes -.-

Ini paling schuweeetttt. kehkeh.

Gerai FTM :)


I'm happy to get this wonderful experiences, even 
penat gilaa nak menapak sebab pesta konvo ni dibuat agak jauh, dekat padang
golf dan berdekatan pintu belakang. Patah kaki iolls ni tauu.

Kami shift dua kali je. First shift time baru mula2 nak bukak gerai,
second shift last day dan waktu tengahari. Tak ramai customers lah jawabnye -.-
Tapi kalau duty malam, memang raaamai gilaa customers.
Sebab kami bukan jual coklat semata, kami jugak jual
marshmallow with coklat, strawberry with choc, grapes with chocs, fingers biscuits with choc,
triffle dan pelbagai lagi. PROMOTE !

Apahal aku baru nak promote sekarang ? Pesta konvo dah habes woi.
ohh hahhh jangan salahkan aku. Salahkan unisza hostspot keyh.

Alhamdulillah laku jugaklah sampai kena restock bebanyak kali.
Tapi berapa keuntungan iolls tak tahu keyh.

sekian.