Assalamualaikum.
Kalau haritu buat roti dan kek, kali ni kita masuk lab untuk buat chocolate pulak,
sebab kitorang baru je habis belajar tentang cocoa processing. nyumm nyummmmmm.
Tapi actually bukan kitorang yang buat pon, pembantu makmal yang buat.
Kami ni bukan pelajar kulinari nak belajar pasal masak apa semua. Kami pelajar food technology,
kami belajar tentang proses pembuatan, pengetinan dan pembungkusan makanan.
So jangan nak buat lawak kat twitter,
''Bakal mak mentua tanya study apa dulu, kita jawab foodtech. Lalu bakal mak mentua
jawab, wahh mesti pandai masak ni".
amboi. tak memasal aku terasa sebab tak pandai masak hahaha.
ini cekelet murah. 1 kg rm 12. Kalau nak yang sedap macam cadboury tu, mahai lah sikit.
1 kg rm 30 macamtu.
amboi mahalnya. Tak payah lah buat, beli je terus kat kedai kalo macamtu haha.
Boleh didapati di kedai2 kek.
coklat di atas ni ada tertulis 'milk compound'. Maksudnya coklat ni ada minyak sawit di dalamnya.
Ya rabbi already forgot the name of this machine kehkeh. Mesin memproses coklat lah kot.
Siapa nak buat bisnes coklat, belilah mesin ni taruk satu kat rumah.
senang kerja, kan.
Tak mahal sangat pon, RM 20K je -.-
Tadah je bekas yang bermacam bentuk tu kat bawah coklat yang mengalir. nyummm.
lepastu rata kan coklat tersebut. ketuk2 bekas tu untuk keluarkan udara katanya.
lepas dah rata, bolehlah letakkan bekas tu dalam proofer selama 15 minit.
Sebelum coklat ni dibawa keluar, ada 2 bekas coklat yang kitorang makan.
Coklat kurang sedap pulak tu kehkeh. Coklat yang melekat-lekat kat mulut tu -.-
Tapi coklat dalam loyang ni teramat lah sedap. ya ampun, time ni tekak pon
dah rasa tak lalu nak makan coklat lagi. Tapi gagah kan diri jugak.
Bukan senang nak dapat coklat free, banyak pulak tu hehe.
Taddaaa.
Ini coklat untuk group kami selepas 15 minit coklat tu duk bertapa dalam proofer.
Tapi terus terang ku katakan coklat ni tidaklah sesedap cadboury atau coklat yang mahal2 tu.
Guna cekelet murah je nak buat ni.
Dah bagi free, jangan nak demand sangat lah kan :P
chocolates group lain.
Enjoy sangat dapat tengok proses buat coklat ni tapi
lagi best dapat tengok proses buat roti. kenyang, jimat makan tengahari :D
Oh ya, sekarang kami bebudak degree sedang bercuti pertengahan semester selama
seminggu. Dan naik je cuti ada microbe test dan kena submit academic paper.
aduh jangan nak perasan lah boleh berileks kat rumah.
HappyHoliday, Friends !