Tuesday, October 30, 2012

Food technologist to be ?

Assalamualaikum.

How come some peoples think that food technologist--> masak memasak ? -.-

Actually, 
never thought that i would be in this field ( food technology) .
when i attended an interview for ipg after got my spm result two years ago ( ohh time flies fast ! ),
i'm already imagined that i'll be a teacher one day. 
Going into class, teaching the students and got many presents during teacher's day lol.

To tell the truth, i've never had any ambition. Teacher is just my random ambition when 
some of my teachers in school  said,
 ''you should know what you want to be in your future.You have to plan
from now''
LOL !
that scared me much okay . 
 i dont have any ambition. zero.

that's why i'm decided to take something interesting that when i'm in that field,
i'll feel the excitement of study (apakah ? -.-) even i'm not interested in that field at a first place.
someone said to me, ''minat boleh dipupuk''.
Ohh maybe. that's why i'm deciding on something related to foods.
i'm applied all courses that have
related to foods like foodsciene and nutrition, food technology and dietetics.
And after that, istikharah and put trust in Allah.
He knows what is the best for me, He knows better.
And it was very interesting when we're studying about what we eat everyday.

so now, 
will i become a food technologist in the future? hehe.
insyaAllah.
But i'm already imagined that i'll work in one of the big factory in Malaysia (sometimes imagined that 
i'm going to work overseas haha)
everyday going to work wearing a lab coat and walk around the factory,
and check the foods/beverages whether they are in a good condition or not.
Check the texture of food bla bla bla.
Or will work in lab while doing a nutrition calculation.
(wahh nampak sangat aku suka berimaginasi !)
But imagination for the future takpe hahaha.

Broken grammar for this entry. pedulik hape aku.
PEOPLE CHANGE, u know.



Friday, October 26, 2012

Salam Aidiladha.

Assalamualaikum.

Salam Aidiladha buat semua muslimin dan muslimat sekalian.


me with amal.
amal lagi tinggi dari aku dohh seriously. aku LIMA tahun lagi tua dari amal,
tapi damn aku lebih pendek.
ini tidak adil tidak adil bagikuuuu .

qurban di rumah nenek.
seronoklah dapat makan ketupat rendang kuah kacang semua :)


Tak puasnya balik rumah sekejap je.
Insyaallah, lagi 2 minggu cuti midsem pulakk.
kurang sikit berat hati nak balik Terengganu semula :)

Thursday, October 25, 2012

{pictures} Random.

Assalamualaikum.






With Chiang Mai University students :)
They are sooo adorable. cute gilaa mehh. Persembahan mereka pon hot hot belaka.
sexyyyy ! ><
Persembahan dari kami pulakk ( not including me! ),
persembahan yang memperkenalkan budaya melayu pada mereka spt tarian zapin etc.
ohh ya. fakulti teknologi makanan unisza memang ada jalinan
kerjasama dengan Chiang Mai University peringkat antarabangsa. so haritu diorang visit unisza dan kilang-kilang
sekitar terengganu( kot?) aku main tulis je tapi haritu nampak mereka kat pasar payang:)

students unisza pon berpeluang jugak pergi Chiang Mai Uni, tapi third year nanti lah.
yang first year ni duduk diam diam kat unija tu sudah lah yer :P

AND lastly,

BANJIR DI UNISZA -.-
hujan pagi petang siang malam tanpa mengira waktu.

busuk gilaa
sebab actually air longkang tersumbat sampai melimpah lol. Terpaksa jalan
terjingkit jingkit sambil mulut tercebik cebik geli sambil angkat kain tinggi tinggi.
wahhahaha.

p/s- random update untuk minggu lepas.
Banyak test last week, sampai tak sempat nak update blog kununnya lahh.

Oh hai, saya sekarang menggunakan wifi baru Hasan_Baharim
di rumah. Di rumah bererti di Melaka.
 wooohooo.
miss ibu ayah, siblings, home, foods, miss every single things here !



Saturday, October 13, 2012

sabar.

Assalamualaikum.

Doa agar dipermudahkan urusan:

Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir"
(Al-Baqarah : 286)

Dah namanya belajar, tiada yang senang.
Dah namanya hidup, pasti ada dugaan dan cabaran.
sabar.
doa.
tawakkal.
kita kan ada Allah,
tempat mengadu semua masalah, sebab tak semua masalah
itu perlu diceritakan, tak semua masalah itu perlu dihebohkan.
Biarlah hanya diri kita dan Allah saja yang tahu.
Setiap orang ada masalah masing-masing. Di bibirnya tersenyum dan ketawa,
hatinya kita tak tahu :)
sabar, yakinlah perancangan Allah itu lah yang terbaik.



“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kalian dan kuatkanlah kesabaran kalian dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negeri kalian) dan bertakwalah kepada Allah supaya kalian beruntung.” (Al-Imran : 200).

Friday, October 12, 2012

takde motif.

Assalamualaikum.

Kalau kat Terengganu ni, toksah tanya lah kami hang out kat mana.
mydin giant mydin giant jelah kerjanya.
takpun kalau nak gaya makcik makcik tu pergilah pasar payang.
beli kain batik, beli lah rempah ratus segala bagai tu, ye dok ? -.-





hah, kan dah cakap takde motif.
ambik gambar bebanyak. pastu gelak gelak tengok gamba sendiri -.-
harini pergi mydin beli bebarang dapur je kot. lepastu tekak penang dayah nak makan
pizaa hut kekonon. kitorang ikutkan jelahh.
karang kempunan anak orang sapa nak jawab tu weh ? :P

semua gambar ada muka aku.
diorang cakap aku suka buat muka spontan(cemano tuh ?)
muka spontan yang bila tengok balek, rasa cam lawak gilor.
hahh, jahat gilaa kot -.-
ampa mengedog aku nohh.takpa takpa.

tadi jumpa nawal. dia cakap muka aku makin
MATANG DAN TEMBAM.
kfine-.-

Thursday, October 4, 2012

bread and cake making lab


Assalamualaikum.
Harini kitorang diajar cara-cara membuat roti dan kek. Sama je macam roti yang selalu
mak akak kite buat kat rumah tu.hewhew.tapi mungkin kat rumah uli tepung guna tangan.
Takpun guna mixer yang kecik tu. Kalau dalam makmal pemprosesan makanan ni, kita gunakan mixer yang serba besar. Oven besar, semuaa besar hahah.
Teruja sekejap. Kat rumah mana ada, ye dok? -.-
Kami diajar cara-cara membuat roti, kek span dan kek keju.

muka teruja nak mulakan pelajaran kita yang sangat menarik harini, of coz lebih menarik
dari eksperimen microbe lol


encik roslan tunjukkan cara mengguna mixer yang besar gedabak dengan betul,
cara menguli dengan betul, dan bagitahu lah semua ingredients apa yg nak kena masukkan untuk buat doh. Lepas siap semua, masukkan doh dalam proofer at 40 degree celcius for one hour.

taddaa! Kami diberi peluang untuk menghias sendiri roti ni.
Mak oii kemahen lah mereka ni. Kemain tebal hotdog, cheese apa semua. Sampai tenggelam roti tu dibuatnya.pelbagai bentuk yang terwujud.haha.

buat kek pulak ! semua encik roslan yang buat, kami tukang tengok dan tukang makan je.
Hahah.yang hias kek ni pon akak2 pembantu makmal.kalau kitorang yang hias,
Tak tahulah ada rupa kek lagi ke tak.heheh.

time to eat ! piya spread the love lah konon main suap-suap.huhu.
Baaanyak sangat roti dan kek.2 biji cheese cake, 3 biji kek span, dan berpuluh roti.
Perut yang lapar giler, terus kenyang giler sampai tak larat nak lunch dah lepastu.
Padahal kemain lapar mula-mula.

Foodtecheroes.



Nak tulis resipi tapi malas nak taip dan blog aku ni bukanlah blog masakan. Hahaha. Sama je macam roti kek yang selalu
kita buat kat rumah tu.Tapi kami ni diajar lah, kenapa macamtu, kenapa macamni.
apa kegunaan yeast, suhu apa yang sesuai, cara mengguna peralatan dalam makmal pemprosesan,guna teknik waterbath.

Dan sebagai pelajar foodtech, haruslah tahu macam mana nak mencipta makanan sendiri,
tahu jugak cara macam mana nak mengekalkan rasa dan bentuk makanan tu,
dan mencipta kelainan pada makanan tu.
Contohnya, bila kami cipta roti. Bukan roti biasa, kena lah cari jalan macam mana nak jadikan roti tu tahan lama dan kekal lembut walau roti tu dah sejuk.

Interesting? Yeahh sangat sangat.
Belajar pasal makanan, apa tak seronoknya !
Lama lama makin gemuk asyik makannn je, tu yang tak seronok -.-
We will visit dunkin donut factory, fish landing port,dan lihat sendiri
macam mana proses pengetinan makanan dilakukan. mungkin sardin kot -.-
Can’t wait for that ><



p/s- setiap yang berlaku, ada hikmahnya. 
Alhamdulillah i'm here. kalau aku tak masuk unisza, aku tak jumpa kawan seperti mereka,
yang mungkin takde di tempat lain di mana-mana di dunia ni.
kalau aku tak masuk unisza, aku tak dapat pengalaman yang sangat berharga macam yang
aku dapat sekarang. jika aku di tempat lain, mungkin aku takkan
rasa gembira dan bahagia macam apa yang aku rasa sekarang. 
alhamdulillah.






Wednesday, October 3, 2012

first semester.

Assalamualaikum.

actually takde benda nak update. tapi internet kemahen laju sampaikan
keinginan nak buat benda lain terpadam.

assignment titas kena reject weh. sadis sungguh -.-
kena buat semula, lepastu for ethnic relationship subject, kena buat
video. yang ni lagilahhhh ! menuntut kesabaran dan kekreatifan yang amat amat tinggi.

okay okay baru teringat tak update lagi pasal subjek-subjek teknologi makanan
untuk semester satu ni.
ada 6 subjek, 15 kredit hour je seminggu.
sikit weh.gimme more !ahaks berlagaks. tampar kang.

-ethnic relationship
-tamadun islam dan tamadun asia
-english for communication I
-introduction to foodscience and technology
-basic food microbiology
-physical inorganic chemistry

nampak senang? ha ah, memang senang hahah.
mind set cakap senang, senang. nanti jadi senang.
kalau cakap susah, susah nanti jadi susah. cehh.
 new qila. kalau dulu negatif memanjang, sekarang positif memanjang.


best tau ambil course ni, sebab banyak belaja pasal makanan.
paling best subjek foodscience la. banyak melawat kilang-kilang
makanan apa semua.
subjek lain just masuk lab buat report. bosan. hahah.
best weh makanan.
asyik makan je. nyummmyyy.

lepasni akan ku update tentang cara-cara membuat roti
yang kitorang akan belajar esok, insyaallah.
bukan buat bodoh bodoh tengok resipi kat google atau buku resipi.
ni cara dari makmal punyaaa ! ahah.
lepasni bolehlah aku buat roti, jual sepanjang cuti sem lol.
sem 1 kena buat roti, dah third year nanti lagilahh. kena sembelih ayam. makkkk !
nasiblah kan. sape suruh kau ambik food tech -.-

ohh ya! kampus gong badak takde lab.maka kami kami
yang memang memerlukan lab kena pergi kampus kota. 20 mins from here kalau tak jammed.
seminggu kena pergi sana 2 kali.
penat weh. balik dah petang. dengan jalan jammed lagi haduii. pening lalat jadinya.

kat kampus kota :)

kampus kota ni kecik je, ntok bebudak perubatan dan sains kesihatan.
best weh, ramai bakal doktor hengsem hengsem.
bukan aku cakap, dayah yang cakap. dia cakap kalau kat kampus kota kena
jaga perlakuan. sebab ramai doktor hensem lol.



p/s- ada karnival di unisza sekarang ! seronokk !
baaanyak sangat baju tudung novel yang murah murah :P