Tuesday, May 29, 2012

senyum :)

Assalamualaikum .


Alhamdulillah, bersyukur pada Allah yang telah mengurniakan nikmat gembira pada
aku harini . senyum :)

result matrik dah keluar harini . Takdelah aku dapat 4flat,
tapi alhamdulillah aku tetap syukur pada Allah. Mungkin usaha aku belum cukup untuk
aku dapat 4flat. apa-apa pun, alhamdulillah :)


Harini aku jumpe si sengal , Syud . Bukan main susah nak janji keluar ngan die,
padahal Alor Gajah je punn. hehe:D
Harini kitorang makan kfc sesama, dan seperti yg dijanjikan, kalau result aku 
gempak(lah sangat)
aku belanja die. Untunglahh dak syud. Thanks syud teman aku makan
and teman aku belaja menjahit harini . hehe .

 syud sengal . ily gedikk <3
tak malu je die lepak kat sini. hewhew.



Malam pulakk, ayah belanja makan sate kajang dekat Port Dickson . hehe:D
Ya Allah, terharu giler. Walau tak dapat 4flat(berapa kali nak ulang hah ?!),
terasa diraikan oleh ibu ayah and the kampung girls. thank you !

 Subhanallah :)

Ahli The Kampung Girls(xcept yg dua dari kanan.hehe)
Cian gomok tak itut. syape syuh tito tat umah atam.

 with ibu, ayah . waduh, tanpa mereka siapalah aku.
Hanya Allah saja yang mampu balas jasa2 kalian padaku.
Akan aku berusaha menjadi dietician yang kurus (apekah =.=)


 sate kajang yang enak bangett dan berlemak.
punah diet guwe.






ini baru permulaan, permulaan kepada sebuah kehidupan.
Hanya pada Allah saja aku serahkan segala-galanya. DIA saja yang mengetahui apa
yang paling terbaik untuk aku. Aku sebagai hambaNYA,
hanya mampu berdoa dan bertawakkal.


Congrates for all matricians !
whatever you got, Allah knows better .


Alhamdulillah again and again.
 Thank you Allah :)


p/s. sepatutnya entry ni di post semalam. Tapi sebab kesengalan internet,
terpost lambat. 








Monday, May 28, 2012

tips penjagaan kanta lekap


Assalamualaikum .

Kali ni, aku nak share tips penjagaan kanta lekap, untuk mereka
yang gunakan kanta lekap. Best tau guna contact lens, tak payah pakai cermin mata.hehe:D
Tapi ade leceh dan pantang larangnya. Tak boleh main redah je,
pasal mata adalah salah satu organ yang paling penting dan kena jaga betul-betul.



Langkah-langkah:-
  • Cuci kanta lekap dengan menggunakan cecair multipurpose solution (MPS). 
  • Gosok  kedua-dua permukaan kanta lekap dengan jari telunjuk. 
  • Bilas kanta lekap dengan MPS.
  • Rendam kanta lekap di dalam MPS semalaman atau sekurang-kurang-nya 4 jam sebelum dipakai semula. Pastikan paras MPS mencukupi seperti yang ditanda dalam bekas rendaman.
  • Sekiranya anda tidak memakai kanta lekap untuk beberapa hari, MPS di dalam bekas rendaman perlu ditukar setiap malam.

 semua pengguna kanta lekap dinasihatkan:
*Jangan sekali-kali memakai kanta lekap melebihi waktu yang disarankan.
*Jangan tidur dengan memakai kanta lekap.
*Menghentikan penggunaan kanta lekap jika berlaku kemerahan pada mata dan segera berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan jika perlu.
*Pastikan diri dirujuk kepada pakar mata jika berlaku masalah mata merah dan penglihatan terganggu atau semakin kabur.
*Jangan menggunakan kanta lekap yang melebihi tempoh tarikh luputnya.

Bila dah google pasal penjagaan kanta lekap, baru ku sedar banyak lagi yang aku tak tahu
pasal penjagaan contact lens yang betul. Alhamdulillah takda problem
setakat ni. Yang penting, jangan beli kanta lekap kat pasar malam ataupun kanta lekap online.
Dapatkan nasihat dari optometrist(macam best je jadi optometrist.upu fasa 2 tak tuka lagi ni.hehe)

Kalau dah malas sangat, pakai cermin mata jelah senang !
nampak smart , nampak cam budak baik.
kihkih.

tu saje ntok tips copy paste aku. Takde tips peribadi, sebab aku pun bukan
tau sangat. Banyak lagi tips, google je wokeyh.

p/s-ya allah gerun giler result pspm esok . tu yang tenangkan hati, tulis
blog ni. lupe kejap pasal result .







Wednesday, May 23, 2012

3#


first trial- mata lalat. 
oke,  memang aku sakit hati buatbuat tak dapat. Buatbuat tak dapat.
kalau dapat buat pun, tak kemas. terpintal sana, terbelit sini.
sampai naik berpinar-pinar mata aku.
hati pulak panassss je harini.
pelik.  apahal rasa nak marah je ni . tengok kalendar .
okeh. 
hujung bulan.
patutlah asyik emosi je.lol.

bye.

Monday, May 21, 2012

Kelebihan Bulan Rejab

Assalamualaikum.

Meh aku nak share 7 kelebihan bulan rejab .

 1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt 

 2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Ahad, 17 Jun 2012) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa 


 3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt 


 4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (22,23,24 Mei 2012) maka ALLAH 

swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat 

 5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..


 6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga 


 7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya." 

Daripada : sumber 

Saturday, May 19, 2012

2#

Assalamualaikum .

Takde idea. Duduk rumah, buat aktiviti biasa.
Tido makan online (ulang 50 kali)

Tapi isnin-rabu aku pergi kelas oke.
Kelas 'ERT' laa, ape lagi.hehe:D


Berita gembira, aku dah pandai potong kain! haha:D
err, takdelah pandai sgt. Tapi aku tahulah
nak potong kain buat lengan, bahu, pesak blablabla. 
Paling benci part ukur badan. Terasa gemuk giler =.=
Ada satu word ni cikgu aku sebut .
kedek? itik ? kelek ? arghhh forgot that word.
Aku angguk-angguk pahamm je. Padahal dalam hati,
''aduhai apo bondo ko ngarut ni cikgu oii ?''


try gune mesin jahit. berselirat benang dibuatnye.

Tempat belajar :)


Actually senang jer kalau pernah belaja time ERT kat skula dulu.
At least asas2 jahitan, buat pola baju ape semua dah tahu lah kann.
Tapi disebabkan kelelakian aku(apekah?) lebih daripada keperempuanan,
aku amek kemahiran teknikal.

Ketuk kayu lagi senang der !

Thursday, May 17, 2012

Zizan vs Amer ( kegemaran Aid )

Assalamualaikum.

entry ni terhasil bila aku tengok Aid menangis bila ibu paksa die blaja.
Dia menangis sebab ibu suruh belajar time die tengah tengok video Zizan.
Ntah ape yang die suke kat Zizan tu aku pon tak taulahhh !
sebab tu aku tanye,

aku : Aid, kenapa aid suke Zizan ?
Aid : Sebab muke die macam Amer !
aku : hahahahahahaha:D (gelak terguling-guling)

 amer vs Zizan

Actually adelah beberapa orang yang cakap muke Amer macam Zizan.
Bila aku tengok betul-betul, kahkahkah.
lawak sehhh. muke lawak gilorr. 
ade iras-iras lahh. haha.

 aku pon tak tahu mana satu amer, mana satu Zizan. kehhhkehhh :D



amer dan aid :)

so, amacam ? sama tak muke mereka ? :D

p/s, sesuka hati aku
je curik gambo dak amer tanpa izin.
Tapi aku tak kesah sebab tak mungkin die bukak blog ni.
 impossible oke.hehe.









Wednesday, May 16, 2012

syukur :)

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah . Harini aku dah berjaya dapat lesen ! kehhkehh . Akhirnyaaa . fuhh.
 Memang cuak gile ah tadi .
sampaikan jpj tuh tegur,
''kenapa muka risau jerk ni ? rilek laa "
malu aku. Cepat2 aku senyum sengih-sengih.

kalau tak lulus tadi, memang aku melalak dah wei.
mana tak nye, tunggu turn punyelah lama giler. aku datang kul 7.30 pagi.
Ingatkan nama kene panggil kul 8 lebih camtu. Harini ramaii pulokk yang nak amek jpj test.
Sampai aku tido bangun balik. Tido balik.
Menguap sana. menggeliat sini. Akhirnya nama dipanggil pukul 11 lebih. Dan turn aku pukul 
1 tengahari(atau petang ?).

Dan alhamdulillah dengan kepanasan cuaca yang melampau, disertai dengan kesabaran menunggu, aku lulus.
Tak sanggup wehh nak datang zapcity lagi.

btw, harini hari cikgu kann.
Di kesempatan ni aku nak ucapkan SELAMAT HARI GURU 
kepada guru-guru di :

-tabika kemas lubok china
-SK Alor Gajah 1
-Sekolah agama Paya Datok
-SMK Dato Dol Said
-SMKA Sharifah Rodziah
-kem PLKN teluk sari
-kolej matrikulasi melaka

walau aku tahu mane ade bekas2 cikgu aku nak baca, sekurang-kurangnya
aku ingat cikgu . hewhew.
jeles aku , diorang gi sharodz sambut hariguru harini :( wuwuwu

Monday, May 14, 2012

happy birthday ,ibu

Bismillahirrahmanirrahim :)

Today is ibu's birthday .

for ibu,

 tak cantik ponnn,aku tak creative.hee:D

btw, yang frame tu from amal . aku tolong tepek kat belog.hehe.

malam pulak, pegi makan ikan bakar. yummmy !



ibu,

I wish you a life full of happiness,love and warmth.
Your love is my hope,faith and my world..
May your sweet blessings stay with me forever.
May Allah bless you always :)

Happy birthday !


Sunday, May 13, 2012

ingat janji kita

"Saya janji, saya akan jaga dan melindungi awak sampai 
ke akhir hayat saya.Saya janji,awak.Saya janji !"

''Janji?''

''Ya, saya janji"

"Janji tau !"

"Ya, saya janji dengan sesungguh hati saya "

*************************************************************

"Semuanya kerana janji . Masa saya zaman sekolah dulu,saya ada berjanji dengan
seseorang.Saya janji akan berada di sisi dia dan melindungi dia sepanjang
hidup saya.Disebabkan satu perkara yang tak diduga,saya terpisah
dengan dia.Dan dia hilang tanpa khabar berita.Sampai sekarang saya cuba menjejak dia.Saya berdoa,
saya akan bertemu dia satu hari nanti"

footnote : Ingat janji kita . terbaikk ah murni aqila.


Thursday, May 10, 2012

tu diaaaa !

Result matrik akan diumumkan pada 29 Mei 2012.
19 days more.
wahh takutnya . takutnya .
sekarang ni doa dan tawakal jelaa.

siap dah ada link ,


Moga kita semua dapat result yang bagus okehhh .

oh ya, untuk kemasukan ke upu, yang akan dinilai adalah,

-PNGK keseluruhan
-Gred semester 1
-Gred spm

aku dapat info ni dari fb.Tak tahulah betul ke tak .

hehe .

Wednesday, May 9, 2012

1#

In The Name Of Allah The Most Gracious Most Merciful :)

haluu haluu .
First day aku belajar menjahit di Annur Sewing Training Centre.
Seriously,sungguh penat.Dari pagi hingga petang.
Padahal bukan aku buat ape pun, setakat belajar cara2 mengukur baju dan buat pola blablabla.
penat sebab aku berdiri 2 jam continuously . ahaks .
susah nak melukis sambil duduk santai .
Harini lebih kurang macam briefing laa.Cikgu yang mengajar sungguh baik.

I got new knowledge today and also got new friends.
Pelajar kat situ tak ramai pon,harini ada 4 orang je.
actually aku ingat makcik-makcik aje yang belaja menjahit.
last-last kat situ,sorang saja lagi tua dari aku,tu pon tua setahun.Yang lain semua budak
bawah2 aku.Semua panggil aku 'kakak', termasuk si penjaga kedai yang mungkin
budak lepasan spm kot.

homaigod, dah tua rupanya aku ;(






Monday, May 7, 2012

Kelas menjahit :)

Assalamualaikum.
aku seorang penganggur , 
sementara nak tunggu sambung degree insyaallah bulan 9 ni.
5 bulan tuu cuti.Oleh sebab ayah risau bebenor tengok aku makan tido makan tido je kat rumah,
aku diberi 2 pilihan,pergi kelas menjahit atau pergi carik kerja.
ohhh aku tak nak kerja ! penat ! gaji pun berapa lah sangat kan.
pergi kelas menjahit jelaaa.

terasa kelakar bila terbayang diri sendiri menjahit.Tangan keras aku ni  boleh ke nak menjahit?
*belek tangan sendiri*
Tapi mesti best kan kalau kita dapat
beli kain yang kita suka,then jahit baju untuk diri sendiri ! 
walau aku tak minat nak buat bende2 ni semua,,tapi aku yakin minat boleh dipupuk :)
Lagipun aku risaulah kalau aku gemuk duduk kat rumah tak buat ape2.
haha !

So, esok akan bermula rutin baru.Rutin baru yang menggantikan 
aktiviti makan tido makan tido aku.
Tapi kelas ni hari isnin - rabu saja.Aku ambik kelas buat baju kurung,
yuran hanya rm250 saja.Dia akan ajar kita sampai pandai,insyaAllah.
Yang bestnye,informal class.Maksudnya,sukehatilah nak balik pukul berapa pun.
mungkin sehari aku pergi kelas tu 5 jam je.

p/s-kalau pergi kerja,dapat duit dan duit itu akan habis akhirnya.
Kalau pergi kelas kemahiran,dapat ilmu.Dan ilmu itu boleh diaplikasikan untuk
mendapatkan duit :)

cita-cita terbaru : Nak Jadi Kaya ! haha

Sunday, May 6, 2012

KMM-last part

Assalamualaikum :)
ni adalah entry terakhir pasal KMM .
Dah lama aku buat entry ni, tapi harini baru teringat nak publish .

Buat yang masih ragu-ragu samada nak masuk matrik
atau tak, teruskanlah istikharah.
Sebab ade beberapa budak sekolah dulu kala mesej aku balik,
tanya macam2.
matrik susah tak ? kenapa dia dapat program dua tahun ?
kenapa itu, kenapa ini ?
better diploma atau matrik ?blablabla.
aku pun actually dah tak tahu nak jawab ape.
i'm not good in words,but i'm a good listener . haha!
boleh cerita semua masalah kat aku tapi nak suruh aku bagi advise?hurmmmm ;(


tapi matrik kee diploma kee,asasi kee,semua
sama aje.asalkan ada keinginan untuk belajar.Better masuk matrik laa,
habis degree awal.kawen pon awal.haha!




tapi pendapat aku,
matrik ni tak susah.Cuma kadang2 attitude kita yang menyebabkan
ianya jadi susah.Kalau asyik nak ponteng kelas,turorial pon tak buat,asyik nak enjoy,
takyah melalak laa kalau kau punye pointer cukup2 buat makan jee.
tapi,
Kalau rajin,tak pernah ponteng kuliah,buat semua tutorial,
concentrate dan paham semua yang lecturer ajar,
insyaallah boleh score punye.kalau struggle sikit, tak heranlah kalau dapat 4flat :)
Jangan percaya cakap2 orang yg matrik ni susah.
senang je kalau kau struggle ! haha !
ataupun sibuk bercintan cintun sampai lupe nak masuk kelas.
Orang lain pon bercinta jugakk,takdelah sampai lupe nak masuk kelas,ye dak ?
ehemmm.

And the most important!jangan salah pilih kawan..takut terpengaruh dengan mereka
yang asyik nak ponteng kelas,,atau terpengaruh dengan mereka yang
asyik nak tidur,asyik nak main game,asyik nak enjoy.
susah tuu .


but you must strive hard in matriks.
tak boleh enjoy2 sangat.Masa sangat padat.Only 4 subjects in matrik,
taaapiiii...ya ampun ! kena bersedia dari segi fizikal dan mental laa.
just try your best ! hehe .


Alhamdulillah i'm with them.With friends that always give support to me.
Million thanks to Mira,Yoyo,Nadia.
We had study group together,since from the first semester, almost everyday during the studyweek.
Alhamdulillah all of us got result that make us smile for the whole day !
i ingat lagi,kitorang dapat result during koku class.after got the result,we played
badminton together and that was a beautiful moments i ever had !


Alhamdulillah.Allah knows what is the best for us.Just usaha,doa,tawakal :)
And i'm hoping for the better result for second semester,
even semester ni macam disaster gilerr.

lastly,

S32T5 :)

roomates :)

Thanks guys for the beautiful moments !


Friday, May 4, 2012

kesilapan wanita tentang aurat

Assalamualaikum.
Salam jumaat :)
Berikut ada sedikit perkongsian yang rasanya ramai dah pernah baca,
dan ramai yang dah tahu tapi masih tak mengamalkannya ,
termasuklah aku yang kadangkala terlupa.


Dan, 
dosa orang yang tahu tapi tak mengamalkannya lebih besar
dari dosa orang yang tak tahu dan tak mengamalkannya.
na'uzubillah .

Kesilapan wanita tentang aurat :)

Happy Birthday , Ada !



to SITI ADABIAH RAMLI ,
Happy birthday dear ,
sweet 9teen.
Semoga dirahmati Allah, dan moga kau berjaya dunia akhirat.
sayang kau,
friends neva end oke !

alahhhaiii suweeetnyeee aku ni kann :p

nah , kek ni aku buat khas untuk kau.


Tak yah terharu sangat ok,
bukan susah pon nak buat kek ni .
taip aje kat google.hik3.






Wednesday, May 2, 2012

Tuhan,berikan aku petunjukmu.




Artinya: "Ya Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini." (QS. Al-Kahfi: 10).

Tuesday, May 1, 2012

KMM part 2-jamuan B3.2.A

Salam.

Dalam banyak-banyak aras kat B3,wing 2A laaa yang
paling havoc sekali.Sebab wujudnye
our mama wing yang sentiasa kepoh tapi agak baik hati lahh jugak.
Sangat menjaga kebajikan anak2 buahnya.

ketua wing a.k.a mama wing=Ain:)

so haritu kitorang buat lahh sikit jamuan.idea bebudak ni lee.
aku mengikut jee.Kitorang buat time
malam ABPBH2011,sehari sebelum study week bermula.

tapi,hujan;(
terpaksa buat kat kafe.

B3.2.5 :)
Seha,Nad,Qila,Ezy :)

miss nye kat korang ! haha.
aisehhh,baru berape hari dah rindu kononnn.





lepas makan,menyanyi.Lagu Kau ilhamku.
Pastu potong kek.
Pastu setiap bilik, sorang wakil
suruh buat ucapan.Last wishes untuk semua.

Lastly,

Kau Ilham Ku 

Beribu bintang dilangit
Kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang
Kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah

Sedetik wajahmu muncul
Dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang atau rembulan
Terima kasih kuucapkan

Izinkan kumencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oh...
Andai lagu ini
Mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh...
Sekadar memori
Kita di arena ini..
Kau ilhamku...