Friday, February 17, 2012

kiri,kanan,kiri !

Assalamualaikum .
akhirnye, selepas berpenat lelah mencari jalan nak masukkan gamba
dalam lappy, aku berjaya jugakk , alhamdulillah.baru ler aku ade mood nak hupdate belog.

okehh,last week berlangsungnya pertandingan
kawad peringkat kebangsaan antara praktikum.kawad yang simple2 je,
kawad asas.Tapi nak bagi semua orang bersatu padu punyelah susah.
kalah menang belakang kira laa . asalkan kitorang enjoy .


hamboii, muke ceria. bajet menang lettuww.


makan.


with YOYO, ketua platun kitorang .Kenapa ketua platun perempuan ?
sebab Yoyo garang, semua dengar cakap die .
dan bebudak lelaki klas S32T5 pondan tak ramai , 3 orang je .
maka lebih sesuai perempuan yang jadi ketua .
*pendapat aku

dataran perdana, tempat pertandingan kawad berlangsung.


Actually roomate aku ade tolong record video kawad kitorang,
tapi sangatlah lembab ntok di upload . aku malas nak menunggu .
buat sakit jiwa aje .

tu saje, aku dah malas nak menaip lagi.
bye !











Friday, February 10, 2012

update#

salam.
woaa , lama sudah tak update belog. dah bersawang dahh blog aku ni.
last week aku balik 3 hari tapi demam teruk woo .
tepat-tepat sehari lepas habis exam. Syukur Alhamdulillah tak sakit time exam.
kalau tak, memang hancuss semua paper.
siap dengan keracunan makanan sekali . hampeh punye kafe .
tapi bagus jugakk, ramai yang cakap aku dah kurus . HAHA . 
tak lalu makan punye pasal, aku tak makan apa-apa sampai 3 hari .
aku pun terasa badan makin susut sebab beberapa baju yang aku pakai ketat, terasa
longgar. kehhkehh.
tapi ni dah semangat balik makan, nanti gemuk balik.

actually sekarang ni kitorang tengah busy ntok pertandingan kawad
antara praktikum hari selasa ni . Siang malam berlatih kawad.
harap-haraplahh berbaloi.
Tak lama lagi jugak, ada dinner untuk blok B3. Setiap wing kena buat persembahan.
Kitorang sepakat buat persembahan menari.Menari lagu korea. haha.
poyoo lah masing-masing.
dan, assignment english dah siap sepenuhnya,alhamdulillah.
Sekarang tinggal untuk presentation pulokk.

apa pun, sekarang ni memang busy giler.

p/s-setiap kali berlatih kawad waktu malam, teringat pulak tyme skolah dulu
kawad sampai malam2. rinduuuu .
terbayang-bayang sampai sekarang. terasa cepat masa berlalu.
gileee ahh, aku touching.sobs3.


Saturday, February 4, 2012

Dream high | korean drama review



Description: Six students at Girin Art High School work to achieve their dreams of becoming stars.

Casts : Taecyon 2PM, Woo Young 2PM, Kim Soo Hyun, Eun Jung T-ARA, IU, Suzy Miss A

woahh cerita ni sangat best dan menarik sebab ia lebih kepada keazaman yang kuat dalam mencapai cita2 diorang. Agak best lah drama ni sebab masing2 ada kekuatan. Drama ni jugak takde hero atau heroin bagi aku, so takdelah hero je yang bagus , heroin je yang bagus. Semua ada kelebihan. Tapi agaknya heroin Hae Mi ( Lakonan Suzy) kot aku rasa. Hero plak Kim Soo Hyun atau Taecyon.

Hahh, kan dah cakap susah nak detect mana satu hero haha. Dan cerita ni lebih kepada keazaman mereka dalam mencapai cita-cita dan friendship. Cinta tu ada tapi tak banyak sangat ah. 
Aku suka drama ni sebab ianya real. Semua pelakon memang betul2 penyanyi kecuali Kim Soo Hyun. Tapi he can dance and singing very good. comel pulak tu harhar.

And this drama end up with they achieved their dreams. Semua berjaya, dapat apa yang diorang nak.
Ada dream high 2, tapi ada yg cakap dream high season 1 lagi terbaik. Aku pun malas nak tengok season 2 sebab bagi aku, biasanya kalau ada musim kedua mesti tak best. Orang pun akan bandingkan dengan season yang pertama haha.

personal taste | korean drama review



Description: Jeon Jin Ho is a straight guy who pretends to be gay to become a roommate to his female friend. His hobbies include organization and ironing, and he's known for his stoic poker face. He's a stickler for cleanliness, but he also has a talent for figuring out women's feelings.
Episodes: 16  Year: 2010

Cerita ni memang best tapi agak serius sikit dan lembab sikit haha.
Ada beberapa babak yang kelakar lah jugak sebab watak perempuan tu lakonan Son Ye Jin macam sengal2 sikit ah. Typical korean drama, perempuan sengal, lelaki cool. aptb.

Lee Min Ho sangat hensem dan macho okeh haha. Dan dressing dia pun cantikk.Dia melakonkan watak sebagai Jeon Jin Ho, seorang arkitek. Memang bagus lah dia ni kiranya,sangat determined sebab dia berusaha bersungguh-sungguh untuk capai keinginan dia.

apa pun, ini drama korea yang pertama aku tengok haha.
Cerita ni banyak pasal kerja lah, cinta tu ada lah sikit2. Bolehla tengok di kala
kebosanan. Aku bagi 4 per lima bintang haha.