Sunday, December 25, 2011

December Holidayy :) part I


akan di update coming soon ,
sekiranya rajin dan masih mempunyai banyak tenaga .

Sunday, December 18, 2011

becoming birthday of me :)

sodap ehh ..

becoming 18 next week , insyaallah:)

kek ape tah ? pelangi ?ibu buat,atam hias.

acik(1312)imran(2012)aku(2212)mirul(2112)ntah mcm mane liah boleh tersesat,besday die 2411

birthday aku minggu depan , hari Khamis .
First time , aku takde kat rumah sambut besday .
yelahh , biasanya waktu cuti .
inilah masanya aku nak tengok sesiapa yang ingat birthday aku .
kehhkehh .

doakan aku panjang umur dan diberikan rezeki yang
melimpah ruah sudahlahh . 
hewhew .

siapa baca belog ini , sila komen dengan meng wish aku .
jangan lupa doakan aku sekali .
*tak malu mintak wish*
pangggg!

bye !








Friday, December 16, 2011

the making of...english project ;)



for da english speaking quiz ,
group aku jual healthy products .
Untunglaa ade nadia yang jadi supplier produk Zhulian . Kalau tak
meroyan lah kitorang tak tau nak jual ape .

thank you kepada mira dan yoyo yang jadi  pelakon ntok group kitorang .
really appreciate it .

ni video lepas sejam lebih aku edit .
penat woo .
siap akhirnye . alhamdulillah .
walau agak kelam kabut sikit , yelahhh . baru nak cuba-cuba
edit video .
even aku pelajar sc komp kott . bab edit video tak blajau lagi .
saborr .



dan dan jerk aku jadi director .
ehh betul la tu .
skrip pon aku yg sediakan . fuhh , harap-haraplah
ade penerbit atau pengarah filem tengok
video ni . untung2 dapat aku jadi pelakon pulak lepas ni .
*erkkkkkk*

p/s-busy siapkan projek ni . tapi agak enjoyy .
nak buat slideshow lah pulakk!!


Saturday, December 10, 2011

novel sengal ;)

macam biasa kalau aku beli novel baru , akan diupdate kat sini .

novel ni best giler , lawak giler ,
bodoh giler . tak logik pon ade jugakk . 
Aku rasa novel ni sesuai kalau kita baca utk hilangkan tension .
Tak payah pikir laa jalan ceritanya yang cam bangang sikit .
Puteri Laila sbg heroin , Hasrul sbg hero .

kelakar gile kott . aku tergelak-gelak meroyan sorang2 baca novel ni .

Jalan citer tak logik , penggunaan ayat yang gile kelakar .
Ringan le kepala , kisah cinta yang tak terlalu
berat atau jiwang-jiwangan sangat .

Sinopsis:
Puteri Laila Megat Kamarulzaman anak orang kaya.Dia playgirl ,
lebih 50 lelaki die permainkan.Puteri Laila jugak seorang yg sombong dengan kekayaan die.
Dia selalu terserempak dengan Hasrul dan malang sentiasa menimpa bila jumpa lelaki tu.
Takdir tuhan,bapak Puteri Laila jatuh bankrup.Dan die dapat tahu Hasrul tu ade
pertalian darah dengan dia.Bapak Laila lari,amanahkan hasrul jaga Laila.
Sejak tu,laila terpaksa hidup susah dengan hasrul.Tinggal kat rumah Hasrul yang macam
kandang lembu,makan tak sedap,toilet uzur,blablabla.Dia terpaksa
jadi orang miskin padahal selama ni dia memandang rendah pada golongan bawahan.
So,apa jadi seterusnya?

ahhh , beli sendiri laa novel ni .
Ada pengajaran sikit la.

Pengajaran dalam cerita ni,
jangan terlalu meninggi diri atau bongkak dengan kenikmatan atau kelebihan yg diberi tuhan pada kita.
Bila-bila masa ianya boleh ditarik balik.Jadilah hambaNYA yang sentiasa bersyukur .

nota penulis : Tak lama lagi ada drama adaptasi dari novel
Gemersik kalbu di tv3! dan jugak drama adaptasi dari novel Bicara Hati di Astro .

Nampaknya trend yang makin hangat di Malaysia adalah
membuat drama atau filem adaptasi . petanda apakah ini ? ada seseorang pernah berkata ,
ini adalah tanda dunia sudah hampir ke penghujungnya atau dengan erti kata lain ,
tanda2 awal kiamat . waallahua'lam.






Friday, December 9, 2011

result sem 1


6 . 12 . 2011

Alhamdulillah , bersyukur pada Allah yang Maha 
Mendengar dan Maha Melihat setiap usaha dan doa aku .
mungkin dah memang rezeki aku .
Alhamdulillah .

serius , aku tak expect pon dapat pointer gini !
aku yang jawab exam , aku tahulah aku jawab macam ntah hape2 jerk .
aku just bertawakkal jerk .
dan pasrah . hewhew.
then bila dah dapat sesuatu yang
sangat lebih dari yang aku target , rasa nak sujud syukur depan hep .
hehe .

dan alhamdulillah , bebudak study group aku semuanya
result gempakkk .
tahniah yer korang ! Nanti kiter study sama2 lagi tauu ntok sem 2 nii .
hikhik .

ape pon , kuasa DIA yang memberi aku rezeki ni .
oh ya , tahniah qilamajed .
die dapat 4flat ! *saje gebang *
pegi serbu blog dia . mana tahu dapat badi die ,
kehkeh .

p/s- aku still tak tau nak jadi apa di masa depan .
ape pon tak bolehhh !
teruk bebenor aku ni .

azam baru , nak mengekalkan apa yang aku dah dapat sekarang .
kena lipatgandakan usahalahh nampaknyaa .




Monday, December 5, 2011

My little bride | Korean Movie Review


Tentang seorang budak perempuan 16 tahun bernama Bo Eun yang kena kahwin dengan 

sorang playboy bernama Sang Min. Sebab wasiat atuk dia lah yang suruh diorang 

kawen.Lawak lah juga sebab nanti laki dia si Sang Min tuh akan jadi cikgu dia kat sekolah dia 

sendiri. Dalam masa sama si Bo Eun ni ada plak minat kat laki lain. Comel kot laki tu. Hero dia

  ni takdelah hensem tapi time dia jadi cikgu ramai tergila-gilakan hero tuh. haha


Dan alahh mesti sumorang dah dapat agak apa endingnya, ye dak ? kehkeh.

Sangat typical.


K ni cerita dah lama, time ni Moon Geun Young masih kecik lagi,
comel jeh. Tapi bila dia dah dewasa ni aku dah tak minat lak tengok muka dia.
heheh.

secret garden | korean drama review


Cerita secret garden ni sungguh lah popular. semua org cakap best sampaikan aku terpengaruh lalu menonton drama ni. wahh gituu kan. Tapi tak best pun ;(  Betullah org cakap,
minat masing2 berbeza haha. 

Cerita tentang Kim Joo Woon ( Hyun Bin ) tertukar badan dengan Gil Ra Im ( Ha Ji Won ).
Joo woon ni orang kaya berlagak lah apa semua kan. Gil Ra Im plak stuntwoman miskin lah lebih kurang.roh diorang tertukar lepas minum air ape benda ntah lepas masuk kat dalam satu taman misteri nih.Sejak tu macam2 berlaku. Diorang akan tertukar badan setiap  kali hujan.
Setiap saat yang genting je, mesti badan tertukar aptb.

Lawak lah juga, tapi bagi aku lebih banyak babak bosan dari babak yang lawak.
entah apa yang dia banyak merepek aku pun taktahu haha.
Pastu banyak pasal oska dengan ex awek dia dulu. k aku tak minat dengan si oska ni. nak tengok my fair lady pun tak jadi sebab ada dia. haha.babak yg ada oska yang ni aku skip sebab aku malas nak tengok haha.

k pelakon dia semua dah tua2 lah.
Untuk makcik2 je kot drama ni kuang3.
Tapi pelakon yang berpengalaman lah. Best2 lakonan diorang.

Cuma aku tak minat ler kot.
Storyline okay, just banyak babak yang lembab termenung sana sini.Paling tension
time hero si Joo Woon tu asyik berangan heroin dia ada kat sebelah dia.
Lepastu jalan kaki serentak. k sapa dah tengok paham lah apa yg aku cuba sampaikan haha.
Lama plak tu dia termenung aiseymen.

still, cerita ni okay lah. Kan aku cakap minat masing2 berbeza huihui.

Citer korea memang banyak yang suka buat tertukar tukar roh eh ?

Friday, December 2, 2011

short update

debaran yang tidak berkesudahan ,
sejak sebulan yang lalu dan ianya makin kuat memalu hati
apabila hanya tinggal kurang 3 hari saja .
Setiap masa , setiap saat , setiap ketika teringatkan result
yang menentukan antara hidup dan mati .
*hiperbola*

p/s-minggu ni banyak kuliah batal . seronok merewang-rewang seluruh
kolej tanpa arah tujuan . lepak-lepak sambil
borak-borak dan kalau keinsafan menjelma , buatlah
discussion . 2 presentation untuk minggu depan ,
english dan biology .

for english , kena jadi promoter untuk healthy products . aww .
macam mana i nak tarik pembeli dengan berSPEAKING ?
kena latih lidah awal-awal jangan bagi terbelit .

ahh sudah . ni short entry . takde niat nak buat ianya menjadi
longggg entry . 
kbai .