CLICK HERE

Wednesday, December 21, 2016

Working life


Alhamdulillah.

Dah lebih sebulan posting kerja (gaji pon dah naik hakhak). Memang busy, balik kerja je tidur. Pastu pergi kerja balik. Tak dan nak update blog. Lepastu aku plak asyik kena shift malam je hahaha lagi lah membuta je kejenya hahha. 

And it is totally different dengan time training haritu. Sebelum ni, ada trainer yang memerhati dan memperbetulkan apa yang salah. Sebelum ni, tak pernah lagi run shift sorang2. Tapi dalam masa sebulan lebih ni semuanya aku kena buat sendiri. Bila time closing, system plak jammed time tengah buat report, rasa nak menangis je hahaha lawak gila. Masa tu semua dah balik dan sunyi sepi, nasib baik selalunya ada jugak budak crew yang rajin teman manager baru yang selalu closing lambat ni haha. Masih merangkak lagi buat kerja, belajar sikit demi sikit. Masa aku training dulu, seniors selalu pesan buat kerja kena biasakan buat laju2, pastu dia takutkan aku, kalau aku buat kerja lambat, melalak lah closing sorang2 taktahu nak buat apa wakaka. And im going through it now, tinggal keseorangan. Thanks to shafiq and iman, dua orang yang setia teman aku hahah. Kadang2 aku suruh balik je, diorg tunggu jugak :D 

Kat store aku, semua staff lelaki, managers je perempuan. Yang bestnya kau akan rasa dilindungi (kadang2 je), yang tak bestnya bila diorang langsung tak takut kat kau. Selalu kacau ade lah! Kalau pergi kitchen, bebudak kitchen kacau. Duduk dalam ofis pon ada bebudak kacau. Kadang2 aku tak stress kerja, tapi stress dengan perangai crew yang nakal2 LOL. Bila marah pon tak jalan, aduhaiii. 

And sekarang dah laju la sikit buat kerja, dulu kira stock dalam masa satu jam belum tentu siap. Sekarang ni, dalam masa setengah jam dah siap key in semua benda. hahha. Dan sekarang ni kena pandai handle crews, aku rasa lama2 aku kerja ni, aku boleh cepat tua dan sakit darah tinggi LOL. Hari2 nak kena membebel macam mak nenek, mula2 bolehlah diam. Bila tengok diorang degil dan tak dengar cakap, automatik rasa nak membebel kahkah. Dulu trainer aku cakap, nanti dah duduk outlet sendiri, aku akan paham perasaan manager yang memang kita akan rasa nak marah kalau crew buat silap. And betullah dia cakap, memang rasa nak marah je keje hahahaha. Yelah, sebab apa2 yang silap, crew takkan dimarah. Yang kena marah, kita ni hah. Tapi marah macam mana pon, ade je menjawab bebudak tu =,=

Dan dalam masa ni jugak, crews bertukar-tukar. Dulu, semua kitchen crews adalah nepal. Sekarang, dah swap dengan indon pulak. Waduh. Pening dong. Paham2 jelah bila crew dari outlet lain masuk, agak susah nak ubah their habits. Contohnya, kat outlet lama, diorang boleh sesuka hati je curi minum air. Kat outlet kami, kitorang agak strict bab curi2 makanan atau air. Even kerja crews baru ni lebih bagus, tapi diorang agak degil. Ada je menjawab lepastu buat lawak. Aku marah je, diorang buat lawak "Jangan marah2 nanti cepat tua. Takde orang nak kawen sama miss, jadilah perawan tua". LOL. Sabor jelah mak nakk. Ingat senang ke nak handle! Im stress tahap tiga haha.


With nepal crews, last day before they transferred to other outlet. Gonna miss you all!
Even different language, diorang ni pon suka gurau2 jugak.
(Untung jadi crews kat BK Alamanda, managers muda dan cantik2 kahkahkahkahkah sila muntah)

Family visit.

Ibu ayah ade lah juga 2,3 kali datang kat outlet haha.


comel dan manja hahaha.




Aid taknak selfie selepas dapat ayam joyeng !!!

Atam ade dtg jugak bawak kellyyy. Kelly pau boboiboy. hahha. Masa ni aku off day, datang outlet jugakk nak jumpa kelly hahah.

Haritu cikna dengan ciklit pon ada dtg outlet jugakk.


Nampak macam takde life je kan, hahaha. Tapi ada lah sesekali aku ikut diorang melepak. Mulanya taktahu pon diorang nak pergi jauh, tetiba sampai ke KL plak diorang pergi. Kerja macam kitorang ni, kalau nak semua pergi lepak2, kena tunggu malam lah selepas closing store. Makan2 dan lepak di dataran merdeka, sampai 4 pagi. Esoknya dahlah aku opening store, pergi kerja dalam keadaan pening dan tak cukup tido LOL.


First time lepak tengah2 malam, kat sini cantik gilaaaa!
 Itu last lah, aku taknak melepak malam2 dah ikut diorang, tak kena dengan jiwa aku. Ikut pon sebab terpaksa haha.


Ada lah jugak pergi tengok wayang kat alamanda tu, lepas balik kerja untuk release stress konon. Pergi dengan iman and jina, tengok cerita star wars. End up with tak paham satu hapak pon tengok cerita tu, sebab tak pernah follow star wars movie...hahaha bengong tak, sape suruh tengok cerita tu. Bazir duit je hahha.

Kat putrajaya ni, semestinya teman melepak aku adalah Adabiah, kawan matrik hahaha. Dia lah yang bawak aku shopping kat bangi sentral(best gila woi!), bawak jalan2 ke putrajaya, dan merepek2 hahaha sebab dia tahu banyak tempat kat sini.



Moroccon Pavilion Putrajaya! Cantik sangatt. Tempat orang photoshoot, Adah bawak aku santai2 petang kat situ hahaha.

Team yang terbaru, letih nak layan loyar burok sorang2 haha.
Ni ada yang tak masuk jugak ni, ada yang cuti dan break.

Itu je update life aku, makin lama makin malas nak nulis blog. Makin busy, sebab semenjak dua menjak ni kerja aku makin bertambah. Dulu disebabkan aku masih baru, aku takde kena buat apa2 kerja pon hahaha. Tapi sekarang haccp paperworks, kitchen production schedule, production level system, semuanya aku kena buat. Paling pening buat crew schedules, elok2 aku dah buat jadual, last minit mintak cuti lah. Taknak cuti jumaat lah, taknak cuti sabtu la, nak cuti rabu la, pening mak nakk oi.

Apa pun aku niat untuk cari pengalaman kerja je dulu, sekarang ni dah bolehlah start serius fikir nak tukar kerja lain ke apa wakakaka. Tapi rasa sayang sebab masih baru, dan aku rasa senang kerja sini. Aku percaya Allah dah plan yang terbaik untuk aku, InshaaAllah.

Nanti kite sambung entry jepun hahahaha (mereput tunggu osaka entry)




No comments:

Post a Comment