CLICK HERE

Tuesday, October 18, 2016

Last phase: Byebye Kuantan

Assalamualaikum.
Lama pulak tak update blog ni, seriously lah busy gila kerja, balik je kerja terus tidur. Hidup aku selama sebulan ni pergi kerja-balik kerja-pergi kerja-balik kerja-cuti-tidur and so on. Takde life langsung hahaha, Sebenarnya boleh je nak cari 'life' tu sebab kawan2 aku lepas habis kerja boleh je pergi lepak2 shopping lah ape lah, jalan2 cari jodoh lah lol, tapi nak buat macam mana, i love sleeping more, habis je shift dah terbayang tilam kat rumah. hahh sampai bila lah tak berjumpa jodohnyaaa. whatever lah.

Alhamdulillah dah habis training! Tinggal fasa yang terakhir je, iaitu phase 3 di mana kita akan dinilai di outlet training yang lain selama lebih kurang 5 hari, lepastu barulah diorang decide kita ni okey ke takk sebelum posting outlet sendiri hurm. Aku akan menjalani phase 3 di Cyberjaya. Honestly taktahu lah aku ni okay ke tak LOL. Trainer aku bagitahu kat cyber yang aku ni dah okay kerja, amboi pepandai je sir cakap macamtu, takut jugak kalau diorang ada high expectation kat aku hahaha. (Harini dah masuk 2 hari kat cyber, seriously busy gila. Nak patah rasa kaki aku ni, dahlah aku sorg perempuan, semua crews lelaki kot. Tapi bagus gak, senang nak suruh angkat barang hahaha lain kali lah cerita pasal cyberjaya ni).

Pasal rumah, Allah mudahkan urusan aku, Alhamdulillah. Plan asal nak tumpang rumah pakcik aku kat Bangi, tapi pagi tadi on the way dari rumah, aku search mudah.my dan terus jumpa rumah! aku directly whatsapp dan cakap nak masuk harini jugak, sebab memang rumah ni okay, dua tingkat dan luas, sewa pon tak berapa mahal sangat, fully furnished kot! Dan tak sangka boleh jumpa rumah di Putrajaya semurah ini. Siap wifi sebab tu bole update blog ni hah kekeke. Memang mudah sangat2 urusan aku, pagi tu whatsapp dan malam terus masuk sini. 

Tadi borak dengan housemate aku, dia cakap diorang memang nak cari orang masuk rumah ni cepat, bayangkan ada lebih 10 orang yang whatsapp dan semuanya tak pasti nak masuk ke tidak. Dan diorang busy takde masa nak cari housemate, kira macam aku memudahkan urusan diorang lah tak perlu cari housemate lagi. Wahh sama2 dipermudahkan, Alhamdulillah. Dan rumah ni dekat sangat2 dengan tempat kerja posting aku, seriously lahh! Aku memang kalo boleh nak rumah sebelah tempat kerja LOL sebab kerja shift kann. Balik malam2 takdelah kisah sgt kalau duduk dekat.

Aku ingat lagi sebulan yang lepas, lepas ibu dengan ayah balik rumah hantar aku kat Pahang, aku menangis sorang2 sebab duduk jauh dan keadaan rumah pulak tak macam disangka haha! Dan rumah yang terbaru ni 10 kali sangat baik dari rumah lama dulu, dan ada hikmahnya lah. Setiap yang Allah tetapkan itu lah yang terbaik. Tak pernah ada silapnya aturan Allah, housemate aku pon nampak baik2, dan kebanyakkannya berpangkat besar, terasa kerdil pulak diri ini bawak viva je wakaka. Takpelaaaa, I ni fresh graduate, depa tu dah berapa tahun pulak kerjaa. And im the youngest here. 

Tu semua pengalaman lah untuk aku. Btw nak throwback sikit pengalaman kat indera mahkota. Banyak sangat pengalaman yang aku dapat, kena marah, kena bebel, panjat sana sini bersihkan broiler, kotor2 basuh fryer. Pernah sekali, aku shift pagi, dan trainer aku tak puas hati dengan cleanliness of the broiler. Bayangkan pukul 5 petang aku balik, malam tu pukul 11 malam aku datang semula, untuk bersihkan broiler hood. Untuk elakkan kena bebel hahaha. Datanglaa dengan baju tidurnya panjat untuk bersihkan bumbung broiler tu puih. 

Dan actually banyak lagi aku nak kena belajar, sebab i dont really know the systems. Kena banyak tengok2 notes jugak. Management skills pon banyak kena improve, katanya aku kena ada aura, supaya crews takut kat aku. Diorang ckap miss aqilah ni lembut sangat tak tegas, diorang tak dengar pon arahan aku. Lagipun maybe sebab aku muda kot, lebih kurang sebaya diorang je, tu yang susah nak takut kat aku. Dibuatnya aku macam kawan2. Ko bayangkan dapat boss muda hahaha, kena pijak lah, hai cane nak garang ni. trainer aku lah yang cakap tu, sambil membebelbebebebel. hahaha. Tapi aku bersyukur dengan cara ajaran trainer aku, sebab ada trainer tempat lain yang tak berapa ajar sangat pon trainees, so memang keputusan aku ke Pahang adalah pilihan yang tepat!

With sir haffis, my trainer yang suka membebel. Kalau shift pagi, pagi2 tu jugak bebel kat aku, malas nak dengor, buat hilang mood aku je hahaha. Apa pun terima kasih sir, banyak sangat nasihat dan ilmu yang diperturunkan kat saya, even kadang2 saya nampak macam buat2 tak dengar je, saya suka dengan cara sir manage crews dan sir sangat pembersih, habis setiap ceruk outlet ktorg kena lap hahaha. Jasamu dikenang!

Kak asma, manager bkim merangkap roommate aku. Baik sangat kak ma, selalu ambik berat pasal aku lagi2 masa aku mula2 masuk dulu, selalu tanya da makan ke belumm, selalu ajak tumpang kete dia. Banyak jugak yang kak ma ajar aku. 

Sir Afizul atau nama manja sir bob haha, assistant manager kat bkim. Serious sir baik giler, banyak kali dia pesan kat aku, kalau taktahu apa2 kat outlet baru, mesej je dia. Anytime! Jangan senyap je, mesej tau kalau taktahu. Terharu gilaaa dia cakap macamtu. Dia bole ajar satu2 kalau aku tak paham. Dia jugak banyak pengalaman, selalu share experience dulu2, dan selalu pesan kt ktorang duduk jejauh ni jangan sesekali lupa mak ayah, tanya khabar hari2. Tq sir! Serius la sy banyak tak ingat system ni, konfem sy mesej sir hahaha.


Ambik gambar ramai2, tu miss linda pon banyak ajar aku. Banyak ilmu diperturunkan.


With the crews yang sengal2. Sabor jelah melayan perangai sengal sekor2. Nak marah pon rasa nak gelak aduhaii budak2 ni.


Trainer with the trainees. 

Aina, trainee dari perak yang jugak roommate aku. Memang rapat gila dengan aina, lepak sama, makan sama, pergi kerja sama, mana2 bersama. Adoi mesti aina bosan skrg takde aku wakaka. Dia da mesej semalam cakap rindu LOL. Aina pon da nak habis training daa kat sini. Posting dekat sini jugak, plan asal nak duk rumah sama2 tapi dia duduk dengan abang dia pulak.


Sempat jumpa budak skolah dulu, finas dengan nisha. Diorang final year skrg kat kuantan, hekhek hargailah masa belajar anda, bosan tahu tak kerjaaa. No life hahaha. Enjoy puas2 k. Lagipun masa ni baru dapat first gaji, so dapatla berkongsi rezeki dengan bebudak masih study ni haha cepat2 membesar ye korang :p

Ni dengan trainee dari outlet2 lain time serve safe exam. Semua peramah gila dan banyak cakap. Sejak sebulan kerja ni, memang diorang paksa aku banyak bercakap sebab manager on duty memang kena banyak cakap. Lagipon diorang nampak aku macam diam sikit. Kat bkim dulu, aku ambik masa lama jugak nak banyakkan bercakap. Tapi kat outlet cyberjaya ni dalam masa 2 hari dah bole la bercakap dan bagi arahan. 
(Kalo tak habis markah evaluation aku hahahaha LOL)

Last selfie dari kiri shira, aina dan aida.

Tu jela kot. Lain kali kalo rajin aku update lagi haha. Bye.

p/s,
Adui entry jepun pon tak habis lagi niii.






No comments:

Post a Comment