CLICK HERE

Tuesday, September 20, 2016

A new chapter of my life

Assalamualaikum.

Alhamdulillah dah dua minggu aku bergelar wanita bekerjaya lollolol. The feeling and environment are totally different dari zaman study dulu. And it was really hard for me as im as a fresh graduate yang takde apa2 pengalaman, lagi2 aku kerja dalam bidang fast food yang segalanya perlu pantas dan cekap. Dan perlu bermain dengan sales, accounts etc. Counter short, pening kepala. Crews buat hal, pening kepala lagi. Banyak yang aku kena belajar dari bawah, banyak betul yang aku kena hafal. Aku stress jugak mula2 apekedehal dah kerja pon semua nak kena hafal, nak kena membaca ops manual hari2 macam nak final exam haha.

Tapi bak kata seniors tempat kerja, sebagai manager mestilah awak kena tahu semua. Kalau tak macam mana awak nak ajar crews awak nanti. Dan kena lah tahu cara yang betul, supaya crews pon tak buat silap. Bila fikir balik, betul jugak tu apa dia cakap. Kalau aku tak hafal, contohla bila crews tanya "Miss, ptd kat board untuk tomato berapa jam?" . "Miss, temperature fry vat berapa?". Takkan aku nak jawab "Entahlah, saya pon tak tahu, jap saya tengok buku". Hahaha so ada betulnya jugak kenapa trainer suruh hafal semua benda. 

And perlu deal dengan customers yang pelbagai ragam lagi. Alahai kadang2 rasa nak mengamuk je bila kita kena marah bukan sebab salah kita. Ko bayangkan cust tu marah aku padahal dia yang bengong. Aku dah bagi duit baki dia marah2 cakap aku tak bagi baki duit. Bila check2 tunjuk resit semua rupanya dia yang tak perasan. Dahlah tak mintak maaf hangin betul aku wkwkwk. Tu baru satu ragam. Banyak lagi perangai cerewet customers. Kejap nak tu, kejap nak ni. Pastu tak jadi yang ni, ambik balik yang tu. adohh customers always right lerrr kannn.

And aku sangat bersyukur kalau jumpa cust yang baik dan memahami. Kadang2 aku tersilap ambik order, dia okey je. Pernah jugak aku tersilap bagi order pon dia okay je cakap takpee. Pernah jugak time peak hour terlupa nak hantar order, kita mintak maaf and diorg tak marah2. Syukur sangatt. Tapi kalau time cust cerewet na matey tu memang rasa stress gilers. Dan bkim berhadapan dengan uia kuantan, and ramai foreigners yang datang ke bkim ni sebab uia kan ramai foreigners. Ni lagi satu, diorg punya cerewet sabor jelah. Hahaha. Apa pon ni semua pengalaman la utk aku. Im enjoying my work now, aku anggap ni semua satu pengalaman berharga yg takkan dapat di mana2. 

Dan aku bersyukur dan sangat berterima kasih kepada managers dan seniors tempat kerja yang sangat2 membantu. Diorg faham aku zero experience, diorg ajar satu2. Diorg cakap takpeee aqilah. Awak blaja slow2. Baik sangat wei! Dia nampak aku mcm malu2, diorg cakap jangan malu2. Tanya je semua benda awak nak tahu! Diorg semua tak lokek ilmu. Salah satu doa aku supaya dipertemukan dgn orang yang baik2 Allah makbulkan alhamdulillah. 

And mula2 masuk dulu aku lonely gila. Lepas ibu ayah balik hantar aku tu, aku termenangis jugaklah masa tu wkwkwk. Nak makan pon takde selera tahu! Rasa macam turun 2 kg jugaklah beberapa hari tak makan nasi luls. Masa tu aku sorang je trainee. Ada lagi sorg trainee tapi dia tak duduk asrama and dia dah lama masuk, so aku tak berapa rapat sangat dengan dia. Tapi since last week I got new friends! Sebab ada trainee baru masuk. So lepak borak dengan diorg jelah skrg. Ade jugak teman berborak sblm tido dah skrg, Alhamdulillah. Balik kerja tengah2 malam pon tak sorg2 lagi. Layan movie pon tak berseorangan lagi bhahaha.

Overall aku enjoy dengan kerja aku, aku enjoy dengan life aku sekarang, Alhamdulillah. Yelah kan, yang penting pengalaman tu. Cukup setahun dua pengalaman, baru fikir nak beralih angin ke hape ke. Apa pun tu semua perancangan saje, Allah yang menentukan segalanya. Kerja shift pon takde masalah sangat lah, sebab masih bujang macamni lah nak rasa pengalaman balik sampai lewat malam hahaha. Lagipun bukan ade laki ke anak ke tunggu kat rumah. Anak tekak je yang tunggu, pengalaman makan nasi goreng pattaya pukul 3 pagi selepas balik kerja takkan dilupakan kahkah. Memang boleh gemuk la kan, siang makan burger, malam makan nasi lepastu zzzzz.

Tu jelah update untuk dua minggu ni. Btw im home ! Ingatkan tak balik langsung sepanjang training, rupanya dpt jugak balik 2 hari haha. Sebab cuti sehari dan cuti ganti, dan lagi 2 hari kena jawab exam kat burger king shah alam. Untuk mana2 shift manager burger king, sblm kita dibolehkan untuk run shift, kena pass serve safe certificate dulu. So inshaaAllah selepas lulus serve safe dan habis training, baru boleh run shift!

Yang bestnya, bebudak crew cakap aku ni nampak sebaya diorang je, nampak macam 20 tahun kahkahkah. Yelah, muka student ni belum hilang lagi, tadi ada pakcik kat stesen bas tu ingatkan aku ni student uitm lendu. Okay.




No comments:

Post a Comment